Catatan Popular

Jumaat, 3 Oktober 2014

ABU YAZID DUJI

Pada suatu hari seorang lelaki yang tidak mempercayai tentang kelebihan pada Abu Yazid., lalu datang mengunjunginya untuk mengujinya:
“Katakan kepada ku jawapan sesuatu masalah”, katanya kepada Abu Yazid.
Abu Yazid melihat betapa lelaki itu menaruh keraguan terhadapnya di dalam hati.
Maka berkatalah Abu Yazid: ”Di atas sebuah gunung ada sebuah gua daa di dalam gua itu ada seorang sahabatku. Mintalah padanya untuk menjelaskan masalah itu kepadamu”.
Lelaki itu segera pergi ke gua yang diakatakan oleh Abu Yazid. Tetapi yang dijumpainya di sana seekor naga yang besar dan sangat menakutkan. Menyaksikan hal ini ia pun jatuh pingsan dan pakaiannya menajdi kotor. Begitu dia sedar cepat-cepat ia meninggalkan tempat itu,. Tetapi kasutnya tertinggal. Lalu ia kembali kepada Abu Yazid. Sambill melutut di depan Abu Yazid lalu ia bertaubat. Abu Yazid berkata kepadanya; ” Maha besar Allah!. Engkau tidak berani mengamabil kasutmu kerana takut kepada makhlukNya. Apakah engkaurtakut kepada Allah, bagaimanakah engkau berani mengambil rahsia yang engkau cari di dalam keingkaran

Tiada ulasan: