Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Rasulullah saw menyatakan, “Orang-orang yang pemurah dekat dengan Allah SWT, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, dan jauh dari neraka. Orang yang pemurah sekalipun jahil lebih disukai oleh Allah daripada orang yang gemar beribadat tetapi kikir.”
Inti kemurahan hati adalah bahawa dalam mengorbankan sesuatu, orang tidak merasakan perasaan tertekan.
Dikalangan sufi, sakha’ adalah langkah pertama, disusul oleh jud. Selajutnya memberikan tanpa mementingkan diri sendiri. Orang yang memberikan setengah dari hartanya dan menahan setengahnya lagi untuk dirinya meperlihatkan sifat sakha’. Orang yang memberikan sebahagian besar hartanya dan hanya menyisakan sedikit untuk dirinya sendiri memperlihatkan sifat jud. Orang yang masih berada dalam keadaan yang sangat memerlukan tetapi masih mengutamakan keperluan orang lain dengan memberikan miliknya yang hanya sedikit memperlihatkan sifat itsar (mementingkan orang lain daripada dirinya sendiri.)
Asma’ binti Kharijah mengatakan, “Aku tidak mahu menolak seseorang yang datang meminta kepadaku. Jika dia seorang yang terhormat, aku memberinya untuk menjaga kehormatannya. Jika dia seorang bawahan, dia membuatku mampu menjaga kehormatanku sendiri.”
Dikatakan bahawa Muwarriq Al-Ijli dahulu pintar sekali dalam cara-cara menunjukkan kebaikan budi kepada sahabat-sahabat rapatnya. Dia biasa meninggalkan wang seribu dirham pada mereka dan berkata, “Tolong jaga wang ini sampai aku kembali.” Kemudian, dia menulis surat kepada mereka: “Wanga itu boleh kamu ambil.”
Ketika seseorang dari Manbij bertemu dengan orang dari Madinah, berkata dia kepada orang Madinah tersebut, "Seorang laki-laki dari kota anda, bernama Hakam bin Abdul Muthalib datang kepada kami dan membuat kami kaya raya.” Orang Madinah itu bertanya, “Bagaimana mungkin? Dia datang kepada anda tanpa membawa apa-apa selain sehelai jubah bulu domba pada tubuhnya!” Orang Manbij itu menjawab, "Dia tidak menjadikan kami kaya wang. Dia mengajarkan kepada kami kemurahan hati. Dengan begitu kami lalu saling memberi satu sama lain hingga kami tidak lagi merasa miskin.”
Semua barang-barang Ali bin Al-Fudhail dibelinya dari penjaja-penjaja dekat rumahnya. Seseorang berkata, “Engkau dapat menjimatkan wang jika engkau mahu pergi ke pasar.” Dia menjawab, “Penjaja-penjaja ini telah datang ke rumah kita dengan harapan dapat menyediakan jasa kepada kita.”
Seorang laki-laki mengirimkan seorang budak perempuan kepada Jabalah yang sedang bersama sahabat-sahabatnya. Dia lalu berkata, “Akan sangat buruk sekali jika aku menerima budak ini sementara anda semua ada di sini. Saya juga tidak ingin mengistimewakan salah seorang dari anda dengan memberikannya kepadanya, sedangkan anda semuanya mempunyai hak atas budak itu dan juga atas pernghormatan saya. Budak ini tidak dapat dibahagi-bahagikan di antara anda sekalian.” (Jumlah sahabatnya itu ada lapan puluh orang). Akhirnya dia memerintahkan agar didatangkan seorang budak perempuan atau laki-laki untuk setiap sahabatnya itu.
Kerana merasa haus, ‘Ubaidullah bin Abi Bakrah meminta air di rumah seorang wanita. Wanita itu mengisi sebuah cawan untuknya dan berdiri di belakang pintu, dan berkata, “Mundurlah dari pintu dan suruhlah salah seorang budakmu untuk mengambil cawan ini dariku, kerana aku adalah seorang wanita arab [ dan ingin menjaga sopan santun], dan budakku telah meninggal dua hari yang lalu.” ‘Ubaidullah meminum air itu lalu mengatakan kepada budaknya, “Ambilkan wang sepuluh ribu dirham untuknya.” Wanita itu berseru, “Na’udzubillah, engkau menghina aku?” Mendengar ucapan wanita itu, ‘Ubaidullah berkata kepadanya, “Ambil dua puluh ribu untuknya.” Wanita itu berkata, “Berdoalah kepada Allah untuk kesihatanmu.” ‘Ubaidullah berkata lagi, “Ambilkan tiga puluh ribu untuknya.” Saat itu si wanita menutup pintu rumahnya dan berteriak: “Engkau benar-benar memalukan.” Tapi ‘Ubaidullah berhasil memberikan kepadanya wang tiga puluh ribu dirham itu, yang juga diterimanya. Menjelang malam, jumlah pelamarnya telah menjadi berlipat kali ganda.
Dikatakan, “Kemurahan hati beerti bertindak pada saat munculnya kecenderungan yang pertama. Saya mendengar salah seorang sahabat Abul Hasan al-Bunsyanji menuturkan, “Abul Hasan Al-Bunsyanji sedang berada di dalam tandas. Dia memanggil salah seorang muridnya dan memerintahkan , “Ambillah baju ini dariku dan berikannya kepada si fulan.” Seseorang bertanya kepadanya, “Tidak dapatkah anda menunggu sampai anda keluar dari tandas?” Dia menjawab, “Aku tidak yakin apakah aku tidak berubah fikiran dan tidak jadi memberikan baju itu.”
Qais bin Saad bin Ubadah ditanya, “Pernahkah engkau melihat orang yang lebih pemurah dari dirimu sendiri?” Dia menjawab tegas, “Ya. Pernah kami berhenti di padang pasir di rumah seorang wanita. Suaminya pulang, dan dia berkata kepadanya, “Engkau punya tetamu.” Maka, suaminya itu lalu mengambil seekor unta, menyembelihkannya, dan memberitahu: “Ini untuk saudara semua.” Keesokan harinya dia mengambil seekor unta lagi dan mengatakan, “Ini untuk saudara.” Kami keberatan, “Tapi unta yang saudara sembelih semalam itu baru kami makan sedikit saja.” Dia menjawab, “Saya tidak pernah menyajikan daging basi kepada tetamu saya.” Kami tinggal di rumah orang itu selama dua atau tiga hari lagi sementara hujan terus turun, dan dia terus melakukan hal yang sama. Ketika mahu berangkat, kami tinggalkan wang seratus dinar untuknya dan berkata kepada isterinya, “Mintalah maaf untuk kami kepada suamimu.” Lalu kami berangkat meneruskan perjalanan. Pada tengah hari orang itu datang menyusul kami dan berteriak-teriak. “Berhenti wahai gerombolan jahat! Kamu semua mahu membayar keramah-tamahanku?” Lalu dia memaksa kami[mengambil kembali wang kami] dan mengatakan, “Anda mengambilnya kembali, atau saya tusuk anda dengan tombak saya ini!” Wang itu kami ambil kembali dan kami pun terus melanjutkan perjalanan.” Kemudian orang itu bersyair:
Jika kau ambil kembali pahala atas apa yang telah kuberikan,
Maka biarlah kehinaan menjadi balasan yang adil bagi si pemenang.
Maka biarlah kehinaan menjadi balasan yang adil bagi si pemenang.
Saya mendengar Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami menuturkan, “Abu Abdullah Ar-Rudzbari berkunjung ke rumah salah seorang sahabatnya. Tiada seorang pun yang ada di rumah itu dan pintu masuk rumah itu dikunci. Dia berkata, “Orang ini seorang sufi, tapi dia mengunci rumahnya? Pecahkan saja kuncinya.” Maka mereka pun memecahkan kunci rumah itu. Diperintahkannya mereka membawa barang-barang yang ditemukan di tanah dan di rumah itu ke pasar, menjualnya dan mengambil upah pekerjaan mereka itu dari wang harga barang-barang itu. Kemudian dia dan para sahabanya itu menunggu di rumah itu. Ketika si empunya rumah datang, dia tidak dapat berbicara apa-apa. Setelah itu isterinya pun masuk, dengan memakai mantel (baju luar). Dilemparkannya matel itu dengan berucap, “Wahai para sahabat, ini juga sebahagian milik duniawi kami, maka juallah juga ia.” Suaminya bertanya kepadanya, “Mengapa engkau lebih suka menderita seperti ini?” Dia menjawab, “Diamlah! Bagaimana kita dapat bersungut terhadap seorang syeikh seperti ini, yang menghormati kita dengan memperlakukan kita dengan keakraban dan yang melaksanakan urusan-urusan kita?”
Dikatakan, ketika Qais bin Saas bin ‘Ubadah jatuh sakit, teman-temannya tidak datang menjenguknya, kerana itu dia bertanya tentang mereka. Seseorang mengabarkan, “Mereka malu kerana hutang-hutang mereka kepadamu.” Dia berteriak, “Semoga Allah melaknat wang yang mencegah seorang saudara mengunjungi saudaranya!” Dia lalu mengirim seorang utusan untuk memaklumkan bahawa barangsiapa mempunyai hutang kepadanya, hutang itu dihapuskan. Malam itu ambang pintu rumahnya rosak kerana ramainya orang-orang yang datang mengunjunginya.
Dikatakan kepada Abdullah bin Jaafar, “Engkau memberi dengan murah hati jika diminta, tetapi engkau bersungut, meskipun sedikit, jika ditentang.” Dia menjawab, “Aku memberikan hartaku dengan murah hati, tetapi aku bersungut dengan fikiranku.”
Diceritakan bahawa Abdullah bin Jaafar pergi menengok salah satu kebunnya di kampung. Di tengah perjalanan, dia berhenti di sebuah kebun kurma di mana seorang budak hitam sedang bekerja. Ketika si budak itu mengeluarkan bekal makanannya, seekor anjing masuk ke kebun itu dan mendatanginya. Budak itu lalu melemparkan sepotong roti dan sepotong lagi roti kepada anjing itu, yang terus memakannya. Abdullah bin Jaafar, yang melihat hal itu, bertanya kepada si budak, “Wahai budak, berapa banyak makanan yang kau terima setiap hari?” Dia menjawab, “Seperti yang anda lihat tadi.” Abdullah bertanya, “Jadi mengapa kau berikan makananmu kepada anjing itu, bukannya kau makan sendiri?” Si budak menjelaskan, “Di tempat ini tidak ada anjing. Anjing itu telah datang dari jauh dalam keadaan lapar, dan saya tidak mahu mengusirnya.” Abdullah bertanya lagi, “Bagaimana kau makan hari ini?” Si budak menjawab, “Saya telah berlapar sahaja hari ini.” Abdullah berkata, “Aku telah dicela orang kerana dianggap terlalu pemurah! Ternyata budak ini lebih pemurah dariku.” Maka dia lalu membeli kebun kurma itu, budak itu, alat-alat kerjanya, kemudian memerdekakan budak itu, dan memberikan kebun itu kepadanya.
Diceritakan bahawa seorang laki-laki mengunjungi seorang sahabatnnya dan mengetuk pintu rumah sahabatnya. Si sahabat bertanya kepadanya, “Ada apa?” Orang itu menjawab, “Aku punya hutang sebanyak empat ratus dirham yang memberatkan hatiku.” Maka si sahabat lalu mengambil wang empat ratus dirham dan memberikannya kepada orang itu. Setelah itu dia masuk ke dalam dan menangis. Isterinya bertanya kepadanya, “Mengapa engkau tidak mengajukan alasan kepadanya jika kau tahu bahawa perginya wang itu akan menimbulkan kesulitan bagimu?” Suaminya menjawab, “[Bukan itu sebabnya aku menangis]. Aku menangis kerana aku tidak melihat musibah yang menimpanya sehingga ia terpaksa memberitahu kepadaku.”
Mutharrif bin Asy-Syikhkhir mengajarkan, “Apabila salah seorang diantaramu memerlukan sesuatu dariku, hendaklah dia menyampaikannya melalui pesanan bertulis, sebab aku tidak suka melihat hinanya keperluan di wajah seseorang.”
Diceritakan bahawa seseorang ingin membuat jenaka terhadap Abdullah bin Abbas. Dia menjemput orang-orang terkemuka di kota dan mengatakan kepada mereka bahawa Abdullah telah mengundang mereka ke rumahnya untk makan tengah hari. Mereka pun pergi ke rumah Abdullah, dan perkarangan rumahnya penuh dengan mereka. Abdullah bertanya, “Ada apa ini? Seseorang memberitahukan kepadanya apa yang telah terjadi.
Dengan segera Abdullah menyuruh orang untuk membeli buah-buahan dan roti serta memasak makanan. Semuanya itu dikerjakan tepat pada watunya. Ketika semua makanan telah habis dimakan, dia bertanya kepada para penasihtanya, “Apakah mungkin bagiku untuk menyediakan makanan begini banyaknya setiap hari?” Mereka menjawab, “Ya.” Maka Abdullah pun mengatakan, “Kalau begtu, biarlah semua orang ini menjadi tetamuku setiap hari.”
Saya mendengar Syeikh abu Abdurrahman As-Sulami menuturkan, “Ketika Syeikh Abu Sahl As-Su’luki sedang berwudhu di perkarangannya, seorang laki-laki datang meminta sedekah. Abu Sahl tidak membawa apa-apa, maka dia lalu berkata, “Tunggu sampai aku selesai.” Orang itu pun menunggu. Setelah Abu Sahl selesai, dia berkata kepada orang it, “ambillah botol minyak wangi ini, dan pergilah.” Orang itu mengambil botol itu lalu pergi. Abu Sahl menunggu sampai dia yakin orang itu sudah pergi jauh; kemudian dia berteriak, “Ada orang mencuri sebotol minyak wangi!” Orang-orang itu pun mengejar “si pencuri” tetapi tidak dapat menangkapnya. Abu Sahl berbuat demikian kerana isterina sering mencelanya kerana sifat permurahnya yang keterlaluan.
Saya juga mendengar Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami mengabarkan, “Syeikh Abu Syeikh Abu Sahl memberikan jubahnya kepada seorang laki-laki pada suatu musim dingin. Kerana beliau tidak mempunyai jubah yang lain lagi, maka beliau memakai jubah perempuan jika beliau pergi mengajar. Suatu delegasi ulama-ulama terkenal yang terdiri dari wakil-wakil dari setiap bidang ilmu datang dari Fars. Delegasi tersebut tergolong dari para fukaha terkemuka, ahli teologi, dan ahli tatabahasa. Panglima tentera, yakni Abul Hasan , memerintahkan Abu Sahl untuk menyambut kedatangan mereka. Beliau mengenakan pakaian luar dengan jubah perempuan yang dipakainya, lalu menaiki kenderaannya. Sang panlima berkata, “Dia menghinaku dihadapan seluruh penduduk kota, dengan berkenderaan memakai jubah perempuan [di depan umum]!” Tetapi Abu Sahl kemudian berdebat dengan seluruh anggota delegasi tersebut, dan penguasaan ilmu beliau terbuktu mengungguli penguasaan ilmu mereka di semua bidang.”
Saya juga mendengar Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami mengabarkan, “Syeikh Abu Sahl tidak pernah memberikan sedekah kepada siapa pun dengan tangannya sendiri. Sedekah tu dilemparkan ke tanah agar diambil orang yang memerlukannya, dan berkata, “Dunia ini begitu kecil nilainya hingga, disebabkan olehnya, aku tidak mahu melihat tanganku berada di atas tangan orang lain.”
Tetapi Nabi saw telah mengatakan, “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”
Seorang laki-laki meminta sedikit sedekah kepada Al-Hasan bin Ali bin Abi thalib ra. Maka beliau lalu memberi orang itu wang sebanyak 50 ribu dirham dan 500 dinar. Beliau menyuruh orang itu mencari kuli [untuk mengangkut wang itu]. Maka orang itu pun lalu mencari kuli. Al-Hasan lalu memberikan kepadanya selendang sambil berkata, “Upah kuli itu, ku tanggung juga.”
Ketika seorang wanita meminta semangkuk madu kepada Al-Laits bin Sa’id, dia menyuruh orang membawa sebekas penuh madu kepada wanita itu. Seseorang mengkritiknya atas tindakannya itu, dan dia menjawab,
“Dia meminta sesuai dengan keperluannya, dan aku memberi sesuai dengan kemampuanku.”
Salah seorang sufi menuturkan, “Saya solat subuh di masjid Al-Asy’ats di Kufah, kerana saya sedang mencari salah seorang yang berhutang kepada saya. Ketika saya selesai solat, seseorang meletakkan satu sut pakaian dan sepasang sandal di hadapan setiap orang yang ada di masjid itu, termasuk saya. Saya bertanya, “Apa ini?” Orang-orang menjawab, “Al-Asy’ats telah kembali dari Makkah, dan beliau menyuruh hal ini dilakukan kepada seluruh jemaah masjid ini.” Saya berkata, “Tapi saya orang luar. Saya hanya datang ke kota ini untuk mencari salah seorang yang berhutang kepada saya.” Mereka berkata, “Hadiah ini untuk semua yang hadir.”
Diceritakan bahawa menjelang saat kematiannya, Asy-Syafi’i memerintahkan, “Katakanlah kepada si fulan agar memandikan jasadku [setelah aku mati].” Tapi orang yang dimaksud tidak ada di situ. Ketika dia datang [setelah pemakaman], kepadanya dikatakan tentang pesan Asy-Syafi’i tersebut. Maka dia lalu meminta lihat catatan As-Syafi’i, dan dia menemukan bahawa Asy-Syafi’i punya hutang sebanyak 70 ribu dirham. Orang itu kemudiannya menyelesaikan hutang itu dan berkata, “Inilah tugasku memandikan beliau.”
Diceritakan bahawa keika Asy-Syafi’i kembali ke Makkah dari San’a, beliau membawa wang sepuluh ribu dinar. Seseorang mengatakan kepada beliau, “Anda harus membeli sedikit harta dengan wang itu.” Mendegarkan itu, beliau lalu memasang sebuah khemah di luar kota Makkah dan mencurahkan dinar-dinar tersebut. Setiap orang yang datang ke khemah beliau diberi segengam wang. Ketika hari telah siang, beliau berdiri dan mengibas-ngibaskan jubahnya, dan ternyata tidak sekeping wang pun lagi yang tertinggal.
Diceritakan bahawa As-Sari pergi keluar pada suatu hari raya, dan bertemu dengan seorang penting. Tapi As-Sari hanya melihat sekilas saja kepadanya. Seseorang berkata, “Itu orang penting!” Dia menjawab, “Aku tahu siapa dia. Tetapi telah dituturkan bahawa apabila dua orang muslim berjumpa, maka 100 bahagian rahmat Allah dibahagikan kepada mereka berdua: 99 bahagian kepada orang yang lebih bergembira di antara mereka berdua. Aku ingin agar dia memperoleh bahagian yang lebih besar.”
Diceritakan bahawa suatu hari amirul mukminin Ali bin Abi Thalib ra sedang menangis. Seseorang bertanya kepada beliau, “Apa yang membuat anda menangis?” Beliau menjawab, “Tak seorang pun tamu yang datang kepadaku selama 7 hari ini. Aku takut kalau-kalau Allah telah memarahiku.”
Dikatakan bahawa Anas bin Malik ra mengatakan, “Zakatnya rumah adalah bahawa hendaknya sebuah bilik disediakan di dalamnya untuk tetamu.”
Ibrahim bin Al-Junaid menuturkan, “Ada 4 perbuatan yang tidak boleh dihindari oleh seseorang, hatta sekalipun dia seorang bangsawan: beridiri dari tempat duduknya untuk ayahnya, melayani tamunya, melayani seorang ulama yang darinya dia telah belajar, dan bertanya tentang apa yang tidak diketahuinya.”
Abdullah bin Mubarak berkata, “Manahan jiwa dengan penuh kemurahan hati dari hawa nafsu terhadap milik orang lain lebih baik dari kemurahan hati jiwa dalam memberikan milik sendiri.”
Salah seorang sufi mengabarkan, “Pada suatu hari yang sangat dingin aku pergi kepada Bisyr Al-Hariths. Dia elah menanggalkan sebahagian dari pakaiannya, dan menggigil kesejukan. Aku bertanya kepadanya, “Wahai Abu Nashr, orang lain mengenakan pakaian tambahan pada hari seperti ini. Mengapa anda berpakaian begitu tipis?” Dia menjawab, “Aku ingat kepada orang-orang miskin dan keadaan mereka, dan aku tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada mereka. Maka aku ingin menderita kesejukan seperti mana mereka.
Ad-Daqqaq menyatakan, “Kemurahan hati bukanlah jika orang kaya memberi kepada orang miskin. Kemurahan sejati adalah jika orang miskin memberi kepada orang kaya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan