Catatan Popular

Rabu, 25 Julai 2012

TOKOH SUFI ABDULLAH AL MUBARAK 4: KISAH ABDULLAH AL MUBARAK DENGAN FUDHAIL BIN ’IYAD

Ibnu al-Mubarak atau nama sebenarnya Abdullah al-Mubarak merupakan seorang Imam Besar, Pendakwah, Mujahid, Ulamak yang zuhud, yang sentiasa merindui Jihad dan syahid pada jalan Allah s.w.t. hingga menemui syahid beliau pada tahun 181 Hijrah di هيت”. Ayahnya al-Mubarak pula adalah seorang yang sangat beramanah pada masa beliau menjadi pekerja kepada sebuah ladang epal tuannya sehingga beliau tidak pernah merasai epal tersebut. Hanya menjaganya sahaja. Lalu dengan kehebatan amanah dan kesolehan Mubarak itu, maka beliau dikahwinkan dengan puteri tuannya iaitu seorang gadis yang sangat solehah, memahami sunnah dan taat kepada perintah Allah s.w.t. Maka lahirlah zuriat yang hebat daripada mereka iaitu Abdullah al-Mubarak.

Antara kisahnya yang masyhur telah dirakamkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir ialah bait-bait syair yang telah dihantar melalui sepucuk surat kepada Fudhail bin 'Iyad yang merupakan seorang 'Abid yang sangat terkenal dengan ibadahnya yang hebat sehingga beliau digelar sebagai Ahli Ibadah bagi dua tanah Haram. Kandungan surat tersebut sangat menyentuh jiwa Fudhail hingga beliau menangis dan mara bersama tentera Islam yang sedang berperang ketika itu.
Surat yang dihantar oleh Ibnu al-Mubarak kepada Fudhai bin 'Iyad.
“ Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram,
Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah,
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras,
ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil,
Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan,
Bau wangi-wangian menjadi milikmu,
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan,
dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w.,
Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan
Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala,
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami,
Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong”.

Tiada ulasan: