Diceritakan oleh Yahya bin Mu’adz, bahwa dia pernah mendampingi Abu Yazid dalam salah satu “latihan kerohaian rasa” di bidang Musyahadah (Penyaksian), yang mana beliau selepas selesai sembahyang isya’, duduk bersimpuh dengan kedua tumit dinaikkan, seraya dagu dirapatkan ke dada, dan rapat ke muka, berjam-jam lamanya sehingga terbit fajar di waktu subuh!
Pada saat itu beliau lalu sujud lama sekali kemudian duduk kembali dan berdoa ” Wahai Tuhanku, ada orang-orang memohon kepadaMu, lalu Engkau kurniakan kesanggupan berjalan di atas air bahkan di udara, dan mereka berasa puas dengan ini. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari hal-hal begini.
Ada pula orang-orang yang bermohon kepadaMu, lalu Engkau kurniai ilmu berjalan cepat seperti angin, dan mereka senang dengan ini. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari hal-hal begini.
Ada pula orang-orang yang memohon kepadaMu, lalu Engkau kurniai perbendaharaan bumi, dan Mereka pun berasa senang dengannya. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari emas-intan ini!
Begitu halnya, sampai beliau hitung lebih dua puluh macam keramat para Wali, kemudian beliau menoleh dan ketika terpandang kepadaku, beliau bertanya: ”Sejak bila anda berada di sini?”
Jawabku: ”Sejak tadi!” . Beliaupun kembali berdiam diri,
lalu ujarku: ”Sudilah anda menceritakan sedikit kepadaku!”
Jawab beliau: ”Kuberitakan kepadamu hal-hal yang sesuai dengan tarafmu: Daku diizinkan Tuhan memasuki alam bawah, lalu aku diedarkan diorbit bahagian bawah, diperlihatkan kepadaku lapisan-lapisan bumi sampai kepusatnya, kemudian daku diizinkan Tuhan memasuki alam atas, lalu dibawa mengedar pelbagai orbit di langit tinggi, kemudian diperlihatkan kepadaku Taman-Taman Syurga sampai ke siktar Arasy.
Akhirnya daku ditampilkan berdiri di antara kedua tanganNya dan Tuhan bertanya:” Mohonkanlah kepadaku apa sahaja di antara segala yang telah nampak oleh mu itu, dan akan ku-beri!”
Jawabku: ”Wahai Tuhanku, tidak ada kulihat suatu pun yang kusenangi dan akan kuminta kepadaMu!”
Firman Tuhan: ”Kamulah hambaku yang sebenarnya tulen. Anda menyembahku kerana Diriku semata-mata. Akan ku kurniai anda ini dan itu…. lalu disebutkan beliau hal-hal ajaib:.
Yahya meneruskan ceritanya:
Daku merasa kagum dan gentar serta penuh rasa ajaib mendengar hal-hal itu, lalu ujarku: “Tuan Guru! kenapa tidak anda mohonkan saja keputusan ilmu Ma’rifah?
Sedangkan Maharaja Diraja telah menegaskan ” Mintalah dan aku akan makbulkan”
Mendengar ini, beliaupun berteriak:
“Tutup mulutmu! Daku begitu mabuk cinta, sehingga merasa cemburu terhadap diriku sendiri dan tidak ingin Dia dikenal penuh selain Dia”.
Demi keagungan Allah”, Yahya memohon: “berikanlah kepada ku sebahagian dari kurnia-kurnia yang telah engkau di tawarkan kepada mu malam tadi”.
“seandaianya engkau memperoleh kemuliaan Adam, kesucian Jibril, kelapangan hati Ibarahim, kedambaaan Musa kepada Allah, kekudusan Isa, dan kecintaaaan Muhammad, niscaya engkau masih marasa belum puas. Engkau akan mengharapkan hal-hal lain yang melampaui segala sesuatu”, Jawab Abu Yazid “tetaplah merenung Yang maha Tinggi dan jangan rendahkan pandangan mu, kerana apabila engkau merendahkan pendanagan mu kepada sesuatu hal maka hal itulah yang akan membuatakan mata mu”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan