Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi
(Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan
Darjah-darjah Makrifat Dan Bandingannya
Suatu hal yang tak dapat dinafikan iaitu daripada syuhudlah timbulnya makrifat, dan darjah-darjah makrifat itu pula didapati terbahagi kepada tiga martabat. Sekarang ikutilah bahagian-bahagian martabat itu bagaimana di bawah:
Yang Pertama - Martabat Syariat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal dalil wujud makhluk ini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin. Martabat ini digelar “ilmu al-yakin” atau “martabat syariat”. Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja. Ini darjah yang rendah sekali untuk orang-orang awam yang umpama kita ini.
Yang Kedua - Martabat Makrifat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati. Martabat ini digelar “ainul-yakin” atau “martabat makrifat” mengikut istilah tasauf, ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa). Martabat ini lebih tinggi dari yang pertama di atas iaitu untuk orang-orang sufi yang sudah merasa makrifat dan ia tetap lebih tinggi daripada pertama tadi (sudah jadi wali).
Yang Ketiga - Martabat Hakikat: laitu mengenal Allah dengan jalan hadir ke dalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan. Martabat ini digelar “haqqul-yakin” atau “mar-tabat hakikat” ibarat terdapat rasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya. Dan martabat ini memang terdapat pada orang-orang wali, nabi-nabi dan rasul-rasul jua.
Kata setengah orang sufi di sana terdapat pula martabat yang tertinggi sekali iaitu “martabat akmal” namanya. Martabat ini adalah terkhas kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW jua. Dan dari kerana nur Nabi Muhammad yang akmal inilah dijadinya alam sejagat ini.
Perbicaraan kita sudah agak panjang meleret. Sekarang marilah kita sambung kembali perbicaraan kita tentang hal perjalanan nafsu mulhamah (3) semula.
Adapun orang sufi yang dalam perjalanan nafsu mulhamah ini maka memanglah ia sudah dapat menyelami dan mengalami “alam arwah” yang kita namakan juga “alam malakut”. Dengan menyelami alam tersebut mereka dapat ketahui perkara-perkara yang pelik, mereka dapat menyaksi pula arwah-arwah di alam malakut itu serta dapat bercakap-cakap dengan mereka (lihat perbicaraannya pada fasal “alam hadrat” dalam bab yang kelima).
Hal atau warid perjalanan nafsu mulhamah ini ialah bahawa dapat rasa di hatinya “asyik kepada Allah” atau rindu kepada Allah dalam setiap masa. Dan sifat-sifat yang timbul dari nafsu mulhamah ini ialah murah hati (sakho), qana’ah, zahid dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat yang terpuji yang tak dapat dipanjangkan di sini.
Apakah Dia Qana’ah Dan Zahid?
Qana’ah ialah rasa dapat berpada dengan apa harta atau kehidupan yang ada pada mereka, sifat ini dapat dirasa oleh hati mereka (orang sufi) oleh kerana kebersihan hati mereka. Adapun hati kotor orang awam yang umpama kita ini maka jauh sekali daripada dapat mengecap rasa sifat umpama itu. Oleh itu jauhlah bezanya hati kita yang bersifat tamak kepada keduniaan ini dengan hati orang yang bernafsu mulhamah tadi.
Dengan hal demikian maka qana’ah bukanlah suatu sifat yang dapat ditiru-tiru oleh sebarang orang kerana ia datang daripada benih hati bersih dan suci. Dan hati suci umpama ini memanglah memandang kehidupan dunia ini sebagai perkara gampang sahaja. Oleh sebab itu mereka tiada berasa susah, tidak sebagaimana hati kotor yang bersifat tamak. Demikianlah pula qana’ah suatu sifat budi yang mulia dan sangat berharga. Kepada orang qana’ah bukanlah bererti terhalang kepada mencari harta-benda tetapi mereka pun mencari harta tiada kerana lain melainkan untuk memenuhi kehendak kebajikan dan keredhaan Allah, berlainan dengan kehendak kita untuk memenuhi kehendak-kehendak kepuasan nafsu.
Zahid - Ialah suatu sifat budi yang mulia dan sangat berharga mahal iaitu bahawa dapat dirasa oleh hati orang sufi perasaan tumpul nafsu atau tak pecah selera kepada perkara-perkara keduniaan. Berlainan dengan orang kita yang berhati sifat tamak ini. Orang bersifat zahid ini tidak mengambil dunia untuk faedah dirinya.
Dan tidak ia mengambil melainkan pengambilan itu adalah sebagai sambil lewa sahaja. Tidak dicarinya dunia melainkan untuk memenuhi kehendak-kehendak kebajikan dan keredhaan Allah jua. Mereka memandang harta dunia ini sebagai amanah Allah di muka bumi, mereka letakkannya pada tempatnya, mereka tidak menyalahgunakan amanah Allah untuk kepuasan nafsu yang tak mengenal batas-batas keredhaan Allah.
Lihatlah gambaran mulia sifat zahid sebagaimana yang ditunjuk contohkan oleh sahabat Nabi, Abu Bakar as-Siddiq iaitu ketika Nabi melancar pungutan derma kilat untuk memenuh suatu tabung peperangan. Abu Bakar r.a menderma seluruh hartanya dengan tidak ketinggalan sedikit pun, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: “Tidakkah ada ketinggalan sedikit harta di sisi kamu?” Abu Bakar r.a menjawab: “Ya Rasulullah, yang tinggal di sisi saya ialah Allah dan Rasul jua.”
Wah....! Bukan main sifat kezahidan dilakukan oleh Abu Bakar ketika negara menghadapi kecemasan ekonomi. Pendek kata sifat zahid umpama itu perlu dijadikan sebagai alat dinamik untuk tujuan-tujuan kecemasan pada waktu-waktu tertentu. Malah sifat zahid adalah musuh ketat kepada sifat kedekut, tindas-menindas dan penghisap darah.
Sifat zahid umpama itu bukanlah suatu sifat yang dapat ditiru-tiru kerana ia adalah pakaian nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang yang bersih hati. Adapun zahid orang awam pada hal di hatinya penuh pepak dengan sifat-sifat tamak keduniaan maka itulah tandanya zahid berpura-pura bahkan zahid dusta dan palsu belaka.
Dalam perjalanan nafsu mulhamah ini mereka kerapkali mendapat syuhud pada afaal Allah SWT iaitu ibarat nyata (timbul warid) ke dalam hati rasa (dzauk) hakikat bahawa segala gerak-geri perbuatan alam ini semuanya terbit daripada Allah SWT yang Esa serta bertambah-tambah iman dan yakin. Dan kerapkali mereka fana segala perbuatan alam ini dalam ingatan hati apabila mereka mendapat syuhud dan ternyata di hati bahawa semua perbuatan yang berlaku itu hanya perbuatan Allah yang Esa jua.
Oleh itu bermaknalah mereka sudah masuk dalam permulaan maqam tauhid Al-Afa’al - iaitu ibarat daripada syuhud yang terasa di hati mereka bahawa tiada yang berbuat di alam ini melainkan Allah. Ini adalah sebagai tanda atau simbul yang mereka telah berjaya mendapat tauhid al-Afa’al dalam perjalanan mereka (nafsu mulhamah).
Jika terdapat demikian maka itulah tanda maqam pertama daripada maqam-maqam orang yang hampir menjadi wali, kerana hal kewalian nafsu mulhamah ini belum tercapai dengan tetap dan teguh (tamakkun - istiqamah) dan darjah ini adalah sehampir-hampir dengan wali yang belum rasmi, maqam ini ialah sebagai tangga utama untuk mencapai pula maqam tauhid al-Ismak (nafsu mutma-innah).
Fatwa Zikir Khurafat Dan Karut
Di sana terdapat fatwa-fatwa zikir yang berbunyi (لا فاعل إلا الله) atau sebagainya (لا معبود إلا الله), kononnya dikatakan bahawa siapa-siapa beramal demikian maka ia akan beroleh ilmu hakikat (menjadi wali) sebagaimana terdapat atau berlaku pada setengah orang kampung.
Sebenarnya, itu suatu kesilapan besar yang terjadi oleh kerana tersilap faham maksud ayat (لا فاعل إلا الله) yang umpama itu. Padahal yang sebenarnya ayat umpama itu merupakan suatu kedapatan syuhud tauhid al-Afaal orang sufi yang kalau hendak ditakbirkan dengan lafaz lidahnya (terjemahan) maka berbunyilah begitu. Bukan bermaksud kita beramal zikir demikian menentukan kita jadi wali. Fahamlah mudah-mudahan tiada terkeliru lagi. Dan bandingkanlah jika terdapat zikir-zikir lain yang diterima umpama itu.
Yang paling aneh dan menggerun sampai berdiri bulu roma sekali ialah ada yang memberi fatwa supaya berzikir “Aku sebenar zat Allah” atau “Aku sebenar ruh Allah” iaitu dikatakan zikir zat namanya, kononnya barangsiapa beramal demikian tiap-tiap malam di masa yang tertentu maka sifat-sifat nafsu yang kotor dalam diri akan terbakar menjadi bersih dan akhirnva ia akan mencapai makrifat dengan Allah (jadi wali). Sekalipun jika dikatakan zikir umpama itu diterima dari alam malakut tidaklah boleh kita terus beramal kerana benda-benda yang kita jumpai dalam alam malakut tidak boleh dipegangi sebab kita tidak ketahui ia (benda malakut) daripada jenis apa; jinkah, syaitankah atau malaikatkah?
Kita tak boleh menganggap barang-barang di alam malakut itu semuanya baik dan bersih belaka kerana syaitan-syaitan sangat pandai dan bijak menipu di alam itu. Adapun yang berfatwa; apabila seorang itu sampai kepada hakikat amalan umpama tadi maka tak payah lagi ia bersembahyang atau menurut syariat kerana syariat itu kulit luar yang bertujuan supaya tercapai hakikat, manakala sudah tercapai maka tak payah lagi menurut syariat. Itu semuanya karut sesat semata-mata dan tidak berasas bahkan ia terkeluar dari pelajaran tasauf dan agama Islam yang maha suci.
Awaslah! Jika beramal dengan fatwa umpama itu serta diiktikadkan dirinya sebenar zat Allah maka tak syak lagi murtad dan kafir zindiklah orang itu pada hukum agama Allah
Pendek kata, boleh jadi banyak lagi amalan-amalan khurafat dan karut yang seumpama itu timbul di kampung-kampung, kononnya dikatakan bertujuan supaya tercapai makrifat dengan Allah Taala.
Oleh itu suatu perkara yang mesti diingatkan kepada orang-orang yang hendak menjalani tasauf, hendaklah pada pertama kali ia mencari guru mursyid yang benar-benar ahli dan benar-benar tahu ilmu hakikat dan syariat dan benar-benar alim dan dapat mengecam hal-hal perjalanan angin-angin nafsu di tiap-tiap peringkat yang tujuh. la boleh dikatakan sebagai doktor pakar bawatin dan zawahir, barulah murid itu terselamat dari angkara fitnah dan sesat. Barangsiapa kepada berguru yang bukan ahli dalam perkara ini maka tunggulah bala petaka yang boleh membawa ia jadi kafir -
Dan siapa-siapa yang tiada mempunyai guru dalam hal ini maka syaitanlah yang menjadi gurunya. Awasilah ilmu tarikat dengan berguru kepada yang ahli! Adapun wirid-wirid atau ibadat-ibadat yang semata-mata kerana menuntut pahala akhirat dan tiada berkaitan dengan tarikat sufiah maka tidak perlu kepada berguru dan tiada halangan apa-apa untuk beramal dengannya.
Rahsia Syuhud Fitnah

Sabda Nabi SAW:
Ertinya: Tidak ada kelebihan Abu Bakar dengan kamu dengan sebab banyak puasa dan banyak sembahyang tetapi yang melebihkan Abu Bakar ialah dengan sirr yang tersemat dalam dadanya. - Hadith Abu Hurairah.
Berkata Ibn Abbas r.a:
Ertinya: Kiranya aku terangkan tafsirnya (rahsia yang tersebut dalam hadith itu) nescaya kamu rejam aku ini dengan batu - dalam riwayat yang lain pula - nescaya kamu katakan aku ini kafir.
Tahukah tuan-tuan apakah yang dimaksudkan dengan sirr dalam hadith itu? Jawabnya, tak lain melainkan ialah rahsia kedapatan syuhud bagaimana kita hurai dengan panjang lebar dahulu. Pendek kata, perkara syuhud itu tak boleh dibahas, tak boleh diterang kerana lemah pendapat akal, lidah dan pena untuk menghuraikan rahsianya. Kalau diterang atau terterang atau tercakap atau terlatah atau terucap maka tentulah pendengaran orang terkeliru. Kalau sudah terkeliru fitnahlah jadinya. Kalau sudah jadi fitnah mungkin dia dibunuh orang.
Lihatlah apa yang terjadi pada Halaj, ketika ia tertarik oleh kuasa kelazatan fana (jazbah) maka terlatah di mulutnya (syattah) dengan kata “Tiada dalam jubah(ku) melainkan Allah”. Hal ini bukanlah suatu perkara disengajai, bukan perkara pelajaran atau falsafah sebagaimana yang diheboh-hebohkan oleh pihak yang tersilap mengambil pengertian, tetapi ia adalah hasil daripada perkara syuhud dzauk yang terjadi. Kebetulan pula pada zaman itu yang membuat fitnahkan Halaj ialah kaum fuqaha, ahli zawahir yang memang tidak mengerti rahsia itu.
Akhirnya pada tanggal 18 Zulkaedah 309 Hijrah (921M) di zaman khalifah Al-Muktadir Billah (المقتدر بالله) (kerajaan Abbasiah), Halaj pun dibunuh iaitu setelah ia difitnahkan oleh seorang ulama fikah terkenal bernama “Ibn Daud al-Isfahani” penganut mazhab Zahiri, suatu mazhab yang mementingkan segala hukum kepada zahir nas belaka dengan tidak dipedulikan rahsia hikmat di belakang itu.
Berkata Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, “Kiranya Halaj itu berada di zamanku nescaya aku ambilnya dengan tanganku dan aku tahan daripada fitnah pembunuhan orang” kerana orang zawahir memang tidak mengerti rahsia syuhud itu yang hanya untuk antara kita dengan Allah jua dan tidak harus diterangkan kepada umum.
Setengah guru tarikat mengurung muridnya di suatu tempat yang khas dan dikunci pintunya apabila terjadi kepada murid itu perkara-perkara umpama Halaj tetapi dibebasnya kembali setelah ia didapati siuman. Demikianlah hal perjalanan fana sebelum seorang sufi itu mencapai maqam baqa (al-insan al-kamil).
Berkata setengah ariffin:
Ertinya: Menerang rahsia sirr rabbubiyyah itu kufur.
Berkata yang lain pula:
Maksudnya: Kalau sudah terang rahsia ketuhanan, tentu tak berhajat lagi kepada nubuwwah, dan kalau rahsia nubuwwah pula terdedah terang tentu tak berhajat pula kepada ilmu pengetahuan, dan kalau rahsia ulama itu pula sudah ternyata maka tentulah pula tak berhajat kepada hukum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan