Catatan Popular

Isnin, 13 November 2017

TIGA CARA MEMBENTUK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT



Firman Allah SWT:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan (QS. Al-Qashash: 77). 

Ayat di atas menjelaskan kepada tiga perkara utama berkaitan kehidupan manusia. Kehidupan berkaitan dunia dan akhirat.

1. Kehidupan Akhirat Adalah Matlamat Utama

Allah SWT berfirman,

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) di negeri akhirat.

Di sini terlihat dengan jelas bahawa yang harus kita kejar adalah kebahagiaan hidup akhirat. Mengapa? Kerana di sanalah kehidupan abadi. Tidak ada mati lagi setelah itu.

Allah berfirman:
Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahuinya 
(QS. Al-Ankabut: 64).

Lalu, apa erti kita hidup di dunia?… Dunia tempat kita mempersiapkan diri untuk akhirat. Sebagai tempat persiapan, dunia pasti akan kita tinggalkan. Ibarat terminal, kita transit di dalamnya sejenak, sampai waktu yang ditentukan, setelah itu kita tinggalkan dan meneruskan perjalanan lagi. Bila demikian tabiat dunia, mengapa kita terlalu banyak menghabiskan hidup untuk keperluan dunia?

Orang-orang bijak mengatakan bahawa dunia ini hanyalah keperluan, ibarat tandas dan bilik mandi dalam sebuah rumah, ia dibina semata sebagai keperluan. Justeru penghuni rumah itu tidak akan mendatangi tandas atau bilik mandi kecuali jika perlu, setelah itu ditinggalkan. Maka sungguh sangat aneh bila ada seorang yang duduk di tandas sepanjang hari dan menjadikannya sebagai tujuan utama dari dibangunnya rumah itu.

Begitu juga sebenarnya sangat tidak wajar bila manusia sibuk mengurus dunia sepanjang hari dan menjadikannya sebagai tujuan hidup. Sementara akhirat dikesampingkan.

Perlu disedari segala urusan dunia dianggap sebagai urursan akhirat sekiranya dilakukan berasaskan kepada ajaran Islam dan mencari keredhaan Allah swt dan menepati prinsip dan dasar-dasar Islam. Sebaliknya segala urusan dunia dianggap semata-mata dunia sekiranya dilakukan sekadar memenuhi keperluan hidup manusia dan tuntutan nafsu semata-mata.

2. Berusaha Memperbaiki Kehidupan Dunia

Allah SWT berfirman:
 Dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu

Ayat di atas menjelaskan bahawasanya Allah swt memerintahkan umat Islam selalu berusaha menggapai kebahagiaan akhirat, tetapi jangan melupakan kehidupan di dunia ini. Meskipun kebahagiaan dan kenikmatan dunia bersifat sementara tetapi tetaplah penting dan agar tidak dilupakan, sebab dunia adalah ladangnya akhirat.

Masa depan termasuk kebahagiaan di akhirat kita, sangat bergantung pada apa yang diusahakan sekarang di dunia ini. Allah swt telah menciptakan dunia dan seisinya adalah untuk manusia, sebagai bekalan menuju akhirat. Allah swt juga telah menjadikan dunia sebagai tempat ujian bagi manusia, untuk mengetahui siapa yang paling baik amalnya, siapa yang paling baik hati dan niatnya.

Allah swt mengingatkan perlunya manusia untuk mengurus dunia ini dengan sebaik-baiknya, untuk kepentingan kehidupan manusia dan keturunannya. Pada ketika yang sama Allah swt juga menegaskan perlunya selalu berbuat baik kepada orang lain dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi.

Allah swt mengingatkan:
Tidakkah kalian perhatikan bahwa Allah telah menurunkan untuk kalian apa-apa yang ada di langit dan di bumi dan menyempurnakan untuk kalian nikmat-Nya lahir dan batin”
 (QS. Luqman: 20).

Allah SWT menegaskan:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah kedudukan suatu kaum, sehingga kaum itu mengubah kondisi, kedudukan yang ada pada diri mereka sendiri” 
(QS. Ar-Ro’d: 11).

3. Menjaga Batasan Allah swt
Allah swt melarang manusia membuat kerosakkan di muka bumi. Mereka boleh mengurus alam, tetapi untuk melestarikan dan bukan merosakkannya.

Firman Allah swt dari sambungan ayat di atas:
“Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakkan.”

Tiada ulasan: