Kata
Sheikh Ibn Ata’illah R.A yang bermaksud :
Berkehendak engkau akan tajrid beserta mendirikan Allah akan dikau pada segala asbab adalah setengah daripada syahwat yang tersembunyi.
Terjemahannya
Barangsiapa yang telah ditentukan oleh Allah hidup dalam keadaan membina dan mencorak kehidupan mereka dengan cara berusaha dan bekerja tetapi bercita-cita ia mahu keluar daripada jalan usaha atau asbab ini dengan tujuan untuk semata-mata beribadat secara khususiah kepada Allah tanpa memikirkan tentang kehidupan dunianya maka yang demikian itu adalah timbul dari nafsu keinginan jahat yang tersembunyi. Hanyasanya adalah ia daripada syahwat kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa itulah ketetapan Allah yang dikehendakiNya sedangkan kehendak hamba itu menyalahi yang demikian itu.
Syarah oleh To’ Pulau Manis
Hanyasanya adalah syahwat itu
tersembunyi kerana bahawasanya pada zahirnya menampakkan seakan hamba itu
bercita-cita untuk keluar daripada nafsu dan sememangnya hal yang demikian itu
adalah dituntut dan dikehendaki oleh Allah Taala. Tetapi satu hal yang perlu
dingat ialah sesuatu kehendak atau cita-cita besar itu hendaklah
berlandaskan dengan keredhaan Allah bukannya daripada keredhaan nafsu.
Sesungguhnya apa yang diredhoi oleh Allah Taala akan dirimu ialah berdiam(tetap) pada apa yang telah didirikan Allah atas engkau sama ada pada makam asbab(golongan yang bekerja dan beribadat)atau makam tajrid(semata-mata beribadat kepada Allah tanpa memikirkan usaha dan tanggungjawab kepada ahli keluarga).
Kata Muallif(pengarang) Kitab Tanwir Qulub bermula yang dikehendaki hak Allah Taala akan dikau ialah bahawa diam(tetap dalam sesuatu hal) kepada yang telah didirikan Allah akan dikau hinggalah ke satu masa di mana Allah memerintahkan keluar engkau ke satu hal atau maqam yang lain sebagaimana Allah memerintahkan masuk engkau kepadaNya dulu.
Dan kata Sheikh Hijazi bermula Iradat (kehendak) itu tiga perkara iaitu;
Iradat Al-Tob'i iaitu
kehendak yang takluk dengan kepada bahagian nafsu dan keluar daripadanya adalah
WAJIB. Bahagian nafsu ini ialah seperti kehendak kepada kemasyhuran, pangkat,
kedudukan atau berlazat-lazat pada makanan dan pakaian serta lain-lain lagi.
Iradat Al-Tamni iaitu kehendak bagi segala Ahli
Tawajuh(yang selalu berhadap hati kepada Allah) yang Salik(mereka yang dalam
permulaan perjalanan menuju kepada Allah). Mereka
ini hanya berkehendakkan kepada kurnia Allah semata-mata.
Iradat Al-Haq iaitu
kehendak yang takluk pada keikhlasan dan hakikatnya itu menyucikan amalan yang
mereka kasih daripada syirik Jali(nyata) dan syirik khofi(tersembunyi).
Maka syirik khofi itu ialah seperti bahawa engkau jadikan kehendak bagimu itu serta Allah atau engkau lihat bagimu wujud(kita ada Allah ada=dua wujud). Maka apabila telah ikhlas engkau daripada penyakit lalai itu dan telah Allah hapuskan hukum maksiat pada sekalian itu maka jadilah engkau serta Allah tiada dengan kun(terhijab dengan alam benda).
Sesungguhnya menetapkan Allah akan dikau dalam segala asbab dan berkehendak engkau tajrid menunjukkan masih lagi tinggal syahwat dan nafsu yang tersembunyi. Tiada dinyatakan(diketahui) di atas seseorang hamba melainkan kepada segala orang yang Ahli 'Inayah kerana bahawasnya syahwat itu tiada jadi ia melainkan daripada nafsu sama ada yang bangsa(bersifat) dunia atau bangsa(bersifat) akhirat.
Berkehendak engkau akan tajrid beserta mendirikan Allah akan dikau pada segala asbab adalah setengah daripada syahwat yang tersembunyi.
Terjemahannya
Barangsiapa yang telah ditentukan oleh Allah hidup dalam keadaan membina dan mencorak kehidupan mereka dengan cara berusaha dan bekerja tetapi bercita-cita ia mahu keluar daripada jalan usaha atau asbab ini dengan tujuan untuk semata-mata beribadat secara khususiah kepada Allah tanpa memikirkan tentang kehidupan dunianya maka yang demikian itu adalah timbul dari nafsu keinginan jahat yang tersembunyi. Hanyasanya adalah ia daripada syahwat kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa itulah ketetapan Allah yang dikehendakiNya sedangkan kehendak hamba itu menyalahi yang demikian itu.
Syarah oleh To’ Pulau Manis
Sesungguhnya apa yang diredhoi oleh Allah Taala akan dirimu ialah berdiam(tetap) pada apa yang telah didirikan Allah atas engkau sama ada pada makam asbab(golongan yang bekerja dan beribadat)atau makam tajrid(semata-mata beribadat kepada Allah tanpa memikirkan usaha dan tanggungjawab kepada ahli keluarga).
Kata Muallif(pengarang) Kitab Tanwir Qulub bermula yang dikehendaki hak Allah Taala akan dikau ialah bahawa diam(tetap dalam sesuatu hal) kepada yang telah didirikan Allah akan dikau hinggalah ke satu masa di mana Allah memerintahkan keluar engkau ke satu hal atau maqam yang lain sebagaimana Allah memerintahkan masuk engkau kepadaNya dulu.
Dan kata Sheikh Hijazi bermula Iradat (kehendak) itu tiga perkara iaitu;
Maka syirik khofi itu ialah seperti bahawa engkau jadikan kehendak bagimu itu serta Allah atau engkau lihat bagimu wujud(kita ada Allah ada=dua wujud). Maka apabila telah ikhlas engkau daripada penyakit lalai itu dan telah Allah hapuskan hukum maksiat pada sekalian itu maka jadilah engkau serta Allah tiada dengan kun(terhijab dengan alam benda).
Sesungguhnya menetapkan Allah akan dikau dalam segala asbab dan berkehendak engkau tajrid menunjukkan masih lagi tinggal syahwat dan nafsu yang tersembunyi. Tiada dinyatakan(diketahui) di atas seseorang hamba melainkan kepada segala orang yang Ahli 'Inayah kerana bahawasnya syahwat itu tiada jadi ia melainkan daripada nafsu sama ada yang bangsa(bersifat) dunia atau bangsa(bersifat) akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan