Catatan Popular

Isnin, 7 November 2011

RISALAH AL QUSYAIRI BAB 25: ISTIQAMAH


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)
 
Tsauban, bekas budak Rasulullah saw, menuturkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan, " Bertekad hatilah meskipun engkau tidak akan mampu melakukannya sepenuhnya. Ketahuilah bahawa sebahagian terbaik dari agamamu adalah solat, dan hanya seorang yang beriman yang akan memelihara kesucian [jasadnya].”
Istiqamah adalah darjat yang menjadikan urusan-urusan seseorang menjadi baik dan sempurna, dan memungkinnya untuk mencapai manfaat-manfaat secara tetap dan teratur. Usaha dan perjuangan orang yang tiada tekad hati akan sia-sia. Allah SWT berfirman,
Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah dia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu dan Dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. (An-Nahl: 92)

Satu tanda istiqamah dari mereka yang mulai menempuh jalan adalah bahawa amal-amal lahiriah mereka tidak tercemar oleh kelelahan. Bagi mereka yang berada pada tahap pertengahan, tanda keteguhan hati mereka adalah bahawa tidak ada kata “berhenti” dalam perjalanan mereka. Tanda keteguhan hati mereka yang berada pada tahap akhir adalah bahawa tidak ada tabir yang mendindingi mereka dari melanjutkan perjalanan menempuh jalan.
Aku mendengar Syeikh Abu ali Ad-Daqqaq menjelaskan, “Ada 3 darjat istiqamah: menegakkan segala sesuatu (taqwim), menyehatkan dan meluruskan segala sesuatu (iqamah), berlaku lurus (istiqamah). Taqwim menyangkut disiplin jiwa, iqamah berkatian dengan penyempurnaan hati, dan istiqamah berhubungan dengan tindakan mendekatkan batin kepada Allah.”
Abu Bakr ra berpendapat, “Makna firma-Nya,
'kemudian mereka beristiqamah' (Fussilat:30), adalah bahawa mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.
Umar mengajarkan, “Ertinya, mereka tidak menipu orang lain seperti merubah.” Pendapat Abu Bakr merujuk kepada perlaksanaan prinsip-prinsip tauhid, sedangkan pendapat Umar merujuk kepada sikap mencegah diri dari penafsiran-penafsiran yang dipaksakan dan perlaksanaan syarat-syarat perjanjian atau kontrak. Ibnu Atha’ mengatakan bahawa ayat di atas beerti, “Mereka teguh dalam membatasi hati mereka pada Tuhan.”
Abu Ali Al-Juzjani menyatakan, “Bersifat relalah kamu dengan keadaan istiqamah, jangan mengusahakan amal-amal yang menakjubkan, sebab dirimu yang rendah terdorong untuk mengusahakan mukjizat-mukjizat, sedangkan Tuhanmu SWT menuntut darimu istiqamah.”
Abu Ali Ash-Syabbuwi menuturkan, “Aku bermimpi bertemu dengan Nabi saw, dan aku berkata kepadanya, “Dikhabarkan bahawa paduka bersabda, “Surah Hud telah membuat rambutku menjadi putih.” Apakah [rambut paduka menjadi putih kerana] kisah-kisah para nabi dan dimusnahkannya ummat-ummat [zaman dahulu]?” Baginda menjawab, “Tidak [bukan kerana itu], melainkan kerana firman Allah SWT
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud:112)
Asy-Syibli mengatakan, "Istiqamah beerti engkau menghadapi setiap saat seolah-olah ia adalah saat Kebangkitan.” Dikatakan, “Tekad hati dalam berbicara beerti meninggalkan perbuatan memfitnah orang, dalam tindakan beerti menjauhi bidaah, dalam amal saleh beerti meninggalkan kemalasan dan sambil lewa, dan dalam keadaan (haal) batin ia beerti terbebas dari tabir.
Saya mendengar Syeikh Abu Bakr Muhammad bin Al-Hassan bin Furak menjelaskan, “Bentuk fi’il (kata kerja) dari kata istiqamah beerti “meminta sesuatu.” Ertinya, para sufi memohon tekad hati dalam tauhid, kemudian dalam menepati janji dan sumpah dan dalam menjaga batas-batas perilaku yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ketahuilah, bahawa keteguhan tekad melahirkan tanda-tanda keajaiban yang terus-menerus. Allah SWt berfiman,
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (Al-Jinn: 16)

Tiada ulasan: