Catatan Popular

Selasa, 12 Ogos 2014

KITAB MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH Bab Yang Kedua: Perbezaan Nafsu Orang Awam Dengan Orang Wali (1)



Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan


Dalam perbicaraan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seorang dan alamat-alamatnya dapatlah dibahagi kepada tujuh darjat atau martabat, dan dalam peringkat-peringkat itu terdapat ahli-ahlinya bagaimana berikut:

1. AhIi Nafsu Amma-rah (أماره
Tabiat hati ahli peringkat ini selalu terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan. Oleh itu nafsu ammarah sentiasa menyuruh seorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak. Baik jahat adalah sama di sisi perasaan hatinya. Ia tidak merasa duka atau menyesal di atas perbuatan jahat, malah kadang-kadang sebaliknya iaitu apabila ia berbuat jahat maka terdapat perasaan lega dan gembira di kalbunya.


Sebagai contoh: Jika tertinggal sembahyang rnisalnya maka tidak terdapat perasaan runsing dan kesal di atas peninggalan itu tetapi kadang-kadang meninggal sembahyang itu lebih memberi rasa ria dan gembira untuknya. Dan kiaslah lagi contoh-contoh yang lain umpamanya jika ia mencuri atau dapat memukul orang maka perasaannya lebili gembira dan senang, firman Allah:

إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ

Ertinya: Sesungguhnya nafsu (amma-rah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. [Surah Yusuf: 53]

Setengah daripada sifat-sifat garisan kasar yang timbul dari benih nafsu amma-rah yang cemar ini ialah:

1) Bakhil.
2) Tamak dan lubakan harta dunia.
3) Panjang angan-angan.
4) Sombong takabbur.
5) Ingin dan kasihkan kemegahan.
6) Ingin namanya terkenal dan masyhur.
7) Hasad-dengki.
8) Dendam-kesumat.
9) Khianat dan niat jahat.
10) Bertabiat lalai kepada Allah.
11) Lain-lain lagi.

Barangsiapa berasa meletup di hati atau berasa berdegup di kalbu dengan salah satu daripada sifat-sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan amma-rah yang biadab itu: kebanyakkan orang awam kita tidak kecuali jahil atau berilmu adalah tak terlepas dari golongan nafsu ini. Bahkan termasuk dalam golongan ini juga sekalipun ia dari orang alim jika terdapat sifat-sifat umpama itu, kerana dengan semata-mata banyak ilmu tidaklah menukar orang itu menjadi orang sufi yang bersih hati. Syurga tetap tidak terjamin untuk orang nafsu amma-rah ini kerana ia adalah ibarat tembaga atau besi berkarat yang perlu dibakar lebih dahulu sehingga suci bersih. Syurga tidak terima barang-barang kotor kecuali apabila ia telah dibersih kerana syurga tempat yang bersih.

Nafsu amma-rah ini adalah serendah-rendah darjah dan sejahat-jahat nafsu dalam dunia perbicaraan tasauf. Oleh itu tempat yang wajar untuk golongan ini ialah kawah neraka sebagai tempat penginapannya.

Jika mahu terkikis sifat-sifat berkarat dan kotor yang timbul dari benih nafsu amma-rah itu hendaklah ia masuk ke dalam golongan sufi serta mengikut cara peraturan orang sufi bagaimana ia dapat meleburkan sifat-sifat durjana yang melekat di hati itu. Dan tidak ada jalan yang lain daripada jalan ini jua kerana jalan ini sudah dicubai dan diistiqra’ii (ditempuhi) oleh orang-orang sufi.

2. Ahli Nafsu Lawwa-mah (لوامه)

Nafsu lawwa-mah ialah nafsu yang selalu mengkritik sendiri atau mencela diri sendiri apabila berlaku suatu kejahatan dosa di atas dirinya. Nafsu ini lebih elok dan tinggi sedikit darjahnya daripada nafsu amma-rah tadi kerana ia tidak puas hati di atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu ia mencela dan mencerca dirinya sendiri. Sungguhpun darjah nafsu ini tinggi sedikit dari yang dahulu tetapi tabiatnya sekali-sekala tiada terlepas juga dari jatuh ke dalam jurang angkara dosa dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristighafar kepada Allah serta menyesal di atas kesalahan yang dilakukan itu.

Dalam Quran Tuhan berfirman:

وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (٢)

Ertinya: Aku bersumpah dengan nafsu lawwa-mah (pencerca dan pengkritik diri). [Surah al-Qiyamah: 2]

Sebagai Contoh: Kalau ia tertinggal sembahyang misal-nya terdapatlah perasaan kecut hati kerana menyesal di atas ketinggalan sembahyang itu lalu ia terus pergi qada cepat-cepat dengan tiada perasaan hendak bertangguh-tangguh lagi dan bermohon ampun banyak-banyak kepada Allah dengan perasaan yang sungguh-sungguh. Dan kiaslah lagi di atas perbuatan-perbuatan yang seumpama itu.

Di antara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu lawwa-mah itu ialah:

1) Mencela kepada kesalahan diri sendiri.
2) Bertabiat berfikir (bertafakkur).
3) Terdapat perasaan kecut hati bila bersalah.
4) Terdapat perasaan mengitik (kritik) terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan.
5) Hairan kepada diri sendiri kerana disangka dirinya lebih baik (ujub).
6) Membuat suatu kebajikan kerana hendak memperlihat kepada orang (ria).
7) Memperdengar kepada orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang sumaah (سمعه).
8) Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat keaiban hati.

Barangsiapa berasa meletup di hati atau berasa berdegup di hati dengan sifat-sifat umpama itu maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu lawwa-mah.

Martabat nafsu lawvya-mah ini terletak pada kebanyakan orang awam yang kelas istimewa sedikit dari martabat amma-rah tadi. Syurga untuk orang martabat ini masih tidak terjamin kecuali dengan mendapat keampunan Tuhan dan rahmatNya kerana ia masih tertinggal melekat di hati lagi sisa-sisa sifat kotor yang perlu dikikis habis iaitu seperti sifat-sifat ujub, ria, sumaah dan seumpamanya daripada sifat-sifat keaiban hati (عيوب النفس). Ibarat perak bercampur tembaga, dan nilaiannya tinggi sedikit dari tembaga berkarat tadi. Dan tak syak lagi bahawa sifat-sifat keaiban hati itu tidak akan terkikis habis-habisan dari lubuk hati melainkan dengan memakai penawar cara leburan orang-orang sufi jua. Lain-lain jalan belum dijumpai lagi kerana orang-orang sufi telah membuat cubaan demikian dan mengetisnya (mencuba) sendiri. Firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Ertinya: Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami akan Kami tunjukkan mereka jalan Kami. [Surah al-Ankabut: 69]

3. Ahli Nafsu Mulhamah (ملهمه)

Apabila sifat-sifat yang terkeji yang terdapat dalam nafsu arnma-rah dan lawwa-mah tadi berjaya dileburkan mengikut cara orang-orang sufi maka bertukarlah darjah nafsu yang tak berbau syurga tadi beralih corak menjadi nafsu mulhamah, nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang cemar tadi melalui tarikat Sufiah. Dan dari kerana kesucian hati itu, terbuanglah lintasan-lintasan fikiran kotor atau khuatir-khuatir syaitan dan mengambil alih di tempat itu oleh khuatir-khuatir dari malaikat atau dari Allah yang mana kita namakan “ilham”. Firman Allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (٧) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (١٠)

Ertinya: Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya (nafsu). [Surah as-Syams: 7-10]

Di antara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu mulhamah yang baik itu ialah sifat-sifat terpuji bagaimana di bawah:

1) Tak sayangkan harta sakhawah (سخاوه).
2) Beraaa cukup dengan kurniaan harta yang ada (kanaah –قناعه ).
3) Berilmu laduni (لدني) atau ilham.
4) Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (tawadhuk).
5) Taubat yang benar-benar (hakiki).
6) Sabar yang hakiki.
7) Tahan menanggung kesusahan.
8) Dan lain-lain daripada sifat-sifat yang terpuji.

Barangsiapa benar-benar teguh merasa di hatinya dengan sifat-sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu terpuji itu (mulhamah). Kebanyakan orang-orang sufiah daripada orang awam yang dahulu-dahulu adalah terdiri dari golongan ini. Mereka boleh dinilai atau disifat dengan ahli syurga kerana mereka diibarat sebagai “suasa” yang tetap tahan dan tidak boleh berkarat lagi.

Mereka, dalam martabat ini boleh dikatakan baru mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni mereka kerapkali baru mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum begitu teguh dan kejap kerana mereka dalam martabat ini masih ada kemungkinan akan lenyapnya kembali segala sifat terpuji bagaimana disebut tadi dan kemungkinan hilang lenyap pula rasa makrifat dan hakikat dari hati.

4. Ahli Nafsu Mutma-innah (مطمئنة)

Nafsu mulhamah tadi sungguhpun bersih dan suci tetapi belum lagi ia sampai kepada kejernihan yang teguh dan apabila nafsu itu teguh dan tetap dalam proses mencapai makrifat dan hakikat dan melekat di hatinya sifat-sifat yang terpuji jua dan tetap pula terkikis dari kalbunya sifat-sifat yang tercela maka waktu itu berhak ia mendapat gelaran maqam nafsu mutma-innah namanya. Nafsu mutma-innah adalah permulaan mendapat darjat wali kecil (ولاية صغرى). Firman Allah Taala dalam Quran:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (٢٧) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (٢٨) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (٢٩) وَادْخُلِي جَنَّتِي (٣٠)

Ertinya: Wahai nafsu mutma-innah kembalilah kepada Tuhan erigkau sambil berhati suka-ria serta diridai Tuhan maka masuklah olehmu dalam golongan hamba-hambaKu yang salih dan masuklah syurgaKu. [Surah al-Fajr: 27-30]

Sifat-sifat kerohanian yang timbul dari benih yang waja lagi comel (nafsu mutma-innah) ini ialah bahawa dapat dirasa dalam hati sendiri oleh orang yang berjaya mencapai maqam nafsu vang bertuah itu, akan sifat-sifat di antaranya ialah:

1) Murah hati dan tak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
2) Tawakal yang benar.
3) Bersifat arif dan bijaksana.
4) Kuat beribadat.
5) Syukur yang benar.
6) Rida pada segala hukuman Allah.
7) Takwa yang benar.
8) Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat hati yang waja lagi terpuji.

Biasanya orang mencapai martabat ini tetapi tidak termesti, akan zahir padanya keramat-keramat yang luarbiasa, mendapat ilmu dengan tak payah belajar (ilham) kerana ia dapat mengesan rahsia-rahsia dari Loh Mahfudz. Syurga untuk orang golongan ini terjamin kerana mereka ibarat emas tujuh yang bermutu dan lehih mahal dari nilaian nafsu-nafsu yang lepas. Inilah dia nafsu mutma-innah. Nafsu yang tetap bernilai dan terjamin dengan syurga bagaimana diterangkan oleh Tuhan dalam Quran tadi iaitu dialah yang wajar menerima jemputan syurga Tuhan.

Tiada ulasan: