Catatan Popular

Rabu, 13 Ogos 2014

SATU KAJIAN METAFIZIK TUHAN MENGIKUT PANDANGAN AL-QURAN BAB III ISU-ISU METAFIZIK



KARYA AS-SHAHID SAYYID MUHAMMAD HUSAYNI BEHESTI

1. Metafizik Aristotle

Pada bahagian Metafizik, Aristotle memulakan dengan kajian tentang prinsip-prinsip sains alam (fizik) dan sebab utamanya. Dalam bukunya bertajuk Alpha, Aristotle menggariskan bahawa bagi mencapai ilmu pengetahuan yang sebenar bukanlah satu tugas yang mudah.

Bagi mengkaji realiti adalah sesuatu pada satu sisi adalah mudah dan pada sisi yang lain adalah sukar. Bukti kenyataan ini adalah tidak ada seorang pun yang berjaya mencapai kefahaman yang lengkap tentang realiti atau realiti tersebut telah disembunyikan secara menyeluruh dari setiap orang. Apabila kami mempertimbangkan setiap orang yang telah memperkatakan tentang alam semulajadi, kami mendapati terdapat sebilangan mereka telah gagal untuk memperolehi pengetahuan tentang kebenaran manakala yang yang telah berjaya mencapai sedikit sahaja pengetahuan tentang hal tersebut. Jika, barangkali kita tambahkan semua kefahaman ini, ia akan mencapai satu jumlah yang agak besar. Maka, memperolehi pengetahuan tentang kebenaran dalam hal ini adalah mudah. Lazimnya kita berkata:
“Setiap orang mengetahui pintu rumah ini.”

Sebab kesukarannya, walau bagaimanapun, adalah ketidakmungkinan untuk seluruh kebenaran untuk dikenali atau sebahagian besar daripadanya dapat difahami dengan sepenuhnya. Maka kemungkinan terdapat dua sebab  di belakangnya. Jika tidak kesukaran ada berasal dari dirinya sendiri . Maka ia tidak ada hubungan dengan realiti dunia luar, kerana perbandingan tentang bahagian alam semulajadi adalah jelas, alasan kami umpama mata kelawar di hadapan matahari

Aristotle melanjutkan kata-katanya bahawa dalam sebarang masalah, kami amat terhutang budi kepada para leluhur kami di atas pembangunan intelektual kami. Ini disebabkan mereka ada pendahulu terhadap pembelajaran dan sains atau mereka bertindak memelihara buah kajian dan usaha saintifik dan kemudian menyampaikan kepada kita. Kita hendaklah sentiasa berterima kasih kepada mereka dan memuliakan usaha-usaha mereka. Dalam bukunya Alpha Minor, Aristotle berkata: “Rantai sebab dan akibat haruskan mempunyai titik permulaan. Pada titik permulaan ini kita hendaklah mempunyai sesuatu yang merupakan sebab tanpa menjadi akibat kepada sebab yang lain.

Dalam bukunya yang ketiga, Beta, Aristotle membahaskan pandangan-pandangan yang bertentangan dengan ideanya sendiri.

Dalam buku keempatnya, Gamma, dia telah menyediakan kepada kita hujah-hujah secara logik yang diperlukan dalam perbincangan ini, khususnya membahaskan pertentangan tersebut secara terperinci.

Dalam bukunya yang kelima, Delta, beliau menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam perbahasan yang akan dilakukan supaya tidak wujud salah faham berhubung dengan maksud setiap istilah tersebut, dan bukan maksud yang tidak beliau inginkan.

Dalam buku Metafiziknya yang keenam, Epsilan, Aristotle membahaskan tentang wujud yang sebenar, wujud secara akal dan wujud yang secara kebetulan (accidental).

Dalam bukunya yang ketujuh dan kelapan, beliau membahaskan perkara-perkara mengenai benda, kebetulan (accidental), prinsip-prinsip dan benda yang diketahui.

Dalam bukunya yang kesembilan, Theta, beliau mempertimbangkan hal tersebut sebagai kesatuan dan keperbagaian dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Dan dalam bukunya yang kesepuluh, beliau membahaskan tentang persoalan tentang pergerakan dan membincangkan konsep keterbatasan dan tidak terbatas.

Dalam bukunya yang kesebelas, Kappa, beliau menjelaskan beberapa bahagian dalam buku-buku yang ketiga, keempat dan keenam berkaitan dengan beberapa tajuk berhubung dengan sains alam semulajadi (fizik) sebagai persediaan kepada pemikiran pembaca untuk pergi kepada perbahasan utama yang akan dilakukan pada karyanya yang seterusnya iaitu buku ke dua belas.

Dalam bukunya yang kedua belas, tumpuan perbahasan ialah prinsip pertama atau sebab kepada sebab-sebab.

Dalam bukunya yang ketiga belas dan keempat belas, beliau memeriksa dengan teliti pandangan-pandangan para pendahulunyanya berhubung dengan prinsip-prinsip alam.

Dengan rujukan yang ringkas kepada kandungan buku keempat belas, ia menjadi jelas bahawa di antara semua perkara yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku-bukunya, perkara yang paling asas adalah persoalan penyebab pertama kepada kewujudan ialah Tuhan. Tuhan adalah titik pertama kepada seluruh rantaian sebab dan akibat.

Penyebab pertama adalah wujud yang tidak dapat dilihat dan merupakan asal-usul kepada kewujudan semua benda sama ada ia dapat dilihat atau tidak dapat dilihat. Aristotle berulang kali menyatakan bahawa nilai dan kedudukan yang tinggi pada bahagian falsafah yang bertujuan untuk menghuraikan prinsip pertama dan penyebab pertama. Pada satu peringkat, beliau menyatakannya sebagai “yang paling suci” dan merupakan kajian yang amat berharga.\


2. Persoalan Kepada Asal-Usul Benda dan Penyebab Mutlak Merupakan Masalah Asas Kepada Metafizik

Kami membuat kesimpulan bahawa masalah asas tentang metafizik mengikut Aristotle dan Ibn Sina adalah untuk mengetahui asal-usul alam ini. Semua masalah lain adalah cabang-cabangnya sahaja.


3. Adakah Eschatologi (kepercayaan tentang hari akhirat) Merupakan Isu Metafizik?

Tidak ada perbincangan tentang eschatologi dalam perbincangan Aristotle tentang Metafizik. Lebih lanjut lagi, dalam karya-karya ahli falsafah yang lain yang memperolehi ilham dari falsafah Aristotle, masalah asas berhubung dengan Hari Akhirat merupakan perkara dalam psikologi yang merupakan bahagian dari sains alam (fizik). Isu asas ini termasuklah masalah bukan benda dan ruh yang berkekalan. Masalah seperti itu tidak disentuh dalam bahagian Metafizik. Contohnya, dalam kitabnya al-Shifa, Ibn Sina telah membincangkan masalah-masalah ini dalam seni kelapan dan mengaitkannya dengan sains alam. Sadr ul Muta’allihien (Mulla Sadra) wafat pada 1630M) dalam pengenalan kepada bukunya al-Mabda’ wa Al-Maad (asal-usul dan akhir) secara jelas menyatakan bahawa eschtologi adalah berkait dengan fizik (iaitu sains alam):
“Saya rasa buku ini patut memuatkan dua lagi seni yang asas, dan hasil dua sains yang agung iaitu: 1. Rububiyyat dan mufraraqat yang membawa kepada falsafah umum yang dipanggil ethologia 2. Psikologi yang berkait dengan fizik. Ini adalah dua asas pembelajaran dan kebijaksanaan, dan sikap jahil terhadapnya adalah amat berbahaya kepada manusia pada Hari Kebangkitan

Lantaran itu, pada pandangan Mulla Sadra, eschatologi tidak berkait dengan metafizik. Kami akan membahaskan persoalan tentang sejauh mana pandangan ini dapat diterima. Kami akan menumpukan satu bahagian yang berasingan untuk membahaskan isu ini. Sekarang, marilah kita meneruskan perbahasan kita dan kajian kita kepada persoalan tentang asal-usul yang mutlak dan penyebab kepada kewujudan.


Tiada ulasan: