Pembunuhan
Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib ra menyaksikan satu peristiwa kejam di mana Hindun
bin Utbah iaitu majikan Washyi telah merodok tubuh Hamzah dan memakan hati
serta jantungnya. Kejadian ini amat menyakitkan Rasulullah saw.
Setelah
penaklukan kota Mekah, Hindun telah datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan
bertudung. Ia membuatkan Rasulullah saw tidak mengenalinya. Di hadapan
Rasulullah saw, Hindun bin Utbah memeluk Islam dan mengaku melakukan perkara
biadap terhadap bapa saudara Rasulullah saw.
Sepertimana
Washyi, Hindun binti Utbah disenaraikan sebagai individu yang akan dipancung
kerana kekejaman yang dilakunya terhadap para sahabat dan Rasulullah saw. Namun,
Rasulullah saw mengampunkannya serta memaafkan segala kesalahannya selama ini.
Hukuman pancung yang sepatutnya dijatuhkan kepadanya dibatalkan serta-merta.
Hindun bin
Utbah setelah memeluk Islam pernah berkata,
“Wahai
Rasulullah, dahulu tiada perkhemahan yang tiada aku benci selain daripada
perkhemahan kamu, tetapi pada hari ini tiada perkhemahan yang paling aku cintai
daripada perkhemahan kamu”(Riwayat Bukhari, Hindun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan