Suatu hari hari Abu Yazid berjalan-jalan dengan beberapa orang muridnya, jalan yang sedang mereka lalui agak sempit dan tiba-tiba dari arah yang bertentangan datanglah seekor anjing hitam. Abu Yazid menyingkir ke tepi untuk memberi jalan kepada anjing tersebut.
Salah seorang muridnya tidak menyetujui tindakan Abu Yazid itu, dan berkata:
” Allah maha besar telah memuliakan manusia di atas segala makhluk-makluknya. Abu Yazid adalah raja diantara kaum sufi, tetapi dengan ketinggian martabatnya itu berserta murid-muridanya itu masih memberi laluan kepada seeokor anjing. adakah wajar tindakan seperti itu?
Abu Yazid menjawab: “ Anak muda, anjing tadi secara diam-diam telah berkata kepadaku: ” Apakah dosaku dan apakah pahalamu pada awal kejadian sehingga aku berpakaian kulit anjing dan engkau mengenakan jubah kehormatan sebagai raja di antara ahli sufi?
Begitulah sampai ke dalam fikriranku dan kerana itu aku memberi jalan kepadanya”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan