Catatan Popular

Selasa, 12 Ogos 2014

MAKHLUK MSITERI DABBAT AL ARD (1)



Apakah Dabbat al-Ard dan Bagaimanakah bentuk dan rupa Dabbat al-Ard itu? Dalam sejarah manusia, masih belum ada sesiapa pun yang melihat Dabbat al-Ard, kerana masanya belum tiba. Walaupun hanya nama, umat islam perlu yakin, di saat kiamat semakin hampir, Dabbat al-Ard pasti akan muncul. Berikut ialah beberapa punca yang dipetik dari pelbagai sumber mengenaiMakhluk Misteri Dabbat al-Ard. Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.

Dabbat al-Ard adalah sebuah frasa yang ertinya binatang buas yang muncul dari perut bumi. Dalam agama Islam binatang ini sebagai salah satu tanda sebelum datangnya Hari Kiamat. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabbat al-ard ini akan keluar di kota Mekah di gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.

Ibnu Jurayj mengatakan bahawa Ibnu Zubair menjabarkan;
“Dabbat al-ard ini akan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman. Tiada tersisa bagi orang beriman yang tersisa tanpa membuat tanda putih diwajahnya, sehingga bersinarlah wajahnya dan tiada yang tersisa bagi orang kafir tanpa membuat tanda hitam diwajahnya, sehingga hitam legam keseluruh wajahnya”

Ketika mereka sedang bertransaksi di pasar, mereka akan berkata;

“Berapa harganya wahai orang beriman?” “Berapa harganya wahai orang kafir?”
Sehingga ketika salah seorang dari anggota keluarga duduk makan bersama, mereka akan mengetahui siapa yang beriman dan yang kafir.


Kemudian binatang itu berkata kepada orang beriman;

“Wahai orang beriman, kalian akan berada diantara orang-orang penghuni Syurga”
Kemudian binatang itu berkata pula kepada orang kafir;


“Wahai orang kafir, kalian akan berada diantara orang-orang penghuni Neraka”
Sesuai dengan firman Allah dalam Surah An Naml: 82;


“Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami” [27:82]

Selain itu rupa paras Dabbat al-Ard juga pernah dijelaskan dengan terperinci. Ibnu Jurayj mengatakan bahwa Ibnu Zubair menjabarkan binatang ini dengan
“Kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa jantan, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warna kulitnya seperti warna kulit harimau, panggulnya seperti panggul kucing, ekornya seperti ekor biri-biri jantan dan kakinya seperti kaki unta. Diantara sepasang persendiannya sejarak 12 ukuran garis lurus”

Abu Dawud at Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah, Muhammad bersabda;

“Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir”
 
Kisah ini juga dicatat oleh Imam Ahmad dalam musnadnya;

“Binatang itu akan memukul hidung orang kafir dengan cicin dan akan dan akan mebuat wajah orang beriman menjadi cerah dengan tongkat, sehingga ketika mereka makan bersama, mereka akan berkata satu sama lainnya, “Wahai orang beriman” dan “Wahai orang kafir”

Beberapa hadis juga mencatat seperti berikut;

“Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir”
” Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka ,kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami “( An Naml : 82)
Maksud hadis rasulallah s.a.w
” Sesungguhnya tanda -tanda kiamat pertama yg akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu dhuha ,yg mana-mana diantara hal ini akan terjadi lebih dahulu ,maka keduanya akan berlaku pada jangka waktu yg dekat “
Marilah kita kenali serba sedikit binatang Allah s.w.t ini berdasarkan maksud hadis rasulallah s.a.w .

Rasulallah s.a.w telah bersabda “binatang bumi itu akan keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman ,maka ia akan membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang mu’min terang dengan cincin itu , sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yg makan di suatu meja hidangan ,maka salah seorang dari mereka akan berkata “makanlah wahai orang mu’min dan makanlah wahai orang kafir”

Ciri-ciri DABATUL ARD
1. Seekor haiwan yg mempunyai bulu yg panjang dan juga bulu yg pendek ( roma )
2. Seekor binatang yg sangat besar dikatakan semasa ia keluar drp sarangnya dengan kelajuan sepantas kuda yg berlari . setelah 3 hari Dabatul Ard baru dapat mengeluarkan 1/3 drp badannya .
3. Mampu berkata-kata dengan manusia dengan pelbagai bahasa manusia di dlm dunia ini
4. Sebelah tangan kiri nya memegang tongkat Nabi Musa dan disebelah tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman.
5.Keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa

Misi dan tujuan.
- Berbicara kepada manusia bahawa ” sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah” .
- Membuat tanda di wajah orang Mu’min menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap.
- Tidak menakutkan manusia tetapi ia akan menjerit /memekik di kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah di atas kepalanya kemudian ia menghadap timur dan memekik kemudian menghadap ke barat dan memekik .Suaranya itu melampaui segala penjuru yg -menyebabkan manusia bertempiaran lari . Dalam keadaan yg sama orang mu’min sudah mengetahui bahawa yg bersuara keras itu adalah Dabatul Ard bintang Allah dan mereka tetap di tempat mereka dan tidak mengalami sebarang ketakutan.
- Dabatul Ard akan keluar selepas Ya’juj dan Ma’juj mati akibat virus yg di utuskan oleh Allah kepada mereka .Dabatul Ard akan keluar selepas sahaja terbitnya matahari seperti biasa iaitu pada waktu dhuha setelah matahari itu terbit sebelah barat . Dabatul Ard akan keluar semasa bumi pulih daripada bencana Ya’juj dan Ma’juj .

Tiada ulasan: