Menurut Kalam Hikmah yang ke 35, Al-Imam Ibnu Atha'illah
Askandary:
"Pokok pangkal setiap maksiat, setiap syahwat dan setiap
kelalaian itu ialah redha terhadap nafsu. Dan pokok pangkal setiap taat,
terpelihara dari dari syahwat dan bangun pada taat iaitu tidak redha anda
terhadap nafsu.
Demi sesungguhnya jika anda bersahabat dengan orang jahil yang
tidak redha ia terhadap nafsu adalah lebih baik bagimu daripada bersahabat
dengan orang alim yang menjadikan nafsu sebagai tunggangan."
Definisi maksiat
ialah:
"perlanggaran
terhadap perintah Allah yang wajib."
Misalnya Allah
memerintahkan kita mengerjakan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi tidak
dipatuhi, ia dikatakan sedang bermaksiat, iaitu durhaka terhadap perintah
Allah.
Namun apabila tidak
mengakui bahawa itu perintah Allah, maka hukumnya bukan sekadar maksiat sahaja
tetapi telah kufur. Maka berhati-hati dalam hal ini.
Definisi Syahwat ialah
:
"melepaskan
keinginan (berserta nafsu) pada mencari sesuatu yang dirasakan enak dan
lazat."
Jadi yang dimaksud
dengan syahwat ialah lepas hati dan perasaan dari tanggungjawab terikat dengan
agama. Ayat paling mudah dijelaskan ialah, setiap keinginan berpunca dari
syahwat, ia mesti dikawal mengikut kehendak agama. Syahwat keinginan
bersetubuh, dikawal melalui pernikahan.
Boleh tidur
sepuas-puasnya tetapi dikawal dalam landasan agama dengan tidak mengabaikan
solat dan kewajiban lainnya.
Definisi Al-Ghaflatu
(kelalaian) ialah:
"melengahkan
segala hak yang diwajibkan."
Perkataan paling mudah
ialah tidak ada perhatian terhadap hak-hak agama, baik yang sifatnya sunnat
maupun yang disifatkan wajib. Dan semua hak itu dianggap sebagai tidak ada,
kerana dorongan hawa nafsu yang menimbulkan malas untuk beramal dan beribadat.
Apabila kita telah
tahu definisi maksiat, syahwat dan kelalaian, dari manakah pokok pangkalnya
tiap-tiap hal keadaan ini?
Pokok pangkalnya ialah
apabila kita redha kepada hawa nafsu, menurut hawa nafsu, memenuhi tuntutannya
diluar landasan agama.
Pada ketika itu kita
tidak melihat kekurangan diri, keaiban diri dan ini akan menyebabkan :
1) kita akan merasa
diri kita sentiasa benar.
2) kita sayang pada
diri dan bukan sayang pada agama dan kepentingan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan