Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Al-Ahzab:52)
Diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah Al-Bajalli bahawa malaikat Jibril datang kepada Rasulullah saw dalam rupa sebagai seorang manusia. Dia bertanya, “Wahai Muhammad, apakah iman itu? Beliau menjawab, “Iman adalah bahawa engkau percaya kepada Allah, para malakat-Nya, kitab-kitab-Nya, utusan-utusan-Nya, dan kepada takdir yang baik mahupun yang buruk, yang manis mahupun yang pahit.” Jibril berkata, “Engkau benar.” Jarir berkata, “Kami semua hairan atas penegasannya ke atas kebenaran jawapan nabi, sedangkan dia sendiri yang bertanya. Kemudian, Jibril bertanya lagi, “Katakanlah kepadaku, apakah Islam itu?” Rasulullah menjawab, “Islam itu hendaknya engkau menegakkan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan melaksanakan ibadah haji ke Baitullah.” Jibril berkata, “Engkau benar.” Kemudian dia bertanya lagi, “Katakanlah kepadaku, apakah ihsan itu?” Nabi menjawab, “Ihsan itu hendaknya engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya sebab meskipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.” Jibril berkata, “Engkau benar.”
Ucapan Nabi, “Meskipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu,” merupakan petunjuk mengenai keadaan muraqabah diri, sebab muraqabah diri adalah kesedaran si hamba bahawa Allah sentiasa melihat dirinya.
Si hamba hanya akan sampai kepada muraqabah ini setelah dia sepenuhnya melakukan perhitungan dengan dirinya sendiri mengenai apa yang telah terjadi di masa lampau, memperbaiki keadaannya di masa kini, tetap bertekad di jalan yang benar, memperbaiki hubungannya dengan Allah dengan sepenuh hati, menjaga diri agar setiap saat tidak pernah lupa kepada Allah SWT, patuh kepada Allah SWT dalam semua keadaannya.
Al-Jurairi menyatakan, “Orang yang belum mengukuhkan rasa takutnya kepada Allah dan membetulkan dirinya terhadap-Nya tidak akan mencapai kasyaf dan syahadah.
Seorang sufi mengabarkan:
Ada seorang raja yang mempunyai seorang pelayan yang mendapat perhatian lebih dari pelayan lainnya. Tidak seorang pun diantara mereka yang lebih beharga atau lebih tampan dari pelayan yang satu itu. Sang raja ditanya tentang hal ini, maka dia lalu ingin menjelaskan kepada mereka kelebihan pelayannaya itu dari pelayan yang lain dalam pengabdiannya. Suatu hari beliau telah mengenderai kuda bersama para pengiringnya. Di kejauhan nampak sebuah gunung berpuncakkan salji. Sang raja melihat kepada salji itu dan membungkukkan kepadalanya. Si pelayan lalu memacu kudanya. Tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa sedikit salji. Sang raja bertanya kepadanya, "Bagaimana engkau tahu bahawa aku menginginkan salji? Si pelayan menjawab, “ Kerana paduka melihatnya, dan seorang raja hanya melihat sesuatu jika dia mempunyai niat yang kuat”. Maka sang raja lalu berkata, “Aku memberinya anugerah dan kehormatan khusus, kerana bagi setiap orang ada pekerjaannya sendiri, dan pekerjaannya adalah mengamati pandangan mataku dan memperhatikan keadaanku dengan penuh perhatian.”
Ketika Umar ra sedang berada dalam perjalanan dia melihat seorang anak laki-laki sedang mengembalakan kambing. Dia bertanya kepadanya, “Mahukah engkau menjual seekor kambingmu kepadaku?” Si anak menjawab, "Kambing-kambing ini bukan milikku.” Ibn Umar mengatakan, “Katakan saja kepada pemiliknya bahawa seekor serigala telah melarikannya.” Si anak lantas berkata, “Lantas di mana Allah?”
Salah seorang syeikh mempunyai beberapa orang murid, dan dia lebih menyukai salah seorang muridnya, dan memberinya perhatian lebih daripada murid-muridnya yang lain. Ketika dia ditanya tentang hal itu, dia menjawab, “Aku akan menunjukkan kepadamu mengapa aku bersikap demikian terhadapnya.” Lalu diberikannya kepada setiap orang muridnya sekor burung dan memerintahkan kepada mereka, Sembelihlah burung-burung itu di suatu tempat di mana tidak seorang pun melihatnya. Mereka semua lalu berangkat, kemudian masing-masing kembali dengan burung sembelihannya. Tetapi murid yag disayangi syeikh itu kembali dengan membawa burungnya yang masih hidup. Ketika syeikhnya bertanya, “Mengapa engkau tidak menyembelih burungmu?” Si murid menjawab, “Tuan memerintahkan saya supaya menyembelih burung ini di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa pun, dan saya tidak dapat menemukan tempat seperti itu.”
Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, Tanda muraqabah kepada Allah adalah memilih apa yang dipilih oleh Allah SWT, menganggap besar apa yang dipandang besar oleh-Nya dan menganggap remeh apa yang dipandang-Nya remeh.”
An-Nasrabandi menegaskan, “Harapan mendorongmu untuk patuh, takut menghindarmu dari maksiat, dan muraqabah membawamu kepada jalan kebenaran hakiki.”
Abul Abas Al-Bahgdadi menuturkan, “Ketika aku bertanya kepada Jafar bin Nasir mengenai muraqabah, dia berkata kepadaku, “Muraqabah adalah kewaspadaan terhadap batin sendiri dikeranakan adanya kesedaran akan pengawasan Allah SWT terhadap setiap pemikiran.”
Ibrahim Al-Khawwas mengatakan, “Pengawasan menghasilkan muraqabah; muraqabah menghasilkan pengabdian lahir dan batin kepada Allah SWT.”
Abu Utsman menuturkan, “Abu Hafs mengatakan kepadaku, ‘Manakala engkau duduk mengajar orang banyak, jadilah seorang pengkhutbah kepada hati dan jiwamu sendiri dan jangan biarkan dirimu tertipu oleh berkumpulnya mereka di sekelilingmu, sebab mereka hanya memperhatikan wujud lahiriahmu, sedangkan Allah memperhatikan wujud batinmu.”
Abu Said Al-Kharraz mengabarkan, “Salah seorang syeikh mengatakan kepadaku, ‘Engkau harus mengawasi batinmu dan muraqabah terhadap Allah. Suatu ketika aku sedang bepergian melalui padang pasir, dan tiba-tiba aku mendengar suara keras yang menakutkan di belakangku. Aku ingin menoleh, tapi hal itu tidak kulakukan. Lalu aku melihat sesuatu jatuh ke atas pundakku dan aku pun lari. Aku memandang ke dalam batinku, dan kulihat seekor singa yang besar.”
Al-Wasiti menyatakan, “Amal ibadah yang paling baik adalah mengawasi saat. Ertinya, si hamba tidak melihat keluar batas dirinya, tidak memikirkan sesuatu pun selain Tuhannya, dan tidak menyekutui dengan sesuatu pun selain saat kininya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan