oleh Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu
'Anhuh
Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu
telahmeriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda:“Apabila
seseorang dari kamu mendatangi tempat tidurnya, maka hendaklah dia
mengkibas-kibaskan katilnya denganhujung kainnya sebanyak tiga kali dan
hendaklah mengucapkan:
Bismika Rabbi Wada’tu Janbi, Wa Bika Arfa’hu, In Amsakta Nafsi
Faghfir Laha, Wa In Arsaltaha FahfazhaBima Tahfaz Bihi ‘Ibadakas Salihin.”
PENJELASAN
HADITS 2
Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah ‘Alaih telah meriwayatkan
Hadits ini dari ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah dan beliau telah meriwayatkan dari
Malik dan beliau telah meriwayatkan dari Sa’id bin Abu Sa’id Al-Maqburi dan
beliautelah meriwayatkan dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu‘Anhu dan beliau
pula telah meriwayatkan Hadits ini dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam. Dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengajarkan kepada Ummatnya berkenaan
adab-adab ketika hendak masuk tidur, tidak kira sama ada di waktu siang mahu
pun pada waktu malam Firash bererti tempat untuk kita merebahkan badan untuk
tidur dan baring beristirahat. Sebelum kita meletakkan diri kita di
perbaringan, hendaklah kita mengkibaskan-kibaskan katil kita ataupun cadar
tilam kita dengan hujungkain, sama ada menggunakan kain selimut, kain serban,
kain baju atau sebarang kain sebanyak tiga kali.
Hikmah dariamalan Sunnah Hadhrat Baginda Nabi
MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini adalah bagi menghindarkan kita dari bahaya binatang yang
berbisa sepertiular, lipan, kala jengking, serangga dan sebagainya. Tiga
kalikibasan adalah memadai dan jika lebih tidak lagi menjadi perkara Sunnah
bahkan ianya adalah perkara yang Mustahab. Seterusnya Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyuruh kita agar berdoa
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan doa berikut:
Bismika Rabbi Wada’tu Janbi, Wa Bika Arfa’hu, In
Amsakta Nafsi Faghfir Laha,Wa In Arsaltaha Fahfazha Bima Tahfaz Bihi ‘Ibadakas
Salihin.
Dengan Nama Tuhan Pemelihara daku meletakkan badanku
dan dengan NamaMu daku mengangkatnya, jika Engkau menahan diriku maka
ampunkanlah baginya, dan jika Engkau mengirimkannya kembali maka peliharalah
iadengan apa yang Engkau pelihara hamba-hambaMu yang Salih dengannya.
Dalam doa ini Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu‘Alaihi
Wasallam telah mengajarkan kita suatu doa yang tidak pernah diajarkan oleh
sesiapa pun di atas muka bumi kerana Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam adalah Rasul Utusan Allah yang dihantar kepada seluruh ummat
manusia untuk mengajar tentang cara menjalani kehidupan di atas Dunia ini
sebagai membuat persiapanuntuk menuju ke Alam Akhirat.Menurut Hadhrat Imam
Rabbani Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah ‘Alaih, setiap diri ummat manusia ini
adalah himpunan dari sepuluh anasir-anasir yang dijadikan olehAllah yang
terdiri dari lima anasir Alam Amar iaitu Qalb,Ruh, Sirr, Khafi dan Akhfa dan
lima anasir dari Alam Khalaqiaitu Nafs, Tanah, Air, Api dan Angin.Nafs adalah
diri kita atau dalam istilah ilmu kejiwaan Psikologi disebut sebagai Ego. Nafs
juga diertikan sebagai nafsu seseorang. Nafsu seseorang adalah berkaitan
denganEgo seseorang yang mana keakuan yang ada didalam diri setiap ummat
manusia. Setiap manusia memiliki nafsu dan setiap nafsu manusia seringkali
melakukan dosa dengan melakukan pekerjaan yang ingkar dan maksiat.Orang yang
beruntung adalah mereka yang sentiasa mensucikan nafsunya dengan ketaqwaan
terhadap AllahSubahanhu Wa Ta’ala. Untuk mencapai penyucian nafsu iniseseorang
itu hendaklah sentiasa memohon keampunan dan taubat dari Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.Apabila seseorang itu mulai hendak tidur, dalam keadaan mengantuknya
itu, dirinya akan hilang seketika meskipun badannya masih tetap berlabuh di
tempat perbaringan. Pada waktu kita sedang tidur itu, Ruh kita sedang berada
dalam genggaman Allah Ar-Rahman, makaadalah menjadi hak kekuasaan mutlak
bagiNya sama ada untuk mengembalikan Ruh tersebut ataupun tidak.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berkuasa untuk menahan Ruh
kitaseberapa lama yang Dia suka seperti mana yang pernah terjadikepada Ashabul
Kahfi yang telah ditidurkan oleh AllahSubhanahu Wa Ta’ala selama beratus-ratus
tahun sepertimana yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala kisahkan di dalam Kitab
Suci Al-Quran pada Surah Al-Kahfi.Dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menjelaskan dalam doa
tersebut bahawa ketika hendak tidur juga kita perlu mengingati Tuhan Yang Maha
Pemelihara supaya Dia memelihara diri kita sewaktu kita sedang tidur dan ketika
kita bangun dari tidur.Dengan NamaNya kita merebahkan badan dan dengan menyebut
NamaNya juga kita mengangkatkan badan dari tempat perbaringan. Ini merupakan
doa yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh Ummat Islam kerana ianya berisi doa keampunan
terhadap diri kita. Andai kata kita dimatikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
maka mudah-mudahan diri kita terpelihara dengan Sifat Al-GhaffarNya yang mana
Dia adalahMaha Pengampun terhadap sekelian dosa kecuali dosamensyirikkanNya.
Jika Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak menghidupkan kita kembali maka Dia pun
akanmengembalikan Ruh kita kepada tubuh badan kita, lalu kita pun bangkit dari
tidur, kemudian hendaklah kita teruskan kembali mengingati ZatNya Yang Maha Esa
dengan sebutandoa-doa Masnun yang telah diajarkan oleh Hadhrat BagindaNabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Seterusnya Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengajarkan kita agar meminta kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala agar diri kitadipelihara seperti mana Dia telah memelihara
hamba-hambaNya yang Salih. Hamba-hambaNya yang Salih adalahorang-orang yang
beriman kepada Allah Subhanahu WaTa’ala dengan keimanan yang sempurna dan
mereka jugaturut melakukan amalan-amalan yang Salih seperti memelihara
sembahyang lima waktu, berzikir, membaca Al-Quran, berselawat, beristighfar
memohon keampunan dan sebagainya.Hamba-hamba Allah yang Salih adalah mereka
yang beramal dengan amalan Sunnah Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam denganikhlas dan istiqamah di samping keteguhan dan
keyakinanIman mereka terhadap kekuasaan Zat Allah Subhanahu WaTa’ala yang Maha
Berkuasa atas segala sesuatu. Mereka itu adalah Awliya Allah di atas muka bumi
ini yang sentiasa mendapat pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalamapa jua
keadaan. Pada diri mereka tidak terdapat sebarang kerisauan dan kebimbangan dan
mereka juga tidak takut padaapa jua hal dan keadaan.Allah Subhanahu Wa Ta’ala
sentiasa memelihara mereka dalam segala urusan kehidupan mereka keranamereka
adalah orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa
memohon keampunan untukdirinya dan keampunan untuk kedua orang tua mereka
danseluruh Ummat Islam. Allah memberkati rezeki mereka dengan kecukupan dan
mereka juga terpelihara dari sebarang sifat-sifat yang keji seperti membazir
dan bersifat Takabbur membesarkan diri kerana ianya merupakan antara
sifat-sifat Syaitan.
Berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaagar
Dia memelihara kita sepertimana Dia memelihara hamba-hambaNya yang Salih,
adalah bermaksud agar kita juga turut menuruti jejak langkah dan tingkah laku
merekayang bertepatan dengan amalan Sunnah Nabawiyah. Merekaadalah Para ‘Alim
‘Ulama dan Para Awliya Allah yang sentiasa berpegang kepada ajaran Syari’at
Islam. Para ‘Ulamaadalah Pewaris Para Anbiya.Mudah-mudahan dengan mengamalkan
doa ini akan mendatangkan faedah kepada Ummat Islam secara amnya supaya kita
terselamat jika kita mati tatkala tidur dan jika kita dibangkitkan kembali,
maka mudah-mudahan diri kitamendapat pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
sepertimana Dia telah memelihara hamba-hambaNya yang Salih. Dalam Hadits ini
juga mengajarkan kita dengan dua bentuk amalan Sunnah Nabawiah, iaitu yang
bersifat Fi’liyakni amal perbuatan seperti mengkibas-kibaskan katil dengan
menggunakan kain dan Sunnah yang bersifat Qauliyakni sebutan bacaan doa. Doa-doa
yang telah diajarkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam jugaadalah merupakan Wahyu dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak mengucapkan kata-kata menurut Hawa Nafsunya melainkan
ianya adalah Wahyu yang diwahyukan oleh AllahSubhanahu Wa Ta’ala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan