Catatan Popular

Selasa, 2 Oktober 2012

NASIHAT 21 : RIYA’ ( IMAM AL GHAZALI – KITAB AYYUH AL-WALAD)

PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

5.RIYA`  pula sebenarnya lahir daripada rasa membesarkan makhluk.Dan kaedah menghapuskannya ialah bahawa anda melihat makhluk ini adalah diarahkan oleh takdir Allah SWT  dan anda merasakan bahawa mereka itu tidak ubahnya seperti benda-benda yang statik yang tidak memiliki keupayaan untuk membawa kemanfa’atan atau kemudaratan.Dengan demikian anda akan terhindar dengan mengambil kira pandangan mereka.Sebaliknya apabila anda merasakan bahawa makhluk itu mempunyai kekuasaan dan kehendak yang menentukan nescaya sifat-sifat riya` itu tidak akan dapat dilenyapkan.

Tiada ulasan: