Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi
(Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan
Wahdatul-Wujud Penting Difaham
Apabila
seorang sufi itu terdapat fana kerana ia tersyuhud kepada salah satu daripada
empat perkara yang diterang tadi, sudah tentu ia tiada dapat menyedari diri
sendiri dan juga makhluk sekeliling maka di waktu itu kerapkali terlatah
(syataha - شطح) di mulutnya dengan perkataan-perkataan “ittihad” (bersatu)
umpama:
Ertinya:
Tiada dalam jubah(ku) melainkan Allah.
Ertinya:
Akulah Tuhan yang sebenar.
Ertinya:
Akulah Tuhan yang ku cintai dan Tuhan yang ku cintai ialah Aku. Dan lain-lain
misal lagi.
Sedang
mereka dalam keadaan tak sedarkan diri (fana) itu bukanlah bererti mereka
terbaring tidur dengan tiada dapat bergerak-gerak lagi badan kasar itu, bahkan
mereka kerapkali dapat berjalan sebagaimana orang sihat dan kerapkali
bercakap-cakap dengan orang banyak tetapi ia tidak sedarkan orang itu. Hanya
yang sedar ialah mabuk dan karam kepada Allah jua, dan di waktu itulah mereka
kerapkali terlatah dengan perkataan-perkataan “al-ittihad” umpama di atas itu.
Perkataan “al-ittihad” maknanya ialah “pengucapan-pengucapan yang menimbulkan
segera faham orang ramai bahawa Tuhan dan manusia (makhluk) itu adalah satu
jua” seperti spa yang terdapat dalam latihan tadi. Dan hati orang-orang sufi
yang dalam keadaan fana dan terlatah itulah dinamakan “wahdatul-wujud” atau pun
“al-ittihad” mengikut istilah tasauf.
Dan mereka
dalam waktu itu tidak terkena lagi dengan hukum taklif syarak kerana akal
mereka hilang dengan kesedaran alam sekeliling. Dan tiap-tiap orang wali
mestilah ia lalui dan merempuh jalan ini tetapi ada yang terselamat dari fitnah
dan ada pula yang tidak terselamat seperti Halaj. Adapun maqam nabi atau rasul
ialah maqam baqa yang tercipta dari awal yakni ia tidak perlu merempuhi jalan
fana yang menyebabkan seolah-olah jadi umpama orang gila atau mereng.
Bandingan Wahdatul-Wujud
Sebab-sebab
terjadi pengucapan-pengucapan syatah atau terlatah umpama itu ialah kerana
kelazatan jazbah yang kuat terdapat dalam masa fana itu. Misalnya ia terucap di
mulutnya: “Tiada Tuhan melain aku” atau “Akulah tuhan yang hak” atau pun “Tuhan
tiada makan nasi yakni (aku)” atau sebagainya.
Pengucapan-pengucapan
umpama itu sebenarnya adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada Allah,
bukan bererti ia mengaku dirinya sebagai tuhan. Bagaimana kita sendiri juga
pernah membaca Quran ayat:
Ertinya: Sayalah Allah tiada Tuhan yang lain
melainkan Saya. [Surah Taha: 14]
Ini pada
sekali imbas bererti perkataan “Saya” si pembaca Quran itu mengaku dirinya
sebagai tuhan, pada hal itu adalah menghikayatkan spa yang sebenar daripada
kalam Allah (al-Quran) jua. Demikian juga pengucapan-pengucapan yang terlatah
di mulut orang sufi yang fana di ketika itu adalah menghikayatkan apa yang
sebenar daripada Allah, bukan ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana
orang termasuk hantu juga, di ketika itu ia bercakap dengan tiada sedarkan diri
bahkan ia menghikayatkan apa yang sebenar daripada hantu itu.
Sebagaimana
juga malaikat Mulhim bercakap melalui diri orang fana yang kerapkali terlatah
di mulutnya dengan umparna kata “أنا الحق” misaInya. Maka percakapan orang
fana umpama itu adalah hasil dari hikayat malaikat Mulhim akan kalam Tuhan yang
ditajalli kepadanya, oleh hal yang demikian maka jadilah pihak orang yang
mendengar menyangka percakapan umpama itu adalah kalam orang yang mengaku
dirinya Tuhan (lalu dipersalahkan), pada hal yang sebenarnya adalah kalam
malaikat Mulhim yang ditajalli dan yang diterjemah atau dihikayat dari kalam
Tuhan, maka begitulah juga bandingannya dengan percakapan orang masuk hantu;
pada zahirnya ialah percakapan orang sakit itu, padahal pada batinnya adalah
percakapan hantu (pelesit). Demikianlah dengan keterangan ini saya berharap
sudah cukup terang kepada pembaca.
Satu
perbandingan lagi iaitu kita umpamalcan apabila seorang itu melihat gambar
sultan dalam frim gambar tersangkut di dinding rumahnya maka ia berkata: “Aku
dah lihat sultan”. Padahal yang sebenarnya ia bukan melihat sultan, hanya
dilihatnya gambar kertas jua tetapi oleh kerana ia tertumpu perhatiannya kepada
ain sultan yang sebenar di istananya maka ia pun terucap “Aku dah lihat sultan”
padahal matanya sedang lihat gambar kertas jua bukan ain sultan. Jadi pengakuan
yang umpama itu adalah bermakna menghikayatkan apa yang sebenar daripada sultan
yang hakiki dalam istana itu.
Demikianlah
contoh-contoh perbandingan apa yang berlaku kepada orang sufi yang sedang karam
dalam “wahdatul-wujud” atau “alittihad” atau dikatakan “hulul” atau
seumpamanya. Saya berharap pembaca dapat faham dengan sejelas-jelasnya. Orang
yang karam dalam wahdatul-wujud atau fana maka alam sekelilingnya laksana
cermin yang mereka nampak Tuhan di dalamnya, oleh itu maka alam sekeliling ini
laksana Tuhan dalam pandangan (dzauk dan kelazatan) syuhud mereka kerana mereka
nampak di dalamnya Tuhan, maka terluncur di mulut mereka dengan
pengucapan-pengucapan umpama “alam ini adalah Tuhan” atau “Tuhan itu adalah
alam ini” padahal yang sebenarnya bukanlah bererti “alam ini Tuhan dan Tuhan
itu alam” bukan sekali-sekali begitu, kerana alam dan Tuhan adalah berbeza dan
sangat berlainan pada zat masing-masing bahkan adalah mustahil kalau dikatakan
dua perkara yang berlainan itu hanya jenis yang satu. Oleh yang demikian maka
tetaplah dua perkara yang berbeza itu tak serupa jua sebagaimana yang telah
diputuskan oleh kaedah tulen ilmu usuluddin yang tak boleh diugih-ugih lagi.
Oleh itu
barangsiapa mengiktikadkan “Bahawa Tuhan dan alam adalah satu”. Atau “Dirinya
dengan Tuhan adalah satu”. Atau “Aku Allah” nescaya murtadlah ia dengan
serta-merta, والعياذ بالله baik
mengikut ilmu tasauf atau pun usuluddin.
Itulah dia
huraian-huraian wahdatul-wujud secara sihat mengikut istilah tasauf yang
sebenar yang dipelajari atau diterima dari guru yang ahli, bukan dikutip dari
buku-buku mengikut secara sedap faham, kemudian ditulis melalui majalah-majalah
mengikut aliran fikiran yang tidak berasas. Peganglah kemas-kemas kaedah secara
sihat ini kalau tuan-tuan ahli peminat tasauf. Dan tidak ada sekarut-karut atau
sebidaah-bidaah huraian di dunia ini melainkan huraian yang mengelirukan
fahaman iktikad orang ramai mengenai masaalah tauhid pada agama Allah yang maha
suci baik secara langsung atau tidak langsung.
Jangan-jangan
menghuraikan wahdatul-wujud secara bukan-bukan, itu menyebabkan timbul penyakit
besar yang tiada terubah maka buruklah padahnya iaitu murtad atau jadi kafir
zindik.
Huraian-Huraian Mengeliru Dan Tiada Bertanggungjawab
Banyak
terdapat dalam majalah tulisan-tulisan oleh golongan kaum intelek kita dan
berani menghurai wahdatul-wujud dengan huraian-huraian yang mengelirukan
fahaman orang ramai seperti dikatanya: “Alam dan zat Tuhan adalah satu” atau
“Manusia dapat bersatu dengan Tuhan” atau “Alam semesta ini merupakan bahagian
daripada Tuhan” atau seumpamanya, sebenarnya ayat-ayat susuk kata umpama itu
tidak terdapat dalam kitab-kitab Arab tua tasauf yang muktabar, tetapi
ayat-ayat umpama itu agaknya adalah diambil daripada setengah kitab-kitab
tasauf jenis zaman moden di mana di setengah-setengah tempat ada yang karut
daripada kitab-kitab lama (tua), bahkan ia adalah daripada hasil yang tersalah
diambil pengertian daripada pengucapan-pengucapan yang terlatah di waktu
“al-ittihad” atau “wahdatul-wujud” berdasarkan kepada ini memang logik.
Di sana ada
pula yang mengatakan “wahdatul-wujud itu sebagai ajaran atau falsafah” dan ada
pula yang mengatakan “Al-Hallaj mengajar wahdatul-wujud kepada murid-muridnya”
atau lain-lain lagi sebenarnya huraian-huraian atau sumber-sumber yang umpama
itu adalah berdasarkan kepada sedap-sedap faham atau dirasanya begitu kemudian
ditulis atau pun bahan-bahan yang umpama itu dikutip-kutip dari buku-buku jenis
baru atau majalah-majalah.
Semuanya itu
adalah mengelirukan belaka kerana wahdatul-wujud itu sebenarnya bukanlah suatu
ajaran sebagaimana pelajaran-pelajaran biasa yang kita belajar atau ambil dari
guru dan bukan pula sebagai falsafah untuk difaham begitu tetapi ia adalah
suatu perkara dzauk yang terjadi bagaimana diterang dengan panjang lebar tadi.
Malah ia adalah suatu perkara yang tak boleh diterang dengan cakap dan tak
boleh ditakbir dengan kalam.
Oleh yang
demikian maka segala huraian “wahdatul-wujud” dengan takbir umpama itu
sungguh-sungguh mengelirukan dan tak bertanggungjawab melainkan setelah
dipelajari dan diambil fatwa dari guru yang ahli. Maka tak sayugialah ditulis,
dibahas, dikupas dan dikorek isinya melainkan oleh orang yang ahli kerana
mungkin tersalah, sebab otak manusia tak dapat menggambarkan dzauk sufiah itu
walaupun oleh ahli wahdatul-wujud sendiri melainkan kalau hendak memaham,
rasalah sendiri dan sebenarnya wahdatul-wujud ini bukan hak kepunyaan orang
awam.
Suatu kaedah
yang tetap iaitu wahdatul-wujud tidak berlaku melainkan pada waktu maqam fana.
Adapun pada ketika ia baqa tak mungkin berlaku wahdatul-wujud kerana seorang
dalam maqam baqa itu mempunyai dua alam kesedaran; iaitu alam batin dan alam
zahir (tubuh kasar) yakni kedua-duanya bekerja dengan kesedaran masing-masing,
adapun waktu fana maka alam batin sahaja yang sedar tetapi alam zahir iaitu
tubuh kasar dengan perasaan pancainderanya adalah lenyap dari kesedaran kesemua
sekali. Apabila seorang yang fana itu kembali kepada maqam baqa maka jadilah ia
seorang wali besar atau kita gelarkan “al-insan al-kamil”.
Murtad Dan Zindik Setengah Orang-Orang Kampung
Oleh sebab
banyak berlaku kekeliruan tentang masaalah syuhud dan juga wahdatul-wujud itu
bukan sedikit menyebabkan orang jatuh kafir zindik kerana mereka beriktikad
bahawa yang sebenar dirinya (seorang) itu ialah dari jenis zat Allah
sebagaimana juga diri zat asap sebenarnya ialah dari jenis zat api. Kononnya
penganggapan yang seumpama itu ialah ilmu isi yang sebenar dan ahli tasauf yang
sebenar dan dalam-dalam –
Itulah dia
ilmu iktikad yang terkena pedaya syaitan dan berjaya merosakkan iman seorang.
Ilmu seumpama itu banyak timbul di kampung-kampung, mereka iktikadkan dirinya
adalah Tuhan yang sebenar, oleh itu maka segala gerak-geri mereka dan apa-apa
yang mereka buat adalah Tuhan belaka, sehingga dikatakan apabila mereka sampai
kepada hakikat ini maka tak payahlah mereka bersembahyang bang menurut syariat
sebagai kulit luar sahaja.
Dan manakala
ia berdepan dengan tok-tok guru yang ternama sedikit, ia mencari helah,
dipujinya ilmu tok guru itu ... itu ... dan ini ... bagus semuanya tetapi bila
berpaling belakang dari tok guru itu ia berdegil semula dan tetap engkar
ilmu-ilmu guru itu bahkan dikatanya pula ilmu tok guru itu hanya kulit luar
sahaja bukan hakikat dan bersembahyang bang pun terus ditinggalkan. Inilah dia
satu-satunya ilmu isi kemenangan syaitan. Itulah ilmu isi yang tak keluar dari
neraka jahanam sampai bila-bila, kerana pegangan-pegangan atau iktikad-iktidad
yang seumpama itu adalah mengkafir zindikkan mereka dan memurtadkan mereka.
Maka wajiblah ia bertaubat serta merta dan mengucap dua kalimah syahadat
semula. Jika ia enggan, wajiblah dicerai isteri-isteri atau suami-suami mereka.
Inilah satu daripada masaalah-masaalah yang seumpama itu berupa masaalah
iktikad-iktikad yang tak nampak dilihat untuk diawasi.
Pengertian Wahdatul-Wujud Yang Sebenar
Pada hal
masaalah wahdatul-wujud yang sebenar bukanlah bertujuan ke arah itu tetapi
telah dikelirukan oleh rasa-rasa sedap faham pihak yang tak bertanggungjawab.
Adapun masalah wahdatul-wujud, sebenarnya bukanlah suatu perkara di sengajai,
bukan perkara pegangan iktikad dan bukan pula perkara ajaran atau falsafah
tetapi ia adalah suatu perkara dzauk yang terjadi secara tiba-tiba setelah
orang itu berjaya mencapai maqam fana, hal yang seumpama ini mestilah ditempuhi
oleh mana-mana orang yang sudah menjadi wali. Oleh kerana huraian-huraian yang
mengelirukan mengenai masaalah wahdatul-wujud maka ilmu tasauf adalah menjadi
medan tuduhan-tuduhan angkara fitnah: kerapkali terdengar ilmu tasauf telah
dimaki hamunkan, tasauf khurafat ... tasauf bidaah ... tasauf karut ... maka
tuduhan-tuduhan yang umpama itu adalah tiada kena-mengena dengan tubuh ilmu
tasauf yang suci itu, malah yang benar terkena sasarannya ialah kepada orang
zindik tadi di mana ia tersilap mengambil pengertian dari
pengeliruan-pengeliruan pihak yang tak bertanggungjawab tadi. Jadi - orang lain
makan nangka orang lain kena getah!
Berkenaan
dengan syuhud pula maka ia adalah berupa sebagai suatu barang yang paling
berharga mahal, yang sangat-sangat dikehendaki oleh orang-orang sufi kerana ia
berupa masaalah kemuncak dan matlamat akhir yang diperjuangkan oleh orang-orang
tarikat dan suluk sufiah. Adapun golongan ulama az-zawahir terutama sekali
ulama-ulama fikah (mungkin menyinggung perasaan ulama fikah, penulis sendiri
pun murid fikah, tetapi terpaksa mendedahkan yang benar), mereka tidak
tahu-menahu sedikit pun rahsia ini, sebab itu kebanyakan mereka mengengkari
tasauf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan