Catatan Popular

Selasa, 8 November 2011

RISALAH AL QUSYAIRI BAB 33: AKHLAK (KHULUQ)

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam: 4)
 
Diriwayatkan oleh Anas bahawa seseorang bertanya kepada Nabi saw, “Wahai Rasulullah, siapakah di antara orang-orang beriman yang paling sempurna imannya?” Beliau menjawab, “Iaitu mereka yang paling baik akhlaknya.”
Al-Wasiti menyatakan, “Allah menggambarkan beliau sebagai berakhlak mulia sebab beliau mengorbankan dunia dan akhiratnya, dan merasa puas dengan Allah SWT.” Dia juga mengatakan, “Akhlak yang mulia beerti orang tidak bertengkar dengan orang lain, tidak pula dia diperselisihkan oleh mereka kerana dia memiliki pengetahuan batin yang sempurna mengenai Allah SWT.”
Al-Hussain bin Mansur menjelaskan, “Akhlak yang mulia adalah bahawa kekasaran orang lain tidak mempengaruhi dirimu apabila engkau telah mencurahkan perhatianmu pada Tuhan.” Abu Sa’id Al-Kharraz mengatakan, “Akhlak yang mulia beerti engkau tidak punya cita-cita selain Allah SWT.” Al-Kattani menegaskan, “Tasawwuf adalah akhlak. Barangsiapa yang melebihimu dalam akhlak, beerti telah melebihimu dalam tasawwuf.
Dikatakan, apabila Ibnu Umar melihat salah seorang budaknya melaksanakan solat dengan baik, dia akan memerdekakannya. Budak-budaknya semua tahu akan hal itu, dan mereka mengerjakan solat dengan baik hanya supaya dilihat olehnya. Sekalipun begitu, dia masih tetap memerdekakan mereka. Ketika seseorang mengkritik tindakannya itu, dia berkata, “Manakala seseorang mahu menipu kami demi kerana Allah, maka kami akan membiarkan diri kami ditipu demi kerana-Nya.”
Dalam pendapatnya, Al-Harits Al-Muhasibi mengatakan, “Kita akan merasa rugi jika kita kehilangan tiga hal: penampilan yang bagus digabung dengan kesantunan, kata-kata yang diucapkan dengan baik digabung dengan pendapat yang dipercayai, dan persaudaraan yang kuat digabung dengan kesetiaan.”
Abdullah bin Muhammad Ar-Razi menyatakan, “Akhlak beerti memandang remeh apa pun yang darimu kepada Allah dan memandang besar apa pun yang datang kepadamu daripada-Nya.”
Al-Ahnaf ditanya, “Siapa yang mengajarkan akhlak kepadamu?” Dia menjawab, “Qais bin Ashim Al-Munaqqari.” Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana akhlaknya?” Al-Ahnaf menuturkan, “Suatu keika dia sedang duduk-duduk dirumahnya ketika seorang budak perempuan masuk dengan membawa tusuk daging yang sedang membara. Benda itu jatuh menimpa salah seorang anaknya, dan kemudian meninggal dunia. Budak itu sangat berduka. Qais mengatakan kepadanya, “Jangan khuatir. Engkau kumerdekakan, kerana Allah.”
Syah Al-Kirmani menuturkan, “Satu tanda akhlak yang baik adalah bahawa engkau tidak merugikan orang lain, dan menanggung dengan rela kerugian yang mereka timpakan kepadamu.”
Rasulullah saw berkata, “Engkau tidak akan dapat memberikan kebahagian dengan hartamu, kerananya berilah kebahagian dengan wajah yang manis dan akhlak yang baik.”
Dzun Nun ditanya, “Siapakah orang yang banyak cemas?” Dia menjawab, “Orang yang pling buruk akhlaknya.” Wahb menegaskan, “Jika seorang hamba mengamalkan akhlak mulia selama 40 hari, Allah akan menjadikan akhlak yang mulia itu sebagai sifat bawaan baginya.”
Ketika menafsirkan firman Allah, 
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (Al-Mudathsir: 4)
Al-Hasan Al-Bashri menjelaskan bahawa ayat ini beerti, “Dan akhlakmu, hendaklah engkau perindahkan.”
Seorang sufi memiliki seekor domba betina. Ketika dia menemukan domba itu, salah satu kakinya terpotong, dia bertanya, “Siapa yang melakukan ini?” Salah seorang budaknya menjawab, “Saya.” Ketika ditanya mengapa dia melakukan hal itu, si budak menjawab, “Untuk membuat tuan bersedih kerananya.” Sufi itu menjawab, “Itu tidak terjadi, tapi aku merasa sakit dengan tindakanmu itu. Pergilah, engkau kumerdekakan.”
Dikatakan bahawa Uwais Al-Qarni biasa dilemparkan batu oleh sekumpulan kanak-kanak apabila mereka melihatnya. Kerana itu dia mengatakan kepada mereka, “Jika kalian memang hasrus membalingku, gunakanlah batu yang kecil agar kakiku tidak terluka, yang akan mencegahku melakukan solat.” Suatu ketika seorang laki-laki mengikut Al-Ahnaf bin Qais dan menghinanya. Ketika Al-Ahnaf sampai dekat lingkungan kediamannya sendiri, dia berhentu dan menasihati orang itu, “Wahai anak muda, jika engkau masih punya kata-kata untuk diucapkan, katakanlah sekarang sebelum salah seorang dekat sini mendengarmu dan menjawab kata-katamu.”
Diceritakan suatu ketika Ali bin Abi Thalib berulang-kali memanggil salah seorang budaknya, tetapi si budak tidak menjawab. Ketika beliau datang melihat budak itu dan menemukannya sedang duduk-duduk bersandar di tembok, beliau bertanya, “Apakah engkau tidak mendengar panggilanku?” Dia menjawab, “Ya. Saya mendengar.” Beliau bertanya, “Jadi mengapa engkau tidak datang?” Si budak menjawab, “Saya merasa aman dari hukuman tuan, jadi saya malas.” Ali berkata kepadanya, “Pergilah, engkau kubebaskan kerana Allah.”
Pencuri-pencuri memasuki rumah Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami dan mencuri segala sesuatu miliknya. Salah seorang sahabat kami mendengar syeikh tersebut menuturkan, “Suatu hari, aku melewati pasar dan kulihat jubahku sedang dilelong, tapi aku berpaling jauh tanpa menaruh perhatian sedikit pun padanya.”
Ketika Abu Hafs ditanya tentang akhlak, dia mengatakan, “Akhlak adalah pilihan Allah SWT untuk Nabi saw ketika Dia memerintahkan,

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (Al-A'raf: 199)
Dikatakan bahawa Abu Dzar membiarkan untanya minum di sebuah besen air ketika tiba-tiba seorang laki-laki melanggarnya. Besen air itu pecah. Abu Dzar duduk, kemudian dia berbaring. Ketika seseorang bertanya kepadanya mengapa dia berbuat begitu, dia menjawab, “Rasulullah saw mengatakan kepada kami bahawa jika seseorang merasa marah, hendaklah dia duduk sampai marahnya reda. Jika tidak reda juga, hendaklah dia berbaring.
Tertulis di dalam kitab Injil, “Hamba-Ku, ingatlah kepada-Ku ketika engkau sedang marah. Maka Aku akan mengingatmu ketika Aku marah.”
Luqman berkata kepada anaknya, “Ada 3 macam orang yang hanya dapat dikenal pada 3 kesempatan: seorang penyabar ketika dia marah, seorang pemberani ketika di saat perang, dan seorang saudara saat diperlukan.”
Musa as berkata, “Ya tuhanku, aku memohon kepada-Mu agar menghindarkan perkataan-perkataan palsu tentang diriku.” Allah mewahyukan kepadanya, “Aku tidak pernah melakukan hal itu untuk diri-Ku.Bagaimana Aku dapat melakukannya untukmu?”
Yahya bin Ziyad Al-Haritsi mempunyai seorang budak yang sangat lembab. Seseorang bertanya kepadanya, “Mengapa engkau masih tetap memeliharanya?” Dia menjawab, “Agar aku dapat belajar bersabar.”۬ 
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (Luqman: 20)
mempunyai makna bahawa “lahir” beerti pembentukan bentuk fizikal manusia, dan “batin” ertinya mensucikan akhlak manusia. Al-Fudhail berpendapat, “Aku lebih suka mempunyai teman seorang penjahat yang penuh dosa tapi akhlaknya baik daripada seorang saleh yang akhlaknya buruk.” Dikatakan, “Akhlak yang baik beerti menanggung penderitaan dengan penuh kegembiraan.”
Diceritakan bahawa Ibrahim bin Adham pergi ke salah satu padang pasir yang luas. Seorang tentera yang dijumpainya disitu bertanya, “Di mana kampong yang paling dekat dari sini?” Ibrahim menunjuk ke kuburan. Tentera itu lalu memukul kepalanya hingga berdarah. Ketika akhirnya dia melepaskan Ibrahim, seseorang mengatakan kepadanya, “Itu adalah Ibrahim bin Adham, sufi dari Khurasan.” Tentera itu lalu meminta maaf kepada Ibrahim. Ibrahim berkata , “Ketika engkau memukulku, aku berdoa kepada Allah SWT agar memasukkanmu ke dalam syurga.” Tentera itu bertanya, “Mengapa?” Ibrahim menjawab, “Sebab aku tahu bahawa aku akan memperoleh pahala kerana pukulan-pukulanmu. Aku tidak ingin nasib baikku menjadi baik dengan kerugianmu, dan perhitungan amalmu menjadi buruk kerana aku.”
Dikatakan bahawa Abu Utsman sedang menyeberangi jalan di tengah hari ketika seseorang di atas atap menumpahkan setimba abu ke atas kepalanya. Kawan-kawannya menjadi marah dan mulai berteriak kepada orang yang menumpahkan abu itu. Abu Utsman berkata,
“Jangan mengatakan apa-apa. Orang yang layak memperoleh neraka, tapi hanya terkena abu saja tidak punya hak untuk marah.”
Diceritakan bahawa Abdullah si tukang jahit mempunyai pelanggan seorang Majusi. Orang itu biasa membayarnya dengan wang dirham palsu dan Abdullah menerima saja wang palsu itu. Suatu hari orang Majusi itu datang untuk mengambil pakaian pesanannya dan mencuba membayarnya dengan dirham-driham palsu, tetapi pembantu Abdullah menolak menerimanya. Akhirnya si Majusi itu membayar dengan wang dirham asli. Ketika Abdullah kembali, dia bertnya, “Di mana pakaian pesanan orang Majusi itu?” Si pembantu menceritakan apa yang telah terjadi. Abdullah memarahinya. Katanya, “Engkau telah melakukan kesalahan besar. Selama beberapa waktu, kami telah melakukan perniagaan dengan caranya itu, dan aku berabar sahaja. Dirham-dirham palsu itu biasanya kulemparkan ke dalam telaga agar dia tidak menipu orang lain dengannya.”
Dikatakan, “Akhlak yang buruk menyempitkan hati kerana ia tidak memberikan ruang bagi apa pun selain hawa nafsunya sendiri, dan hati menjadi sebuah ruangan sempit yang hanya muat bagi pemiliknya.” Dikatakan pula, “Akhlak yang baik beerti bahawa engkau tidak peduli siapa pun yang berdiri di sebelahmu dalam shaf ketika solat.” Dikatakan juga, “Satu tanda keburukan akhlak seseorang adalah bahawa dia memusatkan perhatiannya pada keburukan akhlak orang lain.”
Rasulullah saw ditanya, “Apakah yang disebut celaka itu?” Beliau menjawab, “Akhlak yang buruk.” Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa seseorang mengatakan kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar membinasakan orang-orang musyrik itu!” Beliau menjawab, “Aku diutus sebagai rahmat; aku tidak diutus sebagai penghukum.”

Tiada ulasan: