Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi
(Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan
Mujahadah ertinya
berjuang melawan godaan hawa-nafsu dan syaitan untuk menghapus sifat-sifat atau
tabiat-tabiat yang tercela dalam din i seorang dengan mengamalkan zikir tarikat
guru sebagai asas. Zikir-zikir disertai dengan mujahadah itu ibarat api
pembakar atau sebagai air api pelebur yang boleh menyuci segala tabiat atau
stfat hawa-nafsu tercela yang menjadi talibarut kepada syaitan dan sentiasa ia
memperdayakan hati seorang supaya lalai dari mengingati Allah dan mencemarkan
hati supaya jadi gelap berselaput.
Firman Allah
Taala:
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila
disebutkan Allah nescaya gementarlah hati mereka ketakutan (laksana hati jadi
jilah bersih dan hidup). [Surah al-Anfal: 2]
Ayat ini
mengisyaratkan bahawa zikir itu sebagai air api yang dapat meleburkan
kekaratan-kekaratan hati supaya jadi cerah bersih. Dengan hal demikian apabila
seorang berkehendakkan makrifat kepada Allah Taala wajiblah ia menjalani
latihan-latihan mujahadah dan beramal wind tarikat guru dan di dalam menjalani
kewajipan-kewajipan ini maka hati seorang itu akan dapat bertukar corak sedikit
demi sedikit dari cemar kepada suci mengikut peringkat-peringkat perkembangan
perjalanan suluk orang-orang sufi. Sekarang ikutilah keterangan-keterangan
peringkat perkembangan perjalanan suluk bagaimana di bawah ini:
Perjalanan
Nafsu Amma-rah (1)
Dalam
mujahadah dan perjalanan suluk peringkat ini, orang-orang awam sufi
sekali-sekala tidak sunyi dari menghadapi berlaku dosa kerana nafsu peringkat
ini belum terkawal dari tabiat-tabiat yang tercela umpama khianat,
hasad-dengki, tamak-haloba, sombong-takabbur, berahi makan minum banyak,
menyakiti hati orang dan sebagainya.
Zikir mereka
peringkat ini adalah bertempat menari-nari di atas pentas lidah lahir sahaja
sedang hatinya melancung ke luar negeri di waktu ia berzikir dan tidak ada
selera mengingati Allah selain daripada masaalah-masaalah kehidupan dunia. Alam
mereka martabat ini ialah tertarik kepada syahadah iaitu alam kasar yang kita
nampak ini.
Oleh hal
yang demikian, maka orang dalam peringkat ini terutama kita orang awam ini
adalah terkongkong kepada daya tarikan alam syahadah kasar ini. Oleh itu sangat
jauh untuk kita umpama orang awam ini dapat menyelami, mengalami atau
menyeberangi alam malakut, jabarut dan lahut melainkan orang awam sufi yang di
bawah tarbiah guru tarikat yang arif mursyid jua.
Hal atau
warid dalam hati orang peringkat ini sentiasa cenderung kepada kejahatan
sementara tabiat-tabiatnya pula ialah:
1. Jahil.
2. Tamak.
3. Takabbur.
4. Hasad.
5. Khianat.
6. Dan
sebagainya.
Kewajipan
mereka peringkat ini ialah mengekalkan mujahadah dan mengamalkan wirid tarikat,
mudah-mudahan dengan berkat tekun rajinnya itu mereka akan meningkat naik
perjalanan kepada nafsu lawwa-mah pula.
Perjalanan
Nafsu Lawwa-mah (2)
Perjalanan
suluk dan mujahadah mereka peringkat ini lebih baik sedikit daripada peringkat
pertama tadi kerana perjalanannya dalam beransur-ansur lebih baik dari semasa ke
semasa, mereka peringkat ini sudah terasa kuat di hati atau gemar hendak
bermujahadah dan sentiasa menurut syariat tetapi masih tertinggal melekat di
hati benih sifat-sifat iaitu sifat-sifat umpama ujub, ria, sumaah dan lain-lain
daripada sifat keaiban hati dalam diri seorang itu.
Orang sufi
peringkat ini mustahak ia meneruskan mujahadah dan beribadat zikir dengan
sungguh-sungguh hati supaya ia tidak ketinggalan sampai pula ke sempadan nafsu
mulhamah iaitu nafsu peringkat lebih tinggi daripada nafsu lawwa-mah.
Zikir mereka
dalam peringkat ini adalah bertempat dan berbunyi di kalbu, bukan lagi menari
di pentas lidah kasar, yakni kalbunya hidup bergerak dengan zikir dengan tidak
payah menggunakan lidah kasar lagi. Sungguhpun begitu lidah kasar mustahak juga
digerakkan setiap masa dengan berzikir.
Perhatian
Saya suka
menarik perhatian pembaca iaitu hal-hal atau cerita umpama itu bukanlah
berdasar kepada ilmu teori tetapi bagaimana ilmu sains juga ia berdasar kepada
tajribah dan eksperimen (percubaan) orang sufi itu sendiri sebagaimana yang
saya tegaskan dalam keterangan dahulu.
Alam mereka
peringkat ini sudah dapat mula menyelami alam barzakh iaitu sebahagian dari
alam malakut. Apabila seorang itu terbuka mata basirah “mata dalam” atau “mata
batin bagi ruh” maka ia di waktu itu akan berpeluang dapat melihat ruh-ruh di
alam itu hidup-hidup, sama ada ruh-ruh itu dalam keadaan bahagia atau azab
seksa. Cerita-cerita umpama ini boleh jadi saudara-saudara mengengkarinya
tetapi bagi orang-orang sufi adalah menjadi suatu kebiasaan jua dan pendedahan
cerita umpama ini juga adalah menjadi suatu kebiasaannya mendapat engkar dan
tentangan yang hebat dari ahli zawahir khususnya ulama-ulama fikah.
Hal cerita
umpama itu jika terdapat kepada permulaan orang sufi adalah dilarang (haram)
menceritanya melainkan kepada syaikh guru tarikat jua dan juga kepada
kawan-kawan yang setarikat sahaja. Selain daripada mereka itu, semuanya diharam
menceritakan mengikut kaedah tarikat sufiah kerana dibimbang jadi fitnah.
Selain dari itu adalah menjadi kewajipan murid memberitahu kepada gurunya
hal-hal tersebut dan juga hal-hal perubahan angin nafsunya.
Hal atau
warid bagi mereka peringkat ini ialah terdapat rasa di hatinya perkara-perkara
umpama di bawah:
1. Rasa
kasihkan Allah.
2. Sentiasa
berasa dalam taksirr (kesalahan).
3. Sentiasa
dalam meminta ampun kepada Allah.
4. Rasa
menyesal bila bersalah.
5. Dan
lain-lain lagi.
Tetapi
mereka dalam peringkat ini tidak sunyi dari datang rasa di hati sekali-sekala
daripada sifat-sifat seperti ujub, ria, sumaah dan sebagainya. Mereka peringkat
ini dikehendaki bahkan mustahak lagi supaya mereka meneruskan mujahadah dan
beribadat dengan sungguh-sungguh hati dan mengikut tunjuk pesan guru
mudah-mudahan mereka akan sampai pula ke sempadan nafsu mulhamah yang lebih
baik lagi.
Perjalanan
Nafsu Mulhamah (3)
Perjalanan
hati (suluk) mereka dalam peringkat ini adalah terdapat rasa di hati sentiasa
dalam keadaan pergantungan “atas Allah”. Zikir mereka dalam martabat ini adalah
sentiasa hidup bersembunyi di “ruh” bukan kalbu lagi, iaitu batin bagi kalbu
yang dinamakan “ruh”.
Martabat ini
merupakan peringkat pertama bagi permulaan seringkali mendapat “fana” setelah
mereka berjaya mendapat “syuhud” pada Allah SWT. Maqam ini mustahil tercapai
jika tidak lebih dahulu mereka mendapat “nur” atau “waridah” yang menjadi alat
utama pembersihan hati. Kejayaan mendapat nur itu adalah terhenti di atas
kesungguhan amalan wirid tarikat dan mujahadah. Peringkat ini bererti sudah
berbau dengan kewalian tetapi belum istiqamah (tetap). Peringkat ini lebih
tinggi daripada peringkat lawwa-mah tadi.
Pengertian
Fana Dan Syuhud
Yang
dimaksudkan dengan fana di sini ialah bahawa seluruh makhluk ini bahkan
termasuk juga dunia dan diri sendiri hilang kesemua sekali dalam ingatan hati
kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan mesra kepada Allah jua dan
terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran pancaindera kerana ia dapat
kemesraan yang maha agung kepada Allah yang Esa jua. Fana umpama ini tidak
terjadi melainkan apabila ia tersyuhud kepada salah satu daripada perkara yang
empat di bawah ini:
1. Af’al
Allah.
2. Asmak
Allah.
3. Sifat
Allah.
4. Zat
Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan