Mengenal
Allah / Makrifatullah dengan dalil aqli dan naqli..
Manusia di dunia ini menganuti berbagai-bagai
kepercayaan, di mana kepercayaan itu ada yang tergolong sebagai adat dan ada
yang dianggap sebagai agama.Ini berlaku kerana Allah menjadikan manusia
sememangnya mempunyai naluri ingin menyembah Allah, oleh itu dalam perjalanan
mencari Tuhan itu mereka terjumpa berbagai-bagai benda yang pada sangkaan
mereka itulah Tuhan atau perantara Tuhan. Pada hal apa yang dijumpai itu tanpa
disedari perkara yang dianggap Tuhan
itu sebenarnya makhluk seperti mereka
juga.Tetapi, apabila sesuatu perkara yang batil (salah) sekali pun, setelah
menjadi kepercayaan sesuatu masyarakat, kepercayaan tersebut sukar hendak
dikikis atau hendak dinafikan oleh pihak lain tentang kebenarannya kerana
amalan itu diwarisi sejak ribuan tahun dahulu.Contohnya kepercayaan karut dan
khurafat yang diamalkan atau dipercayai di kalangan masyarakat kita, ianya masih berlaku walau pun dalam ajaran Islam
jelas menyatakan perkara itu boleh merosakkan aqidah atau syahadah.
Manusia di dunia ini pada amnya terbahagi kepada dua
golongan iaitu Golongan yang menyembah Tuhan dan Golongan yang tidak percaya
adanya Tuhan.Mereka yang menyembah Tuhan ini seperti orang Islam, kristian,
Budha, Bahai, Hindu dan seumpanya, manakala yang tidak percaya adanya Tuhan,
mereka dikenali sebagai mulhid atau free thinker dan seumpamanya, mereka ini
mempercayai alam ini terjadi dengan sendirinya (nature) tanpa penciptanya atau
semula jadi, oleh itu mereka tidak menyembah Tuhan.Akal menusia sebenarnya
terhad jangkauan akal tidak mampu
mencari tuhan dengan semata-mata menggunakan akal tanpa bantuan pihak lain
(wahyu-rasul).
Golongan yang mempercayai adanya Tuhan atau yang
beragama ini pula terbahagi kepada dua golongan iaitu agama samawi (dari
langit) iaitu dari sumber wahyu dan agama bukan samawi. Agama samawi ialah
Islam, Nasrani dan Yahudi manakala agama yang bukan samawi (bukan turun dari
langit) seperti agama Hindu, Budha,Bahai dan seumpamanya. Penjelasan ini adalah
berdasarkan kepercayaan atau aqidah orang Islam, orang bukan Islam sudah
tentulah mempunyai hujah yang lain mengikut kepercayaan mereka. Islam
menghormati kepercayaan masing-masing sebab itulah di dalam al.Quran surah
al.Baqarah ayat (256) dinyatakan bahawa tiada paksaan dalam beragama.
Firman Allah
yang bermaksud,"Tiada paksaan dalam agama. sesungguhnya sudah nyata
petunjuk daripada kesesatan. Barang siapa yang tidak percaya kepada taghut
(berhala) dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan
tali yang teguh dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui".
Perlu
difahami dan diingatkan bahawa tiada paksaan di sini bermaksud seseorang itu
tidak boleh dipaksa untuk manganut agama Islam, lagi pun Islam itu berteraskan
iman iaitu kepercayaan di hati terhadap semua prinsip rukun iman dan rukun
Islam, tetapi , apabila seseorang itu telah memeluk Islam mereka wajib mematuhi
peraturan yang terdapat di dalam ajaran Islam. Susungguhnya mereka telah berada
di bawah peraturan Islam. Tegasnya tiada siapa boleh mempermain-mainkan Islam.
Golongan agama samawi ini pula terbahagi kepada dua
golongan iaitu Islam dan Nasrani/Yahudi, mereka ini sama-sama mempercayai
bahawa Tuhan itu ialah Pencipta sekelian alam ini, tetapi di sana terdapat
perbezaan tertentu di antara mereka menjadikan kepercayaan mereka berbeza.
Golongan agama samawi ini menganuti agama
berdasarkan atau berpandukan wahyu dan akal, bukan akal semata-mata, sumber
asal agama ini dari kitab yang diturunkan oleh Allah iaitu kitab Taurat kepada
Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Nabi Isa dan al.Quran kepada
Nabi Muhammad,s,a,w.
Golongan Nasrani dan Yahudi tidak mempercayai bahawa
kitab al.Quran adalah yang terakhir yang membatalkan ajaran yang terdapat di
dalam kitab-kitab yang terdahulu dan diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad,s,a,w, sebagai rasul yang terakhir,walau pun di dalam kitab Injil ada
menceritakan hal ini. ( Untuk menambahkan pengetahuan Sila rujuk video debat
Ahmad Deedat ). Ketika al.Quran diturunkan dan Nabi Muhammad,s,a,w dilantik
menjadi Rasul orang Nasrani masih mengamalkan ajaran yang terdapat di dalam
kitab Injil, mereka tidak mahu menerima ajaran baru yang dibawa oleh nabi
Muhahammad,s,a,w. Kebenaran Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir terbukti ada penjelasannya
di dalam kitab Injil, mereka tetap enggan mengakuinya kerana ada alasan yang
tersendiri, terutamanya kerana kepentingan diri, di antaranya takut kehilangan
pangkat kebesaran, punca rezeki dan mereka yang di bawah pimpinan pula
dipengaruhi pemimpin mereka supaya tetap bersama mereka. Apabila kitab
terdahulu semakin tidak sesuai dengan keadaan zaman, maka mulalah mereka
bertindak menyeleweng dan memesongkan fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab
tersebut terutamanya kitab Injil sehingga naskhah asal kitab tersebut tidak
wujud lagi di kalangan mereka. Perkara ini tidak akan berlaku pada al.Quran.
Al.Quran Allah pelihara ketulenan dan keasliannya sehingga hari Kiamat, walau
pun terdapat musuh Islam cuba menyelewengkannya tetapi akhirnya akan disedari
oleh orang Islam, selain terdapat di dalam naskhah cetakan, Al.Quran juga
tersimpan di dalam dada begitu ramai Hafiz al.Quran di dunia ini. Dalam hal ini
Allah berfirman di dalam al.Quran ayat (23) surah al.Baqarah, mafhumnya;
"Dan jika kamu ragu-ragu tentang (al.Quran) yang kami turunkan kepada
hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surah seumpamanya dan
panggillah saksi-saksimu selain daripada Allah, jika kamu orang yang
benar"
Untuk merongkai kecelaruan kepercayaan dan menganuti
kepercayaan yang benar, kita terlebih dahulu perlu mengenal Tuhan yang mencipta
diri kita dan seluruh alam ini.Dalam Islam dikenali sebagai (ma'arifatullah)
kenal Allah atau ( awaluddin maa'rifatullah) perkara utama dalam ad.Din (agama)
ialah mengenal Allah. Kalau tidak, kita akan menyembah sesama makhluk kerana
yang bukan Tuhan disangka Tuhan, lantas kita menyembahnya, keadaan ini
menjadikan manusia sesat dan menyesatkan orang lain yang menjadi pengikutnya.
Jika kita mengenal hakikat diri sendiri, maka kita akan kenal Allah.
Untuk mengenal Tuhan (Allah) sebagai orang Islam
kita seharusnya berlandaskan kepada dua bukti (dalil), iaitu dalil aqli dan
dalil naqli. Dalil aqli ialah menggunakan lojik akal atau membuktikan kewujudan
Allah melalui akal, manakala dalil naqli ialah sumber tentang kewujudan Allah
dan perkara yang berkaitan berdasarkan al.Quran dan al.Hadis.
Sebenarnya manusia tidak mampu mencari Tuhan
semata-mata dengan menggunakan akal tanpa wahyu dari Allah yang diturunkan
kepada rasul-rasul. Oleh itu untuk mengenal Allah manusia itu perlu ada akal
dan wahyu, tanpa akal manusia tidak kenal Allah dan tanpa wahyu juga manusia
tidak kenal Allah. Maka sebab itulah Allah Taala mengutuskan rasul-rasul untuk
manusia mengenali Allah iaitu Tuhan yang wajib mereka sembah. Rasul ditugaskan
memperkenalkan diriNya dan memperkenalkan Allah kepada manusia melalui wahyu
yang diterima mereka.Mengenal Allah melalui dalil aqli.
Cuba kita fikir dan perhatikan kejadian alam ini
seperti bumi, lautan, gunung-ganang, bukit bukau, bulan, bintang, planet-planet
kecil yang lain, manusia, binatang, serengga, kuman, ulat, pokok, air, api,
udara, cahaya dan bermacam-macam lagi. Adalah tidak menasabah semua kejadian
tersebut terjadi dengan sendirinya tanpa penciptanya Yang Maha Bijaksana, Maha
Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Sempurna sifatNya. Bagi mereka yang
mempunyai akal yang waras meyakini bahawa kejadian tersebut ada penciptanya dan
penciptanya itulah Tuhan (Allah) Yang Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha
Berkuasa, Maha Mengetahui dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang tidak
dimiliki oleh yang lain. Maka inilah Tuhan yang wajib kita sembah dan
memperhambakan diri buat selama-lamanya.Ini adalah pelengkap kepada kehidupan
bersih dan suci yang dilalui manusia.
Tuhan tidak serupa (mukhalafah) dengan kita
(makhluknya). Kalau Tuhan serupa dengan kita yang memerlukan makan, minum,
tidur,ada anak,ada ibu dan seumpamanya bermakna Dia lemah seperti kita
juga,yang bersifat lemah seperti ini tidak layak dianggap Tuhan, Tuhan sifatNya
Maha Berkuasa, tidak beranak dan tidak diberanakkan. Nabi Isa, a, s, bukan anak
Tuhan. Dia sebenarnya dijadikan oleh Allah (Tuhan) di dalam kandungan Mariam.
Itulah sifat Maha Kuasa dan Maha Mengetahui serta Maha Bijaksana Allah Taala.(
Tuhan itu ialah Pencipta seluruh alam ini dan Tiada sekutu denganNya )
Mengenal Allah melalui dalil naqli.
Dalil Naqli seperti yang telah dijelaskan iaitu
dalil atau bukti yang dirujuk daripada al.Quran dan al.Hadis. Sumber ini adalah
datang daripada Allah dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad, s, a, w. dan
disampaikan kepada manusia. Di mana melalui sumber tersebut Allah menerangkan
tentang kejadian alam ini dan sifat-sifat kesempurnaan Allah supaya manusia,
malaikat dan jin mengenal Allah. S. W. T. dan tidak menyengutukanNya dengan makhluk
yang ada di dalam alam ini. Di antaranya maksud firman Allah:
Surah al. Baqarah ayat (255).
"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, (Ia) Hidup
Berdiri (memelihara semesta alam), Dia tidak mengantuk dan tidak pula tidur.
BagiNya apa-apa yang di langit dan apap-apa yang di bumi. Tiada yang memberi
syafaat (pertolongan) di sisiNya, melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui
apa-apa yang di hadapan mereka dan apa-apa yang di belakang mereka. Mereka
tidak mengetahui sesuatu pengetahuan, melainkan dengan kehendakNya. KursiNya (
IlmuNya/KerajaanNya) meliputi langit dan bumi dan tidak susah bagiNya
memelihara keduanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar".Surah Ali-Imran ayat
(18).
"Allah telah menyatakan bahawa, tiada Tuhan
kecuali Dia dan telah mengakui pula malaikat dan orang-orang yang berilmu,
sedang Allah berdiri dengan keadilan. Tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana"
CARA
FILSAFAT TENTANG TUHAN
Sistem pemikiran Filsafat tentang memastikan adanya
tuhan terdiri atas : Ateisme, Teisme, Anti-Teisme, Agnostisisme, Monoteisme,
Panteisme, Paneteisme, Deisme.
1. Ateisme
Ateisme adalah sebuah pandangan filosofi yang tidak
mempercayai keberadaan Tuhan dan dewa-dewi ataupun penolakan terhadap teisme.
Dalam pengertian yang paling luas, ia adalah ketiadaan kepercayaan pada
keberadaan dewa atau Tuhan.
Istilah ateisme berasal dari Bahasa Yunani ἄθεος
(atheos), yang secara peyoratif digunakan untuk merujuk pada siapapun yang
kepercayaannya bertentangan dengan agama/kepercayaan yang sudah mapan di
lingkungannya. Dengan menyebarnya pemikiran bebas, skeptisisme ilmiah, dan
kritik terhadap agama, istilah ateis mulai dispesifikasi untuk merujuk kepada
mereka yang tidak percaya kepada tuhan. Orang yang pertama kali mengaku sebagai
"ateis" muncul pada abad ke-18. Banyak ateis bersikap skeptis kepada
keberadaan fenomena paranormal karena kurangnya bukti empiris. Yang lain
memberikan argumen dengan dasar filosofis, sosial, atau sejarah.
Seorang ateisme menyangsikan akan adanya Tuhan dan
banyak lagi orang yang menyangsikan akan adanya kebangkitan sesudah mati.
Mereka percaya, bahwa kesadaran dan kepribadian akan selesai sesudah orang
mati. Akan tetapi seorang yang tidak percaya kepada Tuhan mungkin juga seorang
yang baik. Seringkali kebaikan seseorang itulah yang menjadikannya orang lain
tidak percaya. Ia adalah seorang yang terlalu jujur, sehingga tak mau menerima
suatu hal kecuali dengan bukti yang jelas.
2. Teisme
Teisme berpendapat bahwa alam diciptakan oleh Tuhan
yang tidak terbatas, antara Tuhan dan makhluk sangat berbeda. Menurut teisme,
Tuhan disamping berada di alam (Imanen), tetapi dia juga jauh dari alam
(Transenden). Ciri lain dari teisme menegaskan bahwa Tuhan setelah menciptakan
alam, tetap aktif dan memelihara alam. karena itu, dalam teisme mukjizat yang
menyalai hukum alam diyakini kebenarannya, begitu juga do’a seorang akan
digelar.
Lebih lanjut konsep teisme dalam Islam dijelaskan
oleh Al-Ghozali. Menurutnya Allah adalah zat yang Esa dan pencipta alam serta
berperan aktif dalam mengendalikan alam. Allah menciptakan alam dari tidak ada.
Manusia, menurut Agustinus sama dengan alam, tidak
abadi. Manusia terdiri atas jasad yang fana dan jiwa yang tidak mati. Setelah
kematian jiwa menunggu penyatuan, baik dengan jasad lain maupun dengan keadaan
yang lebih tinggi yaitu syurga atau neraka. Ketika dibangkitkan jiwa manusia
akan mencapai kesempurnaan. Karena itu, hakikat yang sebenarnya dari manusia
adalah jiwa, bukan jasadnya. Jiwa yang bersih akan kembali ke penciptanya yaitu
Tuhan.
Ibn maimun seorang filosof Yahudi yang berpaham
teisme menyatakan, Tuhan meliputi semua posisi yang penting, tidak berjasad dan
tidak berpotensi dan tidak menyerupai makhluk. Dalam hal ini Tuhan sama sekali
jauh dari pengetahuan dan pemahaman manusia.
3.
Anti-Teisme
Anti-Teisme
merupakan paham atau ajaran yang menolak atau melawan (anti) terhadap
paham atau ajaran-ajaran teisme (percaya adanya Tuhan). Paham ini secara jelas
sangat bertentangan dengan teisme.
4.
Agnostisisme
Agnostisisme adalah pandangan bahwa keberadaan Allah
tidak mungkin diketahui atau dibuktikan. Kata “agnostik” pada dasarnya berarti
“tanpa pengetahuan.” Agnostisisme adalah bentuk atheisme yang secara
intelektual lebih jujur. Atheisme mengklaim bahwa tidak ada Allah – suatu
posisi yang tidak dapat dibuktikan. Agnostisisme berargumentasi bahwa
keberadaan Allah tidak dapat dibuktikan atau disangkali – adalah tidak mungkin
untuk mengetahui apakah Allah itu ada. Dalam konsep ini agnostisisme benar.
Keberadaan Allah tidak dapat dibuktikan atau disangkali secara empiris.
Agnostisisme pada hakekatnya adalah penolakan untuk
mengambil keputusan apakah Allah ada atau tidak. Ini adalah bentuk paling utama
dari ketidakmampuan untuk mengambil keputusan. Agnostik percaya bahwa kita
tidak boleh percaya atau tidak percaya akan keberadaan Allah karena tidak
mungkin untuk mengetahui atau menyangkalinya.
5.
Monoteisme
Monoteisme (berasal dari kata Yunani monon yang
berarti tunggal dan Theos yang berarti Tuhan) adalah kepercayaan bahwa Tuhan
adalah satu/tunggal dan berkuasa penuh atas segala sesuatu.
6. Panteisme
Panteisme terdiri dari tiga kata, yaitu Pan, berarti
seluruh, Theo, berarti Tuhan, dan Ism (Isme), berarti paham. Jadi, Pantheism
atau Panteisme adalah Paham bahwa seluruhnya Tuhan.
Panteisme berpendapat bahwa seluruh alam ini adalah
Tuhan dan Tuhan adalah seluruh alam. Tuhan dalam panteisme adalah satu dan
sangat dekat dengan alam (imanen), hanya Tuhan mempunyai penampakan-penampakan
atau cara berada tuhan di alam. Tuhan dalam panteisme, disamping Esa juga Maha
Besar, dan tidak berubah. Alam indrawi adalah ilusi atau khayal belaka karena
selalu berubah. Adapun, yang wujud hakiki hanya satu, yakni Tuhan.
Dalam Panteisme segala sesuatu adalah Tuhan, tidak
satu pun yang tidak tercakup didalam-Nya dan tidak satu pun yang bisa berada
tanpa Tuhan.
7. Paneteisme
Istilah panenteisme telah diperkenalkan pertama kali
oleh filsuf idealis Jerman Karl Friedrich Christian Krause (1781-1832).
Panenteisme berasal dari kata Yunani “πᾶν” (pan) berarti semua, “ἐν” (en)
berarti didalam dan “θεός” (theos) yang berarti Tuhan. Dengan demikian, berarti
Semua berada di dalam Tuhan (all-in-God). Istilah ini merujuk kepada sebuah
sistem kepercayaan yang beranggapan bahwa dunia semesta berada dalam Tuhan.
Bagi Karl Friedrich Christian Krause (1781-1832) sebagai seorang Hegelian dan
guru Schopenhauer, mempergunakan kata panenteisme untuk mendamaikan konsep
teisme dengan panteisme. Istilah panenteisme muncul pertama kali sebagai system
pemikiran filosofis dan religius pada tahun 1828.
Panenteisme memahami Tuhan dan dunia saling terkait
satu sama lain. Tuhan punya relasi timbal balik dengan dunia, dunia berada di
dalam Tuhan dan Tuhan hadir berada di dalam dunia. Gagasan ini menawarkan
alternatif baru pemikiran yang semakin populer melalui sisntesis pemikiran
teisme tradisional dan panteisme. Panenteisme berusaha untuk menghindari
gagasan mengisolasi Tuhan dari dunia sebagaimana dipahami teisme tradisional
dan gagasan yang meleburkan Tuhan dan dengan dunia sebagaimana panteisme.
Berdasarkan uraian diatas dapat disimpulkan bahwa
Panenteisme merupakan paham atau pemikiran dalam filsafat ketuhanan yang
berpandangan bahwa Tuhan berada di alam semesta sebagai kesatuan dua pola yaitu
actual dan potensial. Pola actual Tuhan senantiasa berubah, terbatas dan
temporal, sedangkan pola potensial Tuhan bersifat abadi dan tidak berubah.
Secara literal, Panenteisme (pan – en - theisme) merupakan konsep ketuhanan
yang dapat dikatan sebagai semua – di dalam – Tuhan.
8. Deisme
Deisme merupakan suatu aliran yang mengakui adanya
pencipta alam semesta, tetapi setelah alam semesta selesai diciptakan, Tuham
menyerahkan dunia pada nasibnya sendiri. Sebab, sang Pencipta sudah memasukkan
hukum dunia kedalamnya sehingga manusia dapat menunaikan tugasnya dengan
berbakti kepada Tuhan dengan hidup yang sesuai dengan hukum akalnya.
Alam berjalan sesuai dengan peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan ketika proses penciptaan. Peraturan-peraturan tersebut tidak
berubah-ubah dan sangat sempurna. Dalam paham deisme, Tuhan diibaratkan dengan
tukang jam yang sangat ahli, sehingga setelah jam itu selesai tidak membutuhkan
si pembuatnya lagi. Jam itu berjalan sesuai dengan mekanisme yang telah
tersusun dengan rapi.
Para penganut deisme sepakat bahwa Tuhan Esa dan
jauh dari alam, serta maha sempurna. Mereka juga sepakat bahwa Tuhan tidak
melakukan interbensi pada alam lewat kekuatan supernatural. Bagaimanapun, tidak
semua penganut deisme setuju tentang keterlibatan Tuhan dalam alam dan kehidupan
sesudah mati. Karena itu, atas dasar perbedaan tersebut deisme dapat dibagi
atas empat tipe yaitu :
Pertama, Tuhan tidak terlibat dengan pengaturan
alam. Dia menciptakan alam dan memprogramkan perjalanannya, tetapi dia tidak
menghiraukan apa yang telah terjadi atau apa yang akan terjadi.
Kedua, Tuhan terlibat dengan kejadian-kejadian yang
sedang terlangsung dialam, tetapi bukan mengenai perbuatan moral manusia.
Manusia memiliki kebebasan utnuk berbuat baik atau buruk, bermoral atau tidak
bermoral, dan jujur atau bohong, semuanya itu bukan urusan Tuhan.
Ketiga, Tuhan mengatur alam dan sekaligus
memperhatikan perbuatan moral manusia. Sesungguhnya Tuhan ingin menegaskan
bahwa manusia harus tunduk pada hukum moral yang telah dia tetapkan dijagad
raya. Bagaimanapun, manusia tidak akan hidup sesudah mati. Ketika seseorang
mati, maka babak terakhir kehidupannya ditutup.
Keempat, Tuhan mengatur alam dan mengharapkan
manusia mematuhi hokum moral yang berasal dari alam. Pandanganaini berpendapat
bahwa ada kehidupan setelah mati. Seseorang yang berbuat baik akan dapat pahala
dan yang berbuat jahat akan dapat hukuman. Pandangan tersebut berkembang dan
banya dianut di Amerika dan Inggris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan