Keharusan Menuntut Ilmu
Saya berpesan selanjutnya hendaklah Anda selalu
berusaha dengan
sungguh-sungguh menuntut ilmu yang berguna,
dengan cara membaca,
menelaah buku-buku ataupun berdiskusi untuk
mencapai hasil.
Jangan sekali-kali meninggalkan upaya itu
kerana malas atau bosan,
atau pun kerana perasaan takut sekiranya anda
nanti tidak mampu
mengamalkan ilmu anda itu. Yang demikian
itu merupakan kebodohan
belaka.
Dan hendaklah anda dalam hal ini selalu
membaikkan niat anda dan
mengawasi diri, jangan segera berpuas hati
dengan merasa telah
cukup berhasil, sampai anda benar-benar menguji
diri anda
sendiri. Selanjutnya, berupayalah sungguh-sungguh
untuk
mengamalkan ilmu yang telah anda ketahui itu,
serta
mengajarkannya kepada siapa yang belum
mengetahuinya, baik
anda diminta atau tidak. Dan apabila
syaitan membisikkan
kepada anda: “Janganlah mengajar sebelum
kamu benar-benar
menjadi alim yang luas ilmunya”, maka
katakan kepadanya: “Kini aku
apabila ditinjau dari apa yang telah kuketahui
adalah alim
(seorang yang berilmu), dan kerananya
wajib untuk mengajarkannya
kepada orang-orang lain. Sedangkan –
apabila ditinjau dari apa yang
belum kuketahui-maka aku kini seorang
pelajar yang wajib belajar
dan menuntut ilmu”. Ini tentunya berkenaan
dengan ilmu yang wajib
dipelajari. Adapun selebihnya, tak apalah
jika anda pelajari juga.
Mengajarkan ilmu merupakan amal ibadat yang
besar pahalanya,
sepanjang diiring dengan niat baik yang
dasarnya ‘kerana Allah’
semata-mata bukan kerana sesuatu lainnya,
tanpa sedikit pun
niat untuk meraih harta atau kedudukan.
Hendaklah anda, secara konsisten menelaah
buku-buku para ulama
terdahulu, terutama para tokoh sufi dan
memperhatikan apa yang
ada didalamnya. Kerana di situ terhimpun
banyak petunjuk khusus
tentang bagaimana mengenal Allah serta
berbagai bimbingan
tentang cara-cara pembaikan niat,
keikhlasan dalam beramal
pendidikan jiwa dan lain sebagainya. Semuanya
itu adalah
ilmu-ilmu sangat bermanfaat yang tentunya
akan menuntun kearah
keberuntungan dan keselamatan.
Dan tiada yang enggan memperhatikan dan membaca
buku-buku
seperti itu, kecuali orang-orang yang
sudah buta mata hatinya
atau gelap jiwanya. Walaupun demikian
sekiranya waktu anda
sangat terbatas, tidak cukup untuk
mengkaji buku-buku itu secara
keseluruhan, maka khususkanlah pengkajian
anda pada buku-buku
karangan Imam Ghazali kerana itulah yang
paling banyak manfaatnya,
paling lengkap isinya dan paling menarik
susunan kata-katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan