Catatan Popular

Sabtu, 9 Disember 2017

HIKAM ATHAILLAH KE 34 SYARAH USTAZ BESTARI : MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN MEMBUANG SEGALA SIFAT MAZMUMAH

Menurut Kalam Hikmah ke 34 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:

Mafhumnya : Keluarlah anda daripada sifat-sifat kemanusiaan,serta dari segala sifat yang bercanggah dengan ubudiyah anda,supaya dengan itu anda berupaya menyahut perintah Tuhan anda Yang Maha Benar serta dapat menghampirkan diri kepadaNya.

Sifat basyariyah atau kemanusiaan adalah sesuatu yang lumrah atau lazim kepada manusia,akan tetapi apabila sifat kemanusiaan itu dicemari dengan sifat-sifat mazmumah atau tercela,ia akan menjauhkan seseorang itu dengan tawfiq dan hidayah Allah.Malah sifat basyariyah itu disebut oleh al-Quran dengan jelas terang lagi nyata.Ia adalah suatu keharusan dan kelaziman.Firman Allah :
  
Mafhumnya :Katakanlah (wahai Muhammad ) “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu,( Surah al-Kahf ayat 110 )

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh di dalam adikaryanya `Ihya` ‘Ulum al-Din telah mengemukakan 8 bab khusus mengenai sifat-sifat mazmumah ( tercela ) yang diistilahkan olehnya sebagai al-muhlikat atau perkara-perkara yang membinasakan yang meliputi ;
  1. sifat mazmumah serta nafsu syahwat yang berpunca daripada keinginan perut dan kemaluan,
  2. sifat mazmumah yang berpunca daripada lidah,
  3. sifat mazmumah yang berkaitan dengan kemarahan,busuk hati dan kedengkian,
  4. sifat mazmumah yang membabitkan kecelaan dan tipudaya dunia,
  5. sifat mazmumah yang berpunca daripada kerakusan terhadap harta dan sifat kikir,
  6. mazmumah daripada sifat riya` dan bermegah-megah,
  7. mazmumah takabbur dan ‘ujub,
  8. mazmumah akibat terpedaya dan kelalaian.
Rasulullah SAW menukilkan gambaran yang jelas tentang sifat-sifat mahmudah atau terpuji yang menjadi bekas,bejana atau wadah untuk menghampirkan diri kepada Allah.Sebaliknya sifat-sifat tercela akan menjauhkan seseorang itu daripada Allah.Semua sifat-sifat itu berkembang didalam hati sanubari seseorang yang menentukan kedudukan keimanan dan ketaqwaannya.Di sini dikemukakan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menerangkan natijah daripada kedua-dua sifat itu :
  1. Rasulullah SAW bersabda : 
Mafhumnya : Sesungguhnya terhasil daripada dunia itu bala` dan fitnah dan perumpamaan amal perbuatan seseorang itu seperti bejana ( bekas ).Apabila baik bahagian atasnya maka akan baik juga bahagian bawahnya.Demikian juga apabila jelek bahagian atasnya maka akan jelek juga bahagian bawahnya.( Riwayat dari Ibn Majah )
  1. Rasulullah SAW bersabda lagi : 
Mafhumnya : Satu-satunya kaedah untuk menghampirkan diri kepada Allah yang dilaksanakan oleh orang-orang yang menghampirkan diri kepada Allah ialah dengan menunaikan apa yang telah aku wajibkan keatas mereka. ( Hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. )
  1. Sabda Rasulullah SAW ; 
Mafhumnya : Hati-hati itu ada empat jenis:
  1. i.  Hati yang bersih jernih di dalamnya terdapat lampu yang bersinar cemerlang,itulah hati seorang mu`min,
  2. ii.  Hati yang hitam terbalik,itulah hati seorang kafir,
  3. iii. Hati yang terbungkus serta terikat bungkusannya,itulah hati seorang munafik,
  4. iv. Hati yang melintang,di dalamnya bercampur baur keimanan dan kemunafikan.

( Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan al-Tabrani daripada Abu Said al-Khudri r.a. ,dipetik daripada kitab Ihya` ‘Ulum al-Din oleh Imam al-Ghazzali rh )

Tiada ulasan: