Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu
berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula
bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah
terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada
jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang
demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi
PengetahuanNya. (Al-Maidah: 54)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw
telah bersabda, "Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah
akan senang bertemu dengannya. Dan barangsiapa yang tidak senang bertemu dengan
Allah, maka AIIah pun tidak akan senang bertemu dengannya."
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah saw
menuturkan bahawa Jibril as memberitahu bahawa Tuhannya SWT telah berfirman,
"Barangsiapa yang menyakiti salah seorang wali-Ku, bererti telah
memaklumkan perang kepada-Ku. Dan tidaklah Aku merasa ragu-ragu dalam melakukan
sesuatu pun sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa hamba-Ku yang beriman,
kerana dia membenci kematian dan Aku tidak suka menyakitinya, namun tidak ada
jalan lari darinya. Cara yang paling baik bagi seorang hamba untuk mendekati-Ku
adalah dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah Ku-perintahkan
kepadanya. Dan sentiasa
dia mendekat kepada-Ku dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah sampai Aku
menyintainya. Dan bagi barangsiapa yang Ku-cintai, maka Aku menjadi telinganya,
matanya, tangannya dan aku mewakilinya."
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
bahawa Nabi saw telah mengatakan, “ Apabila Allah menyintai salah seorang
hamba-Nya, maka Dia berfirman kepada Jibril, “Wahai Jibril, Aku menyintai orang
ini, maka cintailah dia juga.” Jibril pun lalu menyintai orang itu, dan dia berseru
kepada para malaikat lainnya, “Allah SWT menyintai orang ini, maka hendaklah
kamu juga menyintainya.” Para malaikat pun lalu menyintai orang itu, dan dia
pun diterima oleh manusia di muka bumi.”
Malik menyatakan, "Aku
percaya bahawa beliau mengatakan sesuatu yang sama mengenai kebencian Allah
kepada seorang hamba."
Cinta adalah keadaan yang mulia
yang telal dikukuhkan Allah sebagai sifat yang menjadi milik si hamba, dan Dia
telah memaklumkan cinta-Nya kepada si hamba. Jadi Allah SWT disifatkan sebagai mencinta
si hamba, dan si hamba disifatkan sebagai mencinta Allah.
Para ulama berpendapat bahawa
cinta bererti kehendak atau hasrat. Tetapi kaum sufi memaksudkannya sebagai
sesuatu yang lain dari kehendak yang sederhana manakala mereka berbicara
tentang cinta. Hasrat tidak dapat dinisbahkan kepada Yang Abadi kecuali jika
dengan menggunakan perkataan itu si hamba memaksudkan hasrat untuk membawa
manusia mendekati Tuhan dan untuk memuliakan-Nya. Kamj akan membahas masalah
ini secara singkat untuk mendukung pendapat para Sufi ini, Insya Allah.
Cinta Allah kepada si hamba
adalah kehendak-Nya untuk melimpahkan rahmat secara khusus kepada seorang hamba
tertentu, sebagaimana kasih sayang-Nya kepadanya adalah kehendak-Nya yang lebih
umum untuk melimpahkan rahmat. Jadi rahmat mengandungi makna yang lebih khusus
daripada kehendak, dan cinta mengandungi makna yang lebih khusus daripada
rahmat. Kehendak Allah untuk memperluaskan pahala dan anugerah kepada si hamba
disebut "rahmat," dan kehendak-Nya untuk menganugerahkan berdekatan
dan keadaan yang luhur kepadanya disebut "cinta." Kehendak Allah
adalah suatu sifat yang mengambil nama-nama yang berbeza menurut berbagai
tindakan yang kepadanya sifat itu dikaitkan. Jika ia dikaitkan dengan hukuman,
maka ia disebut “kemurkaan”. Jika ia dikaitkan secara khusus dengan
anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara universal, ia disebut "kasih
rayang." Jika ia dikaitkan dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan
secara khusus, ia disebut "cinta."
Sebahagian orang mengatakan,
"Cinta Allah kepada seorang hamba terdiri dari pujian Allah kepadanya, dan
ia menuju Allah terus-menerus.” Maksud cinta Allah kepada hamba menurut
pandangan ini, iaitu kembali kepada ucapan-ucapan-Nya, dan ucapan-ucapan-Nya
adalah abadi.
Sebahagian orang mengatakan,
"Cinta Allah kepada si hamba terdiri dari sifat-sifat tindakan-Nya,
sebagai manifestasi khusus kebaikan yang dengannya si hamba berjumpa dengan
Tuhan dan keadaan khusus yang kepadanya Dia menaikkan si hamba."
Sebagaimana telah dijelaskan oleh
salah seorang Sufi, "Rahmat Allah kepada si hamba berupa tindakan-Nya
melimpahkan anugerah kepadanya."
Sekelompok kaum salaf menyatakan,
"Kasih sayang Tuhan merupakan sifat yang disebut-sebut di dalam
hadith." Mereka menggunakan kata tersebut tetapi tidak bersedia menafsirkannya.
Di samping kemungkinan-kemungkinan tersebut di atas mengenai makna cinta Tuhan
kepada si hamba adalah jenis-jenis cinta yang dialami dikalangan manusia,
seperti menyintai sesuatu, merasakan kesenangan yang akrab dengan sesuatu, atau
merasakan apa yang dirasakan oleh seorang manusia pencinta kepada kekasihnya;
tetapi Allah Yang Baqa SWT melampaui semua jenis cinta ini. Mengenai cinta si
hamba kepada Tuhan, itu adalah keadaan yang dialami dalam hatinya, yang terlalu
pelik untuk dikatakan. Keadaan ini mendorong si hamba memahasucikan Tuhan dan
berusaha memperoleh keredhaan-Nya.
Si hamba hanya memiliki sedikit
saja kesabaran dalam berpisah dengan-Nya, merasakan kerinduan yang mendesak
kepada-Nya, tidak menemukan kenyamanan dalam sesuatu pun selain-Nya, dan
mengalami keakraban dalam hatinya dengan melakukan dzikir yang terus menerus
kepada-Nya. Cinta si hamba kepada Tuhannya tidak menyiratkan kasih sayang atau
kenikmatan dalam pengertian manusiawi. Bagaimana hal ini dapat terjadi jika
esensi kemandirian Tuhan yang abadi melampaui semua hujung, pandangan dan
pemahaman?
Menggambarkan si pencinta sebagai
musnah dalam Sang Kekasih adalah lebih sesuai daripada menggambarkannya sebagai
memperoleh kenikmatan pada-Nya. Tidak ada gambaran yang lebih jelas atau lebih
mudah difahami tentang cinta daripada cinta itu sendiri. Orang terlibat dalam
pembicaraan yang panjang lebar tentang masalah tersebut hanya jika timbul
kesulitan-kesulitan, tetapi sekali kesamaran dan kekeliruan menghilang, maka
tidak ada lagi keperluan untuk melibatkan diri dalam penafsiran kata-kata.
Orang telah berbicara banyak tentang cinta dan
berspekulasi tentang etimologinya.
Dikatakan, "Cinta (hubb) adalah nama bagi jenis
cinta yang paling murni, dan rasa sayang sebab orang Arab mengatakan tentang
gigi yang paling putih 'habab al-asnan’. Dikatakan "Hubab adalah
gelembung-gelembung yang terbentuk di atas permukaan air ketika hujan besar,
jadi 'cinta (mahabbah) adalah menggelembungnya hati ketika ia haus dan berputus-asa
untuk bertemu dengan kekasihnya."
Dikatakan juga, "Habab alma' adalah permukaan air
yang paling tinggi. Cinta dinamakan mahabbah kerana ia adalah perhatian yang
paling tinggi dari hati."Dikatakan, "Cinta disebut 'cinta kerana
orang mengatakan ahabba untuk menggambarkan seekor unta yang berlutut dan
menolak untuk bangkit lagi. Maka demikian pula, sang pencinta (mukibb) tidak akan menggerakkan hatinya
menjauh dari mengingat kekasihnya (mahbub). "
Dikatakan, "Cinta (hubb)
berasal dari kata 'hibb' yang bererti 'anting-anting.' Mengenai ini seorang
penyair mengatakan,
Rambutnya yang seperti ular menjulur-julurkan
lidahnya.
Menghabiskan malam di samping anting-anting,
mendengarkan rahsia - rahsia.
Menghabiskan malam di samping anting-anting,
mendengarkan rahsia - rahsia.
Dalam syair di atas, digunakan kata 'hibb' untuk
anting-anting dikeranakan posisinya yang tetap ditelinga, atau kerana caranya
bergoyang-goyang. Kedua maksud ini berlaku juga pada 'cinta’.
Dinyatakan, "'Cinta' diambil dari kata 'habb'
(biji-bijian, mufradnya habbah), dan habbat al-qalb adalah apa yang
seumpamanya. Dengan demikian'cinta [hubb] dinamakan hubb dikeranakan ia
tersimpan dalam habbat al-qalb." Dikatakan, "Kata-kata untuk
'biji-bijian' dan 'cinta' [habb dan hubb] hanyalah pelbagai pembacaan dari satu
[erti yang sama], seperti halnya kata-kata untuk 'masa hidup' (‘amr
dan'umr)."
Dikatakan juga, "Kata
'cinta' berasal dari kata ‘hibbah’ yang bererti biji-bijian dari padang
belantara. Cinta dinamakan 'habb' kerana ia adalah benih kehidupan, sebagaiman
‘habb' adalah benih tanaman." Dikatakan, 'Hubb' adalah keempat sisi di
mana wadah air ditempatkan. Cinta dinamakan 'hubb' kerana ia memikul beban
kejayaan mahupun kehinaan yang muncul dalam kesanggupan mencari sang kekasih.'
Dikatakan juga, "Cinta berasal dari kata 'hibb' (kendi air) kerana ia
berisi air, dan manakala ia penuh, tidak ada lagi tempat untuk sesuatu yang
lain. Demikian pula, bilamana hati telah penuh dengan cinta, tidak ada lagi
tempat di dalamnya untuk apa pun selain dari kekasih."
Ucapan-ucapan para syeikh tentang
cinta banyak sekali. Salah seorang Sufi mengatakan, "Cinta adalah sentiasa
berpaling kepada sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta."
Dikatakan, "Cinta bererti
mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi." Dikatakan,
"Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan sang
Kekasih, baik dia hadir di sisi-Nya ataupun berada jauh dari-Nya.”
Dikatakan, "Cinta adalah
penghapusan oleh si pencinta atas sifat-sifatnya dan peneguhan Sang Kekasih
dalam dzat-Nya."
Dikatakan, "Cinta adalah
kesesuaian hati dengan keinginan Rabb.” Dikatakan juga, "Cinta bererti
seseorang merasa takut kalau-kalau dia kurang hormat manakala melaksanakan
sebuah pengabdian."
Abu Yazid Al-Bistami berpendapat,
"Cinta adalah mengabaikan hal-hal yang sebesar apa pun yang datang dari
dirimu, dan memandang besar hal-hal sekecil mana pun yang datang dari
Kekasihmu." Sahl menyatakan "Cinta bererti memeluk kepatuhan [kepada
sang Kekasih] dan berpisah dari ketidak patuhan [terhadap-Nya]." Ketika
A]-Junaid ditanya tentang cinta dia mengatakan, "Cinta bererti sang
kekasih mengambil sifat-sifat Kekasihnya dan membuang sifat-sifatnya
sendiri." Di sini Al-Junaid menunjukkan betapa hati si pencinta disentap
oleh ingatan kepada sang Kekasih hingga tidak satu pun yang tertinggal selain
ingatan akan sifat-sifat sang Kekasih, hingga si pencinta lalai dan tidak sedar
akan sifat-sifatnya sendiri.
Abu Ali Ar-Rudzbari menyatakan,
"Cinta adalah kesesuaian dengan [keinginan sang Kekasih].” Abu Abdullah
Al-Qurasyi menyatakan, "Hakekat cinta bererti bahawa engkau memberikan
segenap dirimu kepada Dia yang kau cintai hingga tidak sesuatu pun yang tinggal
dari dirimu untuk dirimu sendiri." Asy-Syibli menjelaskan, "Cinta
disebut 'rnahabbah' kerana ia melenyapkan segala sesuatu dari hati, selain sang
Kekasih." Ibn 'Atha' mengatakan, "Cinta bererti mengundang celaan
yang tidak henti-hentinya."
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq
menegaskan, "Cinta adalah kemanisan, tetapi hakekatnya adalah
kebingungan."
Beliau juga mengatakan,
"Cinta yang berkobar-kobar ('isyq) melampaui semua batas dalam mahabbah.
Allah SWT tidak dapat digambarkan sebagai melampaui batas, jadi Dia tidak dapat
disifatkan sebagai memiliki 'isyq terhadap sesuatu. Jika cinta seluruh ummat
manusia digabung menjadi satu dalam diri seorang manusia, maka cinta itu akan
masih sangat jauh dari ukuran cinta yang seharusnya di persembahkan kepada-Nya.
Janganlah hendaknya dikatakan, “Orang ini telah melampaui semua batas dalam
mencintai Allah.” Allah tidak dapat dikatakan memiliki sifat cinta yang
berkobar-kobar, tidak pula si hamba dapat digambarkan sebagai memilikinya dalam
hubungannya dengan Tuhan. Cinta yang berkobar-kobar tidak dapat digunakan dalam
menggambarkan hubungan antara manusia dengan Tuhan, sebab tidak ada dasar untuk
mengaitkan hal itu dengan Tuhan, baik dari Dia kepada si hamba ataupun dari
hamba kepada Tuhan."
Asy-Syibli menyatakan,
"Cinta bererti engkau cemburu demi Sang Kekasih jangan-jangan seorang
manusia sepertimu juga mencintai-Nya.” Ketika ditanya tentang cinta, Ibn'Atha'
menjawab, "Cinta adalah bibit kecil yang ditanamkan dalam hati, yang
berbuah sesuai dengan kemampuan akal." An-Nasrabadhi berpendapat,
"Satu macam cinta mencegah pertumpahan darah sedang macam yang lain
menyebabkan pertumpahan darah."
Samnun menyatakan, "Para
pecinta Tuhan telah membawa kemuliaan di dunia dan di akhirat, sebab Nabi saw
telah berkata, “Seseorang akan bersama dengan yang dicintainya, dan mereka
bersama Allah SWT."
Yahya bin Muadz menyatakan,
"Hakekat cinta adalah bahawa ia tidak akan berkurang manakala seseorang
mengalami kesulitan, tidak pula bertambah jika dia disuguhi kebaikan." Dia
juga mengatakan, "Orang yang mendakwakan diri mencintai Tuhan adalah
pendusta jika dia mengabaikan batas-batas yang ditetapkan-Nya." Al-Junaid
menegaskan, "Jika cinta seseorang itu sahih, maka-ketentuan mengenai adab
menjadi tidak berlaku." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengarang
syair berikut tentang ucapan Al-Junaid,
Jika kasih sayang di kalangan manusia itu murni,
Dan cinta di kalangan mereka suci, nescaya saling puji di antara mereka tidak disukai.
Dan cinta di kalangan mereka suci, nescaya saling puji di antara mereka tidak disukai.
Al-Junaid juga mengatakan, "Engkau tidak akar
menjumpai seorang ayah yang baik memanggil anaknya dengan panggilan yang penuh
penghormatan, sementara orang lain menggunakan sebutan yang penuh kesopanan
untuk memanggil anaknya itu. Si ayah biasanya akan memanggil, “Hai fulan!"
Al-Kattani berkata, "Cinta adalah mengutamakan
sang Kekasih [atas diri sendiri]." Bundar binAl-Husain menuturkan,
"Seseorang bermimpi melihat Majnun dari Banu Amir dan bertanya kepadanya,
“Apa yang telah dilakukan Tuhan terhadapmu?' Majnun menjawab, “Dia telah
mengampuniku dan menjadikanku sebagai ada keupayaan terhadap para
pecinta."
Abu Yaaqub As-Susi menyatakan, "Hakekat cinta
adalah bahawa si hamba melupakan bahagian yang telah ditakdirkan baginya dari
Tuhan dan juga keperluannya akan Dia di dunia ini." Al-Husain bin Mansur
menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa engkau selalu tinggal bersama
Kekasihmu dan membuang sifat-sifatmu sendiri."
Seseorang mengatakan kepada An-Nasrabadhi, "[Mereka
mengatakan] bahawa engkau belum pernah mengalami cinta." Dia menjawab,
“Mereka benar. Tetapi aku memiliki kesedihan mereka, dan dalam hal itu aku
terbakar.”
Dia juga mengatakan, "Cinta
adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan." Kemudian dia bersyair:
Orang yang hasratnya memanjang
merasakan semacam kelupaan,
Tapi aku tidak merasakan kelupaan kepada Laila.
Semakin dekat aku bersatu dengannya.
Terbentuk dari keinginan yang tidak terwujud,
berlalu bagaikan kilat.
Tapi aku tidak merasakan kelupaan kepada Laila.
Semakin dekat aku bersatu dengannya.
Terbentuk dari keinginan yang tidak terwujud,
berlalu bagaikan kilat.
Muhammad bin Al-Fadhl mengatakan,
"Cinta bererti semua cinta, selain cinta sang Pencinta, lenyap dari
hati." Al-Junaid menyatakan, “Cinta adalah perjuangan berterusan [demi
Kekasih] tanpa hujung.” Dikatakan, “Cinta adalah gangguan yang ditempatkan oleh
sang Kekasih dalam hati.” Dikatakan juga, "Cinta adalah goncangan besar
yang ditempatkan dalam hati oleh Dia yang mereka hasratkan."
Ibn 'Atha' membacakan syair,
Kutanam satu cabang nafsu bagi orang-orang yang
bercinta.
Dan tidak seorang pun tahu, sebelum aku, apa nafsu itu.
Dan tidak seorang pun tahu, sebelum aku, apa nafsu itu.
Ia menumbuhkan cabang-cabang, dan kerinduan sensual
mematang.
Dan meninggalkan aku dengan rasa pahit dari buah-buahan yang manis.
Dan meninggalkan aku dengan rasa pahit dari buah-buahan yang manis.
Hasrat dari semua pencinta yang
berkobar;
Jika mereka menelusurinya, datang dari sumber itu.
Jika mereka menelusurinya, datang dari sumber itu.
Dikatakan, “Awal mula cinta adalah
penipuan, dan akhirnya pembunuhan.” Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq memberikan
pandangan tentang hadith Nabi saw "Ia membutakan seseorang terhadap orang
lain kerana cemburu, dan terhadap sang Kekasih kerana gentar." Kemudian
beliau membacakan syair:
Jika kebesaran-Nya yang melimpah
tidak nampak olehmu,
Nescaya aku akan diusir kembali dalam keadaan yang sama dengan orang yang belum pernah sampai - Al-Harits Al-Muhasibi menjelaskan, "Cinta cenderung kepada sesuatu dengan segenap wujudmu, kemudian mengutamakannya atas dirimu sendiri, jiwamu sendiri, atau harta bendamu, kemudian berada dalam keserasian dengannya, baik secara lahir mahupun batin, kemudian mengetahui bahawa engkau masih berkekurangan dalam cintamu kepadanya"
Nescaya aku akan diusir kembali dalam keadaan yang sama dengan orang yang belum pernah sampai - Al-Harits Al-Muhasibi menjelaskan, "Cinta cenderung kepada sesuatu dengan segenap wujudmu, kemudian mengutamakannya atas dirimu sendiri, jiwamu sendiri, atau harta bendamu, kemudian berada dalam keserasian dengannya, baik secara lahir mahupun batin, kemudian mengetahui bahawa engkau masih berkekurangan dalam cintamu kepadanya"
As-Sari menyatakan, "Cinta
antara dua pihak tidaklah sempurna sampai salah satunya dapat mengatakan kepada
yang lain, “Wahai Diriku.” Asy-Syibli mengatakan, "Sang pecinta akan
binasa jika berdiam diri, tetapi sang arif akan binasa jika tidak berdiam
diri." Dikatakan, "Cinta adalah api dalam hati yang membakar segala
sesuatu selain kehendak sang Kekasih'" Dikatakan juga, "Cinta adalah
upaya besar sementara sang Pencinta melaksanakan kehendak sang Kekasih."
An-Nuri mengatakan, "Cintabererti merobek tabir dan menyingkap rahsia-rahsia."
Abu Yaaqub As-Susi berkata,
"Cinta hanya dapat dianggap benar jika orang telah meninggalkan kesedaran
akan sang Kekasih dengan melupakan ilmu tentang cinta." Al-Junaid
menuturkan, "As-Sari memberikan sepotong kertas kepadaku dan berkata,'Ini
lebih baik bagimu daripada tujuh ratus kisah saleh atau hadith yang mengangkat
[semangat].'
Pada kertas itu tertulis syair:
Ketika aku mengaku cinta
kepadanya, dia berkata, 'Engkau berdusta kepadaku,'
Sebab apa yang harus kulakukan jika aku melihat anggota badanmu yang bulat penuh dan indah?
Sebab apa yang harus kulakukan jika aku melihat anggota badanmu yang bulat penuh dan indah?
Tidak akan ada cinta sampai hati
melekat pada organ-organ dalam.
Dan engkau mengering layu sampai tidak ada yang tinggal untuk menjawab sang penyeru,
Dan engkau mengering layu sampai tidak ada yang tinggal untuk menjawab sang penyeru,
Dan engkau tersia-sia sampai tidak ada lagi hasrat
yang tinggal,
Selain mata yang menangis dan membisikkan hepadaku rahsiamu."
Selain mata yang menangis dan membisikkan hepadaku rahsiamu."
Ibn Masruq berpendapat, "Aku hadir ketika Samnun
sedang berbicara tentang cinta, dan semua lampu di masjid lalu
berguguran." Ibrahim bin Fatik menuturkan, "Suatu ketika aku sedang
mendengarkan Samnun berbicara tentang cinta ketika seekor burung kecil datang
dan bergerak ke arahnya. Ia terus mendekat hingga akhirnya duduk di tangannya.
Kemudian ia mematuk-matukkan paruhnya ke lantai sampai darah mengalir dari
mulutnya dan ia mati."
Al-Junaid menjelaskan,
"Semua cinta adalah untuk satu tujuan. Jika tujuan itu tidak ada lagi,
maka cinta pun akan berhenti." Diceritakan bahawa sekelompok orang datang
mengunjungi Asy-Syibli ketika dia sedang dikurung di rumah sakit jiwa. Dia
bertanya, "Siapa kamu ini?" Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang
yang mencintaimu, wahai Abu Bakr!” Kemudian dia mulai melempari mereka dengan
batu, dan mereka pun lari. Dia lalu berkata, “Jika kamu benar-benar
mencintaiku, tentu kamu akan bersabar menghadap ujianku."
Lalu dia bersyair,
Wahai Tuan yang mulia, cinta
kepadamu tersimpan dalam hatiku.
Wahai engkau yang menghilangkan tidur dari kelopak mataku,
engkau tahu semua yang menimpaku.
Wahai engkau yang menghilangkan tidur dari kelopak mataku,
engkau tahu semua yang menimpaku.
Yahya bin Muadz menulis kepada
Abu Yazid, "Aku mabuk kerana minuman yang kuteguk dari cangkir
cinta-Nya." Abu Yazid membalas, "Orang lain telah meminum lautan
langit dan bumi namun rasa hausnya belum terpuaskan. Lidahnya menjulur dan dia
me mohon, 'Apakah masih ada lagi?"
Para Sufi membacakan syair
berikut,
Aku takjub terhadap orang yang
berkata, "Aku mengingat-ingat kekasihku. "
Bagaimana aku dapat melupakan dan masih punya sesuatu untuk diingat?
Bagaimana aku dapat melupakan dan masih punya sesuatu untuk diingat?
Aku mati, tapi bila aku
mengingat-Mu, aku hidup kembali.
Kalaulah bukan kerana harapanku akan Engkau, nescaya ahu tidak akan hidup.
Kalaulah bukan kerana harapanku akan Engkau, nescaya ahu tidak akan hidup.
Aku hidup dengan hasratku, dan
aku mati kerana rindu.
Berapa kali aku telah hidup melalui harapan akan Engkau, dan berapa kali pula aku telah mati!
Berapa kali aku telah hidup melalui harapan akan Engkau, dan berapa kali pula aku telah mati!
Aku meminum, cinta cangkir demi
cangkir,
Namun si cangkir tetap saja penuh dan penuh lagi dan hausku pun tidak pernah reda.
Namun si cangkir tetap saja penuh dan penuh lagi dan hausku pun tidak pernah reda.
Dikatakan bahawa Allah SWT
mewahyukan kepada'Isa as, "Jika Aku melihat kepada hati seseorang dan Aku
tidak menemukan cinta di dalamnya terhadap dunia ini ataupun akhirat, maka Aku
akan memenuhinya dengan cinta-Ku.”
Saya melihat kisah berikut ini
ditulis oleh Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq, "Salah satu kitab wahyu mengatakan,
“ Wahai hamba-Ku, engkau mempunyai hak atas cinta-Ku, maka adalah hak-Ku bahawa
engkau menyintai-Ku!”
Abdullah bin Mubarak menyatakan,
"Barangsiapa dianugerahi satu bahagian cinta tapi tidak dianugerahi
sejumlah rasa takut yang sama, bererti telah tertipu." Dikatakan,
"Cinta menghapus semua bekas dirimu dari dirimu."
Dikatakan pula, "Cinta
adalah keadaan mabuk; kesedaran hanya datang dengan melihat sang Kekasih.
Tetapi kemabukan yang muncul kerana melihat Kekasih justru tidak dapat
dilukiskan." Para Sufi membacakan syair berikut:
Cangkir diedarkan, dan mereka pun
mabuk,
Tapi mabukku datang dari si pembawa cangkir itu sendiri
Tapi mabukku datang dari si pembawa cangkir itu sendiri
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq sering membacakan syair
berikut:
Aku menikmati dua keadaan mabuk
sedangkan teman-teman minumku hanya satu.
Hanya akulah di antara mereka yang mendapat anugerah itu.
Hanya akulah di antara mereka yang mendapat anugerah itu.
Ibn 'Atha' mengatakan, "
Cinta bererti mengundang celaan yang terus- menerus". Syeikh Abu Ali
mempunyai seorang budak perempuan bernama Fairuz yang beliau cintai. Beliau
mengatakan kepadaku, "Pada suatu hari Fairuz menghinaku, dengan
mengucapkan kata-kata yang kasar dan kesat. Abul Hasan Al-Qari' bertanya
kepadanya, “Mengapa engkau membuat Syeikh marah?” Dia menjawab, "Kerana saya
mencintainya."
Yahya bin Muadz menyatakan-
"Aku lebih suka memiliki cinta sebesar debu daripada ibadah selama tujuh
puluh tahun tanpa cinta."
Diceritakan bahawa seorang pemuda
memandang kepada orang-orang yang berkumpul pada hari raya dan bersyair,
Hendaklah orang yang ingin mati
seperti pecinta mati seperti ini -
Cinta tanpa kematian tidaklah ada gunanya.
Cinta tanpa kematian tidaklah ada gunanya.
Kemudian dia melemparkan dirinya
dari atas loteng rumah dan mati. Diceritakan bahawa seorang laki-laki dari
India menaruh cinta yang berkobar-kobar kepada seorang budak perempuannya. Pada
suatu hari si budak meninggalkannya, dia ke luar untuk mengucapkar selamat
berpisah kepadanya. Air mata mengalir dari salah satu matanya, tapi matanya
yang satu lagi tidak mengeluarkan air mata. Selama lapan puluh empat tahun dia
menutup mata yang tidak menangis itu sebagai hukuman kerana tidak menangis
ketika kekasihnya pergi.
Mengenai hal ini para sufi
bersyair;
Mataku menangis di pagi hari kita
berpisah,
Namun mata yang kikir menolak menangis.
Namun mata yang kikir menolak menangis.
Maha kuhukum mata yang kikir itu
-
Dengan menutupnya di hari ketika kami saling mengucapkan selamat berpisah.
Dengan menutupnya di hari ketika kami saling mengucapkan selamat berpisah.
Salah seorang Sufi berkata,
"Pada suatu hari ketika kami sedang berbincang-bincang dengan Dzun Nun
Al-Mishri tentang cinta, dia meminta, ‘Tinggalkanlah pembicaraan ini, agar
orang lain tidak mendengarmu dan mendakwakan dirimu [tahu] tentang
cinta."'
Kemudian dia bersyair:
Takut sesuai buat pelaku
kejahatan ketika dia meratap, dan sedih,
Sementara cinta sesuai buat mereka yang saleh dan benar-benar suci.
Sementara cinta sesuai buat mereka yang saleh dan benar-benar suci.
Yahya bin Muadz menyatakan,
"Siapa pun yang menyebarkan cinta di kalangan orang-orang yang asing
terhadapnya, adalah pendusta dalam pernyataannya” Dikatakan bahawa seorang
laki-laki menyatakan bahawa dia mencintai seorang pemuda. Suatu ketika si
pemuda berkata kepadanya, "Bagaimana engkau dapat mencintaiku sementara
saudaraku lebih tampan dan gagah dariku?" Laki-laki itu mengangkat
kepalanya mencari-cari saudara si pemuda itu. Mereka berdua sedang berada di
atas atap rumah, dan si pemuda lalu melemparkan laki-laki itu ke bawah, sambil
berkata, “ Inilah balasan bagi orang yang menyatakan cinta kepadaku tapi lalu
mencari-cari yang lain!"
Samnun lebih mengutamakan cinta
daripada makrifat, tetapi kebanyakan sufi mengutamakan makrifat atas cinta.
Menurut mereka yang telah mencapai hakekat, cinta bererti lebur ke dalam
keadaar kemanisan, dan makrifat bererti menyaksikan dalam keadaan bingung dan
terhapus dalam kegentaran.
Abu Bakr Al-Kattani menuturkan,
“Persoalan cinta sedang dibicarakan di antara para syeikh di Makkah selama
musim haji. Al-Junaid adalah orang termuda yang hadir. Mereka memanggilnya
suatu kali, dan bertanya kepadanya, “Hai, orang Iraq, katakanlah kepada kami
apa pendapatmu.” Al-Junaid menundukkan kepalanya dan menangis, kemudian
menjawab, 'Cinta adalah seorang pelayan yang meninggalkan jiwanya dan
melekatkan dirinya pada dzikir kepada Tuhannya, mengukuhkan diri dalam
melaksanakan perintah-perintah Tuhan dengan kesedaran yang terus-menerus akan
Dia dalam hatinya. Cahaya Dzat-Nya membakar hatinya dan dia ikut meminum
minuman suci dari cangkir cinta-Nya. Yang Maha Kuasa terungkapkan kepadanya
dari balik tabir alam ghaib-Nya, hingga manakala dia berbicara, dia berbicara
dengan perintah Allah, dan apa yang dikatakannya adalah dari Allah. Manakala
dia bergerak, dia bergerak dengan perintah Allah, dan manakala dia diam, maka
diamnya itu adalah bersama Allah. Dia berbuat melalui Allah, dia milik Allah,
dia bersama Allah.” Mendengar kata-kata Al-Junaid itu, semua syeikh itupun
menangis, dan berkata, 'Tak ada lagi yang perlu dikatakan. Semoga Allah
menguatkanmu, wahai mahkota para arifin!"
Diriwayatkan bahawa Allah SWT
berwahyu kepada Dawud as, "Aku telah melarang cinta untuk-Ku memasuki hati
manusia jika cinta kepada selain Aku juga punya tempat di dalamnya."
Abul Abbas, pelayan Al-Fudhail
bin Iyadh, menuturkan, "Suatu ketika Al-Fudhail menderita sakit kencing
manis. Dia mengangkat kedua tangannya ke atas dan berdoa, “Ya Allah, demi
cintaku kepada-Mu, lepaskanlah penyakit ini dariku.” Begitu kami berpisah untuk
pergi, dia pun sembuh."
Saya mendengar Syeikh Abu Ali
Ad-Daqqaq mengatakan bahawa cinta bererti lebih mengutamakan orang lain
daripada diri sendiri, seperti halnya isteri curang ketika dia menyesali apa
yang telah dilakukannya, dengan menjelaskan,
Isteri Al-Aziz pun berkata:
"Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang
memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi dia telah menolak); dan
sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang benar. (Yusuf: 51)
Sebelumnya dia telah mengatakan
[di hadapan suaminya setelah dia mencuba menggoda Yusuf],
Dan mereka berdua pun berkejaran
ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu
terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba
perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidaklah ada balasan bagi orang yang
mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan
azab yang menyiksanya". (Yusuf: 25)
Jadi, mula-mula dia menuduhYusuf
telah berbuat jahat, tetapi akhirnya dia menyalahkan dirinya sendiri atas
pengkhianatannya itu.
Abu Sa'id Al-Kharraz mengatakan,
"Aku bermimpi bertemu dengan Nabi saw dan berkata kepada beliau, “Wahai
Rasulullah, maafkanlah saya. Cinta saya kepada Allah telah memenuhi kalbu saya
dan tidak menyisakan tempat bagi cinta kepada Tuan.” Beliau menjawab, “Rahmat
Allah atasmu. Barangsiapa menyintai Allah, bererti mencintaiku.”
Diceritakan bahawa Rabiah meminta
dalam munajahnya, “Ya Allah, akankah Engkau membakar di neraka sebuah hati yang
menyimpan cinta kepada-Mu?” Atas doanya itu, sebuah suara ghaib menjawab,
"Kami tidak akan melakukan hal seperti itu. Janganlah
engkau menyangka begitu jelek terhadap Kami."
Dikatakan, “Kata 'cinta' (hubb) terdiri dari dua
huruf, ha' dan ba', yang menunjukkan bahawa si pencinta meninggalkan jiwanya
sendiri (roh) dan juga jasadnya (badan).” Sebagaimana dinyatakan oleh pendapat
umum di kalangan para sufi, cinta adalah penyesuaian yang harmoni [dengan sang
Kekasih] dan cara yang paling berat dalam hal ini adalah melalui hati. Cinta itu sendiri mengakhiri
perpisahan hingga si pecinta bersama dengan Kekasihnya.
Mengenai masalah ini ada sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari yang mengatakan bahawa
seseorang bertanya kepada Nabi saw: "Dapatkah seseorang mencintai suatu
kaum tapi tidak berkumpul dengan mereka?" Nabi menjawab, "Seseorang
bersama dengan yang dicintainya."
Abu Hafs menegaskan,
"Keadaan-keadaan yang rosak kebanyakan timbul dari hal-hal berikut: dosa
para 'arifin, pengkhianatan para pencinta [Tuhan], dan dustanya para
salik."
'Abu Utsman menyatakan,
"Dosa para 'arifin adalah menggunakan ucapan, penglihatan, dan pendengaran
mereka untuk melayani perjuangan-perjuangan duniawi dan memperoleh keuntungan
darinya. Pengkhianatan para pencinta [Tuhan] adalah mengutamakan hawa nafsu
mereka sendiri atas keredhaan Allah SWT dalam urusan-urusan mereka. Dusta para
salik adalah bahawa mereka lebih peduli terhadap kesedaran akan manusia dan
perhatian mereka daripada dzikir kepada Allah." .
Abu Ali Mamsyad bin Sa'id
Al-'Ukbari menuturkan, “Seekor burung pipit jantan cuba mencumbui seekor burung
pipit betina di bawah kubah Sulaiman as, tetapi si betina menolak. Si jantan
bertanya kepadanya, “ Bagaimana kamu dapat menolakku sedangkan jika aku mahu,
aku dapat membuat kubah ini runtuh menimpa Sulaiman?' [Mendengar ucapan burung
itu] Sulaiman lalu memanggilnya dan menanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu
berkata begitu?” Si burung menjawab, “Wahai Nabi Allah, ucapan-ucapan yang
keluar dari mulut seorang pecinta tidak dapat dituntut terhadap mereka.”
Sulaiman menjawab, “Perkataanmu memang benar.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan