VERSI TO’ FAKIR AN NASIRIN
ALLAH S.W.T MENGATUR SEGALA URUSAN
TENANGKAN HATIMU DARI URUSAN TADBIR KERANA APA YANG DIATUR OLEH SELAIN-MU TENTANG URUSAN DIRIMU, TIDAK PERLU ENGKAU CAMPUR TANGAN.
Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara menyeluruh tidak akan dicapai. Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.
ALLAH S.W.T MENGATUR SEGALA URUSAN
TENANGKAN HATIMU DARI URUSAN TADBIR KERANA APA YANG DIATUR OLEH SELAIN-MU TENTANG URUSAN DIRIMU, TIDAK PERLU ENGKAU CAMPUR TANGAN.
Kita bertauhid melalui dua cara, pertama
bertauhid dengan akal dan keduanya bertauhid dengan hati. Bidang akal ialah
ilmu dan liputan ilmu sangat luas, bermula dari pokok kepada dahan-dahan dan
seterusnya kepada ranting-ranting. Setiap ranting ada hujungnya, iaitu
penyeleaiannya. Ilmu bersepakat pada perkara pokok, bertolak ansur pada
cabangnya dan berselisih pada rantingnya atau penyelesaiannya. Jawapan kepada
sesuatu masalah selalunya berubah-ubah menurut pendapat baharu yang ditemui.
Apa yang dianggap benar pada mulanya dipersalahkan pada akhirnya. Oleh sebab
sifat ilmu yang demikian orang awam yang berlarutan membahas tentang sesuatu
perkara boleh mengalami kekeliruan dan kekacauan fikiran. Salah satu perkara
yang mudah mengganggu fikiran ialah soal takdir atau Qadak dan Qadar. Jika persoalan ini diperbahaskan hingga
kepada yang halus-halus seseorang akan menemui kebuntuan kerana ilmu tidak
mampu mengadakan jawapan yang konkrit. Qadak dan Qadar diimani dengan hati.
Tugas ilmu ialah membuktikan kebenaran apa yang diimani. Jika ilmu bertindak
menggoyangkan keimanan maka ilmu itu harus disekat dan hati dibawa kepada
tunduk dengan iman. Kalam Hikmat keempat di atas membimbing ke arah itu agar
iman tidak dicampur dengan keraguan.
Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara menyeluruh tidak akan dicapai. Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.
Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi.
( Ayat 35 : Surah an-Nur )
Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang
mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaan-Nya); Ia memberikan
wahyu darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara
hamba-hamba-Nya (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi
amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan, -
( Ayat 15 : Surah al-Mu’min )
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) –
Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau
tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran)
itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan
Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami
kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, - Iaitu jalan
Allah yang memiliki dan menguasai yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura
)
Apabila cahaya
roh berjaya menghalau kegelapan nafsu, mata hati akan menyaksikan yang ghaib.
Penyaksian mata hati membawa hati beriman kepada perkara ghaib dengan
sebenar-benarnya.
Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang
lurus kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Dia
berfirman:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu.
( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah )
Umat Islam adalah umat yang paling bertuah
kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka dengan mengurniakan
Islam. Allah s.w.t menjamin
juga bahawa Dia reda menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t
itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredaan Allah s.w.t untuk tidak
menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang
telah dibina oleh Islam. Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua
aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa
yang mesti dibuat, apa yang mesti tidak dibuat, bagaimana mahu bertindak menghadapi
sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan
kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang
paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia,
cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara
makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum
qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua
aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.
Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang
penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan,
hanya tegakkan iman dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala
pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada
umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan
itu. Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan
sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika
terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan
pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya
nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t. Jika
pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat
tersebut, dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa
akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk
kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal
kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai
bila-bila.
Orang yang mengamalkan tuntutan Islam
disertai dengan beriman kepada Qadak dan Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang
dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia
melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula
mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk
kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba
berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.
Mungkin timbul pertanyaan apakah orang
Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya
dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah
bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?
Allah s.w.t menceritakan tentang tadbir
orang yang beriman:
Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang
mereka, sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudian
ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara
kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat)
Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut
undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu
pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan
tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih
mengetahui.
(Ayat 76 : Surah Yusuf )
Dan kepunyaan-Nya jualah kapal-kapal yang berlayar di lautan
laksana gunung-ganang.
(Ayat 24 : Surah ar-Rahmaan )
Nabi Yusuf a.s, dengan kepandaiannya,
mengadakan muslihat untuk membawa saudaranya, Bunyamin, tinggal dengannya.
Kepandaian dan muslihat yang pada zahirnya diatur oleh Nabi Yusuf a.s tetapi
dengan tegas Allah s.w.t mengatakan Dia yang mengatur muslihat tersebut dengan
kehendak dan kebijaksanaan-Nya. Kapal yang pada zahirnya dibina oleh manusia
tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan kapal itu adalah kepunyaan-Nya.
Ayat-ayat di atas memberi pengajaran mengenai tadbir yang dilakukan oleh
manusia.
Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar
pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. Tadbir yang
disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan
dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan
yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. Janganlah seseorang menyangka
apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan
sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari
mana datangnya ilham yang diperolehi oleh otak itu jika tidak dari Tuhan? Allah
s.w.t yang membuat otak, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan
buah fikiran kepada otak itu. Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w
ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah
dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat dan tindakan yang benar dari yang
salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah
s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun. Oleh yang
demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah
s.w.t kepadanya menurut keredaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak
sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur.
Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa
kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t.
Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib
tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam
tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t
Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam
urusan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan