Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi
(Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan
Syuhud
Banyak orang
tersalah mengambil pengertian mengenai syuhud ini dan berbagai-bagai
mereka buat pengertian: setengah mengertikan dengan melihat Allah, ada
mengertikan dengan memandang kepada Allah, ada pula yang mengertikan pejam mata
dan nazarkan kalimah Allah bersinar-sinar dalam hati, ada yang
mengertikan pula dengan ingat atau fikir kepada Allah. Dan yang paling anehnya ada yang mengertikan dengan seruk (hisap) nafas serta pandang nur Allah dalam hati, dan ada macam-macam lagi yang penulis tahu berlaku di kampung-kampung yang disangka mereka sudah alim dalam tasauf tetapi sebenarnya jahil dan tersalah jalan.
mengertikan pula dengan ingat atau fikir kepada Allah. Dan yang paling anehnya ada yang mengertikan dengan seruk (hisap) nafas serta pandang nur Allah dalam hati, dan ada macam-macam lagi yang penulis tahu berlaku di kampung-kampung yang disangka mereka sudah alim dalam tasauf tetapi sebenarnya jahil dan tersalah jalan.
Semuanya itu
adalah tidak betul bahkan karut belaka!
Pengertian syuhud
yang sebenar mengikut istilah tasauf ialah “Datang ke dalam hati yang sudah
suci jilah, suatu kedapatan rasa yang ada kelazatan, kesedapan dan kemanisan
(dzauk) apabila ia mengingati salah satu daripada empat perkara tadi (af’al,
asmak, sifat dan zat Allah) sama ada datang tak kesedaran kepada diri dan
kepada yang lain (fana) atau pun ia sedarkan diri (baqa’).”
Bandingan Syuhud
Bandingan syuhud
lebih kurang bolehlah diumpama begini; seorang yang belum pernah kenal dan rasa
buah durian, apabila ia berjumpa durian itu dikoyak kulitnya dan dikenal isinya
serta dihidukan baunya lalu ia terasa pecah liur, kemudian ia pun makan dan
dirasanya isi itu ... wah ... alangkah sedapnya dan lazatnya keseleraan isi itu
meresap dalam keseluruhan jiwa dan badannya. Hingga kerapkali dia ditegur orang
tidak disedarnya melainkan kepada kesedapan dan kelazatan isi durian itu jua.
Bandingan
yang lain pula - bolehlah diumpamakan seperti orang takut kepada harimau, semua
orang tahu takut kepada harimau. Tetapi sebelum berjumpa harimau perasaan takut
itu hanya berlaku di atas lidah sahaja dan itulah dikatakan takut secara ilmu
sahaja yakni belum benar-benar ada rasa ketakutan dalam hati, tetapi apabila
engkau pergi ke huma dalam hutan yang baru dibuka, di tengah-tengah engkau
berjalan itu tiba-tiba engkau berjuak (bertemu) dengan seekor harimau besar
maka di waktu itu apakah perasaan kamu? Tentulah engkau tahu sendiri
jawapannya, engkau di masa itu barulah benar-benar rasanya ketakutan itu ...
datang ... dzauk ... masuk menjelma ke dalam seluruh perasaan jiwa sehingga tak
sedar kepada yang lain melainkan yang sedar hanyalah kepada harimau jua.
Saya harap
bandingan sekadar ini dapat memberi faham kepada pembaca. Itulah bandingan syuhud
untuk difaham mengikut istilah tasauf yang sebenar. Dan hal ini adalah suatu
perkara dzauk yang tak boleh hendak ditakbir dengan lisan dan kalam. Berkata
setengah ahli sufi:
Ertinya:
Siapa tak rasa tak tahu (mengenal).
Apabila
seorang itu berjaya mencapai syuhud umpama itu maka itulah dia
digelarnya “wali Allah” atau “al-arifbillah – العارف
بالله” atau “al-Wasilu
illa-llah – الواصل إلى الله” yakni orang yang mengenal (makrifat) dengan Allah atau sampai
kepada Allah dengan jalan syuhud. Dan dari syuhud itu terbitnya
perkataan “musyahadah” iaitu seolah-olah ia bersemajlis atau
bersetentangan dan berhadapan di antara satu sama lain dalam majlis hadapan
Allah itu (majlis hadrat Allah) begitulah dirasanya oleh hati orang-orang wali.
Dan maqam musyahadah inilah digelar pula maqam “al-Ihsan” bagaimana terdapat
dalam hadis Nabi SAW di awal kitab ini dan dialah yang menjadi pati agama yang
diturun oleh Allah yang jarang manusia mengetahuinya melainkan aulia Allah dan
nabi-nabi (rasul-rasul).
Semua
wali-wali besar, nabi-nabi clan rasul-rasul adalah terdiri dari maqam
musyahadah itu tetapi musyahadah dengan jalan “baqa” yakni mereka kekal dalam
kesedaran dengan dua alam: iaitu alam batin tetap bermusyahadah dengan Allah,
dan alam lahir (pancaindera) atau alam tubuh kasar lahir dapat berbicara dengan
makhluk ramai dan dapat membimbing masyarakat ke arah jalan benar dan diredhai
Allah sekira-kira tidak menjejaskan kesedaran batin dari musyahadah Allah tadi.
Itulah dia
digelarkan “maqam baqa’ billah - مقام بقاء بالله” maqam yang tertinggi sekali
daripada segala maqam. Dan maqam ini digelarkan maqam “al-insan al-kamil”.
Tetapi adalah termaklum bahawa maqam nubuwwah dan risalah ini memang lebih
tinggi lagi daripada itu kerana tidak dikatakan nabi dan nasal melainkan orang
yang menerima maqam baqa’.
Misal Syuhud Dengan Asmak Allah
Apabila
seorang itu mendapat syuhud dengan nama Allah, misalnya dengan nama
“Rahman” maka di waktu itu dirasanya nama Allah yang pemurah (Rahman itu jelira
(rasa) lazat ke dalam seluruh perasaan batin hingga tak sedarkan diri (fana)
atau pun ia sedarkan diri (baqa’), kelazatan-kelazatan yang terdapat umpama itu
tak dapat diperikan oleh bahasa lisan dunia walau sepatahpun, demikian juga tak
dapat digambar atau dituliskan dengan pena. Dan kiaslah lagi pada nama-nama
Allah yang lain umpama al-Aziz, al-Jabar, al-Mutakabbir dan lain-lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan