Sufi, Tasawwuf, Tauhid, Hakikat, Iman, Ihsan, Tariqat, Waliyullah, Makrifat, Maqam, Hal, Iblis, Risalah Sufi, Aql, Qalbu, Ruh, Nafs, Kematian, Ajaran sufi, Tokoh sufi, Tokoh Tariqat, Malaikat, Para sahabat, Dialog Rohani, Kitab Hikam, Hadis Arbain, Kasyaf, Hijab, Nur Muhammad, Wahdatul Wujud, Makrifat, Akhlak Rasulullah, Metafizik, Kitab Taswwuf, Akhir Zaman , Novel Hakikat, Basmalah, Syahadatain, Tafsir Al Quran, Buku Tasawwuf, Adab Sufi, Karamah, Qadha dan Qadar,
Catatan Popular
-
Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri da...
-
Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:- 1. Makrifat diri yang...
-
MEMPERSEMBAHKAN KITAB RAHSIA TO’ KU PALOH Bismillah Hirrohman Nir Rohim. ~ Adapun syariat itu ...
-
Adapun kemudian daripada itu, yakni daripada memuji Allah dan mengucapkan shalawat kepada Rasulullah SAW, maka inilah suatu kitab yang sud...
-
ILMU DAN MAKRIFAT TOK GURU PERAMU. Manuskrip yang disebut itu tiada dicatitkan siapa pengarangnya tetapi ada disebutkan sebagai ILMU D...
Rabu, 3 Oktober 2012
HIKAM ATAI’ILLAH KE 11 SYARAH TO’ FAKIR : TIADA KESEMPURNAAN TANPA IKHLAS
Menurut Kalam Hikmah ke 11 ,
Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan:
Hikmat yang lalu mengarahkan pandangan kita
kepada ikhlas. Ikhlas menjadi kekuatan yang menghalau syirik Jalan syirik
adalah kepentingan diri sendiri. Oleh itu diri sendiri mesti diperhatikan bagi
mengelakkan berlakunya syirik. Bila kepentingan diri sendiri boleh ditundukkan
baharulah muncul keikhlasan.
Dan
juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? ( Ayat 21 : Surah adz-Dzaariyaat )
Hikmat 11 mengajak kita menyelami persoalan
yang lebih halus iaitu hakikat diri kita sendiri atau kewujudan kita. Kita
dijadikan daripada tanah, maka kembalikan ia (jasad) kepada tanah, iaitu ia
(jasad) harus dilayani sebagai tanah supaya ia tidak mengenakan tipu dayanya.
Apabila kita sudah dapat menyekat pengaruh jasad maka kita hadapi pula roh
kita. Roh datangnya daripada Allah s.w.t, kerana roh adalah urusan Allah s.w.t,
maka kembalikan ia kepada Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba itu sudah tidak
terikat lagi dengan jasad dan roh maka jadilah dia bekas yang sesuai untuk
diisi dengan Allah s.w.t.
Pada awal perjalanan, seseorang pengembara
kerohanian membawa bersama-samanya sifat-sifat basyariah serta kesedaran terhadap
dirinya dan alam nyata. Dia dikawal oleh kehendak, pemikiran, cita-cita,
angan-angan dan lain-lain. Anasir-anasir alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan
dan haiwan turut mempengaruhinya. Latihan kerohanian menghancurkan sifat-sifat
yang keji dan memutuskan rantaian pengaruh anasir-anasir alam.
Jika
diperhatikan Kalam-kalam Hikmat yang lalu dapat dilihat bahawa hijab nafsu dan
akal yang membungkus hati sehingga kebenaran tidak kelihatan. Akal yang
ditutupi oleh kegelapan nafsu, iaitu akal yang tidak menerima pancaran nur,
tunduk kepada perintah nafsu. Nafsu tidak pernah kenyang dan akal sentiasa ada
jawapan dan alasan. Hujah akal menjadi benteng yang kukuh buat nafsu
bersembunyi. Jangan memandang enteng kepada kekuatan nafsu dalam menguasai akal
dan pancaindera. Al-Quran telah memberi peringatan mengenainya:
Nampakkah
(wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan
yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya
jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar
atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah
seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. ( Ayat 43
& 44 : Surah al-Furqaan )
Dan
kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab
mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan
menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau
menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya
termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya
termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat
Kami. Maka ceritakanlan kisah-kisah itu supaya mereka mahu berfikir. ( Ayat 176
: Surah al-A’raaf )
Manusia yang menerima ayat-ayat Allah s.w.t
yang seharusnya menjadi mulia telah bertukar menjadi hina kerana mereka
memperturutkan hawa nafsu. Ayat-ayat Allah s.w.t yang diketahuinya memancarkan
cahaya pada hati dan akalnya tetapi kegelapan nafsu membungkus cahaya itu. Di
dalam kegelapan nafsu, akal mengadakan hujah bagi mendustakan ayat-ayat Allah
s.w.t yang dia sendiri mengetahuinya. Allah s.w.t mengadakan
perbandingan yang hina bagi orang yang seperti ini. Mereka adalah umpama anjing
yang tidak boleh berfikir dan tidak bermaruah. Buruk sekali pandangan Allah s.w.t terhadap orang yang mempertuhankan
nafsunya. Nafsu yang tidak mahu kenyang adalah umpama anjing yang sentiasa
menjulurkan lidahnya, tidak memperdulikan walaupun dihalau berkali-kali.
Allah
s.w.t mewahyukan ayat-ayat yang menceritakan tentang kehinaan manusia yang
menerima ayat-ayat-Nya tetapi masih juga memperturutkan hawa nafsu, supaya
cerita yang demikian boleh memberi kesedaran kepada mereka. Jika mereka kembali
sedar, mereka akan keluar daripada kegelapan nafsu. Berpandukan ayat-ayat Allah
s.w.t yang sudah mereka ketahui mereka akan temui jalan yang benar.
Ayat-ayat yang diturunkan Allah s.w.t memberi
pengertian kepada Rasulullah s.a.w bahawa cendikiawan Arab yang menentang
baginda s.a.w berbuat demikian bukan kerana tidak dapat melihat kebenaran yang
baginda s.a.w bawa, tetapi mereka dikuasai oleh hawa nafsu. Cahaya kebenaran
yang menyala dilubuk hati ditutupi oleh kegelapan nafsu. Orang yang telah
menerima cahaya kebenaran tetapi mendustakannya itulah yang diberi perumpamaan
yang hina oleh Allah s.w.t.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman
Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah
mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha
Besar. Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat daripada Firaun,
sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut
ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya
menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta
pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya untuk mengalahkan Nabi Musa
a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju
juga setelah isteri kecintaannya menerima sogokan daripada Raja. Bal’am dengan
kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi
Musa a.s. Menurut cerita, doa dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan
ia menjadi sebab kaum Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun
lamanya. Apabila Nabi Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada
sekatan tersebut, Allah s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama
laknat turun kepada Bal’am.
Sebahagian orang menganggap cerita di atas
sebagai cerita Israiliat. Rasulullah s.a.w menentukan dasar bahawa cerita ahlul
kitab tidak dibenarkan dan tidak didustakan. Cerita tersebut dibawa sekadar
menunjukkan sejauh mana kekuatan nafsu menutup pandangan hati sehingga Bal’am
sanggup menentang Nabi Musa a.s walaupun dia mengetahui kebenarannya,
sebagaimana cendikiawan Arab menentang Rasulullah s.a.w sekalipun hati kecil
mereka menerima kebenaran baginda s.a.w.
Menundukkan nafsu bukanlah pekerjaan yang
mudah. Seseorang itu perlu kembali kepada hatinya, bukan akalnya. Hati tidak
akan berbohong dengan diri sendiri sekalipun akal menutupi kebenaran atas
perintah nafsu. Kekuatan hati adalah ikhlas. Maksud ikhlas yang sebenarnya
adalah:
Katakanlah:
“Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam”. ( Ayat 162 : Surah
al-An’aam )
Dalam
ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah s.w.t. Selagi
kepentingan diri tidak ditanam dalam bumi selagi itu ikhlas tidak tumbuh dengan
baik. Ia menjadi sempurna apabila wujud diri itu sendiri ditanamkan. Bumi
tempat menanamnya adalah bumi yang tersembunyi, jauh daripada perhatian manusia
lain. Ia adalah umpama kubur yang tidak bertanda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan