Zaatul Buhti…..
Yakni keadaan yang pejal. Yakni sekali-kali tiada sampai pengenal kepada Kunhi Zatnya seperti firman Allah Taala
Yakni keadaan yang pejal. Yakni sekali-kali tiada sampai pengenal kepada Kunhi Zatnya seperti firman Allah Taala
“Wa yuhazziru kumullohu nafsahu”
Ertinya “Telah dipertakut Allah Ta’ala akan kamu daripada sampai kepada Kunhi.. Zatnya”.
Dan lagi firman Allah Ta’ala
“Wallohu Ra^uufun Bil ‘Ibaad”
Ertinya “Bahawasanya Allah jua amat menyayangi bagi segala hambanya” maka ditegahkan mengusahakan yang mustahil itu sekali-kali tiada diperolehi seperti sabda Rasulullah S.A.W:
“Kullukum fii Zaatillah hamqun”
Ertinya “Dan sekalian kamu pada makrifat akan Zat Allah ahmaq yakni tiada sampai”.
Dan sabda Rasulullah S.A.W
“Tafakkaruu fii Kholqillah wa laa tafakkaruu fii Zaatillah”
Ertinya “Fikirkan oleh kamu pada sekalian yang dijadikan Allah dan jangan kamu fikirkan Zat Allah kerana tiada sampai fikirmu”.
Seperti kata Saidina Abu Bakar R.A:
“Al’ajzu ‘an darokal adroku idrook”
Ertinya “Yang lemah daripada mendapat akan yang didapat itulah tanda didapatnya”
dan seperti kata Saidina Ali Karromallahu Wajhah
“Kullu maa takhturu fii khoyaalika wa tashowwuru fii baabika fallahu bi khilaafi zaalika”
ertinya “Setiap apa yang kamu fikir dalam khayalan kamu dan kamu gambarkan dalam hati kamu, maka Allah bersalahan dengan semua itu”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan