Takwa dan Peringkat-Peringkatnya
Ketahuilah, wahai saudaraku, bahawa yang paling
layak di utamakan
dalam berwasiat, adalah wasiat tentang takwa
kepada Allah Yang
Maha Mulia dan Maha Bijaksana. Maka dengan ini,
saya berwasiat
kepada anda dan kepada diri saya sendiri, serta
kepada segenap
orang yang beriman dan kaum muslimin
semuanya, agar bertakwa
kepada Allah Rabb’ul –Alamin, kerana takwa
merupakan sarana
terpenting yang menghantarkan kepada kebahagian
dunia dan akhirat.
Takwa pula merupakan batu asas pengukuh
tiang-tiang agama.
Kerananya, tanpa asas yang kukuh, sebuah
bangunan akan lebih
cenderung mengalami kehancuran daripada
kesempurnaan.
Adapun takwa itu sendiri terdiri atas beberapa
tingkatan:Pertama,
menjauhi segala perbuatan maksiat dan
segala yag diharamkan
dalam agama. Yang demikian itu merupakan
suatu kewajipan
yang tidak boleh tidak. Kedua, menjauhkan
diri dari perkara-perkara
yang shubhat (yang meragukan, antara haram
dan halal). Hal itu
merupakan sikap kewaspadaan yang akan melindungi
pelakunya
dari terjerumus ke dalam sesuatu yang
haram. Ketiga, menghindari
hal-hal yang berlebihan dan tidak perlu,
di antara yang mubah
(yang dibolehkan, tidak diperintahkan dan
tidak pula dilarang agama)
demi memuaskan hawa nafsu semata-mata.
Penghindaran diri
seperti itu termasuk kategori ‘zuhud yang
mendalam’ sepanjang
pelaksanaannya disertai kerelaan dan
kepuasan hati sepenuhnya
atau tazahhud (yakni zuhud tingkat bawah yang
dipaksakan)
sepanjang pelaksanaannya masih disertai dengan
perasaan enggan
dan berat hati, kerana terpaksa melawan
hawa nafsu. Kerananya,
barang siapa meninggalkan sesuatu kerana
takut kepada manusia
atau mengharapkan sesuatu yang ada pada
mereka, maka
ia-pada hakikatnya- hanya bertakwa kepada mereka
dan bukan
bertakwa kepada Allah. Sedangkan yang
benar-benar bertakwa
kepada Allah Swt, adalah yang melakukannya
kerana semata-mata
mengharapkan keredhaan-Nya, menginginkan
pahala-Nya dan takut
akan seksa-Nya.
Dan barangsiapa telah berdiri mantap dalam maqam
ketakwaan,
maka ia telah layak menerima ilmu yang
diwariskan (‘ilm-l-wiratsah).
Itulah ‘ilmu ladunni’ (al-‘ilm al-ladunniy) yang
dihunjamkan Allah Swt
secara langsung ke dalam hati para
wali-Nya. Ilmu yang tidak
tercantum dalam buku-buku, tidak tercakup dalam
pengajaran yang
bagaimanapun. Ilmu seperti itu, diharamkan
Allah atas orang-orang
yang menghamba kepada hawa nafsunya, yang
telah diliputi
kegelapan hati, yang hanya mementingkan
selera nafsu mereka,
berkaitan dengan apa yang dimakan, dipakai dan
dinikahi. Ilmu ladunni
seperti itulah yang diajarkan Allah Swt
kepada hamba-hamba-Nya
yang khusus seperti diisyaratkan dalam
firman-Nya: “Bertakwalah kamu
kepada Allah, nescaya Allah akan mengajari
kamu”. Demikian pula
dalam sabda Rasullah Saw .: “ barangsiapa
mengamalkan ilmu yang
diketahuinya, nescaya Allah akan
mewariskan kepadanya ilmu yang
belum diketahuinya.” Dan itulah buah dari
amalan ilmu yang diperoleh
dari Al-Quran dan Sunnah Nabi Saw., yang
tersaring bersih dari segala
noda hawa nafsu. Dan begitu pula buah dari
upaya mengikuti jalan lurus
yang disertai dengan penuh takwa,
disamping menjauh dari sifat
keangkuhan dan kebanggaan pada diri
sendiri.
Dan tentunya takkan mungkin bagi seorang hamba,
menyiapkan dirinya
guna dapat meraih limpahan anugerah illahi
yang demikian besarnya
itu, tanpa sebelummnya melakukan riyadhah
(pelatihan mental dan
pengendalian diri) yang intensif, dengan
cara memutuskan segala
ajakan syahwat hawa nafsu, disertai dengan
mengkonsentrasikan
diri kepada Allah secara terus menerus,
dalam beribadat
kepada-Nya secara ikhlas dan murni semata-mata
hanya untuk-Nya saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan