Hadis Usamah bin Zaid r.a:
Sesungguhnya pada suatu hari Nabi s.a.w menaiki seekor keldai yang berpelana dan di bawahnya ada kain selimut yang agak lusuh buatan Fadakiah. Sementara itu Usamah mengikuti dari belakang baginda untuk menjenguk Saad bin Ubadah di kalangan Bani Al-Harith bin Al-Khazraj. Peristiwa itu terjadi sebelum peperangan Badar. Semasa dalam perjalanan tersebut baginda telah pergi ke suatu majlis yang bercampur di antara kaum Muslimin dengan orang-orang Musyrikin yang menyembah berhala dan orang-orang Yahudi.

Di dalam majlis tersebut terdapat orang yang bernama
Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Rawahah. Ketika majlis tersebut ditutupi
oleh debu-debu yang berterbangan dari tapak kaki binatang, Abdullah bin Ubai
menutup hidungnya dengan kain serban agar tidak dimasuki oleh debu-debu
tersebut......
Oleh kerana tidak tertahan dengan debu itu, Abdullah bin
Ubai berkata: Jangan taburkan debu padaku. (Setelah beliau terlebih dahulu
berada di samping mereka), Nabi s.a.w kemudiannya berhenti dan turun dari
keldainya, kemudian baginda menyeru mereka kepada Allah dengan membacakan
beberapa potong ayat Al-Quran.
Setelah mendengarnya, Abdullah bin Ubai berkata: Wahai
seseorang! Aku kira lebih baik kamu duduk di rumah saja sekiranya apa yang kamu
katakan itu benar, maka janganlah kamu menyakiti kami di majlis kami sendiri.
Pulanglah kamu ke rumahmu. Sesiapa di antara kami yang datang kepadamu, maka
ceritakanlah kepadanya. Seterusnya Abdullah bin Rawahah berkata: Sertailah
majlis kami, sesungguhnya kami lebih menyukainya.
Oleh itu orang-orang Islam sendiri, orang-orang musyrik
dan juga orang-orang Yahudi yang hadir di dalam majlis tersebut semuanya
mencaci maki Nabi s.a.w seolah-olah mereka mahu menerkam baginda. Namun begitu
Nabi s.a.w tetap tenang dengan sikap dan karenah mereka. Sementara itu baginda
tanpa banyak bicara terus menaiki keldainya ke tempat Saad bin Ubadah, lalu
Nabi s.a.w bersabda: Wahai Saad! Apakah kamu tidak mendengar apa yang dikatakan
oleh Abu Hubad beliau menyuruh Abdullah bin Ubai berkata begini dan begini?
Saad bin Ubadah cuba menghiburkan baginda dengan berkata: Maafkanlah beliau
wahai Rasulullah! Maafkanlah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan