Catatan Popular

Selasa, 8 November 2011

RISALAH AL QUSYAIRI AB 40: PERILAKU YANG BENAR (ADAB)


Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas. (An-Najm: 17)
Dikatakan bahawa ayat ini bererti , “Nabi melaksanakan adab di hadrat Allah.”
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)
Pendapat tentang ini, Ibn Abbas mengatakan, "Didiklah dan ajarlah mereka adab.”
Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Nabi saw telah berkata, "Hak seorang anak atas bapaknya adalah si bapak hendaknya memberikan nama yang baik, memberinya susu yang suci dan banyak, serti mendidiknya dalam adab dan akhlak.”
Sa'id bin Al-Musayyib berkata, “ Barangsiapa yang tidak mengetahui hak-hak Allah SWT atas dirinya dan tidak pula mengetahui dengan baik perintah-perintah dan larangan-larangan-Nya, bererti tidak mempunyai cara menuju adab.
Nabi saw berkata, “ Allah telah mendidikku dalam adab dan menjadikan pendidikanku istimewa.”
Hakikat adab adalah gabungan dari semua akhlak yang baik. Jadi oang yang beradab adalah orang yang pada dirinya didapati gabungan semua akhlak yang baik, dari sini muncul istilah ma’dubah yang bererti "jamuan makan," yakni berkumpul untuk makan-makan.
Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq berkata, "Seorang hamba akan mencapai syurga dengan mematuhi Allah. Dia akan mencapai Allah dengan mempraktekkan adab dalam mematuhi-Nya." Beliau juga mengatakan, "Aku melihat seseorang yang mahu menggerakkan tangannya untuk menggaruk hidungnya dalam solat, namun tangannya terhenti." Jelas bahawa yang beliau maksudkan adalah diri beliau sendiri, sebab adalah mustahil melihat [dalam solat] bahawa tangan orang lain terhenti ketika hendak digerakkan.
Syeikh Abu Ali Ad'Daqqaq tidak pernah bersandar pada apa pun jika sedang duduk. Pada suatu hari beliau sedang berada dalam suatu kumpulan, dan saya ingin menempatkan sebuah bantal di belakang beliau sebab saya lihat beliau tidak punya tempat sandaran. Setelah saya meletakkan bantal itu di belakang beliau, beliau lalu bergerak sedikit untuk menjauhi bantal itu. Saya mengira beliau tidak suka akan bantal itu kerana ia tidak bersarung - tetapi beliau lalu menjelaskan, "Aku tidak menginginkan sandaran." Setelah itu saya merenungkan keadaan beliau dan [menyedari] bahawa beliau memang tidak pernah mahu bersandar pada apa pun [selain kepadan-Nya].
Al-Jalajili Al-Bashri berpendapat, "Menegaskar tauhid menuntut keimanan. Jadi orang yang tidak punya iman tidak akan dapat menegaskan tauhid. Iman menuntut [kepatuhan kepada] syariat. Jadi orang yang tidak mematuhi syariat bererti tidak mempunyai iman, tidak pula dia menegaskan tauhid. Mematuhi syariat menuntut adab. Jadi orang yang tidak mempraktekkan adab tidak akan dapat mematuhi syariat, memilik iman, ataupun menegaskan tauhid."
Ibn'Atha' berkata, "Adab bererti engkau sibuk dengan hal-hal yang terpuji." Seseorang bertanya, “Apa yang anda maksudkan?" Dia menjawab, "Maksudku, engkau harus beradab kepada Allah baik secara lahir mahupun batin. Jika engkau berprilaku demikan, engkau akan memiliki adab, sekalipun bicaramu tidak seperti bicaranya orang Arab.”
Kemudian, dia membacakan syair:
Manakala dia berbicara, dia memperlihatkan kefasihan penuh.
Jika dia diam, pun tetap fasih.
Abdullah Al-Jurayri menuturkan, "Selama dua puluh tahun dalam ‘uzlah-ku belum pernah aku melunjurkan kaki satu kali pun. Melaksanakan adab terhadap Tuhan adalah jalan yang terbaik.
Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq menyatakan, “Orang yang bersekutu dengan raja-raja dan memperlihatkan perilaku yang tidak patut akan dijerumuskan kepada kematian oleh kebodohannya sendiri.”
Diriwayatkan ketika Ibn Sirin ditanya, "Adab yang bagaimana yang akan menjadikan orang lebih dekat dengan Allah?” Dia menjawab, "Memiliki pengetahuan langsung mengenai Ketuhanan-Nya, berbuat- kerana patuh kepada-Nya, dan bersyukur kepada-Nya atas kesejahteraan [yang dianugerahkanNya] dan bersabar dalam menjalani penderitaan.” Yahya bin Muadz berkata, "Jika seorang Arif meninggalkan adab di hadapa sumber makrifatnya, nescaya dia akan binasa bersama mereka yang celaka''
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqa'q menyatakan. "Meninggalkan adab mengakibatkan pengusiran. Orang yang berperilaku buruk di balairung akan dikirim kembali ke pintu gerbang. Orang yang berperilaku buruk di pintu gerbang akan dikirim untuk menjaga binatang.”
Seseorang berkata kepada Hassan Al-Basri' "Begitu banyak yang telah dikatakan tentang berbagai ilmu berhubung dengan adab. Yang mana di antaranya yang paling bermanfaat di dunia dan paling berkesan untuk [memperoleh pahala yang baik] di akhirat?" Dia menjawab, "Mempelajari agama, berlaku sederhana dalam kehidupan dunia, dan mengetahui apa kewajipan-kewajipanmu terhadap Allah SWT."
Yahya bin Muadz berkata, "Orang yang mengetahui dengan baik adab terhadap Allah SWT akan menjadi salah seorang yang dicintai Allah." Sahl mengatakan, "Para Sufi adalah mereka yang meminta pertolongan Allah dalam [melaksanakan] perintah-perintah-Nya dan yang sentiasa memelihara adab terhadap-Nya."
Ibn Al-Mubarak berkata. "Kita lebih memerlukan sedikit adab daripada sejumlah besar pengetahuan.” Dia juga mengatakan, "Kita mencari ilmu tentang adab setelah mereka yang mengajarkannya meninggal dunia." Dituturkan, "Ada tiga perkara yang akan membuat orang merasa asing di suatu tempat]: menghindari orang yang berakhlak buruk, memperlihatkan adab, dan menahan diri dari menyakiti hati orang.”
Syeikh Abu Abdullah Al-Maghribi membacakan baris-baris syair berikut ini tentang masalah adab:
Tiga hal menghiasi seorang asing manakala dia jauh dari kampung halamannya:
Pertama, menjalankan adab,
kedua berakhlak baik dan-
ketiga menjauhi orang-orang yang berakhlak buruk.
Ketika Abu Hafs tiba di Baghdad, Al-Junaid mengatakan kepadanya, "Engkau telah mengajar sahabat-sahabatmu untuk berperilaku seperti raja-raja!” Abu Hafs menjawab, "Memperlihatkan perilaku yang sempurna pada segi lahiriah adalah tanda adanya perilaku yang sempurna dalam batinnya." Abdullah bin Al-Mubarak berkata, "Melaksanakan adab bagi seorang arif adalah seperti halnya taubat bagi para murid.
Manshur bin Khalat menuturkan, "Seseorang mengatakan kepada seorang sufi, “Alangkah jeleknya perilakumu!” Si sufi menjawab, “Aku tidak mempunyai perilaku buruk.” Orang itu bertanya, “Siapa yang mengajarmu adab?” Si sufi menjawab, “Para sufi."
Abu An-Nasr As-Sarraj mengatakan, "Manusia dapat dibahagi dalam tiga kategori berkenaan dengan adab: Manusia duniawi mengambil berat dengan penyempurnaan bahasa dan adab dalam menggunakannya, dengan gaya dan menghafalkan ilmu-ilmu pengetahuan, dengan nama-nama kerajaan, dan dengan syair. Manusia yang beragama memberi perhatian kepada melatih jiwa, mendidik bidang-bidang lahiriah manusia, menjaga batas-batas yang ditetapkan Allah, dan meninggalkan hawa nafsu. Kaum terpilih memberi perhatian kepada pembersihan hati, menjaga rahsia, setia kepada sumpah, berpegang pada saat kini, menghentikan perhatian kepada fikiran-fikiran yang sesat, dan menjalankan adab pada saat-saat meminta ke hadrat Allah, dan dalam tahap-tahap berdekatan [dengan-Nya].
Driwayatkan bahawa Sahl bin Abdullah mengatakan, “Orang yang menundukkan jiwanya dengan adab bererti telah menyembah Allah dengan tulus." Di katakan, "Kesempurnaan adab hanya dicapai oleh para nabi dan penegak kebenaran (shiddiqin)." Abdullah bin Al-Mubarak menegaskan, "Orang berbeza pendapat mengenai apa yang disebut.adab. Kami katakan, “Adab adalah ilmu tentang jiwa."
Asy-Syibli berkata, "Ketidakmampuan menahan diri dalam berbicara dengan Allah SWT bererti meninggalkan adab." Dzun Nun Al-Mishri berpendapat, "Perilaku seorang arif adalah lebih baik daripada perilaku siapa pun yang lain, sebab dia telah dididik dalam berperilaku oleh sumber makrifatnya."
Salah seorang sufi mengatakan, "Allah SWT berfirman, “Aku telah menjadikan adab mengikat orang yang kujadikan menyandang nama-nama dan sifat-sifat-Ku. Aku telah menjadikan kebinasaan mengikat bagi orang yang terhalang dari hakekat Dzat-Ku.” Maka pilihlah mana engkau sukai: adab atau kebinasaan.
Suatu hari Ibn'Atha' menjulurkan kakinya ketika dia sedang berada bersama sahabat-sahabatnya dan berkata, “Meninggalkan adab di tengah-tengah kaum yang beradab adalah tindakan yang beradab” Pernyataan ini didukung oleh hadith yang menceritakan Nabi saw sedang berada bersama Abu Bakar dan Umar pada suatu hari ketika Utsman datang menjenguk betiau. Nabi menutupi paha beliau dan berkata' "Tidakkah aku harus merasa malu di hadapan orang yang di hadapannya para malaikat merasa malu?" Dengan ucapannya itu Nabi menunjukkan bahawa betapapun beliau menghargai keadaan Utsman, namun keakraban antara beliau dengan Abu Bakr dan Umar Iebih beliau hargai.
Mendekati makna riwayat ini adalah syair berikut:
Aku berbuat penuh kesantunan,
namun jika aku duduk bersama mereka yang memiliki kesetiaan dan kehormatan,
Maka kubebaskan diriku ke dalam cara wujudnya yang spontan.
Dan aku berbicara secara terbuka, tanpa malu-malu.
Al-Junaid menyatakan, "Manakala cinta seseorang telah bersemi, ketentuan-ketentuan mengenai adab disingkirkan. Tetapi Abu Utsman mengatakan, "Manakala cinta seseorang telah bersemi, berpegang pada adab merupakan tuntutan bagi si pencinta"
An-Nuri menegaskan, "Barangsiapa yang tidak menjalankan adab di saat kini akan menemui keadaan yang menjijikkan." Dzun Nun Al-Mishri berkata, "Jika seorang murid dalam jalan Sufi berpaling dari adab maka dia akan dikirim ke tempat dari mana dia datang." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq memberikan penjelasan mengenai ayat,
وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ 
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Al-Anbiya': 83)
"Ayub tidak mengatakan “Kasihanilah aku!” sebab die menjaga adab dalam berbicara kepada Tuhan." Dengan cara yang sama, 'Isa as mengatakan,
إِن تُعَذِّبۡہُمۡ فَإِنَّہُمۡ عِبَادُكَۖ وَإِن تَغۡفِرۡ لَهُمۡ فَإِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ 
Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah: 118)
وَإِذۡ قَالَ ٱللَّهُ يَـٰعِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ءَأَنتَ قُلۡتَ لِلنَّاسِ ٱتَّخِذُونِى وَأُمِّىَ إِلَـٰهَيۡنِ مِن دُونِ ٱللَّهِۖ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ مَا يَكُونُ لِىٓ أَنۡ أَقُولَ مَا لَيۡسَ لِى بِحَقٍّۚ إِن كُنتُ قُلۡتُهُ ۥ فَقَدۡ عَلِمۡتَهُ ۥۚ تَعۡلَمُ مَا فِى نَفۡسِى وَلَآ أَعۡلَمُ مَا فِى نَفۡسِكَۚ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّـٰمُ ٱلۡغُيُوبِ 
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (Al-Maidah: 116)
Isa tidak mengatakan, "Aku tidak pernah mengatakan seperti itu!" kerana kecermatannya dalam menjaga adat di hadapan Tuhannya.
Al-Junaid menuturkan, “Pada suatu hari Jumaat, seorang laki-laki yang saleh datang kepadaku dan meminta, “Kirimlah salah seorang sufi kepadaku untuk memberikan kebahagiaan kepadaku dengan cara makan bersamaku.” Aku pun lalu melihat ke sekitarku, dan kulihat seorang sufi yang aku harapkan. Kupanggil dia dan kukatakan kepadanya, “Pergilah bersama syeikh ini dan berilah kebahagiaan kepadanya.”
Tidak lama kemudian orang itu kembali kepadaku dan berkata, “Wahai Abul Qasim, sufi itu hanya makan sesuap saja dan kenmudian pergi meninggalkan aku!” Aku menjawab, “Barangkali kamu mengatakan sesuatu yang menyakit hatinya.”
Dia menjawab, “Aku tidak mengatakan apa-apa.” Aku berpaling dan menemui si sufi yang sedang duduk dekat kami dan aku bertanya kepadanya, “ Mengapa engkau tidak membiarkannya bahagia [dengan menjamin dirimu] ?' Dia menjawab, “Wahai Syeikh, saya meninggalkan Kufah dan pergi ke Baghdad tanpa makan sesuatu pun. Saya tidak ingin kelihatan tidak sopan di hadapan anda kerana kemiskinan saya dan terpaksa meminta makan kepada anda, tetapi ketika anda memanggil saya [untuk pergi bersama syeikh ini], saya gembira kerana anda mengetahui keperluan saya sebelum saya mengatakan apa-apa. Saya pun pergi bersamanya, sambil mendoakan kebahagiaan syurga baginya. Ketika saya duduk di meja makannya, dia menyajikan makanan dan berkata, "Makanlah ini, kerana aku menyukainya lebih dari wang sepuluh ribu dirham." Ketika saya mendengar ucapannya itu, tahulah saya bahawa aspirasinya rendah sekali. Kerana itu, saya tidak suka makan makanannya.” Aku menjawab, “Tidakkah aku telah mengatakan kepadamu bahawa engkau bertindak tidak beradab dengan tidak membiarkannya bahagia?”
Dia berkata, “Wahai Abul Qasim, saya bertaubat!” Maka aku pun lalu menyuruhnya kembali kepada orang saleh itu dan menggembirakan hatinya.

Tiada ulasan: