Catatan Popular

Jumaat, 26 Jun 2015

PEERISTIWA 1 : RASULULLAH SAW AMPUNKAN UMAIR BIN WAHAB



Sufwan bin Umaiyah adalah salah seorang pembesar Musyrikin Mekah. Beliau telah berjanji untuk memberi upah berupa hadiah kepada Umair bin Wahab jika dapat membunuh jasad mulia Rasulullah saw. Apabila berlakunya peristiwa Futuh Mekah atau pembukaan kota Mekah, Umair bin Wahab bergegas melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh tentera Muslimin yang berjumlah 10,000 orang.
Ramai di antara mereka berdiri di atas Jabal Qubais untuk menyaksikan ribuan sahabat termasuk baginda memasuki kota Mekah tanpa perlu menumpahkan walau setitik darah. Walaubagaimanapun, Umair ternyata tidak mampu untuk menahan rasa takutnya dan terus menyembunyikan diri. Lama kelamaan, Umair merasakan lebih baik beliau meminta ampun daripada Rasulullah saw kerana beliau seringkali mendengar baginda adalah seorang yang mudah memberikan maaf. Tanpa disangka-sangka, Umair memperoleh keampunan Rasulullah saw dengan serban baginda sebagai tanda perlindungan.(Riwayat Ibnu Hisyam

Tiada ulasan: