Setelah tiba
waktunya, si ibu menghantar Abu Yazid ke Masjid. Abu Yazid mempelajari al
Quran. Pada suatu hari gurunya menjelaskan erti sepotong ayat dari surah Al
Lukman yang berbunyi:
” Beterimakasihlah
kepada Ku dan kepada kedua ibu bapa kamu”.
Ayat ini sangat
mengentarkan hati Abu Yazid. Abu Yazid meletakkan batu tulisannya dan berkata
kepada gurunya: ”Izinkan saya pulang , ada yang perlu hamba katakan kepada
ibuku”
Si guru memberi
izin. Lalu Abu Yazid pulang ke rumahnya. Ibunya menyambutnya dengan kata-kata:
”Thaifur, mengapa
engkau pulang?. Apakah engkau mendapat hadiah atau ada sesuatu kejadian yang
istimewa?”
”Tidak”, jawab Abu
Yazid: ”Ketika pengajian ku sampai pada ayat di mana Allah memerintahkan agar
aku berbakti kepada Nya dan kepada ibu. Tetapi aku tidak dapat mengurus dua
buah rumah dalam waktu yang serentak ibu Ayat ini sangat menyusahkan hatiku.
Mintalah daku ini kepada Allah sehingga aku menjadi milik mu seorang atau
serahkanlah aku kepada Allah semata –mata sehingga aku dapat hidup untuk Dia
semata-mata”.
”Anakku”. Jawab
ibunya: ”Aku serahkan engkau kepada Allah dan ku bebaskan engkau dari semua
kewajipan mu terhadap aku. Pergilah engkau dan jadilah engkau seorang hamba
Allah”.
Di Hari kemudian ,
Abu Yazid berkata:
”Kewajipan yang
pada mula ku kira sebagai kewajipan paling mudah di antara yang lain-lainya,
ternyata merupakan kewajipan yang paling utama. Iaitu kewajipan untuk berbakti
kepada ibu ku.. Di dalam berbakti kepada ibuku itulah ku perolehi segala
sesuatu yang ku cari, yakni segala sesuatu yang hanya boleh difahami melalui
tindakan displin diri dan pengabdian kepada Allah”.
Antara peristiwa
adalah sebagai berikut:
Pada suatu malam
ibu meminta air kepada ku. Maka aku pun pergi mengambilnya, ternyata di dalam
tempayan kami tidak ada air. Ku lihat dalam kendi, tetapi kendi itu pun kosong
jua. Oleh kerana itu pergilah aku ke sungai lalu mengisi kendi tersebut dengan
air. Ketika aku pulang, , ternyata ibuku tertidur”.
”Malam itu udara
terasa sejuk. Kendi itu tetap dalam rangkulan ku. Ketika ibu ku terjaga, ia
meminum air yang ku bawa itu kemudian memberkati diriku. Kemudian terlihatlah
oleh ku betapa kendi itu telah membuat tanganku kaku:
”Mengapa engkau
tetap memegang kendi itu”, ibu bertanya.
”Aku takut ibu
terjaga sedang aku sendiri terlena”, Jawab ku.
Kemudian ibu
berkata kepada ku: ”Biarkan sahaja pintu itu setengah terbuka”.
Sepanjang malam
aku berjaga-jaga agar pintu itu tetap dalam keadaan setengah terbuka dan agar
aku tidak melalaikan pesanan ibuku. Hingga akhirnya fajar melewati pintu,
begitulah yang sering kulakukakan berkali-kali”.
Setelah si ibu
memyerahkan anaknya kepada Allah, Abu Yazid meninggalkan Bustham, merantau dari
satu negeri ke satu negeri selama 3o puluh tahun, dan melaluikan disiplin diri
dengan terus berpuasa di siang hari dan betariqat sepanjang malam. Ia belajar
di bawah bimbingan 113 guru kerohanian dan telah memeperolehi manafaat dari
setiap pelajaran yang mereka berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan