Habbar bin
Aswad telah
menyebabkan puteri Rasulullah saw, Zainab cedera parah semasa dalam perjalanan
berhijrah ke Madinah. Musyrikin Mekah telah menyekat rombongan Zainab dan
Habbar sengaja menarik Zainab yang berada di atas unta sehingga menyebabkan
Zainab jatuh tersungkur ke tanah. Lebih menyedihkan, Zainab yang ketika itu
sarat mengandung telah mengalami keguguran.
Habbar bin
Aswad turut melakukan pelbagai kesalahan lain terhadap para sahabat baginda.
Semasa peristiwa Futuh Mekah, Habbar bin Aswad di antara senarai individu yang
akan dihukum pancung. Mendengar berita tersebut, Habbar terus bergegas untuk
melarikan diri ke Parsi. Entah bagaimana, Habbar telah datang kepada Rasulullah
saw dan memeluk Islam.
Beliau berkata,
“Wahai
Rasulullah, aku hendak lari ke Parsi tetapi aku teringat akan kebaikan dan
sifat pemaafmu. Apa yang kau dengar mengenai diriku semuanya benar. Aku
mengakui kejahilan dan kejahatan yang telah aku lakukan. Sekarang aku datang
untuk memeluk Islam.”
Respon
baginda terhadap beliau sangat tidak disangka-sangka. Rasulullah saw ternyata
gembira dengan keislaman Habbar bin Aswad sehingga Rasulullah saw membatalkan
segala hukuman terhadap Habbar.(Ibnu Ishak dan Asabah, Habbar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan