Catatan Popular

Rabu, 13 Ogos 2014

SATU KAJIAN METAFIZIK TUHAN MENGIKUT PANDANGAN AL-QURAN BAB 1 PENGENALAN



KARYA AS-SHAHID SAYYID MUHAMMAD HUSAYNI BEHESTI


Isu metafizik dalam al-Qur’an membentuk bahagian ilmu yang terpenting dan harta yang tidak ternilai dari sumber wahyu ini dapat ditemui oleh para pencari kebenaran.

Ajaran metafizik dari al-Qur’an sebenarnya cukup untuk memahami Islam. Maka di atas alasan ini, dalam sejarah Islam dalam empat belas abad yang lalu, terdapat di kalangan ilmuan Islam telah tekun mengkaji dan mempelajari ajaran-ajaran ini dan telah meninggalkan kepada kita kitab-kitab yang amat berharga berkenaan hal ini. Malangnya tidak semua kajian-kajian yang telah dilakukan dan kitab-kitab yang ditulis, bebas dari sebarang prasangka dan kecenderungan perseorangan. Kadang-kadang kita menemui kerja-kerja ilmuan yang terbilang yang menceburi bidang ini tetapi mengandungi unsur-unsur prasangka tertentu dan telah menyempitkan pemikirannya dan ini telah memberi kesan kepada kerja-kerja mereka. Maka hal ini mengurangkan keesahan kerja-kerja mereka dan melemahkan jalan “ketulenan dan pencarian kepada kebenaran” yang sepatutnya menjadi mercu tanda kepada usaha-usaha para ilmuan yang tulen.

1. Satu Pendekatan Baru Yang Objektif

Semua orang yang menyedari kelemahan-kelemahan dalam tulisan berkenaan dengan ajaran al-Qur’an, berada perlu untuk memahami ajaran-ajaran islam sebagaimana yang digambarkan oleh al-Qur’an dan Sunnah dalam satu kaedah yang baru iaitu bersifat kajian ilmiah, objektif dan bebas dari sebarang prasangka.

Namun demikian, usaha untuk menjalankan kajian saintifik, objektif dan tidak prejudis dalam bidang fizik nampaknya kurang-lebih merupakan tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, satu kajian yang bebas dalam bidang-bidang ini juga mengalami satu suasana yang sukar pada masa lalu tetapi pada masa ini menerima persekitarna yang agak menggalakkan. Sekarang, seseorang pengkaji yang cuba menjalankan kajian yang objektif dan menjalankan kajian dalam hal itu akan berhadapan dengan persoalan seperti: Adakah mungkin, dalam bidang agama, menggunakan keadah kaji-selidik yang lengkap dan objektif dan bebas daripada sebarang pendapat-pendapat yang subjektif atau kecenderungan perseorangan? Pra-syarat asas bagi kajian objektif ialah seorang pengkaji hendaklah bebas daripada sebarang bentuk kecenderungan sama ada bersifat peribadi, sosial atau pertimbangan politik, atau apa jua bentuk yang boleh memberi kesan kepada kefahamannya tentang perkara ini. Persoalannya adakah kebebasan seperti itu secara praktikal dapat dilakukan dalam bidang agama? Jika seorang pengkaji terdiri daripada kalangan agama tertentu, tidakkah bukti-bukti kukuh tentang sesuatu agama menarik minatnya berbanding bukti-bukti yang bertentangan dengannya? Apakah penyelesaiannya terhadap masalah ini? Patutkah kita menyerahkan tugas mengkaji agama kepada mereka yang tidak percaya kepada agama? Pendekatan seperti itu mungkin memberi hasil kepada isu kecil tertentu tetapi tidak akan memberikan hasil berhubung dengan isu besar dalam agama khususnya, persoalan utama tentang agama.
Tanpa terikat kepada salah satu pihak tersebut akan membawa kepada kecenderungan kepada arah yang lain. Jika seseorang tidak percaya tentang kewujudan Tuhan, kebenaran wahyu, dan misi para Nabi, khususnya Nabi Muhammad SAWAW,maka dia akan cenderung kepada satu arah

Pada pandangan kita, dalam soal kajian agama, jika terdapat sebarang harapan, ia mestilah kepada individu-individu yang tidak mudah berubah kepada kecenderungan. Hanyalah mereka ini yang akan bersedia untuk mempelajari dan menukar pandangan mereka, jika mereka berhadapan dengan hujah-hujah yang membuktikan bahawa kebenaran adalah sesuatu yang bukan dia percayai selama ini. Orang-orang seperti ini percaya bahawa keyakinan yang kukuh dan tidak berubah adalah sesuatu kepercayaan yang berasaskan kepada hujah-hujah yang jelas dan tidak terbantahkan. Maka orang-orang seperti ini sentiasa meletakkan kepercayaan mereka berasaskan kepada akal, dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran selagi pandangan itu disokong dengan bukti-bukti dan sesuai dengan akal yang sejahtera.

2. Satu Langkah Ke arah Ini

Buku ini, dihidangkan kepada pencari kebenaran, adalah dengan niat untuk membuka satu langkah ke arah menjawab persoalan dalam isu metafizik yang dinyatakan dalam al-Qur’an. Pengarang tidak mendakwa langkah ini merupakan langkah yang sempurna, bebas dari sebarang kesalahan atau kekurangan. Beliau percaya bahawa satu kajian dalam hal ini hendakah dijalankan ke atas agama Islam. Malahan, pengarang bersyukur kepada Allah dan beranggapan ia merupakan satu kejayaan yang besar jika usahanya membuktikan bahawa ia merupakan satu langkah ke arah satu kefahaman tentang ajaran-ajaran al-Qur’an sebenar dan membuka satu minat baru ke atas merealisasikan idealisme ini.

Saya berdoa semoga ketika dalam perjalanan menyelusuri kajian metafizik, satu jalan yang penuh dengan ranjau diperingkat permulaan atau penghujungnya, kita akan diberi rahmat dengan pentunjuk Allah dan dilindungi daripada sebarang kesesatan.



Tiada ulasan: