Catatan Popular

Selasa, 20 Februari 2018

AISYAH BINTI ABU BAKAR ISTERI NABI YANG PALING BANYAK MERAWIKAN HADITS


Aisyah bin Abu Bakar dikurniakan kemuliaan semasa hidup dan selepas meninggal dunia. Dia bukan sahaja menjadi isteri Rasullulah saw di dunia tetapi di akhirat. Ketika wahyu turun kepada Rasullulah saw jibrail membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan diakhirat sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadis daripada Aisyah,
"Jibrail datang membawa gambarnya pada sepotong sutera hijau kepada Nabi saw , kemudian berkata, ini adalah isterimu di dunia dan akhirat."
(HR At-Tarmizi)
Dia menjadi penyebab turunnya firman Allah swt yang menerangkan kesuciannya dan membebaskannya daripada fitnah orang munafik pada peristiwa Hadithul Ifki.
Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi saw diutus menjadi rasul. Semasa dia bermain-main dengan lincah dan ketika dinikahi Rasullulah saw usianya belum genap 10 tahun.
Dalam sebahagian besar riwayat disebutkan bahawa Rasullulah saw membiarkannya bermain-main bersama teman-temannya. Dua tahun setelah Siti Khadijah wafat , wahyu turun kepada Rasullulah saw untuk menikahi Aisyah Rasullulah saw berkata kepada Aisyah :
"Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat datang menemui dalam membawa gambarmu pada selembar sutera dengan berkata,"Ini adalah isterimu." Ketika aku membuka tabirnya wajahmu kelihatan. Kemudian aku berkata kepadanya,"Jika ini benar daripada Allah swt nescaya akan terlaksana."
Mendengar khabar itu, Abu Bakar dan isterinya sangat gembira. Tambahan pula Rasullulah saw bersetuju menikahi puteri mereka,Aisyah. Baginda datang ke rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang diberkati itu. Setelah pertunangan selesai , Rasullulah saw berhijrah ke Madinah bersama para sahabat sementara isteri baginda ditinggalkan di Mekkah . Setelah Baginda meninggalkan Madinah Baginda mengutus seseorang untuk menjemput mereka termasuk Aisyah.
Dengan izin Allah swt, Rasullulah saw menikahi Aisyah dengan mas kahwin 500 dirham. Aisyah tinggal di bilik yang bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Banyak wahyu diturunkan di bilik itu sehinggakan bilik itu disebut juga sebagai tempat turunnya wahyu.

Kisah Rasullulah SAW dengan Aisyah
Dalam hati Rasullulah saw kedudukan Aisyah sungguh istimewa dan tidak dialami oleh isteri-isteri baginda yang lain. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan:
"Cinta pertama yang terjadi dalam islam adalah cinta Rasullulah saw kepada Aisyah ra"
Dalam riwayat at-Tarmizi dinyatakan ada seseorang yang menghina Aisyah di hadapan Ammar bin Yasir sehinggakan Ammar berkata kepadanya :
"Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti isteri Rasullulah saw yang tercinta."
Walaupun isteri-isteri Rasullulah saw mempunyai perasaan cemburu yang kuat kepada Aisyah , mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah . Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata :"Demi Allah swt dia adalah manusia yang paling Baginda cintai selain ayahnya (Abu Bakar). "
Antara isteri-isteri Rasullulah saw , Saudah bin Zumah sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah sehinggakan dia merelakan seluruh malam bahagiannya untuk Aisyah. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa Aisyah sangat memerhatikan sesuatu yang menjadikan Rasullulah saw rela. Dia menjaga agar jangan sampai baginda berasa sesuatu yang tidak menyenangkan daripadanya. Salah satu cara membuatkan baginda rela ialah Aisyah sentiasa memakai pakaian yang cantik dan selalu berhias untuk Rasullulah saw.
Rasullulah saw meminta izin kepada isteri-isterinya untuk beristirehat di rumah Aisyah selama Baginda sakit sehinggalah Baginda wafat. Dalam hal ini, Aisyah berkata :"Ia merupakan kenikmatan bagiku kerana Rasullulah saw wafat dipangkuanku."
Bagi Aisyah , Rasullulah saw tinggal di biliknya sepanjang Baginda sakit yang mana merupakan penghormatan buat dirinya menjaga Baginda sehingga ke akhir hayat. Rasullulah saw dimakamkan di bilik Aisyah di tempat yang sama Baginda wafat.
Aisyah pernah bermimpi melihat tiga bulan jatuh dalam biliknya. Ketika dia memberitahu hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata:"Jika yang kamu lihat itu benar maka dirumahmu akan dimakamkan tiga orang yang paling mulia di muka bumi."
Ketika Rasullulah saw wafat , Abu Bakar berkata :"Baginda berkata,"Baginda adalah orang yang paling mulia antara ketiga-tiga bulanmu." Ternyata Abu Bakar dan Umar dimakamkan di rumah Aisyah.
Selepas Rasullulah saw wafat, Aisyah sentiasa berhadapan dengan dugaan yang sangat besar . Namun, dia menghadapi semua dugaan dengan itu dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap takdir Allah swt dan selalu berdiam diri di dalam rumah semata-mata taat kepada Allah swt.
Rumah Aisyah sentiasa dikunjungi orang ramai daripada segenap penjuru untuk menimba ilmu untuk menziarahi makam Nabi saw. Ketika isteri-isteri Nabi saw hendak mengutus Usman menghadap Khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta pusaka peninggalan Nabi saw yang merupakan bahagian mereka, Aisyah justeru berkata:"Bukankah Rasullulah saw berkata:"Kami para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka  Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah."
Dalam menetapkan hukum, Aisyah kerap menemui wanita yang melanggar syariat islam. Dalam Tabaqat Ibnu Saad mengatakan bahawa Hafsah binti Abdirrahman menemui Ummu Mukminin Aisyah ra. Ketika itu Hafsah memakai tudung nipis. Aisyah menarik tudung wanita tersebut sepantas kilat dan menggantikannya dengan tudung tebal.
Aisyah tidak pernah mengambil ringan tentang hukum kecuali jika sudah jelas dalilnya daripada al-Quran dan sunnah. Aisyah merupakan orang yang paling dekat dengan Rasullulah saw sehingga dia dapat menyaksikan banyak wahyu yang turun kepada Baginda. Aisyah juga berpeluang untuk terus bertanya kepada Rasullulah saw jika menemui sesuatu perkara yang tidak difahami tentang sesuatu ayat. Dengan itu, Aisyah memperolehi ilmu dengan cepat daripada Rasullulah saw.
Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafal hadis-hadis Nabi saw sehingga para ahli hadis menempatkan dia pada urutan kelima daripada para menghafal hadis setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas.
Dalam hidupnya yang penuh jihad Aisyah meninggal pada usia 66 tahun, dalam bulan ramadan tahun ke 58 Hijrah dan dimakamkan di Baqi. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan , kezuhudan, tawaduk dan pengabadian sepenuhnya kepada Rasullulah saw .
Dia juga selalu beribadah serta sentiasa melaksanakan solat malam.
Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehinggakan dalam rumahnya tidak ada wang 1 dirham atau 1 dinar pun yang tinggal.
Rasullulah saw pernah bersabda:
"Jagalah diri kamu daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma."
"Aisyah merupakan orang yang paling dekat dengan Rasullulah saw sehingga dia dapat menyaksikan banyak wahyu yang turun kepada Baginda."

Tiada ulasan: