Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (An-Nahl: 128)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Aisyah menuturkan hadis berikut ini dari Rasullullah saw, “Sabar [yang sebenarnya] itu adalah pada saat menghadapi cubaan yang pertama.”
Kerana itu sabar dibagi kepada beberapa tahap: sabar terhadap apa yang diperolehi si hamba [melalui amal-amalnya] dan sabar terhadap apa yang diperolehnya tanpa upaya. Mengenai sabar terhadap apa yang diperolehi dengan upaya, sabar tahap ini terbagi menjadi dua: sabar dalam menjalankan perintah Allah dan sabar dalam menjauhi larangan-Nya. Mengenai sabar terhadap hal-hal yang tidak diperoleh melalui upaya dari si hamba, maka kesabarannya adalah dalam menjalani ketentuan Allah yang menimbulkan kesukaran baginya.
Al-Junaid menegaskan, “Perjalanan dari dunia ke akhirat adalah mudah bagi orang yang beriman, tetapi menghindari makhluk demi Allah SWT adalah sulit. Dan perjalanan dari diri sendiri menuju Allah SWT adalah sangat sulit, tetapi yang lebih sulit lagi adalah bersabar terhadap Allah.”
Rasulullah saw mengatakan, “Dengan-Mu aku hidup dan dengan-Mu aku mati.”
Ahmad menuturkan, “Aku bertanya kepada Abu Sulaiman tentang sabar, dan dia mengatakan, “Demi Allah, kita tiak dapat bersabar dengan apa yang kita sukai, jadi bagaigama pula halnya dengan apa yang tidak kita sukai?”
Dikatakan, “Sabar adalah menjalani cubaan dengan sikap yang sama seperti menghadapi kenikmatan.”
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl:96)
‘Amr bin Utsman mengatakan, “Sabar adalah berlaku teguh terhadap Allah SWT dan menerima cubaan-cubaan-Nya dengan sikap lapang dada dan tenang. Al-Khawwas menjelaskan, “Sabar adalah menetapi ketentuan-ketentuan Kitabullah dan Sunnah Rasul.”
Ibn Atha’ membacakan syair berikut,
Aku akan bersabar untuk menyenang-Mu,
Sementara rindu menghancurkan diriku.
Cukuplah bagiku bahawa Engkau redha,
Meskipun kesabaranku menghancurkan diriku.
Sementara rindu menghancurkan diriku.
Cukuplah bagiku bahawa Engkau redha,
Meskipun kesabaranku menghancurkan diriku.
Abu Abdullah bin Khafif menyatakan, “Sabar ada 3 macam: sabarnya oran yang berjuang untuk bersabar, sabarnya orang yang sabar, dan sabarnya orang yang sangat sabar.” Ali bin Abdullah Al-Bashri menuturkan, “Seorang laki-laki datang kepada Asy-Syibli dan bertanya, “Sabar macam mana yang paling sulit bagi oran yang sabar?” Dia menjawab, “Iaitu sabar terhadap Allah SWT.” Tetapi orang itu menyanggah, “Bukan.” Asy-Syibli menyarankan, “Sabar untuk Allah.” Orang itu menyanggah lagi, “Bukan.” Asy-Syibli menjawab, “Sabar bersama Allah,” Sekali lagi orang itu menyanggah. “Bukan.” Asy-Syibli bertanya, “Lantas sabar yang mana?” Orang itu menjawab, “Sabar berjauhan dengan Allah.” Mendengar jawapan itu Asy-Syibli berteriak sedemikian rupa sehingga hampir binasa.”
Salah seorang sufi bersenandung,
Aku bersabar ketika aku tidak tahu kehendak-Mu atas kesabaranku,
Dan kerana sabar, ku sembunyikan petaka yang Kau kenakan ke atas diriku.
Kerana takut bahawa hatiku akan mengeluh tentang kerinduanku,
Dengan diam-diam terhadap air mataku, hingga mereka dapat mengalir tanpa kutahu.
Dan kerana sabar, ku sembunyikan petaka yang Kau kenakan ke atas diriku.
Kerana takut bahawa hatiku akan mengeluh tentang kerinduanku,
Dengan diam-diam terhadap air mataku, hingga mereka dapat mengalir tanpa kutahu.
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat, “Orang yang sabar akan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan di akhirat, sebab mereka telah menjadi manusia yang disertai oleh Allah. Allah SWT berfirman:
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (An-Anfal: 46)
Dikatakan mengenai erti firman Allah SWT, bahawa sabar (shabr) adalah kurang dari tekad hati dalam kesabaran (mushaabarah), dan juga kurang dari mengaitkan diri kepada Allah (muraabathah). Dikatakan juga, “Bersabarlah” dengan dirimu dalam kepatuhan kepada Allah SWT; “bertekadlah dalam kesabaran” dengan hatimu dalam menghadapi cubaan-cubaan yang berkaitan dengan Allah, dan “kaitkanlah” jiwamu kepada kerinduan kepada Allah. Juga dikatakan, “Bersabarlah” kepada Allah, “bertekadlah dalam kesabaran” dengan Allah, dan “kaitkanlah” jiwamu dengan Allah.
Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Dawud as, “Tirulah sifat-sifat-Ku”. Di antaranya bahawa Aku adalah Yang Maha Penyabar.” Dikatakan, “Seraplah kesabaran. Jika ia membunuhmu, engkau akan mati sebagai syahid. Jika ia mempercepat [langkahmu] maka engkau akan hidup sebagai seorang mulia”. Dikatakan juga, “Kesabaran untuk Allah adalah kesukaran, sabar dengan Allah adalah tetap [ bersama-Nya], sabar terhadap Allah adalah cubaan, dan sabar jauh dari Allah adalah sangat tercela.”
Para sufi membacakan syair berikut,
Tercelalah hasil kesabaran berjauhan dengan-Mu.
Namun terpujilah segala kesabaran yang lain.
Mereka juga membacakan,
Bagaimana aku dapat bersabar dalam perpisahan dengan Dia
Yang sama dekat denganku seperti tangan kanan dan kiri?
Namun terpujilah segala kesabaran yang lain.
Mereka juga membacakan,
Bagaimana aku dapat bersabar dalam perpisahan dengan Dia
Yang sama dekat denganku seperti tangan kanan dan kiri?
Ketika semua manusia bermain siasat dengan semua hal
Aku melihat bahawa cinta memainkan siasat terhadap mereka.
Aku melihat bahawa cinta memainkan siasat terhadap mereka.
Dikatakan, “Sabar dalam mencari pemenuhan hasrat adalah tanda kemenangan, dan sabar dalam kesukaran adalah tanda keselamatan.”
Dikatakan, “Bersikap tekad dalam kesabaran adalah ‘bersabar dalam bersabar’ sampai kesabaran terserap dalam kesabaran, dan kesabaran berputus asa dalam kesabaran, sebagaimana dikatakan dia bertekad dalam kesabaran, hingga kesabaran meminta pertolongan kepadanya. Maka si pecinta berseru kepada kesabaran: “Sabar!”
Dalam satu riwayat disebutkan, “Apa yang dipikul oleh mereka yang memikul beban demi untuk-Ku, adalah dalam penglihatan-Ku.”
Allah SWT berfirman: Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. (At-Tur:48)
Allah SWT berfirman: Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. (At-Tur:48)
Ketika Rasulullah saw ditanya tentang iman, baginda menjelaskan: “[Iman] adalah keteguhan hati dalam bersabar dan bersikap murah hati.”
As-Sari ditanya tentang sabar, dan dia mulai berbicara. Lalu seekor kala jengking merayap ke kakinya dan menyengatnya beberapa kali, namun ia sama sekali tidak berganjang. Seseorang bertanya kepadana, “Mengapa engkau tidak mencampakkanya?” Dia menjawab, “Aku malu kepada Allah untuk berbicara tentang sabar sedang aku sendiri tidak bersabar.”
Dalam sebuah hadis dikatakan, “Orang-orang miskin yang sabar akan menjadi teman Allah SWT di hari kebangkitan.”
Allah SWT mewahyukan kepada salah seorang nabi-Nya, “Aku menurunkan cubaan kepada hamba-Ku, lalu dia berdoa kepada-Ku. Tetapi Aku menangguhkan doanya dan dia mengeluh kepada-Ku. Maka Aku lalu bertanya, “Wahai hamba-Ku, bagaimana Aku dapat dalam kasih-sayang-Ku menyembunyikan sesuatu darimu yang dengannya Aku menunjukkan kasih-sayang-Ku?”
Ibn Unaiyah berpendapat mengenai erti firman Allah,
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajda:24)
bahawa ertinya adalah, “kerana mereka memahami perhatian yang hakiki, maka Kami angkat mereka sebagai pemimpin.”
Allah berfirman dalam kisah Nabi Ayyub as,
Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; dia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya). (Sad: 44)
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menegaskan, “Kebenaran hakiki tentang sabar adalah jika si hamba keluar dari cubaan dalam keadaan seperti ketika dia memasukinya, sebagaimana yang dikatakan oleh Ayyub as pada akhir cubaan yang menimpanya,
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Al-Anbiya: 83)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan