VERSI DR KH MUHIBUDDIN WALY
“Janganlah ada kiranya lambat waktu kurnia (Allah SWT) di samping
bersungguh-sungguh dalam berdoa, menyebabkan putus harapanmu (kepada Allah).
Kerana itu Allah SWT telah menjamin kepadamu pada memperkenankan doamu, pada
apa yang dipilih oleh Tuhan untukmu, tidak pada apa yang kamu pilih sendiri
untukmu.”
Kita
selaku hamba Allah hendaklah berdoa dan memoho kepadaNya, sebab ini adalah
petanda bahawa kita adalah makhlukNya yang tidak dapat melepaskan diri
daripadaNya. Dan barangsiapa yang tidak merasa perlu memohon kepada Allah, maka
dia adalah hamba-hambaNya yang sombong.
Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[Al-Mukmin:60]
[Al-Mukmin:60]
Kita harus berdoa kepada Allah SWT dan
Allah akan memperkenankan doa kita . Kita boleh memohon sesuatu kepadaNya,
tetapi Tuhanlah yang berhak menentukan pada apa yang kita pilih. Sebab kita
tidak mengetahui apakah sesuatu yang kita mohon itu baikkah di sisi Allah atau
sebaliknya.
Kita tidak boleh dalam berdoa memohon
kepadaNya supaya diperkenankanNya harapan kita dalam waktu yang kita tentukan.
Tetapi Allah berhak dan berkuasa memperkenankan doa kita pada waktu yang
dikehendaki olehNya,dan bukan pada waktu yang kita kehendaki. Sebagaimana yang
kita telah sebutkan tadi, bahawa kita tidak mengetahui apakah yang kita
mohonkan itu, apakah baik buat kita atau sebaliknya.
Dan perlu diingat kita tidak boleh
mengharap apa yang kita minta dari Allah SWT sedangkan kehendak Allah SWT
mahukan untuk kita itu yang sepatutnya diminta. Sebagaimana sikap Imam Syahid
Hasan Al-Banna sendiri berkait dengan prinsipnya walaupun berhadapan dengan
alim Ulama’.
Beliau
sendiri mengesahkan tentang perbincangan dengan Syaikh Yusuf Ad-Dajwi:
Saya
selalu membaca tulisan Syeikh Yusuf ad-Dajwi Beliau adalah seorang lelaki yang
berperibadi baik. Lantaran minat
saya kepada sufi, maka wujudlah hubungan rohani dan ilmu antara kami berdua.
Kerap kali saya menziarahinya.
Saya juga mengetahui banyak ulamak yang
ada hubungan rapat dengan Syeikh Dajwi. Beliau sangat disegani oleh mereka.
Saya pun mengambil keputusan hendak berjumpa beliau dan menyuarakan pendapat
saya. Saya berharap beliau dapat membantu saya menyekat arus perubahan
yang sedang mengancam Islam.
Satu hari, selepas saja berbuka puasa,
saya pun menziarahi Syeikh Dajwi yang terkemuka itu. Ketika itu dia sedang
dikerumuni oleh sejumlah orang-orang alim yang terkemuka. Salah seorang dari
mereka ialah Ahmad Bik Kamil. Itulah kali terakhir saya bertemu dengan Ahmad
Bik Kamil.
Saya pun menceritakan keadaan dan
perubahan yang sedang melanda Negara kepada Syeikh Dajwi dan para hadirin yang
lain. Beliau pun menampakkan kesedihannya dan memberi pandangannya mengenai
perkara tersebut.
Dia
juga menyebut akibat yang bakal berlaku. Dia menyentuh mengenai kelemahan
golongan Islam untuk menghadapi gejala buruk itu. Dia juga menceritakan kelemahan Al-Azhar untuk
menentang ancaman baru itu.
Dia juga menyentuh mengenai Persatuan
Nahdatul Islam, iaitu satu pertubuhan yang diasaskan oleh beliau sendiri dengan
bantuan beberapa ulamak terkenal. Usaha-usaha pertubuhan, itupun terbukti tidak
berhasil.
Beliau juga menceritakan usaha Al-Azhar
dalam menentang para pendakyah agama Kristian dan Atheis (Mulhid). Disentuhnya
juga mengenai Persidangan Agama-agama yang diadakan di Jepun. Beliau telah
menghantar majalah-majalah Islam ke persidangan tersebut.
Kesimpulan perbincangannya itu ialah untuk
menunjukkan bahawa setiap usaha telah menemui kegagalan. Menurutnya, dalam
keadaan begini, sudah memadai seseorang itu memelihara dirinya dengan
menyelamatkan dirinya dari zaman kebendaan yang tidak bertuhan itu.
Saya
masih ingat lagi pepatah yang disebutnya untuk memperkuatkan hujahnya. Kerap
kali dia menyebut pepatah tersebut di dalam perbincangan. Pernah satu ketika
dia menulis pepatah itu diatas kad yang dihantarkannya kepada saya.
Pepatah itu berbunyi seperti berikut:
“Jika roh didalam diriku sudah sedia untuk
mencapai kebahagiaan, ku tak peduli siapa yang mati dan siapa yang terbunuh.”
Syeikh Dajwi menasihati saya supaya
meneruskan usaha saya dengan cara yang sebaik mungkin dan serahlah hasil dan
keputusannya kepada Allah. Allah tidak akan membebankan seseorang dengan
bebanan yang di luar kemampuannya.
Saya tidak suka dengan penjelasan Syeikh
Dajwi itu. Saya rasa menyesal. Terbayanglah
oleh saya kegagalan yang bakal berlaku.
Jika setiap ulama’ memberi jawapan yang begitu, maka hasilnya nanti ialah
kekecewaan dan kegagalan.
Saya berkata kepada Syeikh Dajwi:
‘Tuan,
saya membangkang pendapat tuan itu. Pendapat itu melambangkan azam yang lemah.
Pendapat itu ialah satu alasan untuk mengelakkan diri dari tanggungjawab.
Tuan takutkan siapa? Adakah tuan takutkan
Al-Azhar atau kerajaan? Pencen tuan sudah mencukupi.
Tuan boleh dudukdi rumah dan bekerja untuk
Islam. Sesungguhnya, rakyat bersama tuan. Hadapilah mereka. Mereka itu
merupakan rakyat Islam.
Saya melihat mereka di kedai-kedai kopi,
di masjid-masjid, di jalan-jalan dan di lorong-lorong. Saya dapati hati mereka
ini penuh dengan kecintaan Iman dan Islam.
Sebenarnya tenaga hebat yang ada pada
rakyat ini tidak dipedulikan. Para pengikut fahaman lucah dan Mulhid (Atheis)
tidak akan mampu berhadapan dengan seorang Muslim sejati.
Mereka berjaya menerbitkan majalah dan
akhbar kerana kita telah lalai dan cuai. Mereka ini akan lenyap jika kita semua
ada kesedaran politik………’
‘……Tuan yang saya segani, jika tuan tidak
mahu melakukan sesuatu untuk Allah,
maka sekurang-kurangnya lakukan sesuatu
untuk dunia tuan. Berusahalah untuk mendapatkan roti harian tuan.
Andainya Islam lenyap dari rakyat, maka
Al-Azhar juga turut lenyap dan para ulama’nya akan terkapai-kapai, tidak tahu
hendak ke mana. Lantaran itu, tuan pun turut tidak mendapat makanan dan
pakaian.
Jika tuan tidak dapat mempertahankan
Islam, sekurang-kurangnya berusahalah untuk mempertahankan diri tuan.
Berusahalah mendapat keuntungan duniawi jika tuan tidak ingin berusaha
mendapatkan keuntungan di Akhirat. Jika tidak, tuan akan rugi kedua-duanya
sekali. Yakni rugi dunia dan juga Akhirat.’
Kata-kata saya itu saya lahirkan dengan
penuh rasa kesal dan bersungguh-sungguh.
Kata-kata saya itu keluar dari hati yang
luka.
Salah seorang ulama’ yang hadir telah
hilang kesabarannya. Dia bangun dan membangkang kata-kata saya. Dia menuduh
saya menghina Syeikh Dajwi dan kurang sopan. Dia juga menuduh saya mengecam
para ulama’ dan Al-Azhar.
Baginya,
tindak-tanduk saya itu samalah dengan menghina Islam. Menurutnya, Islam tidak akan lemah kerana Allah
sendiri memeliharanya.
Sebelum sempat saya menjawab tuduhan itu,
Ahmad Bin Kamil pun bangun
dan berkata, ‘Ya Ustaz, pemuda ini
berkata benar. Adalah menjadi kewajipan awak sekarang untuk maju ke depan.
Lama
manakah lagi awak hendak membeku diri? Pemuda ini ingin awak semua bersatu
untuk memperjuangkan islam. Jika awak perlu tempat untuk bermesyuarat, maka
rumah saya sentiasa terbuka untuk dimiliki dan tengah buat artikel sedikit
diguna oleh pihak tuan.
Jika
awak perlu wang, maka orang-orang Islam yang pemurah tidak pernah berkurangan. Awak semua adalah para pemimpin negara.
Keluarlah dan kami akan menurut kamu. Perbahasan yang kosong ini tidak
mendatangkan apa-apa.’
Saya
bertanya kepada orang sebelah saya, ‘Siapakah orang itu?’ Dia memberitahu nama
orang itu ialah Ahmad Bin Kamil. Itu kali pertama dan terakhir saya
melihatnya.
Para
hadirin di dalam majlis itu telah terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan memihak ulama’ yang membangkang
pendapat saya dan satu kumpulan lagi memihak Ahmad Bin Kamil. Syeikh Dajwi
hanya berdiam diri. Kemudian barulah terfikir olehnya hendak menyelesaikan
pertikaian itu.
Katanya: ‘Saya berdo’a kepada Allah agar
memberi kita kekuatan untuk melaksanakan kehendak-Nya. Sesungguhnya kita semua
memang ingin berbuat demikian. Hal ini terserahlah kepada Allah. Saya rasa masanya
sudah tiba untuk kita bertemu Syeikh Muhammad Saad. Marilah kita pergi
menemuinya.’
Kami semua pun pergi ke rumah Syeikh
Muhammad Saad. Rumahnya berdekatan dengan rumah Syeikh Dajwi. Saya
mengambil tempat berhadapan Syeikh Dajwi agar saya dapat berbincang perkara
perkara penting dengannya.
Syeikh
Muhammad Saad menghidangkan gula-gula (halwa) kepada para hadirin. Hidangan
begini memang adat ketika bulan Ramadhan. Syeikh Muhammad Saad mendekati
hidangan dan saya pula mendekatinya. Sebaik saja dia sedar saya berada di
sisinya, dia pun bertanya, ‘Awak ni siapa?’ Saya menjawab, ‘Nama saya Hassan
Al-Banna.’
Dia
bertanya lagi, ‘Awak juga bersama kami?’ Saya menjawab, ‘Ya tuan. Saya tidak akan pergi selagi kita tidak mencapai
satu kesimpulan.’
Dia
mengambil segenggam gula-gula dan memberi kepada saya sambil berkata, ‘Ambillah
gula-gula ini. Insya Allah kita akan
mencapai satu penyelesaian.’ Saya menjawab, ‘Puji-pujian bagi Allah.
Tuan, kita tidak mahu membuang masa lagi
berfikir mengenai perkara ini. Perkara ini memerlukan tindakan. Jika saya
gemarkan gula-gula ini, sudah tentu saya akan
membelinya sendiri dan berehat di rumah. Saya tidak akan bersusah payah
datang ke sini untuk menemui tuan.
Tuan, Islam sedang diserang hebat oleh
musuh-musuhnya tetapi para penganut dan pemimpinnya membuang masa memakan
gula-gula. Adakah tuan fikir Allah tidak akan mempersoalkan sesiapa pun?
Jika ada para pemimpin lain selain tuan
untuk bekerja demi agama Islam, tunjukkanlah mereka kepada saya. Saya akan
pergi kepada mereka. Mungkin saya akan mendapat sesuatu di dalam diri mereka
yang tidak dimiliki oleh tuan.’
Suasana di rumah Syeikh Muhammad Saad
menjadi sunyi senyap. Syeikh Dajwi menangis teresak-esak sehingga airmatanya
membasahi janggutnya. Beberapa
orang yang lain turut menangis.
Syeikh Muhammad Saad memecah kesunyian
dengan kata-katanya yang bernada sedih, ‘Saudara, apa yang patut saya lakukan?’
Saya menjawab, ‘Tuan, senang saja,’ Allah berfirman yang maksudnya:
“Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengankesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari
kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan
kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang
yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah
kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.
(Al-Baqarah:
286)
‘Saya inginkan tuan cadangkan nama-nama
ulama’ yang cintakan Islam. Mereka ini akan bertemu dan sama-sama mencari jalan
untuk menghadapi keadaan seperti ini. Satu akhbar mingguan boleh
diterbitkan untuk menentang unsur-unsur Barat dan Atheis (Mulhid).
Kita
juga boleh menerbitkan bahan-bahan kesusasteraan Islam untuk mengubati
penyakit-penyakit yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam.
Kita juga boleh menubuhkan berbagai persatuan
dan menggalakkan para pemuda
Islam memasukinya. Kita sepatutnya
mempercepatkan usaha kebangkitan Islam. Kita
boleh melancarkan banyak rancangan
serentak.’
Syeikh Muhammad Saad berkata, ‘Sungguh
baik sekali cadangan itu.’ Kemudian dia mengarahkan supaya dibawa keluar segala
pinggan mangkuk yang berisi gula-gula. Kertas dan pena pun dibawa masuk.
Dia berkata, ‘Sekarang kita akan
mencatitkan sebarang keputusan yang diambil.’ Banyak nama-nama telah kami
bincangkan. Satu senarai panjang yang berisi nama-nama ulama’ terkemuka pun
disediakan.
Di
antara nama-nama yang termasuk di dalam senarai itu ialah Syeikh Dajwi,
Syeikh Muhammad Al-Khizr Hussain, Syeikh Abdul Aziz Jawish, Syeikh Abdul Wahab
Najjar, Syeikh Muhammad Ahmad Ibrahim dan Syeikh Abdul Aziz al-Khauli. Semoga
Allah limpahkan rahmat ke atas mereka. Nama Syeikh Muhammad Rasyid Ridha telah
dicadangkan dan Syeikh Dajwi menyokong.
Syeikh
Dajwi berkata, ‘Tiada perselisihan di dalam perkara ini. Perkara ini melibatkan
Islam menentang gejala bukan Islam.’
Syeikh Dajwi pernah berselisih pendapat
dengan Syeikh Syed Rashid di dalam beberapa perkara. Namun begitu, apabila nama
Syeikh Rashid Ridha dicadangkan, sokongan telah diberi oleh Syeikh Dajwi.
Di antara nama orang-orang yang dihormati
dan berpengaruh yang telah dicadangkan ialah Ahmad Taimoor Pasya, Naseem
Pasya, Abu Bakar Yahya Pasya, Mutawalli Bek Ghaneem, Abdul Aziz Bek Muhammad
(kini dipanggil Abdul Aziz Pasya Muhammad), Abdul Hameed Bek Sa’id dan
lain-lain lagi.
Kemudian Syeikh Muhammad Saad berkata,
‘Sekarang awak berkewajipan menghubungi orang-orang yang awak kenal rapat dan
saya pula akan menghubungi orang-orang yang saya kenal rapat. Insya Allah, kita
akan bertemu lagi selepas seminggu.’
Kami
terus mengadakan perjumpaan demi perjumpaan sehingga akhirnya kami berjaya
menubuhkan satu gerakan Islam dengan bantuan para ulama’ yang terkemuka.
Para ulamak ini mengadakan berbagai
perjumpaan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Sebuah majalah bergelar ‘Al-
Fatah’ telah diterbitkan. Syeikh Abdul Baqi Sawwar Na’im menjadi ketua
pengarang dan Syed Muhibuddin Al-Khatib bertugas sebagai pengurus majalah
tersebut.
Tidak lama kemudian, tugas ketua pengarang
dan pengurus majalah itu dijalankan oleh Syed Muhibuddin al-Khatib. Majalah itu
menjadi terkenal lantaran usahanya. Majalah ‘Al- Fatah’ berperanan sebagai
panduan untuk para belia terpelajar.
Kumpulan para ulamak terkemuka ini terus
memberi sumbangan mereka untuk perjuangan Islam selepas saya meninggalkan Darul
Ulum kerana tamat pengajian. Usaha-usaha ini telah membawa kepada penubuhan
‘Jami’atu-sy-Syubbanul-Muslimin’.
[Rujukan
Muzakirat ad-Da’ie Wad Du’at bagi Imam Syahid Hasan Al-Banna]
Para pembaca sekalian.
Perlu diingat Nabi SAW sendiri diturunkan
sebagai Da’ie dan seumpama pelita yang terang-benderang. Jadi
kepentingan Risalah Islam ini wajib disebarkan. Dan tanggungjawab
pendokong-pendokong agama Allah SWT. Dan kesedaran umat Islam demi Islam
tersebar luas.
Sebagaimana
Ibnu Al-Qaiyim menyebut:
‘Maka
Makam Dakwah (mengajak) kepada Allah sebaik-baik daripada makam-makam lain bagi
seorang hamba’.
[Rujukan Miftah darus Sa’adah jilid satu
muka surat 153]
Sebab itulah doa sebagai senjata umat
Islam, namun mestilah disusuli dengan kehendak Allah untuk kita lakukan.
Maka
dari ini semua, dapat kita ambil kesimpulan, bahawa doa kita baru dikatakan
mustajab apabila Tuhan memperkenankan doa kita itu dengan redhaNya dan
pilihanNya, bukan pilihan kita, dan pada waktu yang Dia kehendaki, bukan pada
waktu yang kita kehendaki.
Sebab
amal ibadah apa pun sahaja, kebagusannya melihat kepada penghabisannya
(khatimahnya). Apakah husnul khatimah (diakhiri dengan baik menurut Allah)
ataukah su ul khatimah (buruk menurut Allah).
Dan
kita berlindung kepada Allah dari doa yang mengakibatkan kepada kita tidak baik
pada penghabisannya.
Mudah-mudahan Allah SWT memperkenankan
segala doa-doa kita, demi kebaikan kita sekalian, dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan