Catatan Popular

Sabtu, 27 Jun 2015

PERISTIWA 7 : RASULULLAH MAAFKAN PEMBUNUH HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB



Washyi bin Harb adalah bekas hamba kepada bangsawan Quraisy, Hindun bin Utbah. Hindun memberi tawaran kemerdekaan kepada Washyi sekiranya dapat membunuh salah seorang daripada tiga orang di medan Uhud iaitu Rasulullah saw, Ali bin Abi Talib ra atau Hamzah bin Abdul Mutallib ra. Di medan Uhud, Washyi dengan ketepatan lontaran lembingnya telah mampu membunuh Saidina Hamzah sehingga menembusi pinggangnya. Hamzah syahid di medan Uhud. Rasulullah saw begitu dukacita dengan pemergiaan bapa saudara kesayangannya.
Saat berlalu. Mekah telah ditawan semasa peristiwa Futuh Mekah. Washyi bin Harb kemudian melarikan diri ke Taif kerana takut dibunuh tentera muslimin. Walaubagaimanapun, penduduk Taif kemudian menyerah kepada Rasulullah saw dan beramai-ramai memeluk Islam. Washyi sekarang tidak mempunyai tempat untuk berlindung. Beliau ada mendengar bahawa Rasulullah saw adalah seorang yang pengampun dan tidak pernah berlaku kasar kepada sesiapa. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk meminta perlindungan daripada baginda. Datanglah beliau menghadap baginda dan memeluk Islam.
Miskipun perbuatan beliau yang kejam terhadap bapa saudara baginda, baginda tetap memaafkannya. 

Namun baginda bersabda,
“Janganlah kamu berjumpa aku lagi, kerana melihat engkau aku teringat akan bapa saudaraku.”(Riwayat Bukhari, pembunuhan Saidina Hamzah)

Washyi kemudian menebus dosanya dengan membunuh seorang yang mendakwa beliau seorang nabi Musailamah al-Kazzab di Perang Yamamah. 

Washyi berkata,
“Aku telah membunuh sebaik-baik orang dengan lembingku ketika aku menentang Islam. Kini, dengan lembing yang sama, aku telah membunuh sejahat-jahat orang yang menentang Islam”

Tiada ulasan: