Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. (Al-Baqarah: 273)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw telah bersabda, "Orang-orang miskin akan memasuki syurga lima ratus tahun sebelum orang-orang kaya. Dalam perhitungan syurga, lima ratus tahun itu sama dengan setengah hari." Diriwayatkan oleh Abdullah bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, "Orang miskin itu bukanlah mereka yang berkeliling ke sana kemari dengan harapan diberi orang segenggam dua genggam, sebutir atau dua butir kurma." Seseorang bertanya, "Kalau begitu, siapakah orang miskin itu?” Nabi saw menjawab, “Dia adalah orang yang tidak mampu memenuhi keperluan asasnya tapi malu meminta kepada orang, tidak pula orang lain mengetahui hal ehwal mereka hingga mereka dapat diberi sedekah." Ucapan Nabi "tapi malu meminta" ertinya adalah bahawa mereka malu kepada Allah untuk neminta-minta dari orang ramai, bukan malu kepada manusia.
Kefakiran adalah ciri yang membezakan para wali lari manusia lain, perhiasan orang-orang suci, dan sifat pilihan Tuhan bagi manusia-manusia pilihan-Nya, orang-orang saleh dan para nabi. Orang-orang fakir adalah manusia-manusia pilihan Allah SWT di antara hamba-hamba-Nya. Mereka adalah penyimpan rahsia-rahsia-Nya di antara para hamba-Nya, yang dengan mereka Dia menjaga para makhluk dan yang dengan keberkatan mereka rezeki disebarkan di kalangan manusia. Orang-orang miskin yang sabar akan menjadi sahabat-sahabat Allah SWT pada Hari Kebangkitan seperti dikatakan dalam hadith riwayat Umar bin Al-Khathab ra, yang mengatakan bahawa:
Rasulullah saw telah bersabda, "Bagi tiap-tiap sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga adalah mencintai orang-orang miskin. Kaum miskin yang sabar akan menjadi sahabat-sahabat Allah SWT pada Hari Kebangkitan."
Diceritakan bahawa seorang laki-laki membawakan wang sebanyak sepuluh ribu dirham kepada Ibrahim bin Adham, tetapi Ibrahim tidak menerimanya dan berkata "Engkau mahu menghapus namaku dari daftar orang-orang miskin dengan wang sepuluh ribu dirham! Aku tidak akan menerimanya!"
Muadz An-Nasafi menegaskan, "Allah tidak pernah membinasakan suatu kaum, apa pun [kejahatan] yang mereka lakukan, kecuali jika mereka merendahkan dan menghina kaum miskin."
Dikatakan bahawa seandainya kaum miskin tidak memiliki kebajikan lain dalam pandangan Allah selain keinginan mereka agar rezeki dilimpahkan dan dimurahkan di kalangan kaum Muslimin, nescaya itu sudah cukup bagi mereka, sebab mereka perlu membeli barang-barang dan orang-orang kaya perlu menjualnya. Begitulah halnya dengan kaum miskin yang awam, maka bagaimana pula halnya dengan kaum yang terpilih di kalangan mereka?
Ketika Yahya bin Muadz ditanya tentang kefakiran dia menjawab, "Hakikat kefakiran adalah bahawa si hamba tidak bergantung kepada siapa pun selain Allah, dan tanda kefakiran adalah tidak adanya harta benda.” Ibrahim Al-Qashar mengatakan, "Kefakiran adalah pakaian yang apabila telah dipakai akan mendatangkan keredhaan."
Seorang fakir datang kepada Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq pada tahun 394 atau 395 Hijriyah dari Zuzan. Dia memakai pakaian yang diperbuat dari kain yang sangat kasar dan serban dari kain yang sama. Salah seorang sahabat syeikh itu bertanya dengan nada bergurau, "Berapa harga pakaianmu ini?" Dia menjawab, "Aku membayarnya dengan dunia ini, dan akhirat ditawarkan kepadaku untuk ditukar dengannya. Tapi aku tidak akan menjualnya dengan harga tersebut."
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, "Suatu ketika seorang miskin mendatangi sebuah pertemuan untuk meminta sedekah, dengan berkata, “Saya sudah tiga hari tidak makan.” Salah seorang syeikh yang hadir di situ berkata, "Engkau dusta! Kemiskinan adalah rahsia Tuhan. Dia tidak mempercayakan rahsia-Nya kepada orang yang menunjukkannya kepada siapa pun yang dikehendakinya!"' Hamdun Al-Qassar menyatakan, "Apabila Iblis dan tenteranya berkumpul, mereka tidak bergembira sebagaimana kegembiraan mereka menyaksikan seorang Muslim membunuh sesama Muslim, seseorang yang mati dalam keadaan fakir (hina), dan sebuah hati yang menyimpan ketakutan pada kemiskinan."
Al-Junaid berkata, "Wahai orang-orang miskin, kamu semua dijadikan terkenal oleh Allah dan dihormati kerana-Nya. Tetapi perhatikanlah bagaimana keadaanmu tatkala kamu berada bersendirian bersama-Nya."
Al-Junaid ditanya, “Keadaan manakah yang lebih baik miskin dan bergantung pada Tuhan, ataukah dijadikan kaya oleh-Nya?" Dia menjawab, "Jika kemiskinan seseorang adalah sahih, maka kekayaannya adalah sahih di sisi-Nya. Jika kekayaannya di sisi-Nya adalah sahih, maka kemiskinan dan bergantung kepada-Nya juga disempurnakan. Janganlah bertanya, 'Manakah yang lebih baik,' sebab keduanya adalah keadaan yang salah satunya tidak akan lengkap tanpa yang lain."
Ruwaim menyatakan, ketika ditanya tentang tanda seorang miskin, "Miskin bererti menyerahkan jiwa kepada ketentuan Tuhan.” Dikatakan bahawa ada tiga tanda seorang miskin: dia melindungi batinnya, dia melaksanakan kewajipan-kewajipan agamanya, dia menyembunyikan kemiskinannya.” Seseorang bertanya kepada Abu Sa'id Al-Kharraz, "Mengapa kemurahan hati orang kaya tidak sampai kepada orang miskin?” Dia menjawab, "Kerana tiga alasan: kekayaan mereka diperolehi dengan jalan yang tidak halal, mereka tidak dimampukan untuk memberi sedekah, dan penderitaan orang miskin itu memang dikehendaki."
Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Musa as, "Jika engkau berjumpa dengan orang-orang miskin, tanyakanlah tentang mereka seperti yang engkau tanyakan kepada orang-orang kaya. Jika hal itu tidak engkau lakukan, maka campakkanlah ke tanah semua yang telah Ku-ajarkan kepadamu.”
Diriwayatkan bahawa Abu Darda' menegaskan, "Aku lebih suka jatuh dari tembok istana dan remuk daripada duduk bersama orang kaya, kerana aku mendengar Rasulullah saw berkata, “Waspadalah dari duduk-duduk bersama orang mati” Seseorang bertanya, “Siapa orang mati itu?” Beliau menjawab, “Orang kaya."
Seseorang berkata kepada Ar-Rabi' bin Khutsaim, "Harga-harga naik setinggi langit!" Dia menjawab, "Kita tidak berharga untuk dibuat lapar oleh Allah. Dia hanya melakukan hal itu pada wali-wali-Nya." Ibrahim bin Adham menyatakan, "Kami meminta kemiskinan tetapi diberi kekayaan; orang lain meminta kekayaan tapi kemiskinan datang kepada mereka."
Seorang laki-laki bertanya kepada Yahya bin Muadz, "Apakah kemiskinan itu?" Dia berkata, "Takut pada kemiskinan." Orang itu bertanya lagi, "Lantas, apakah kekayaan itu?" Dia menjawab, "Keamanan di sisi Allah SWT." Ibn Al-Karanbi berkata, "Orang miskin yang sejati menjauhi kekayaan agar kekayaan tidak mendatanginya dan merosakkan kemiskinannya, sebagaimana halnya orang kaya menjauhi kemiskinan, agar kemiskinan tidak mendatangrnya dan merosakkar kekayaannya."
Abu Hafs ditanya, "Dengan cara apa orang miskin mendekati Tuhannya SWT?" Dia menjawab, "Orang miskin tidak memiliki apa-apa selain kemiskinannya yang dengan kemiskinan itu dia mendekati Tuhannya."
Allah SWT mewahyukan kepada Musa as, "Mahu kah engkau memperolehi pahala amal kebajikan yang setara dengan pahala seluruh ummat manusia di Hari Kiamat nanti?" Musa menjawab, 'Ya." Allah berfirman "Kunjungilah orang sakit dan pastikanlah bahawa orang-orang miskin punya pakaian." Musa lalu menyisihkan tujuh hari setiap bulan untuk mengunjung orang-orang miskin dan memeriksa pakaian mereka serta mengunjungi orang sakit.
Sahl bin Abdullah menyatakan, "Ada lima contoh kemuliaan jiwa: seorang miskin yang berpura-pura bebas dari keperluan, seorang lapar yang berpura-pura kenyang, seorang yang bersedih yang pura-pura bahagia, seseorang yang punya musuh tapi memperlihatkan kecintaan terhadapnya, seseorang yang berpuasa di siang hari dan bangun di malam hari [untuk solat] tanpa memperlihatkan kelemahan."
Bisyr bin Al-Harits berkata, "Maqam (kedudukan) yang paling baik adalah maqam keyakinan yang mantap dalam kesabaran melalui kemiskinan sampai masuk liang lahad." Dzun Nun mengatakan, "Satu tanda kemurkaan Allah kepada seorang hamba adalah bahawa si hamba merasa takut kepada kemiskinan."
Asy-Syibli berpendapat, "Tanda kemiskinan yang paling kecil adalah jika seluruh kekayaan dunia ini diberikan kepada seseorang dan kemudian disedekahkannya sampai habis dalam waktu satu hari, tetapi kemudian terlintas dalam fikirannya bahawa dia mestilah menyimpan sedikit yang cukup untuk sehari makan. [Jika fikiran seperti itu masih terlintas dalam benaknya, maka dia tidak dapat dianggap benar dalam kemiskinannya.] "
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Orang bertanya mana yang lebih baik: kemiskinan ataukah kekayaan. Menurut pendapatku, yang paling baik adalah bahawa seseorang diberi rezeki yang cukup untuk penghidupannya dan dia lalu.menjaga dirinya dalam batas tersebut."
Abu Muhammad Yasin menuturkan, "Aku bertanya kepada Ibn Al-Jalla'tentang kemiskinan. Dia diam saja; kemudian mengundurkan diri dan pergi. Sesaat kemudian dia kembali dan berkata, 'Aku punya empat keping mata wang dan aku merasa malu kepada Allah SWT untuk berbicara tentang kemiskinan sebelum aku menyingkirkan kepingan-kepingan wang itu.” Kemudian dia mulai berbicara tentang kemiskinan."
Ibrahim bin Al-Muwallad berkata, "Aku bertanya kepada Ibn Al-Jalla', 'Bilakah orang-orang miskin patut disebut miskin?” Dia menjawab, “Jika tidak ada lagi sesuatu pun darinya yang tersisa padanya.” Aku bertanya, “Bagaimana dapat begitu?” Dia menjawab, “Jika dia memiliki sebutan itu, bererti dia tidak memiliki kemiskinan. Tapi jika dia tidak lagi memiliki sebutan itu, bererti dia memiliki kemiskinan itu." Dikatakan bahawa keadaan miskin yang sahih adalah jika si miskin tidak merasa puas dengan bahagian mana pun dari kemiskinannya, selain dengan Dia yang diperlukannya.
Abdullah bin Al-Mubarak menyatakan, "Membuat diri sendiri tampak kaya sedangkan keadaan sebenarnya miskin, adalah lebih baik daripada kemiskinan."
Banan Al-Mishri menuturkan, "Suatu ketika aku sedang duduk-duduk di Makkah, dan seorang pemuda berada di depanku. Seorang laki-laki datang kepadanya dengan membawa sebuah bekas berisi wang dan meletakkannya di hadapan pemuda itu. Pemuda itu rerkata, “Aku tidak memerlukannya.” Orang itu berkata, “Kalau begitu, bahagi-bahagikanlah kepada orang-orang miskin.” Petang harinya kulihat pemuda itu ada di lembah, sedang mengemis. Aku berkata, “Alangkah baiknya jika engkau menyimpan sedikit dari wang tadi untuk dirimu sendiri.” Dia menjawab, “Siapa yang tahu kalau aku masih akan terus hidup sampai petang ini?"
Abu Hafs berkata, "Cara yang paling baik bagi reorang hamba untuk menemui Tuhannya adalah dengan terus-menerus memerlukan-Nya dalam setiap keadaan, mematuhi Sunnah dalam semua amal perbuatan, dan mencari rezeki dengan jalan yang halal.'' Al-Murta'isy berpendapat, “Yang paling baik adalah bahawa cita-cita orang miskin itu tidak melampaui langkah-langkahnya."
Abu Ali Ar-Rudzbari menuturkan, "Ada empat orang yang merupakan teladan [cara yang saleh dalam nenjalani kemiskinan] pada masa mereka. Yang pertama, iaitu Yusuf bin Asbat, tidak mahu menerima pemberian apa pun dari saudara-saudaranya (sesama Muslim) ataupun dari penguasa. Dia mewarisi wang sebanyak tujuh puluh ribu dirham dari saudara laki-lakinya tapi dia tidak mahu menerima satu sen pun darinya. Dia biasa menenun tikar daun kurma dengan tangannya sendiri. Yang kedua, Abu Ishaq Al-Fazari, mahu menerima pemberian dari saudara-saudaranya ataupun dari penguasa. Pemberian itu dihabiskannya untuk keperluan orang-orang miskin yang kemiskinannya tersembunyi dan yang tidak meminta-minta sedekah. Adapun pemberian dari penguasa, maka itu diberikannya kepada orang-orang yang patut menerimanya di kalangan warga Tarsus. Yang ketiga, Abdullah bin Mubarak, mahu menerima pemberian dari saudara-saudaranya, tetapi tidak dari penguasa. Pemberian dari saudara-saudaranya itu diterimanya lalu dibahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain secara adil. Yang keempat, Mukhlad bin Al-Husain, mahu menerima pemberian dari penguasa, tapi tidak dari saudara-saudaranya. Dia mengatakan, "Penguasa tidak menganggap ada orang yang wajib untuk diberi, sedangkan saudara-saudaraku menganggap ada."
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Ada sebuah hadith yang mengatakan, “Orang yang merendahkan diri di hadapan orang kaya dikeranakan kekayaannya, bererti dia telah kehilangan dua pertiga agamanya." Ini disebabkan kerana seorang manusia terdiri dari hati, lidah dan perilaku lahiriah. Jika dia merendahkan dirj dengan perilaku lahiriah dan lidahnya, maka diakehilangan dua pertiga agamanya. Tetapi jika dia merendahkan diri di hadapan orang kaya itu dengan hatinya juga, maka dia kehilangan seluruh agamanya.
Dikatakan, "Seorang miskin dalam menjalani kemiskinannya dituntut paling tidak agar dia memiliki empat hal: pengetahuan yang akan menjadi pembimbingnya, sikap zuhud yang akan mengendalikan dirinya, keyakinan yang akan menguatkan imannya dan dzikir yang akan membawakan keakraban [dengan Tuhan kepadanya]."
Dikatakan juga, "Orang yang menginginkan kemiskinan disebabkan kerana kemiskinan bererti dia tidak akan disibukkan dengan selain Allah, akan mati dalam keadaan kaya." Al-Muzayyin menyatakan, "Di masa dahulu terdapat lebih banyak jalan menuju kepada Allah daripada bintang di langit. Tetapi sekarang tidak satu pun di antaranya yang tersisa selain kemiskinan, dan kemiskinan adalah jalan yang terbaik di antara jalan-jalan itu."
An-Nuri menyatakan, "Tanda seorang miskin adalah sikap rela ketika dia tidak punya apa-apa dan sikap pemurah ketika dia punya banyak harta.” Ketika ditanya tentang hakekat kemiskinan, Asy Syibli menjawab, "Hakekat kemiskinan adalah bahawa si hamba tidak merasa puas dengan apa pun yang kurang dari Allah SWT."
Manshur bin Khalaf Al-Maghribi menuturkan, "Abu Sahl Al-Khasysyab Al-Kabir mengatakan kepadaku, 'Kemiskinan adalah kemiskinan dan kehinaan.' Aku menjawab,'Bukan, justru katakan, 'Kemiskinan adalah kemiskinan dan kemuliaan." Dia berkata,'Kemiskinan dan lumpur.' Aku membalas, “Bukan, justru katakan "Kemiskinan dan tahta Ilahi."
Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq berpendapat tentang hadith Nabi saw, "Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kekufuran" dengan mengatakan, "Bahaya yang dapat timbul dari sesuatu adalah berbanding dengan manfaat lan kebajikan yang terkandung di dalamnya. Apa pun yang sangat bermanfaat dalam dirinya sendiri, mengandung bahaya yang paling besar pada sisi lainnya. Begitulah halnya dengan iman. Kerana ia adalah sifat yang paling baik, maka sebaliknya adalah kekafiran. Kerana bahaya yang terkandung dalam kemiskinan adalah bahawa ia dapat menjadi kufur kepada Allah, maka kita punya pendapat bahawa kemiskinan adalah sifat yang paling mulia."
Al-Murta'isy berkata, "Aku mendengar Al-Junaid mengajarkan, 'Jika engkau bertemu dengan seorang miskin, hadapilah dia dengan kebaikan budimu, bukan dengan ilmumu. Kebaikan budi akan mendekatkannya, sedang ilmu akan menjauhkannya.” Aku bertanya, “Wahai Abul Qasim, apakah ilmu benar-benar menjauhkan orang miskin?” Dia menjawab, “Ya. Jika si orang miskin bersikap benar dalam kemiskinannya, dan engkau mencurahkan ilmumu kepadanya, maka ilmumu itu akan meleleh seperti melelehnya timah kena api.”
Muzaffar Al-Qarmasini berkata, "Orang miskin adalah orang yang tidak memerlukan Tuhan." Ucapan ini mempunyai makna yang samar-samar jika difahami oleh orang yang tidak memahami tujuan sang Sufi. Ucapan ini semata-mata menunjukkan dihentikannya mengajukan tuntutan, berakhirnya pilihan (oleh si miskin), dan kerelaan terhadap apa pun yang dilakukan Allah SWT.
Ibn Khafif menyatakan, "Kemiskinan bererti tidak memiliki harta benda dan meninggalkan tuntutan akan sifat-sifat manusia." Abu Hafs berkata, "Kemiskinan tidaklah sempurna bagi siapa pun sampai dia lebih mengutamakan memberi daripada menerima. Kemurahan hati bukanlah orang yang punya memberi kepada yang tidak punya, melainkan orang yang tidak punya memberi kepada orang yang berpunya."
Ibn Al-Jalla' menyatakan, "Seandainya tidak kerana adanya tujuan lebih agung merendahkan diri di depan Allah, nescaya akan menjadi cara orang miskin untuk berjalan dengan sikap penuh kebanggaan."Yusuf bin Asbat berkata, "Selama empat puluh tahun aku hanya memiliki sehelai baju." Salah seorang Sufi menuturkan, "Aku bermimpi seolah-olah Hari Kiamat sudah tiba. Sebuah suara mengatakan, “Bawalah Malik bin Dinar dan Muhammad bin Wasi' ke dalam syurga.Maka aku lalu memerhatikan siapa di antara keduanya yang lebih dahulu masuk, dan ternyata orang itu adalah Muhammad bin Wasi'. Ketika aku bertanya mengapa dia didahulukan, dijelaskan kepadaku, 'Dia hanya memiliki sehelai baju, sedangkan Malik dua.'
Muhammad Al-Musuhi berkata, "Orang miskin adalah orang yang tidak memerlukan sesuatu pun dari harta benda duniawi." Sahl bin Abdullah ditanya, "Bilakah orang miskin dapat beristirehat?" Dia menjawab, "Jika dia tidak mengharapkan apa pun bagi dirinya sendiri selain dari saat kini."
Ketika muncul pembicaraan tentang kemiskinan dan kekayaan di hadapan Yahya bin Muadz, dia berkata, "Bukanlah kemiskinan atau kekayaan yang memiliki beratnya timbangan di Hari Perhitungan. Hanya kesabaran dan syukurlah yang akan ditimbang. Jadi kelak akan dikatakan, 'Orang ini bersyukur atau orang ini bersabar."
Diriwayatkan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada salah seorang Nabi as, "Jika engkau ingin mengetahui apakah Aku redha denganmu, lihatlah apakah orang miskin rela denganmu." .
Abu Bakr Az-Zaqqaq berkata, "Orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Allah bersama dengan kemiskinannya bererti seluruh makanan yang dimakannya adalah makanan haram.” Dikatakan bahawa orang-orang miskin di pengajian-pengajian Sufyan Ats-Tsauri adalah laksana para bangsawan. Abu Bakr bin Thahir menyatakan, "Di antara ciri-ciri orang miskin adalah bahawa dia tidak punya keinginan terhadap benda-benda duniawi. Kalaupun dia berkeinginan juga, tidak syak lagi bahawa dia pasti akan berkeinginan, maka keinginannya itu tidak melampaui apa yang cukup baginya."
Salah seorang Sufi membacakan syair berikut:
Mereka berkata, "Besok hari raya. Apa yang akan kau pakai?"
Kukatakan, "Jubah hehormatan yang diberi-Nya yang mencurahkan cinta dengan penuh kemurahan hati."
Kukatakan, "Jubah hehormatan yang diberi-Nya yang mencurahkan cinta dengan penuh kemurahan hati."
Kemiskinan dan kesabaran, keduanya adalah pakaianku -
yang di dalamnya ada satu hati yang untuknya,
Sahabat
adalah selalu Hari Jumaat dan Hari Raya sekaligus.
yang di dalamnya ada satu hati yang untuknya,
Sahabat
adalah selalu Hari Jumaat dan Hari Raya sekaligus.
Pakaian yang paling layak untuh menernui Kehasih
pada hari berkunjung adalah pakaian yang dicintai-Nya.
pada hari berkunjung adalah pakaian yang dicintai-Nya.
Setiap waktu adalah saat berkabung bagiku jika
Kau tidak ada, wahai Harapanku,
Kau tidak ada, wahai Harapanku,
Hari Raya adalah hari hetika aku melihat dan mendengar
suara-Mu.
suara-Mu.
Dikatakan bahawa puisi ini dikarang oleh Abu Ali Ar-Rudzbari. Ketika ditanya tentang orang miskin sejati, Abu Bakr Al-Mishri menjawab, “Dia adalah orang yang tidak memiliki sesuatu dan tidak pula berkeinginan memiliki sesuatu." Dzun Nun Al-Mishri berkata, “ Aku lebih menyukai rasa memerlukan yang terus menerus terhadap Tuhan disertai dengan kekhuatiran daripada kesejahteraan yang mantap namun disertai kebanggaan.”
Abu AbduHah Al-Husri menuturkan, “Abu Jaafar Al-Haddad bekerja selama dua puluh tahun, dengan pendapatan satu dinar setiap hari. Wang itu dibelanjakannya untuk orang-orang miskin sementara dia sendiri berpuasa; setelah itu dia akan berkeliling mencari sedekah setelah solat Maghrib untuk berbuka puasa.”
An-Nuri menyatakan, “ Tanda seorang miskin adalah kerelaan manakala dia tidak punya apa-apa dan memberi dengan murah hati apabila dia mempunyai banyak rezeki.”
Muhammad bin AIi Al-Kattani berkata, "Ada seorang pemuda bersama kami di Makkah, yang memakai pakaian lusuh dan bertampal-tampal. Dia tidak pernah ikut serta dalam percakapan kami ataupun duduk bersama kami. Dalam hati aku sangat merasa sayang kepadanya. Suatu ketika aku diberi wang dua ratus dirham dari sumber yang halal. Wang itu kubawa kepadanya, kuletakkan di tepi tikar solatnya dan kukatakan kepadanya, “Wang ini telah datang kepadaku dari sumber yang halal. Belanjakanlah untuk keperluanmu.”
Seraya memandang kepadaku dengan sikap merendahkan, dia mengungkapkan apa yang selama itu tidak kuketahui, "Saya membeli kesempatan untuk dapat duduk bersama Allah SWT dalam pengabdian yang lapang ini dengan harga tujuh puluh ribu dinar dari harta benda dan kebun-kebun saya. Sekarang anda hendak menggelincirkan saya dari keadaan saya sekarang ini dengan wang yang anda tawarkan ini!” Kemudian dia berdiri dan menumpahkan wang itu ke tanah. Aku duduk dan mengumpulkan wang itu dari tanah. Belum pernah aku menyaksikan kegagahan seperti kegagahan pemuda itu ketika dia berjalan pergi ataupun kehinaan seperti kehinaanku ketika aku mengumpulkan wang itu."
Abu Abdullah bin Khafif menyatakan, "Aku belum pernah diwajibkan membayar zakat fitrah pada akhir bulan Ramadhan selama empat puluh tahun, sementara aku diterima dengan penuh penghormatan di kalangan kaum terpilih mahupun kaum awam." Abu Ahmad Ash-Shaghir berkata, "Aku bertanya kepada Abu Abdullah bin Khafif, 'Sebutan apa yang layak untuk seorang sufi, yang lapar selama tiga hari kemudian keluar untuk meminta sedekah sekadar cukup untuk memenuhi keperluannya?” Dia menjawab, “Seorang sufi. Pergi- makan- dan berdiam diri .Jika seorang sufi menggunakan cara ini, kamu semua akan terhina."
Ketika Ad-Duqqi ditanya tentang perilaku buruk di kalangan para sufi di hadapan Allah dalam urusan-urusan mereka, dia berkata, "Perilaku buruk itu adalah kemerosotan mereka dari kemampuan mencari hakekat menjadi upaya mencari ilmu keulamaan." Khair An-Nassaj menuturkan, "Aku memasuki sebuah masjid dan kulihat ada seorang sufi di situ. Ketika dia melihatku, dipegangnya bajuku sambil memohon, "Wahai Syeikh, kasihanilah aku, kerana penderitaanku sangat besar!" Aku bertanya, “Apa yang kau derita?” Dia menjawab, “Aku tidak lagi diberi cubaan, dan selalu dalam keadaan sihat walafiat!” Aku memandangnya, sedang dia diberi orang sedekah.
Abu Bakr Al-Warraq berkata, "Berbahagialah orang yang miskin di dunia dan di akhirat." Ketika ditanya apa maksud perkataannya itu, dia menjawab, "Penguasa di dunia ini tidak menuntut pajak darinya, dan Yang Maha Kuasa di akhirat tidak membuat perhitungan dengannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan