Ikrimah adalah anak Abu Jahal. Sepertimana
bapanya, Ikrimah amat memusuhi baginda. Setiap perang membabitkan kaum
Musyrikin dan kaum Muslimin pasti akan muncul kelibat Ikrimah ini. Semasa
peristiwa Mekah ditawan, Ikrimah yang ketakutan melarikan diri ke Yaman. Namun,
Isterinya yang telah memeluk Islam pergi ke Yaman untuk membawa pulang suaminya
ke Mekah. Apabila Rasulullah saw melihat Ikrimah, baginda terus berdiri dan
menemuinya dengan penuh rasa kasih sayang sehingga tidak sedar pakaian telah
jatuh dari bahunya. Baginda melafazkan daripada bibir baginda yang mulia yang
bermaksud,
“Wahai
penunggang kuda yang berhijrah, kepulangmu amat dialu-alukan.” (Imam Malik dalam kitab Muwatta)
Berkat
keampunan Rasulullah saw, Ikrimah bin Abu Jahal gugur syahid pada 636 masihi di
medan Perang Yarmouk yang menyaksikan Islam berjaya menumbangkan empayar
Byzantine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan