Sesiapa yang percaya
akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa
yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan
Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 5)
'Atha'bin As-Sa'ib menuturkan
bahawa ayahnya menceritakan kepadanya, "Suatu ketika Ammar bin Yasir
mengimami kami solat dan dia mempercepatnya. "Aku berkata, “Anda
tergesa-gesa dalam mengimami solat, wahai Abul Yaqzan.” Dia menjawab, “Hal itu
tidak ada salahnya kerana aku memanjatkan kepadaAllah sebuah doa yang pernah
kudengar dari Rasulullah saw.”
Ketika kami hendak pergi, salah
seorang jamaah mengikutinya dan bertanya kepadanya tentang doa yang dibacanya
itu. Dia pun mengulanginya,
Ya Allah, dengan ilmu-Mu tentang
yang ghaib dan dengan kekuasaan-Mu atas semua makhluk, hidupkanlah aku jika
Engkau tahu bahawa hidup itu membawa kebaikan untukku, dan matikanlah aku jika
Engkau tahu bahawa mati itu membawa kebaikan untukku. Ya Allah, aku meminta
kepada-Mu agar aku menjadi orang yang takut kepada-Mu dalam semua perkara, baik
yang diketahui mahupun yang tidak diketahui. Aku meminta kepada-Mu [kemampuan
untuk mengucapkan] perkataan yang adil ketika aku senang mahupun ketika aku
marah. Aku meminta kepada-Mu kesederhanaan dalam kekayaan mahupun kemiskinan.
Aku meminta kepada-Mu ketenangan dan kebahagiaan. Aku meminta kepada-Mu
kerelaan dengan apa yang telah ditentukan untukku [di dunia ini], dan aku
meminta kepada-Mu kehidupan yang diberkahi sesudah mati. Aku meminta agar dapat
melihat wajah-Mu yang Agung. Aku meminta rindu kepada-Mu tanpa terkena bahaya
atau [menjadi korban] godaan yang menipu. Ya Allah, hiasilah kami dengan
keindahan iman. Ya Allah, hiasilah kami dengan keindahan iman. Ya Allah,
jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk mahupun penerima petunjuk.”
Rindu adalah keadaan kekacauan
hati yang berharap untuk berjumpa dengan sang Kekasih. [Dalamnya] rindu
sebanding dengan cinta si hamba kepada Tuhan. Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq
membezakan antara rindu (syauq) dan hasrat yang berkobar (isytiyaq): rindu
terlerai oleh perjumpaan dengan Tuhan dan memandang kepada-Nya, tetapi hasrat
yang berkobar tetap berlanjut bahkan setelah perjumpaan terjadi.
Mengenai hal ini para sufi
bersyair,
Mata tidak pernah
berpaling ketika melihat-Nya -
Tanpa segera kembali kepada-Nya, dengan penuh hasrat.
Tanpa segera kembali kepada-Nya, dengan penuh hasrat.
An-Nasrabadhi menyatakan,
"Semua orang mempunyai hasrat yang berkobar. Barangsiapa yang memasuki
hasrat yang berkobar akan demikian tenggelam di dalamnya hingga tidak ada lagi
bekas atau kesan yang tertinggal tentang dirinya."
Diceritakan bahawa Ahmad bin
Hamid Al-Aswad datang kepada Abdullah bin Munazil dan berkata kepadanya- “Aku
bermimpi engkau akan meninggal setahun lagi. Barangkali engkau harus
bersiap-siap untuk mati” Abdullah bin Munazil menjawab, “Engkau memberiku waktu
lama sekali, satu tahun penuh! Aku selalu menyukai syair yang kudengar dari Abu
Ali Ats-Tsaqafi ini:
Wahai engkau yang menderita rindu
kerana lama berpisah,
Bersabarlah. Esok engkau pasti akan bertemu dengan Kekasihmu.
Bersabarlah. Esok engkau pasti akan bertemu dengan Kekasihmu.
Abu Utsman menuturkan, “Tanda
rindu adalah cinta yang tenteram kepada kematian”. Yahya bin Muadz menyatakan,
“Tanda rindu adalah membebaskan jasad dari hawa nafsu.”
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq
menuturkan, “Pada suatu hari Dawud as pergi ke luar menuju padang pasir di mana Allah berwahyu
kepadanya, “Wahai Dawud, bagaimana boleh Aku menemukanmu sendirian di sini?”
Dawud menjawab, “Ya Allah, rinduku untuk bertemu dengan-Mu telah menghanguskan
hatiku, aku tidak boleh lagi bersama-sama dengan manusia!”
Maka Allah lalu berfirman,
“Kembalilah kepada mereka. Jika engkau hanya menunjuki satu orang hamba yang
telah tersesat hingga dia kembali kepada-Ku, Aku akan menuliskan namamu di Lauh
Mahfuzh sebagai seorang bijaksana yang besar.”
Diceritakan bahawa seorang pemuda
yang termasuk dalam keluarga seorang wanita tua, kembali ke rumah setelah
melakukan perjalanan. Semua anggota keluarganya bergembira kecuali si wanita
tua, yang menangis. Orang-orang bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis?”
Dia menjawab, “Pulangnya pemuda ini mengingatkan aku pada hari kita akan
kembali kepada Allah SWT.”
Ketika Ibn 'Atha' ditanya tentang rindu, dia menjawab,
“Organ-organ dalaman terbakar, hati berkobar, dan jantung terpotong
berkeping-keping.” Di kali yang
lain dia ditanya, "Manakah yang lebih utama, rindu ataukah cinta?"
Dia menjawab, “Cinta, kerana rindu lahir dari cinta." Salah seorang Sufi
menyatakan, "Rindu adalah kobaran yang dinyalakan di dalam organ dalaman
tubuh manusia; ia muncul kerana perpisahan [dengan Tuhan]. Manakala persatuan
terjadi, maka kobaran itu padam, dan jika penyaksian atas sang Kekasih
menguasai batin seseorang, maka rindu tidak akan menyatakan dirinya."
Salah seorang Sufi ditanya, “
Apakah engkau rindu kepada Allah?” Dia menjawab,
"Tidak. Rindu hanyalah untuk orang yang tidak hadir sedang Dia selalu
hadir."
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat mengenai firman
Allah,
Nabi Musa menjawab: Mereka itu ada mengiringi daku
tidak jauh dari sini dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya
Engkau reda akan daku. (Ta-Ha: 84)
Beliau mengatakan, "Maksud Musa adalah ,
"Aku bersegera kepada-Mu kerana rindu kepada-Mu," dan dia menyatakan
hal itu dengan mengatakan, "Agar supaya Engkau redha kepadaku."
Beliau juga menyatakan, "Salah satu tanda rindu
adalah keinginan untuk mati ketika dalam keadaan sihat dan gembira. Begitulah
halnya Yusuf as. Ketika beliau dilemparkan ke dalam telaga, beliau tidak
berkata kepada Allah, “Biarkanlah aku mati saja!” Ketika beliau dimasukkan ke
dalam penjara, beliau tidak mengatakan, “,Biarkanlah aku mati saja!” Tetapi
ketika orang tuanya datang kepadanya dan semua saudaranya bersujud kepadanya,
beliau berkata,
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah
mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku
sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan
bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah
ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan
orang-orang yang soleh". (Yusuf: 101)
Mengenai hal ini para Sufi membacakan syair berikut,
Kami hidup penuh kegembiraan,
Tapi hanya melalui Engkau kegembiraan dapat sempurna.
Tapi hanya melalui Engkau kegembiraan dapat sempurna.
Cacat yang ada, wahai orang-orang yang kucintai,
Adalah bahawa kamu semua, tidak hadir sedangkan kami hadir.
Adalah bahawa kamu semua, tidak hadir sedangkan kami hadir.
Mereka juga membacakan,
Siapakah yang dapat digembirakan dengan pesta ini -
Sebab aku tidak merasakan hebahagiaan hari ini.
Sebab aku tidak merasakan hebahagiaan hari ini.
Kegembiraanku hanya akan sempurna,
Jika orang-orang yang kucintai dekat denganku.
Jika orang-orang yang kucintai dekat denganku.
Ibn Khafif mengatakan, "Rindu adalah kenikmatan
hati yang muncul dari perasaan kerohanian dan kecintaan untuk berjumpa dengan
Allah dengan cara dekat [dengan-Nya]."
Abu Yazid berkata, “Allah mempunyai hamba-hamba
tertentu, jika Dia tidak berkenan menganugerahkan penyaksian kepada mereka,
maka mereka akan berdoa minta dikeluarkan saja dari syurga sebagaimana para
penghuni neraka minta dikeluarkan dari neraka.”
Al-Husain Al-Ansari menuturkan,
"Aku bermimpi hari Kiamat telah tiba. Kulihat ada seseorang yang berdiri
di bawah Arasy. Allah SWT bertanya, "Wahai para malaikat-Ku, siapakah
ini?" Mereka menjawab, "Engkaulah yang Maha Mengetahui." Dia
berfirman, "Ini adalah Ma'ruf Al-Karkhi. Dia mabuk cinta dengan-Ku; dia
hanya akan tersedar setelah berjumpa dengan-Ku." Riwayat lain tentang
mimpi ini mengatakan, "Ini adalah Makruf Al-Karkhi. Dia meninggalkan dunia
dalam keadaan rindu kepada Allah. Maka Allah lalu mengizinkannya menatap
wajah-Nya."
Faris menegaskan, "Hati
orang-orang yang dipenuhi dengan rindu disinari dengan cahaya Allah SWT.
Manakala kerinduan mereka berdesir dalarn hati mereka, maka cahaya itu
menerangi langit dan bumi, dan Allah lalu menunjukkan mereka kepada para
malaikat, seraya berkata: "Inilah orang-orang yang rindu kepada-Ku. Aku
memanggilmu semua untuk menyaksikan bahawa Aku juga rindu kepada mereka, bahkan
lebih besar dari kerinduan mereka ini.”
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menjelaskan mengenai ucapan Nabi saw, "Aku memohon kepada-Mu agar diberi rindu untuk berjumpa dengan-Mu" dengan mengatakan, " [Pada mulanya] rindu terdiri dari seratus bahagian. Nabi memiliki sembilan puluh sembilan bahagian darinya, dan yang satu bahagian dibagi-bagi di kalangan ummat manusia. Beliau juga menginginkan yang satu bahagian itu, kerana beliau cemburu jika satu bahagian rindu diberikan kepada orang lain."
Dikatakan, "Orang-orang yang
menikmati berdekatan dengan Tuhan mempunyai kerinduan yang lebih penuh
kepada-Nya daripada mereka yang terhijab dari-Nya." Demikianlah dikatakan:
Yang paling buruk dari semuanya
adalah hasrat di satu hari,
Ketika tenda-tenda saling rnendekat.
Ketika tenda-tenda saling rnendekat.
Dikatakan juga, "Orang-orang
yang dipenuhi dengan rindu tidak merasakan apa pun selain kemanisan pada saat
datangnya maut, kerana kegembiraan mencapai [Kekasih mereka] telah diungkapkan
kepada mereka sebagai lebih manis daripada madu."
As-Sari menyatakan, "Rindu
adalah keadaan yang paling besar bagi seorang arif. Manakala dia mencapai
kerinduan, dia menjadi lupa akan segala sesuatu yang mungkin akan
memalingkannya dari sumber kerinduannya."
Mengenai firman Allah SWT,
Sesiapa yang percaya akan
pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang
telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah
jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 5)
Abu Utsman Al-Hirri menyatakan:
"Ayat ini dimaksudkan untuk menenangkan hati mereka yang penuh dengan
kerinduan. Ia bererti: "Aku tahu bahawa rindu kamu kepada-Ku begitu
menenggelamkan. Aku telah menetapkan satu waktu bagi kamu untuk berjumpa dengan-Ku.
Kamu semua akan segera datang kepada Dia yang kamu rindukan."
Dikatakan bahawa Allah SWT
berwahyu kepada Dawud as, "Katakanlah kepada para pemuda Bani Israel,
"Mengapa kamu menaruh perhatian kepada selain Aku di saat Aku rindu kepada
kamu? Ini adalah kezaliman yang besar."
Dikatakan bahawa Dia juga
berwahyu kepada Dawud, "Jika hanya mereka yang telah berpaling dari-Ku
mengetahui betapa Aku telah menunggu mereka, melimpahkan kebaikan kepada
mereka, dan merindukan agar mereka meninggalkan kemaksiatan terhadap-Ku, dan
sendi-sendi mereka seakan meleleh kerana cinta kepada-Ku. Wahai Dawud, inilah
cara-Ku bertindak terhadap mereka yang telah berpaling dari-Ku bayangkanlah
bagaimana perlakuan-Ku terhadap mereka yang berpaling kepada-Ku."
Dikatakan bahawa dalam kitab
Taurat tertulis, "Kami bangkitkan rindu dalam dirimu, namun engkau tidak
rindu kepada Kami. Kami tanamkan rasa takut clalam dirimu, tapi engkau tidak
takut kepada Kami, Kami menangisimu, tapi engkau sendiri tidak menangis.'
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, "Suatu
ketika Syuib menangis hingga matanya buta. Allah SWT mengembaliknn
penglihatannya. Dia menangis lagi sampai buta, Allah mengembalikan lagi
penglihatannya. Sekali lagi dia menangis sampai
buta, dan Allah mengembalikan lagi penglihatannya. Kemudian, Allah berfirman
kepadanya, “Jika engkau menangis kerana syurga, maka yakinilah bahawa Aku telah
mengizinkanmu memasukinya. Jika engkau menangis kerana neraka, maka yakinilah
bahawa Aku telah menjadikanmu selamat darinya.'
Syuib menjawab, “Aku menangis
bukan kerana hal-hal itu. Aku menangis kerana rindu kepada-Mu. Allah berwahyu
kepadanya, “Kerana itu Aku menunjuk rasul dan kalim (yang diajak bicara)-Ku
[Musa as] untuk melayanimu selama sepuluh tahun.” Dikatakan, “Barangsiapa rindu
kepada Tuhan, maka segala sesuatu merindukannya.”
Ada hadith yang mengatakan,
“Syurga merindukan Ali, Ammar dan Salman.” Salah seorang syeikh menyatakan,
"Aku pergi ke bazaar, dan barang-barang di situ merindukan aku. Tetapi aku
bebas dari mereka semua."
Malik bin Dinar menyatakan, “Aku
membaca dalam Taurat, “ Kami bangkitkan rindu dalam dirimu tetapi engkau tidak
rindu kepada Kami. Kami mainkan seruling untukmu, tetapi engkau tidak menari.”
Al-Junaid ditanya, "Apa yang
membuat seorang pencinta menangis manakala dia bertemu dengan Kekasihnya?"
Dia menjawab, “Itu hanya kerana kegembiraannya yang besar atas-Nya dan kerana
kerohanian yang lahir dari rindunya yang besar kepada-Nya. Aku telah mendengar sebuah cerita tentang dua orang bersaudara yang saling
berpelukan [setelah lama berpisah]. Yang satu berkata, Wahai kerinduan! dan yang lain menjawab, Wahai
kerohanian!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan