"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu
mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai
akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah
cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam
Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang
menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi
kaum yang (mahu) beriman". (surah Yusuf :111)
Berstatus anak yatim piatu bukan satu ujian yang mudah.Membesar
dengan datok,kemudian wafat datok kesayangan.Lantas membesar pula bersama bapa
saudara sebagai pengembala kambing bukanlah kehidupan yang menyenangkan…hidup
dalam masyarakat yang rosak akhlak di Mekah bukanlah perkara yang
menggembirakan…namun semuanya dilalui dengan penuh kesabaran.
Siapakah Rasulullah saw?Baginda saw adalah manusia
seperti kita,berdarah merah dan mempunyai perasaan.Bezanya Baginda saw dilantik
sebagai Nabi dan Rasul,manakala kita adalah manusia biasa…Namun adakah
Rasulullah tidak pernah bergenang air mata merasai kepayahan dan kesulitan
dalam kehidupan? Hayati kisah Rasulullah saw ketika usia remaja…
Ketika usia Nabi saw genap dua belas tahun, Abu Talib
membawa bersamanya Nabi Muhammad s.a.w ke Syam untuk berdagang. Apabila tiba di
Busra, mereka melintas dihadapan seorang rahib yang terkenal disana iaitu
Buhaira. Buhaira merupakan seorang yang alim tentang kitab Injil dan agama
Nasrani. Apabila melihat nabi, Buhaira mengamati dan berbual dengan
baginda.
Setelah itu beliau berpaling kepada Abu Talib lalu
bertanya;
“Apakah hubungan tuan dengan kanak-kanak ini?”
Lalu Abu Talib menjawab, “Dia anak saya. (Abu Talib
sangat sayangkan Nabi sebab itu dia mengaku nabi sebagai anaknya)”
Mendengar jawapan tersebut, Buhaira berkata, “Dia bukan
anak tuan. Sepatutnya bapa anak ini telah meninggal dunia.”
Maka Abu Talib menjawab, “Dia anak saudara
saya.” Buhaira bertanya, “Di mana ayahandanya?”
Jawab Abu Talib, “Ayahandanya telah meninggal dunia
dan ibunya ialah adik ipar saya.”
Lantas Buhaira berkata, “Benar. Bawalah anak ini
pulang ke negerinya dan berhati-hati dengan orang yahudi. Demi Allah jika
mereka melihatnya, pasti anak ini akan ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya anak
saudara tuan ini memiliki masa hadapan yang agung.”
Lalu Abu Talib segera membawa Rasulullah s.a.w pulang
ke Mekah.
Sebagai orang Islam,kita wajar membaca sirah Nabi saw
sejak Nabi saw dilahirkan,zaman kanak-kanak,remaja,dewasa hinggalah Nabi saw
wafat.Banyak pengajaran dan teladan yang patut digali dalam sirah Nabi saw.Namun
berapa ramai yang membaca sirah Nabi saw dan menghayatinya? Rasulullah saw
mempunyai perasaan seperti kita iaitu
sedih,kecewa,marah,benci,suka,meluat,geram dan sebagainya.
Namun bagaimanakah Baginda saw melalui kehidupan
dengan penuh kesabaran? Tatkala orang Islam di Mekah melalui pelbagai keperitan
dan penderitaan lantaran dizalimi dan diseksa orang kafir,para sahabat saw yang
setia memohon Nabi saw agar meminta bantuan Allah swt Maha Perkasa.Lantas Nabi
saw bersabda “Umat dahulu lebih teruk ujian dan penderitaan,malah para Nabi pun
mengalaminya.Tahukah kalian Nabi Zakaria a.s digergaji hingga mati oleh
kaumnya?” Tatkala Nabi saw berdakwah ke Thaif, bukan sahaja dakwah tidak
diterima,malah Nabi saw dilontar dengan batu hingga darah membasahi pipi hingga
Nabi pingsan.
Apabila terjaga,Malaikat Jibril a.s meminta Nabi saw
memohon apa sahaja untuk ditimpakan bala dan bencana buat kaum Thaif.Lantas
Nabi mengangkat tangan dan berdoa “ Ya Allah…maafkan kaumku kerana mereka itu
jahil….” Subhanallah…begitulah luhurnya jiwa Rasulullah saw…
Adakah kita mampu bersabar sebagaimana Baginda saw?
Kesabaran itu adalah perkataan yang mudah disebutkan oleh semua manusia,namun
untuk menghayati dalam kehidupan,bukan sesuatu yang mudah.
Aku sendiri hidup tanpa ibu bapa sejak usia 1
tahun.Aku sendiri pernah gagal dalam pekerjaan,pernah gagal dalam
perniagaan,pernah gagal dalam dunia percintaan..aku pernah gagal dan
gagal,namun aku sentiasa menenangkan jiwa dengan iman dan takwa kepada suratan
takdir…
Firman Allah swt “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang
yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah al-Nahl, ayat 96)
Rasulullah SAW memberi galakan untuk kita bersabar
terhadap kesusahan dan kepayahan hidup. “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu
banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
Hadis berikut perlu dijadikan falsafah kehidupan orang
Islam : “Sungguh mengagumkan urusan
seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah
didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia
merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika
kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith
riwayat Imam Muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan