Catatan Popular

Isnin, 27 Julai 2015

KAMUS ILMU TASAWWUF (’A’)



Abadi
Tidak ada kesudahan. Kesudahan bagi tiap-tiap yang bernyawa adalah kematian dan kesudahan bagi makhluk ciptaan Tuhan adalah kiamat. Dalam suasana yang abadi kematian dan kiamat tidak ada lagi. Ini adalah suasana akhirat.



Abd
Makhluk ciptaan Allah yang telah ditetapkan bahwa mereka butuh dan bergantung padaNya.Tidak ada satu makhluk pun yang bisa berdiri sendiri tanpa sokongan Allah swt.
Makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan dihukumkan bahawa mereka berhajat dan bergantung kepada-Nya. Tidak ada makhluk yang boleh berdiri sendiri tanpa sokongan Tuhan. iaitu sesuatu yang mewujud.'Abd yang pertama adalah "Aku", demikian ucap Muhammad SAW. Dengan satu Tuhan, akan ada satu 'abd (yaitu Rasulullah SAW.) Dan dari satu 'abd inilah kemudian terwujud para 'abd lainnya. Oleh sebab itu 'abd pertama adalah barzakh antara Tuhan dan makhluk. Karena itu, tauhid adalah sebuah kenyataan, di mana di dalamnya sudah tidak ada lagi rabb dan 'abd {at-Tauhidu haqiqatun la rabba wa la rabba}.
a. perkataan 'abd (hamba) boleh diertikan sebagai sesuatu yang ditundukkan. Dengan erti ini, perkataan ini merangkumi semua makhluk dari alam atas dan bawah, yang berakal dan tidak, yang basah & kering, yang bergerak & tetap, yang jelas & tersembunyi, yang beriman dan kafir, yang baik & jahat dan seterusnya. Kesemuanya adalah makhluk ciptaan Allah, di bawah asuhanNya, tundukkan kepada arahanNya dan ditadbir dengan pentadbiranNya. Setiap satunya mempunyai jalannya yg tersendiri & juga penghujung. Semuanya bergerak berlandaskan di dalam waktu yg terhad. firman Allah Ta'ala (Yaasin 36:38):
"Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."

b. perkataan 'abd juga boleh diertikan sebagai hamba yang mencintai dan merendah diri. Dengan erti ini, perkataan ini merangkumi orang yg beriman sahaja. Mereka adalah hamba yg dimuliakan, merekalah wali-wali Allah yg bertaqwa. Mereka tidak akan berasa takut mahupun bersedih di kemudian hari.


Abd Waqt
‘Abdi waktu. Dia adalah seseorang yang sesudah menemukan Allah dalam setiap waktu yang tak terbagi tunduk secara sadar dan tanpa syarat pada Waktu. Karena setiap waktu itu benar-benar unik, maka syarat-syarat waktu tertentu itupun juga unik. Setiap waktu mempunyai tatakrama (adab) nya sendiri.


Abdal
Terdapat empat puluh orang Wali Abdal kesemuanya. Dua puluh dua orang dari mereka berada di Negara Syam yakni Damsyik, Syria dan lapan belas dari mereka berada di Negara Iraq. Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa sekali Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu telah ditanyakan orang tentang Ahli Syam yakni Para Abdal. Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu telah berkata bahawa dia telah mendengar Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda

bahawa,

“Wali Abdal berada di Negeri Syam dan mereka berjumlah empat puluh orang kesemuanya. Apabila seorang daripada mereka mati, Allah Subhanahu WaTa’ala akan menggantikan tempatnya dengan seorang yang lain. Dengan menerusi keberkatan mereka maka diturunkan hujan dan membantu mereka menghadapi musuh-musuh dan menjauhkan azab bagi para penduduk Syam.


Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

Wali abdal (jamak: badal) memiliki wilayah tersendiri. Masing-masing Wali mengikuti jejak salah satu Nabi: Ibrahim, Musa, Harun, Idris, Yusuf, Isa, dan Adam. Mereka dinamakan badal karena jika salah satu dari mereka sudah tidak ada, akan ada penggantinya. Menurut Abu Thalib Al-Makki, mereka mencapai kedudukan ini dengan empat hal: puasa, bangun malam, diam dan uzlah. Mereka umumnya tersembunyi dari orang awam dan Wali. Ketika keberadaan mereka di suatu tempat diketahui oleh orang lain, biasanya mereka akan pergi dari tempat itu. Dua belas Wali Nuqaba mengetahui khasiat dari 12 zodiak. Wali Nuqaba ini juga memiliki kemampuan melihat setan atau iblis yang bersembunyi dalam jiwa manusia beserta tipu daya mereka—bahkan dijelaskan, “… ketika mereka melihat jejak kaki seseorang di pasir, mereka langsung tahu apakah orang itu adalah orang yang terpilih (selamat) atau orang yang terkutuk.”


Abrar
Orang-orang yang baik, orang-orang sufi adalah orang yang digelar dengan nama ini dalam al Quran dan juga dengan nama muqarabbin, Sabirin dan Zuhud

  
Abid
Hamba yang dikuasai oleh rasa ketidak-upayaan diri dan dia semata-mata bergantung kepada daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Dia berhak dan boleh mengambil kembali daya dan upaya tersebut pada bila-bila masa sahaja yang Dia kehendaki. Hamba tersebut bersandar kepada Allah s.w.t semata-mata dan segala kegiatan hidupnya digunakan untuk beribadat kepada-Nya.

Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaan-Nya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau suasana yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.


Abdul Rab
Hamba Tuhan. Keterangannya lihat Hakikat Abdul Rab.


Abdurrauf  As, Syekh;
Merupakan washitah ke 29 (periode IX) 1652 – 1690 M. Nama lengkap Abdurrauf Singkel adalah ‘Abd ar-Ra’uf bin ‘Ali al-Jawiyy al-Fansuryy as-Sinkiliyy. Beliau orang Melayu dari Fansur, Sinkil di wilayah pantai barat laut Aceh. Ayahnya seorang arab bernama Syekh Ali. Abdurrauf meninggal tahun 1693 dan dima-kamkan di samping makam Tengku Anjong dekat Kuala Sungai Aceh. Di Aceh dikenal sebagai Teungku di Kuala. Beliau belajar agama selama 19 tahun di tanah arab. Salah satu Gurunya yang paling berpengaruh pada pemikiran Syekh Abdurrauf adalah Ahmad al-Qusyaisyi (Medinah). Syekh Abdurrauf kembali ke Aceh tahun 1661, setahun setelah al-Qusyaisyi meninggal. Karya-karyanya mencakup bidang fikih, hadis, tasawuf, tafsir.


Abul Waqt
Bapa waktu. Seorang sufi yang kepadanya waktu tertakluk. Dia mengarahkan hal ehwal dunia demgan kehendaknya. Dia juga digelar Qutbul aqtab, kebalikan dari Ibnul waqt (anam wqaktu) yang berenang dengan arus waktu

 
Adab
Adab bermaksud menjaga adab sama ada yang zhahir atau pun yang batin.  Tujuh anggota yang zhohor seperti tangan,  kaki,  telinga, mulut,  hidung,  perut dan faraj beradab dengan adab-adab yang digariskan oleh hukum ilmu syarak.  Contohnya tangan....maka tangan yang beradab adalah tangan yang TAHU akan hukum takhlif yang lima (wajib,  haram,  makruh,  sunat dan harus) dalam melakukan dan menjauhkan sesuatu amal perbuatan.  Bagaimana mungkin seorang yang jahil dengan hukum syariat seperti di manakah sunat diletakkan kedua-dua tangan selepas takbiratul ihram boleh mencapai kesempurnaan adab dalam sholat;  jauh sekali maqam munajat dengan Allah.  Demikian juga;  Qiyaslah dengan segala perbuatan dan amalan yang lain
Tegasnya perkara asas atau dasar kepada tasauf ini ialah beradab dengan adab syariat.  Untuk itu wajib bagi seorang yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengikut tasauf,  membereskan sekurang-kurangnya ilmu fardu ain dan sebaiknya mendalaminya hingga ke fardu kifayah.
Demikin pula halnya dengan I'tiqad atau pegangan hati.  Dalam menetap dan memegang sesuatu i'tiqad,  wajib bagi seorang yang beradab dapat membezakan manakah I'tiqad yang benar dengan yang salah.
  • Manakah wajah-wajah kepercayaan atau pegangan hati Ahli Sunnah Wal Jamaah,  Muktizilah,  Qadariah,  Jabariah dan lain-lainnya?
  • Manakah beza antara hukum-hukum kehambaan dan hukum-hukum Ketuhanan?
  • Manakah bezanya sifat-sifat Iftiqor dan Istigna'  dalam Ketuhanan?
Untuk itu,  bagi melengkapi adab seorang hamba dengan adab i'toqad atau pegangan yang shohih,  mereka wajib mendalami Ilmu Usuluddin sehingga mampu beradab dengan pegangan yang meyakinkan.
Dan bagi tiap-tiap waktu adab bermaksud seorang pengamal tasauf yang tulen akan menjaga dengan baik adab setiap waktu atau nafasnya.  Mereka akan mengikat diri mereka dengan hak hukum waktu yang semestinya dilaksanakan oleh seorang hamba yang beradab dalam Ubudiyahnya. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
  • Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
  • Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
  • Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan Qodanya.
  • Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat.
Ini menunjukkan bahawa dalam setiap saat seorang ahli sufi yang beradab tidak bisa lari dari salah satu daripada tuntutan hukum waktu tersebut. Bukan semestinya dalam waktu kita senang atau sihat sahaja,  malah pada setiap ketika,  waktu keadaan dan situasi.


Adam  
yang berhubungan ('adam-i-idzafi); ini adalah kenyataan dari a'yan yang terselubung di dalam keperiadaan Tuhan {demikian menurut mazhab Syuhudiyyah); atau sesuai dengan mana Tuhan mewujudkan dirinya sendiri (demikian menurut mazhab Wujudiyyah). Artinya, hubungan yang ada antara Tuhan dan bentuk-bentuk 'abd di dalam pengetahuan-Nya adalah (dalam) eksistensi Tuhan sendiri. A'yan adalah bentuk-bentuk yang tidak terpisah dari-Nya, ketika sejak tanazzulat pertama kali.
Sesuatu yang tidak ada atau tidak wujud, yang    merupakan zat asli makhluk. Makhluk diciptakan daripada tidak ada.



Adum.          
Kosong, tidak ada


Adub
Hormat untuk membezakan antara Ketuhanan dengan kemanusiaan
HOrmat untuk membezakan antara ketuhanan dengan kemanusiaaan


Adzab
Menggambarakan keterpisahan sang hamba dari Allah swt. Keteroisahan ini disebabkan kerana dia melihat sesuatu selain Allah swt.


Adzkar
Mengingat atau menyebut Allah swt melalui salah satu asmanYa (Lihat Dzikir)


Afa’al
Perbuatan manusia, lakuan, kerja, perbuatan

Pada hakikatnya, segala apapun yang terjadi di dalam alam ini, sama ada baik atau buruk, adalah Af’al Allah SWT. Apa saja yang dilakukan oleh makhluk termasuk perkataan, tingkah laku, gerak, hatta diam sekalipun sudah lebih dahulu ada dalam Ilmu, Qadha dan Qadar Allah SWT.
Oleh itu, setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahawa semua itu adalah Af’al (Perbuatan) Allah SWT. Yang dilakukan oleh makhluk itu sekadar bayangan (majazi) saja bukan yang hakiki.
Jika kita tetap bermusyahadah dengan Tauhidul Af’al ini dengan penuh yakin (tahkik), maka terlepaslah kita daripada penyakit dan bahaya syirik khofi, dan akhirnya lenyap dan hilanglah wujud bayangan (majazi) tadi, yang nyata hanya wujud Allah yang hakiki.
Antara ayat Al-Quran yang berkaitan dengan Tauhid Af’al, yang boleh dijadikan dalil bagi menunjukkan bahawa segala perbuatan itu terbit daripada Allah dan tidak selain-Nya:
1. Surah As-shaffat 37:96; “Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu perbuat itu.”
2. Surah At-Taubah 9:51: “Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”
3. Surah Al-Hadid 57:22-23; “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah tertulis dalam Kitab (lauhul mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang telah luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri .”
4. Surah An-Nisa’ 4:108, ” …. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”
5. Surah Al-Anfal 8:41, “…… Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
6. Surah Hud 11:92; ” ….. Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”
7. Surah Al-Anfal 8:17; “… Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah-lah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir).”
8. Surah Yunus 10:22; “Dialah (Allah) yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan)….”
9. Surah Ash-Shu’ara 26:78-81; “Tuhan yang telah mencipta aku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Dialah jua yang memberiku makan dan minum;
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Dan (Dialah) yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku.”
10. Surah An-Najm 53:43; “Dan sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.”
11. Surah Yunus 10:107; “Dan jika Allah menimpakan suatu bencana (keburukan/kejahatan) kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba Nya. Dia Maha Pengampun, maha penyayang.”
12. Surah An-Naml 27:47; “Mereka menjawab, kami mendapat nasib yang buruk disebabkan oleh kamu dan orang-orang yang bersamamu. Dia berkata, “Nasibmu ada pada Allah, tetapi kamu adalah kaum yang sedang diuji”.
13. Surah Al-Qasas 28:68; “Dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki. Bagi mereka (manusia) tidak ada pilihan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.”
14. Surah Al-Ahzab 33:17; “Katakanlah, siapakah yang dapat melindungi kamu dari Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu? Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.”
15. Surah Az-Zukhruf 43:32; “Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kamilah Yang Menentukan Kehidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat memanfaatkan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”
16. Surah Al-Fath 48:14; “Dan hanya milik Allah kerajaan langit dan bumi. Dia mengampuni sesiapa yang Dia kehendaki, dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.”
17. Surah At-Taghabun 64:11; “Tidak ada suatu musibah yang menimpa kecuali dengan izin Allah.”


Afdal:
Lebih baik, lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya


Afuww :
1. Yang Maha Pemaaf; Dia yang mengha-puskan dosa-dosa dan mengabaikan tindakan-tin-dakan durhaka. Maknanya dekat dengan Al Ghafur; 2. Salah satu Nama Indah Allah (asmâ al-husnâ).


Alhadith
Ucapan Nabi Muhammad saw


Ahad
Satu, sama. Sekumpul biji-bijian jenis yang sama iaitu Ahad, sepanjang yang berkenaan denga jenisnya, ia adalah Wahid, sepanjang yang berkenaan denga satunya


Ahadiyyah
Keadaan Allah s.w.t Yang Maha Esa yang dibukakan kepada seseorang melalui pengalaman kerohanian.


Ahdiyyat
Peringkat Awal dimana tidak ada apa apa kecuali keheranan


Ahl :
1. Kerabat. 2. Ini adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Seluruh ciptaan adalah keturu-nannya melalui cahayanya (Nur Muhammad) yang berasal dari Cahaya Allah. 3. Istilah secara khusus menunjukan mereka yang dekat dengannya, keluar-ga spiritualnya yang turun menurun melalui mata rantai silsilah spiritual.


Ahli asbab:
Orang yang melihat kepada keberkesanan hukum sebab musabab semata-mata sehingga dia melupakan ketentuan dan pentadbiran Tuhan yang menguasai sistem sebab musabab itu. Pergantungan orang ini hanyalah kepada usaha dan ikhtiar dalam mengadakan sebab untuk menghasilkan akibat. Mereka tidak dapat melihat hakikat kekuasaan Tuhan yang mengawal hukum sebab-akibat tersebut.



Ahli bidaah:
Orang yang mengamalkan sesuatu yang tidak menurut perkataan, perbuatan dan isyarat yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.



Ahli ilmu:
Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpegang kepada dalil-dalil yang ditemui melalui ilmunya.



Ahli kasyaf:
Orang yang dibukakan keghaiban kepadanya sehingga mata hatinya dapat menyaksikan hakikat yang ‘berada' di sebalik yang nyata.



Ahli kerohanian:

Orang yang telah memasuki bidang atau makam hati dan  mengalami hal-hal yang berhubung dengan Tuhan.



Ahli maksiat:
Orang yang cenderung membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Tuhan. Peringatan dan ancaman yang dibawa oleh Rasul-rasul tidak memberi bekas pada hatinya.


Ahli Musyahadah
Orang yang  meyaksikan, mereka telah biasa denga latihan/mujahadah untuk memerhatikan sifat-sifat zat dalam tiap-tiap perkara dijadikan


Ahli suffah:
Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, ada juga kumpulan orang-orang miskin dan faqir ikut sama berhijrah ke sana. Tujuan mereka berhijrah adalah untuk berada di samping Rasulullah s.a.w. Walaupun disediakan tempat tinggal untuk orang-orang yang berhijrah, tetapi tempat tersebut agak jauh dari masjid Rasulullah s.a.w. Kumpulan faqir miskin tadi lebih suka tinggal berhampiran dengan masjid baginda s.a.w. Oleh yang demikian baginda s.a.w mendirikan tempat menginap untuk mereka di beranda masjid. Mereka tang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w itu dipanggil ahli suffah iaitu orang yang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w. Kerja mereka adalah mempelajari wahyu dan hadis dan menyebarkannya kepada kaum Muslimin yang lain.



Ahli Sunah wal Jamaah:
Satu bentuk kefahaman dan pegangan di kalangan umat Islam yang dalam banyak perkara berbeza dengan kumpulan-kumpulan yang lain seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij.



Ahli taat:
Orang yang berpegang teguh kepada hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan menjauhi segala larangan-Nya.



Ahli tajrid:

Orang yang menyaksikan kekuasaan Tuhan ‘berjalan' pada segala perkara dan kejadian termasuklah sebab-sebab yang menghasilkan akibat-akibat. Apabila mereka melihat ‘tangan' Tuhan pada segala perkara, maka pegangan dan sandaran mereka hanyalah kepada Tuhan, tidak lagi kepada makhluk yang berjalan dalam hukum sebab musabab.



Ahli tarekat:
Orang yang mengamalkan sesuatu aliran tarekat.



Ahli tasauf:
Orang yang arif dalam bidang tasauf.



Ahli dzikir :
1.(Syath) Hamba yang dibentuk oleh Allah berdasarkan ilmu yang diterima dari Gurunya, dibentuk mempunyai hati nurani, ruh dan rasa yang selalu maqam dalam dzikir. Bertempat tinggal dalam rasa hati yang senantiasa mengingat-ngingat dan menghayati Ada dan Wujud Diri-Nya Dzat Al-Ghaib yang dirasakan sangat dekat sekali. 2. (Syath) Hamba-hamba yang disucikan, wakil Diri-Nya Ilahi karena Dia tidak pernah ngejawantah di bumi ini; secara baik mengenal DiriNya Dzat yang Al GhaibNya Ilahi. Yang hati nurani, roh dan rasanya selalu maqom pada DiriNya. Karena itu yang ter-nikmat diingat-ingat dan dihayati, juga DiriNya Satu-satunya Dzat Al Ghaib  Yang Wajib WujudNya. Tempat bertanya perihal DiriNya Yang Al Ghaib  ini. Sebagaimana tugas dan fungsinya Rosul Ilahi. (yang dalam QS. Takwir 24 difirman-kan olehNya). Bagi hamba yang dikehendaki men-dekat kepadaNya dan ada niatan hati untuk bertanya tentang keberadaan Diri-Nya.


Ahlu Bait
(ahl al bayt) (Nabi Muhammad SAW) : 1.(Syath) Orang yang mengetahui secara persis segala hal tentang apa yang ada di dalam dadanya Nabi Muhammad SAW, utamanya hubungannya dengan keberadaan DiriNya Tuhan Yang Al Ghaib, yang juga selalu diingat-ingat dihayati dan dirasa-kan dalam hatinurani, roh dan rasanya Nabi Muhammad SAW dalam melakukan apa saja, dima-na saja dan sedang apa saja.


Ahlu hal
Suatu keadaan dalam dunia sufi, iaitu orang yang merasakan nikmatnya berada dalam keadaan kesufiannya


Ahl al Haqiqah @ Hakikat
Orang-orany yang mempunyai berbagai hakikat kerohanian, mereka menempuh perjalanan yang tak kunjung henti. Dimana setiap saat, setiap waktu, setia detik mereka melihat berbagai hakikat yang baru dan segar sifatnya. Mereka dalah kelompok hamba yang tidak pernah berhenti dan beristirehat


Ahlul-qurub
1. (Syath) Ahli prihatin; yang bersung-guh-sungguh selalu berjihadunnafsi supaya darah yang mengalir dalam tubuhnya sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuh Nabi Muhammad SAW, yang aliran darah dalam tubuhnya selalu mendorong semangat hidupnya dan wataknya, supaya berhasil dalam mengikuti jejak para Malaikatul Muqorrobin.


Ahmad
Yang Paling Terpuji


Ahmadiyah
Al Ahmadiyah atau Al-Idrisiyyah adalah aliran Tarekat yang didirikan Sayyid Ahmad bin Idris Al‑Fasi (w. 1253) yang memperoleh pelajaran tasawufnya dari Sayyid Abdul Wahhab At-Tazi (w. 1131 H.), seorang sufi reformer berasal dari Afrika. Abdul Wahhab At‑Tazi ini juga guru dari Sayyid Muhammad Ali As‑Sanusi Al-Kabir (orang Barat menyebutnya the Grand Sanusi). Pendiri Tarekat Sanusiyah. Karenanya tak mengherankan jika antara kedua Thariqat ini terdapat banyak kesamaan terutama dalam ajaran-ajarannya. Sebab kedua Thariqat ini berasal dari guru yang sama.
Ada baberapa nama diberikan kepada aliran Tarekat  ini. Terkadang disebut Al-Idrisiyyah, nama yang dihubungkan dengan Sayyid Ahmad bin Idris, namun sering pula disebut Khidiriyyah, nama yang dikaitkan kepada Nabi Khidir As. Bahkan, Sayyid Muhammad Ali As-Sanusi dalam bukunya Al-Manhalu Ar‑Raawii Ar-Raaiqu fii Asaanidi Al-'Ulum wa Ushuuli At‑Thariiq menyebut Thariqat ini Muhammadiyah juga ada pula catatan yang menyebut Thariqat ini Ahmadiyah, nama yang dinisbahkan kepada Ahmad bin Idris.
Sebagaimana Tarekat Sanusiyah, Tarekat Al-Idrisiyah pun punya banyak pengikut terutama di daerah Afrika seperti Tunisia, Libia, Yaman dan sebagainya serta daerah‑daerah lainnya dan seperti Saudi Arabia, Mesir, dan lain‑lain. Adalah para jemaah haji yang sekaligus memperdalam Ilmu agama di Makkah yang sangat besar peranannya dalam penyebaran Tarekat ini. Ini terjadi karena dalam + 36 tahun Ahmad bin Idris menjadi guru di Makkah yang setiap kali mengajar selalu di ikuti banyak murid berasal dari berbagai daerah.
Di Indonesia, Tarekat Al-Idrisiyyah nampaknya kurang popular jika dibanding dengan Tarekat Tarekat lainnya, seperti Tarieat Qadiriyah, Naqsabandiyah, Syadziliyyah, Samaniyah, Tijaniah, Sanusiyyah, atau Rifa’iyah. Dalam literatur-literatur Indonesia, Tarekat ini jarang dibicarakan. Buku Pangantar llmu Tarekat (Bulan Bintang, 1985) karangan Prof. H. Abubakar Atjeh misalnya, hanya sedikit menyinggung Thariqat ini. Itupun tak secara spesifik, melainkan dimasukkan dalam pembahasan mengenai Thariqat Sanusiyah. Padahal, Tarekat Tarekat lainnya dibahas secara cukup panjang lebar.
Masuknya Tarekat Al-Idrisiyyah ke Indonesia terjadi sekitar 1930-an, oleh Asy-Syekh Al-Akbar Abdul Fattah sebagai pembawanya. la lahir di desa Cidahu, Tasikmalaya, pada 1884 M/1303 H. dan merupakan anak ke‑3 dari 10 orang bersaudara dari pasangan H. Muhammad Syarif bin Umar dan H. Rafi’ah binti Jenah. Nenek moyangnya tokoh penyebar Islam di Pulau Jawa, yaitu Sunan Derajat.


Ahwal:
Hal-hal, iaitu pengalaman-pengalaman yang berhubung dengan ketuhanan yang dialami oleh hati. Mengalami berbagai keadaan batin (Hal) Dalam pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan tentang Allah s.w.t). Oleh itu, tanpa hal tidak ada hakikat dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasauf bermakrifat melalui pengalaman tentang hakikat.

Sebelum memperolehi pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti jin. Dalam proses mencapai hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini. Kasyaf yang menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting bagi pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali sahaja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dengan rupa yang berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s. Kasyaf yang seperti inilah yang diperlukan agar seseorang itu tidak tertipu dengan tipu daya syaitan yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang hebat dan menawan sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan warak.

Bila seseorang ahli kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia untuk menerima kedatangan hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal dan menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata kurniaan Allah s.w.t yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal. Allah s.w.t memancarkan Nur-Nya ke dalam hati hamba-Nya dan akibat dari pancaran itu hati akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu suasana di dalam hati. Misalnya, pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal bahawa Allah Maha Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam hati itu tidak dapat digambarkan tetapi kesannya dapat dilihat pada tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah s.w.t dan pengalaman ini dinamakan hakikat, iaitu hati mengalami hakikat keperkasaan Allah s.w.t. Pengalaman hati tersebut membuatnya berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman yang diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan. Pengetahuan itu dinamakan makrifat. Orang yang berkenaan dikatakan bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai makrifat seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat yang tertinggi. Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara ilmu. Makrifat secara ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara secara zauk didapati tanpa belajar. Ahli tasauf tidak berhenti setakat makrifat secara ilmu malah mereka mempersiapkan hati mereka agar sesuai menerima kedatangan makrifat secara zauk.

Ada orang yang memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam tempuh yang tertentu sahaja dan ada juga yang berkekalan di dalam hal. Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan hal secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan terus hidup dengan cara hal yang berkenaan.


Aimmah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.


Ain
Zat


Ainiyyat

Seperti ais dengan air, ombak dengan laut


Ainul yakin
Pengalaman (sesuatu yang diperolehi menerusi musyahadah)


Ainul bashirah
Penyaksian bashirah adalah suautu kedaan di mana mata batin menjadi jelas dan selanjutnya penyaksiannya pun makin nterang lagi.
Tanda ainul bashirah jika enegkau menyaksikan ketiadaanmu kerana penuh dgn wujudnYa yang maha mulia: ”bahawa engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya”. Bila seseorang merasa bahawa dirinya tegak lantaran Allah, asal wuhujudnya kerana Allah, wujud keadannya lantaran pertolongan Sallah, dan ketika ia merasa bahawa setiap partikel dirinya eksisi lantaran Allah dan kudratNya, maka ia serupa dengan tidak asda. Jika sseeornag merasakan hal ini petanda bahawa ainul bashirahnya telah menjadi bashirah dan inilah yang disebut dengan basirah hakiki.

 
Akhlak :
1. Budi pekerti; watak; tabiat; 2. Disiplin yang  juga mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhan


Akhfa
Yang paling tersembunyi, Latifah Alam Hahut di Alam Amar


Akabirin
Syeikh-syeikh besar


Akidah:
Kepercayaan kepada Tuhan yang dianuti oleh seseorang.
 


Akmaliyah
Tarekat Al-akmaliyah yang diwariskan lewat hadrat Ali bin Abu Thalib. tarekat yang akan anda pelajari dari syekh siti jenar adalah tarekat al akmaliyah. “sebagaimana yang telah kujelaskan sebelumnya bahwa pertama-tama tarekat al akmaliyah tidak mengenal pir atau mursyid dalam wujud manusia karena pada hakikatnya sudah ada pada diri tiap manusia.
Kedua pir atau mursyid didalam diri manusia itulah yang disebut nur muhammad, yang akan menjadi penuntun sang salik di dalam menuju dia. karena itu, tarekat al-akmaliyah tidak mengenal wasilah dan rabithah dalam bentuk manusia. Wasilah dan rabithah dalam tarekat al-akmaliyah tidak dikenal adanya silsilah pir atau mursyid berdasar asas keturunan.
Ketiga, para salik yang berjalan melewati tarekat al-akmaliyah wajib berkeyakinan bahwa segala sesuatu termasuk tarekat ini adalah milik Allah. itu berarti, keberadaan tarekat beserta seluruh pengikutnya adalah semata-mata karena kehendak Allah. dengan demikian, para pengikut tarekat ini hendaknya tidak membanggakan diri sebagai pendiri atau penguasa tarekat.
Anda tentu pernah mendengar kisah syaikh hussein bin mansyur al hallaj yang dihukum cincang dan mayatnya di bakar oleh al-muqtadir? dia adalah pengamal ajaran tarekat al-akmaliyah. Namun, murid-muridnya kemudian mendirikan tarekat hallajiyah. itu boleh dan sah-sah saja, walaupun akhirnya Hallajiyah tenggelam karena pengikut-pengikutnya membentuk lembaga baru dengan susunan hirarki kepemimpinan rohani atas dasar seorang manusia. sementara tarekat al-akmaliyah tetap lestaari hingga sekarang.
Antara Tarekat Al-akmaliyah dan Tarekat Al-anfusiyah hakikatnya sama, hanya nama saja yang berbeda. karena, Akmaliyah berasal dari Al-kamal, yakni pengejawentahan dari al-kamal yang dibentuk oleh al-jalal dan al-jamal.

Aku Hakiki:
Apabila dikuasai oleh suasana kefanaan yang kuat seseorang itu hilang kesedaran terhadap dirinya. Dia tidak melihat lagi kepada ‘aku' dirinya, sebaliknya apa sahaja yang mengenai dirinya diisbatkannya kepada Tuhan. ‘Aku' dirinya diisbatkannya kepada ‘Aku' Tuhan yang diistilahkan sebagai Aku Hakiki.


Akhyar
Orang baik-baik , digelar kepada sufi (lihat Abrar)



Al Anasu
Hakikat al-anasu adalah muncul, bangun, sadar bersama Al-Haqq. Setiap salik yang mengalami kesadaran (al-anasu) akan bersinar dan bangkit, seperti bunga yang sedang mekar; kemu­dian mereka berbeda-beda (tingkatan kesadarannya) menurut perbedaan mereka dalam “minuman” (serapan kerohanian). Oleh karena itu, tidaklah heran bila kaum sufi mengatakan bahwa pa­ling rendahnya tingkat kedudukan al-anasu apabila yang meng­alaminya dilemparkan ke api neraka (apalagi api dunia), kemesra­annya (al-anasu) bersama Allah tidak akan terkeruhkan (terpenga­ruh) oleh panasnya api itu
Posisi kedua maqam HAIBAH DAN AL-ANASU ini berada di atas derajat (maqam) al­qabdhu dan al-basthu; sementara al-qabdhu berada di atas al-khauf dan al-basthu di atas tingkatan ar-raja’. Al-haibah lebih tinggi orang-orang yang mengalami haibah, ke-haibah-annya berbeda-beda menurut perbedaan mereka dalam ke-ghaib-annya.


Al Farqu
Syeikh Abu Ali Ad-Daqaq pernah mengatakan, al -farqu dihubungkan pada Anda, sedangkan al jam’u merupakan sesuatu yang dicabut dari Anda.” Artinya, pelaksanaan ibadah yang keberadaannya merupakan hasil upaya salik dan apa-apa yang hanya patut dengan tingkah-­polah (keadaan) kemanusiaan dinamakan farqu


Al-Bu’du
Adapun al-bu’du (jauh) adalah kekotoran diri sebab penentangan dan menyimpang dari ketaatan. Tingkatan pertama al-bu’du adalah jauh dari taufik, kemudian jauh dari hakikat, bahkan jauh dari taufik hakikatnya adalah jauh dari hakikat (kebenaran yang maka benar).


Al-Qarbu
Awal tingkatan dalam al-qarbu (kedekatan) adalah kedekatan dari sikap taat dan menetapi semua waktu yang diisi dengan ibadah-ibadah wajib.


Alam Syahadah :
Alam pengalaman yang boleh diindrai. Yang kasat mata.


Alhamdulillahirabbil ‘alamina,:
1. (Syath) Segala puji bagi Rabb semesta alam. Dengan sedar memujinya maka habislah watak ngakunya hamba, kemudian suburlah gairah mencintai DiriNya Rabb Yang menunjuk pada keberadaan DiriNya Dzat Al Ghaib Yang Mutlak WujudNya, Yang dirasakan dekat sekali dalam rasa hati. Karena itu jadilah hamba yang senang hati selalu mengingat-ingat dan meng-hayati Ada dan Wujud DiriNya Rabb Sang Pendi-dik, Sang Pelindung, Sang Pemelihara, Sang   Menguasai seluruh alam. Alam kabir maupun alam shagir yang ada dalam dada hamba yang bertaqarrub kepadaNya.
2. segala puji  hanyalah bagiNya semata, Tuhan semesta alam. Satu-satuNya yang ditaati. Sebab Dia-lah Dzat satu-satuNya yang Memiliki segala ini, yang Mendidik, Yang Memelihara dan Yang Mengalirkan rasa cinta hamba kepada DiriNya.
Namun bagi dada yang adalah jagatnya manusia; minyasal yang ada dalam jagat raya CiptaanNya, dijadikan oleh segala cipta angan-angannya. Lalu menggelapkan keberadaan DiriNya Yang Al Ghaib dan dekat sekali.. Maka Wayaqdzifuuna bil ghaibi min makaanin ba’iidin, yakni hanya menduga-duga saja pada keberadaan (Ada dan WujudNya Dzat Yang) Al Ghaib dari tempat yang jauh (Q.S. Saba’. 53).
Maka yang muncul adalah hanya wataknya yang berani ngembari Diri-Nya. Ngembari AdaNya dan ngembari WujudNya.  Dengan mengakunya pada keberadaan ada dan wujudnya dirinya. Lalu watak akunya itulah yang bermaharajalela. Dengan tutntunan nafsu untuk menghabisi nikmatnya hati mengingati DiriNya. Hingga puja dan puji yang mestinya adalah hanya layak bagi DiriNya,
Padahal dengan mengucap alhamdulillahirabbil ’alamin, bagi yang dalam dadanya ada isinya dzikir yang menghayati Keberadaan DiriNya Yang Al Ghaib, dekat sekali; akan segera menghidupkan kesadarannya    sebagai hamba yang bodoh, dungu, tuli,  hina, tidak boleh apa-apa, tidak kuat apa-apa dan tidak punya apa-apa. Kalaulah tidak karena denganNya, fadhalNya dan RahmatNya, tidak hanya , hina,  nista, dan bahkan tidak berharga. Sahdan jalan syaitanlah yang akan diikuti, lalu watak ngembari DiriNya menyatu dengan watak aku yang tak pernah disedari sama sekali.


Allah :
1. Tuhan Yang Maha Kuasa; 2. Nama yang paling agung di antara sembilan puluh sembilan nama Allah Swt., karena nama ini menunjukkan esensi yang menyatukan segala sifat Ilahiah, sehingga tidak ada lagi sifat yang tertinggal. Juga merupakan nama yang paling khusus karena tidak ada yang dapat menggunakannya untuk siapapun kecuali Dia, baik secara harafiah maupun kiasan. Allah adalah Nama Yang Serba Meliputi (al-ism al-jâmi’) yang mengandungi setiap Nama Illahi. Nama ini berarti Allah sebagaimana Dia dalam diri-Nya sendiri. 3. (Syath) Asma-Nya Zat Yang Al-Ghaib dan Wajib Wujud-Nya; (lih. Al-Ghaib).


Alam Altaf
Alam yang terlembut, alamnya para ruh, aql dan nafsu


Alam Bahut
Alam Sifat-Sifat Allah, Alam Ketuhanan.


Alam Hahut
Alam Zat Allah, Alam Ketuhanan.


Alam Jabarut
Alam Para Ruh


Alam Kabir
Makrokosmos


Alam Khalaq
Alam di bawah ‘Arasy


Alam Lahut
Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah, Alam Ketuhanan.


Alam al Latiff
Alam yang halus atau lembut. Alam ajsam yang uluwwi yang terdiri dari Arsy, Kursi,  Ruh dan juga air


Alam al Kasyif
Alam yang kasar atau jisim mulai dari Arsy hingga tujuh lapis bumi

Alam Khalq
Alam jisim dan semua jasmaniah, alam penciptaan


Alam Asrar
Alam daerah yang banyak, ia lebih besar dari yang lainnya kerana ia lebih dekat kepada alam ghaib dan alam Malakut


Alam Amar
Alam di atas ‘Arasy


Alam Safaliyyah
Alam rendah


Alam Shaghir
1. Alam kecil. Alam Shaghir mengan-dung seluruh alam dalam bentuk laten. Alam ini adalah manusia itu sendiri; 2.  (Syath) Alam tempat tajjalinya kalimat Tauhid, La Ilaha Illa Allah.


Alam Ajsam
Alam jisim. Alam benda-benda, alam jasmani


Alam al-Mulk:
 Alam nyata, alam yang mengandungi dunia di dalamnya.


Alam Arwah
Alam roh-roh di mana sekalian roh-roh yang Tuhan jadikan ditempatkan sebelum roh-roh tersebut bercantum dengan jasad atau badan.


Alam asbab:
Suasana yang pada zahirnya sangat ketara dikuasai oleh perjalanan hukum sebab dan akibat.


Alam baqa:
Suasana kerohanian selepas peringkat fana. Dalam kebaqaan hati merasakan kekal, iaitu tidak berpisah dengan Allah s.w.t.



Alam Barzakh:
Tingkat alam selepas bumbung langit rendah iaitu langit dunia. Ia merupakan sebahagian daripada peringkat alam yang dinamakan Alam Malakut Bawah. Roh orang yang jasadnya mengalami kematian dibawa keluar meninggalkan bumbung langit dunia dan ditempatkan di Alam Barzakh.



Alam Hakekat :
1. Alam kebenaran Illahi; 2. (Syath) Rasa hati yang menyadari bahwa sebenarnya yang bisa, yang kuat, yang memiliki segala ini, yang bergerak, yang berdaya dan berkekuatan, adalah DiriNya Dzat Yang Al-Ghaib.


Alam Insan
 Manusia yang bercantum rohani dan jasad.



Alam Jin:
Satu ruang di bawah bumbung langit dunia di mana ditempatkan makhluk halus seperti jin dan lain-lain.



Alam Kabir:
Alam besar, iaitu alam makhluk sekaliannya.
1. Jagad besar; 2. Alam semesta raya




Alam Langit:
 Alam selepas bumbung langit dunia.



Alam Malakut:
Alam tempat kediaman malaikat.



Alam Malakut Atas:
Bahagian alam yang tinggi, didiami oleh malaikat-malikat dan lain-lain unsur nur yang seni yang bertugas memelihara alam dan menjalankan perintah Tuhan. Alam arwah merupakan sebahagian daripada Alam Malakut Atas. Kursi dan Arasy juga termasuk di dalam bahagiannya.



Alam Malakut Bawah:

Bahagian alam selepas alam dunia didiami oleh malaikat-malaikat yang menerima tugas yang berhubung dengan alam bawah. Alam Barzakh termasuk di dalam ruang Alam Malakut Bawah.



Alam Misal:
Alam di mana unsur rohani belum bercantum dengan badan kebendaan. Alam Misal jenis ini berada di dalam Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada Alam Arwah menuju kepada peringkat Alam Nasut, di mana unsur rohani yang dari Alam Arwah itu mendapat badan masing-masing. Alam Misal merupakan perincian kepada Alam Arwah. Pada tahap Alam Misal roh-roh individu mendapat bakat-bakat dan keupayaan masing-masing, hanya menunggu giliran masing-masing mendapatkan tubuh bagi mempamerkan bakat dan keupayaan roh tersebut. Alam Misal jenis kedua berada di bawah bumbung langit dunia, sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda s.a.w melakukan Israk. Dalam Alam Misal jenis kedua ini perkara-perkara ghaib dan abstrak diberikan bentuk atau gambaran bagi melahirkan pengenalan terhadap benda dan perkara tersebut. Dalam Alam Misal inilah Rasulullah s.a.w menemui iman Masitah dalam misal sebagai bau-bauan yang sangat harum.



Alam Nasut:
Alam kebendaan di mana unsur rohani mempunyai badan masing-masing.


Alam Safali
Alam rendah (raniri


Alam Saghir:
Alam kecil, iaitu manusia atau Alam Insan.


Alam Syahadah:
Alam nyata, iaitu bahagian alam yang unsur rohani menerima badan masing-masing.


Alam Uluwwi
Alam yang tinggi


Al Awwal, Al Akhir :
1. Yang Maha Permulaan, Yang Mahaakhir; apapun yang pertama adalah pertama sehubungan dengan sesuatu dan apa yang terakhir adalah terakhir sehubungan dengan sesuatu, dan kedua hal tersebut berlawanan; 2. Salah satu Nama Indah Allah (asmâ al-husnâ).


Alawiyyah
Tarekat Alawiyyah berbeda dengan tarekat sufi lain pada umumnya. Perbedaan itu, misalnya, terletak dari praktiknya yang tidak menekankan segi-segi riyadlah (olah ruhani) dan kezuhudan, melainkan lebih menekankan pada amal, akhlak, dan beberapa wirid serta dzikir ringan.
Sehingga wirid dan dzikir ini dapat dengan mudah dipraktikkan oleh siapa saja meski tanpa dibimbing oleh seorang mursyid. Ada dua wirid yang diajarkannya, yakni Wirid Al-Lathif dan Ratib Al-Haddad. Juga dapat dikatakan, bahwa tarekat ini merupakan jalan tengah antara Tarekat Syadziliyah [yang menekankan riyadlah qulub (olah hati) dan batiniah] dan Tarekat Al-Ghazaliyah [yang menekankan riyadlah al-‘abdan (olah fisik)].
Tarekat Alawiyyah merupakan salah satu tarekat mu’tabarah dari 41 tarekat yang ada di dunia. Tarekat ini berasal dari Hadhramaut, Yaman Selatan dan tersebar hingga ke berbagai negara, seperti Afrika, India, dan Asia Tenggara (termasuk Indonesia).
Tarekat ini didirikan oleh Imam Ahmad bin Isa al-Muhajir – lengkapnya Imam Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir — , seorang tokoh sufi terkemuka asal Hadhramat pada abad ke-17 M. Namun dalam perkembangannya kemudian, Tarekat Alawiyyah dikenal juga dengan Tarekat Haddadiyah, yang dinisbatkan kepada Sayyid Abdullah al-Haddad, selaku generasi penerusnya. Sementara nama “Alawiyyah” berasal dari Imam Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir.
Tarekat Alawiyyah, secara umum, adalah tarekat yang dikaitkan dengan kaum Alawiyyin atau lebih dikenal sebagai saadah atau kaum sayyid – keturunan Nabi Muhammad SAW – yang merupakan lapisan paling atas dalam strata masyarakat Hadhrami.
Karena itu, pada masa-masa awal tarekat ini didirikan, pengikut Tarekat Alawiyyah kebanyakan dari kaum sayyid (kaum Hadhrami), atau kaum Ba Alawi, dan setelah itu diikuti oleh berbagai lapisan masyarakat muslim lain dari non-Hadhrami.
Tarekat Alawiyyah juga boleh dikatakan memiliki kekhasan tersendiri dalam pengamalan wirid dan dzikir bagi para pengikutnya. Yakni tidak adanya keharusan bagi para murid untuk terlebih dahulu diba’iat atau ditalqin atau mendapatkan khirqah jika ingin mengamalkan tarekat ini.
Dengan kata lain ajaran Tarekat Alawiyyah boleh diikuti oleh siapa saja tanpa harus berguru sekalipun kepada mursyidnya. Demikian pula, dalam pengamalan ajaran dzikir dan wiridnya, Tarekat Alawiyyah termasuk cukup ringan, karena tarekat ini hanya menekankan segi-segi amaliah dan akhlak (tasawuf ‘amali, akhlaqi). Sementara dalam tarekat lain, biasanya cenderung melibatkankan riyadlah-riyadlah secara fisik dan kezuhudan ketat.
Oleh karena itu dalam perkembangan lebih lanjut, terutama semasa Syekh Abdullah al-Haddad – Tarekat Alawiyyah yang diperbaharui – tarekat ini memiliki jumlah pengikut yang cukup banyak seperti di Indonesia.
Bahkan dari waktu ke waktu jumlah pengikutnya terus bertambah seiring dengan perkembangan zaman. Tarekat Alawiyyah memiliki dua cabang besar dengan jumlah pengikut yang juga sama banyak, yakni Tarekat ‘Aidarusiyyah dan Tarekat ‘Aththahisiyyah.

Al ’ilm
Ilmu


Al hilm
Amarah


Al khudu’
Merendahkan diri


 Aliyy :
1. Yang Maha Tinggi; Dia yang di atas kedudukan-Nya tidak ada lagi kedudukan yang lain, dan semua kedudukan ada di bawah-Nya. 2. Salah satu Nama Indah Allah (asmâ al-husnâ).


Aliyah
Yang tinggi

 
Amal salih:
Kebaikan yang dilakukan kerana mentaati perintah Allah s.w.t dan dilakukan dengan ikhlas.



Ammarah:
Nafsu ammarah. nafsu amarah,sifat jiwa yang selalu condong pada keburukan



Amr:
Urusan atau Perintah Tuhan, iaitu suasana tiada pilihan melainkan menjalankan dengan tepat apa yang Tuhan telah tentukan. Semua maklumat yang lengkap dan terperinci sudah dibekalkan pada amr Tuhan. Ia juga dibekalkan dengan bakat dan keupayaan untuk menyatakan maklumat yang ada padanya.




Ana al Haqq
Ertinya  ”Aku adalah Kebenaran”. Ini adalah ucapan yang memabukkan, oleh seorang sufi yang bernama Al Hallaj, Dia dikecam keras oleh para ulama yang mengatakan ucapan-ucapannya sebagai bidaah. Dia juga, dikecam oleh kaum sufi yang menganggapnya telah mengungkapkan sesuatu yang semestinya tidak boleh diungkapkan dikhlayak ramai.


Ansar:
Penolong agama Allah s.w.t dengan jiwa dan harta mereka. Mereka berkhidmat dan berkorban untuk agama Allah s.w.t dalam semua bidang tanpa kepentingan diri sendiri. Mereka sanggup berpisah dengan pemilikan mereka demi membantu saudara-saudara Muslim dan demi jihad pada ja lan Allah s.w.t.


Aqil
Orang yang berakal
Pengertian pertama, kadangkala ditujukan dan dimaksudkan dengan akal itu: pengetahuan tentang hakekat segala keadaan.
Maka akal itu, ialah ibarat dari sifat-sifat ilmu, yang tempatnya terdapat dalam hati. Pengertian yang kedua ialah: yang memperoleh pengetahuan itu. Itu adalah “hati”, yakni yang halus itu.

Kita mengetahui, bahwa tiap-tiap orang yang berilmu, maka ia memiliki wujud pada dirinya, yaitu: pokok yang berdiri dengan sendirinya. Ilmu adalah suatu sifat yang bertempat padanya. Ia (sifat) bukanlah benda yang disifatkan. Seringkali akal itu diartikan: sifat orang yang berilmu. Kadang-kadang pula: tempat pengetahuan, yakni: yang mengetahui barangkali inilah yang dimaksud dengan sabda Nabi Muhammad saw:

“Awwalu maa khalaqallaahul ‘aqlu.”

Artinya: “Yang pertama dijadikan oleh Allah adalah akal.”

Sesungguhnya ilmu itu ialah sifat (‘Aradl), yang tidak tergambar bahwa dia itu adalah makhluq yang pertama. Akan tetapi, tidak boleh tidak, bahwa tempat itu yang dijadikan sebelum ilmu atau bersama ilmu. Karena itu tidak mungkin ditujukan perkataan kepada ilmu. Dalam salah satu riwayat, Allah Ta’ala berfirman kepada akal: “Menghadaplah!” lalu ia menghadap. Kemudia Allah berfirman kepada akal: “Membelakanglah!” lalu ia membelakang.....(al-hadits).

Jadi, sesungguhnya telah terbuka bagi kita, bahwa pengertian nama-nama tersebut itu ada. Yaitu hati jismani (hati yang berbentuk jisim), roh jismani (berbentuk jisim) nafsu syahwat dan ilmu.

Inilah empat pengertian yang ditujukan empat “kata.” Dan pengertian kelima, yaitu: yang halus dari manusia, yang mengetahui dan merasa. Dari perkataan yang empat itu keseluruhannya, banyak sekali yang datang pemakaiannya pada yang halus itu.

Jadi perkataan empat mengandung lima pengertian. Tiap-tiap perkataan, ditujukan kepada dua pengertian. Kebanyakan ‘ulama telah meragukan mereka, perbedaan kata tersebut dan kebiasaan pemakainya. Karena itu Anda akan melihat mereka, mengemukakan tentang goresan-goresan hati (al khawathir).

Mereka lalu mengatakan: ini goresan akal, ini goresan jiwa, ini goresan hati, dan ini goresan nafsu (diri). Orang yang memperhatikan, tidak akan tahu perbedaan-pengertian nama-nama itu. Guna menyingkap tabir dari yang demikian itu, maka kami telah mendahulukan dalam menguraikan nama-nama tersebut.

Bila perkataan qalbu (hati) tersebut didalam Al Qur’an dan Sunnah, maka yang dimaksudkan ialah pengertian yang dipahami dari manusia dan yang mengetahui akan hakekat sesuatu. Kadang-kadang dengan bahasa sindiran (kinayah), disebutkan hati itu, akan tetapi yang didalam dada, karena di antara yang halus itu dan antara jisim hati, ada kaitan khusus. Dan yang halus itu, walaupun ada sangkut pautnya dengan seluruh tubuh dan dipakai untuk seluruh tubuh, akan tetapi ia bersangkutan dengan tubuh itu, dengan perantara hati.
Oleh karena itu, yang pertama sangkutannya dengan hati. Seakan-akan hati itu merupakan tempatnya dari yang halus (lathif) tersebut, baik kerajaannya, alamnya dan binatang kendaraannya. Karena itu, maka Sahl At Tusturi menyerupai hati dengan ‘Arasy dan dada dengan Kursy. Ia mengatakan: hati itu ialah ‘Arasy, sedang dada itu ialah Kursy. Tak seorang pun menyangka, bila ia berpendapat , bahwa itu ‘arasy Allah dan Kursy-Nya, karena demikian adalah mustahil.

Ia bermaksud bahwa hati itu kerajaan-Nya serta saluran pertama untuk mengatur dan memperlakukannya. Maka keduanya (hati dan dada) dibandingkan kepada manusia, adalah ibarat ‘Arasy dan Kursy dibandingkan kepada Allah Ta’ala. Penggambaran semacam ini tidaklah lurus, kecuali ditinjau dari beberapa segi. Uraian ini tidak relevant dengan tujuan kita sekarang. Maka dari itu hendaklah kita lampaui saja.
Akal, yang dalam istilah agama dan al-Qur’an adalah malaikat, adalah sebuah substansi yang mujarrad (non materi) sempurna, baik secara dzat maupun secara perbuatan. Dia bukan saja non materi dan non jasmani, bahkan juga tidak membutuhkan keberadaan badan atau jasmani untuk melakukan aktifitas-aktifitasnya, walaupun hanya sebagai sarana saja, baik di alam tabiat (alam materi) maupun di alam metafisik. Eksistensi non materi semacam ini dinamakan juga dengan “eksistensi non materi sempurna”.
Tentu saja, eksistensi yang non materi murni ini tidak boleh disalah artikan dengan akal manusia yang dipergunakan untuk berpikir dan merupakan salah satu dari fakultas jiwa mereka, meskipun jiwa manusia pada tahapan ta’aqqul (pemahaman universal, intelektual) memiliki hubungan dan berinteraksi dengan eksistensi-eksistensi non materi dan alam akal ini, serta bisa menggapai alam tersebut sesuai dengan kapabilitas wujudnya.
Dalam sistem eksistensi, terdapat sebuah alam yang bernama “alam akal” dan alam ini merupakan perantara bagi terbentuknya alam yang lebih bawah.
Nah sekarang, eksistensi terbaik dari akal tidak lain adalah apa yang disebut dengan “akal pertama” kadangkala disebut pula dengan “ciptaan pertama” yang tunggal dan aktual, dan tidak bergantung pada materi, waktu, dan tidak memiliki potensi.
Akal pertama ini dalam menciptakan dan memberikan pengaruh tidak membutuhkan sesuatupun selain pada dzat suci Ilahi. Di dalam akal pertama, seluruh kesempurnaan Tuhan akan nampak dan termanifestasi. Eksistensi ini merupakan makhluk yang paling sempurna di antara makhluk-makhluk yang ada, dan dia merupakan eksistensi yang paling mulia, paling tinggi, paling tidak berangkap, dan paling kuat di antara eksistensi-eksistensi lainnya.
Akan tetapi, pada waktu yang bersamaan akal pertama ini juga merupakan sebuah wujud dan eksistensi yang fakir, membutuhkan dan bergantung secara mutlak pada Wujud Wajib


Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya.
Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.


Aql (Akal)
 1. Akal; 2. Pandangan yang lahir dari penafsiran yang didasarkan akal.
Menurut Imam al-Ghazali, kata al-‘aql memiliki empat hakikat, yaitu :
         Pertama, sesuatu yang siap menerima pengetahuan teoretis dan mengatur kepandaian berpikir yang tersembunyi.
         Kedua, pengetahuan yang ada pada diri manusia sejak usia anak dapat menentukan yang mungkin bagi yang perkara yang mungkin dan mustahil bagi yang perkara yang mustahil. Pengertian ini, hematnya, sama dengan hati, yaitu perasaan halus (lathifah).
         Ketiga, pengetahuan yang diperoleh dari pengalaman /empirik.
         Keempat, kekuatan gharizah (instink) untuk mengetahui konsekuensi berbagai masalah dan menahan keinginan untuk mendapatkan kelezatan sesaat.



Arasy:
Sempadan yang memagari semua kejadian Tuhan. Apa sahaja yang Tuhan ciptakan berada di dalam pagar Arasy. Tidak ada satu pun kejadian Tuhan, baik yang nyata, yang ghaib atau yang tersembunyi berada di luar Arasy. Arasy merupakan hijab yang kukuh. Tidak ada makhluk yang berupaya menembusi Arasy untuk berdampingan atau bersekutu dengan Tuhan, walaupun makhluk itu merupakan malaikat yang paling tinggi darjatnya. Ilmu makhluk juga tidak mampu menembusi Arasy walaupun ilmu malaikat yang paling mulia. Arasy adalah daripada unsur nur yang paling latif atau paling seni, lebih seni daripada nur yang menjadi zat kejadian malaikat Jibrail. Oleh sebab itu Jibrail tidak berupaya untuk mengikuti Rasulullah s.a.w memasuki alam Arasy. Nabi Muhammad s.a.w berupaya berbuat demikian kerana roh baginda s.a.w adalah juga daripada unsur nur yang paling latif yang bersesuaian dengan Nur Arasy.



Arasy  Yang Agung
Sempadan Arasy yang paling luar. Ia merupakan kejadian Tuhan yang paling besar. Ia dinamakan juga kulit atau kerangka alam.



Arasy Yang Meliputi:
Sempadan Arasy yang paling luar. Ia merupakan kejadian Tuhan yang paling besar. Ia dinamakan juga kulit atau kerangka alam.


Arif :
1. Orang yang mengetahui dan mengenal Allah. Dia adalah manusia utuh dan sempurna. Sang arif telah dianugrahi Pengetahuan Illahi (ma’rifah);  2. Orang yang sadar dan bijaksana. Tuhan telah membuat sang arif menyaksikan dirinya sendiri (mafsahu), sehingga keadaan-keadan spiritual pun termanifestasikan dalam dirinya.


Arifbillah:
1. Orang yang sangat mengenal Allah. Orang yang telah memenuhi tujuan penciptaannya. Dia telah menyucikan dirinya dan siap menerima pengetahuan mistik tertinggi berupa Pengetahuan tentang Allah.

Orang yang mengenal Allah s.w.t dan memiliki ilmu ketuhanan yang mendalam.
Adalah orang yang mengenal Allah dan mengenal hamba dan dapat membezakan antara  makhluk dan ketuhanan serta mampu musyahadah di dalamnya.
Dikatakan juga, oarng yang ahli/bijak tentang Allah atau ketuhanan iaitu orang yang mengetahui Zat. Sifat,asma dan afaal secara terpisah, serta dalam hubungan satu sama lain dengan keadaanya/hal. Dan bukan semata-mata membincangkan masalah tersebut. Iaitu orang yg sudah lebur di dalam karifat atau irfan atau
pengetahuan tentang Allah.


Ariffin:
Arifbillah , Orang-orang arif.
1. Orang “mengenal Allah”; 2. Orang yang mengetahui dan mengenal Allah, menyaksikan dan mengenal Allah ke manapun mereka mengadap/menatap. Mereka adalah orang yang kebingungan karena telah menemukan Allah.


Arwah
ruh-ruh

 
Asbab:
Perjalanan dan keberkesanan hukum sebab musabab sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.


Aslim:
Sifat orang Islam, iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t. Orang yang berserah diri kepada Tuhan melakukan sesuatu menurut peraturan yang Tuhan tetapkan. Mereka juga mengambil manfaat daripada keberkesanan sistem sebab musabab yang Tuhan tentukan tetapi mereka tidak lupa kepada Kuasa Mutlak yang menguasai sistem tersebut. Oleh yang demikian mereka tidak berpisah dengan sifat sabar, tawakal dan redha.


Asl al Khalqah
Asal Penciptaan


Asma'
Nama, biasanya yang dimaksudkan ialah nama Tuhan.
Bentuk jama'(sebutan banyak) dari'ism' iaitu rangkaian doa yang sebagian besar berisi nama nama Allah yang indah atau ayat ayat tertentu yang diambil dari Alqur'an dan diyakini memiliki kekuatan koduratnya .Lazimnya asma dipakai untuk menyebut doa - doa yang berkaitan dengan ilmu kesaktian.

Asma i ilahi
Nama-nama Allah

 
Asma i Kiyani
Makhluk (yang dijadikan)

 
Asma I Thubuti
Nama-nama (dengan nyanf dinama) menunjukkan sifat sifat positif sperti berkuasa, mengetahui


Asma I Salabi
Nama-nama yag menunjukkan kekurangan sifat sifat seperti suci, kudus


Asmâ’ al-husnâ :
Nama-nama Allah Yang Paling Indah. Allah memberitahukan dalam Al Qur’an bahwa Dia mempunyai Nama-nama Yang Paling Indah. Inilah Nama-nama Kesempurnaan (kamâl)-Nya yang mencakup Keagungan (jalâl) dan Keindahan (jamâl)
Nama nama Allah yang indah. Dalam Islam dikenal 99 nama Tuhan yang merupakan esensi dzat Yang Maha Suci. Jika asma Allah dihafal kemudian disebut berulang ulang baik dengan hitungan tertentu atau tidak maka lazim disebut dzikir


Asy-Syaththoor :
Hamba yang ditarik fadhal dan rahmat-Nya telah dapat mengeluarkan dari dalam hatinya semua hal tentang dunia, hingga yang tetap dalam hatinya hanyalah Diri-Nya Tuhan Zat Yang Al-Ghaib dan Wajib Wujud-Nya, Allah Asma’Nya.


Asyghal
Latihan sufi, misalnya duduk dengan cara tertentu tarik nafas La ilaha dan diarahkan kepada hati dengan Illa llah dan lain-lain. Dalam Sultanaul asyghal, Nabi saw memerhati dengan telingamua dalam Gua Hira' selama 6 tahun dan didengarnya suara, hingga malaikat Jibrail hadir di hadapannya


Asyikin:
Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya.
Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titisan hujan memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Allah s.w.t.

Orang yang mendapat asyik dengan hal ketuhanan seperti nama dan sifat-Nya. Orang yang asyik dengan satu-satu nama Tuhan akan melihat kenyataan nama tersebut pada apa sahaja yang dia pandang. Penyaksian yang demikian melahirkan kelazatan dan kepuasan pada jiwanya. Begitu juga keadaan orang yang asyik dengan sifat Tuhan.


Auliya’ :
1. Para wali Allah; 2. Jamak dari kata wali. Suatu derajat spirititual tertinggi setelah rasul dan nabi. Auliya’ adalah para kekasih Allah Swt. Dalam Al Qur’an disebutkan, “ingatlah, sesungguhnya para kekasih Allah itu tidak pernah takut dan tidak pernah susah.” Para wali memiliki maqam bertingkat-tingkat sesuai dengan kehendak Allah


Aurad
Himpunan Wirid-wirid.


Autad
Para Tonggak
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya.
Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelosok bumi.

Empat Wali Autad masing-masing menguasai empat penjuru angin, dilihat dari Kaabah. Sebagian dari mereka adalah perempuan. Masing-masing punya gelaran, yakni: Abdul Hayyi, Abdul ‘Alim, Abdul Qadir, dan Abdul Murid. Menurut Ibnu ‘Arabi, autad dipegang oleh empat nabi, yakni Idris, Isa, Ilyas dan Khidir. Salah satu dari keempat nabi ini adalah Kutub. Salah satunya adalah tiang dari Rumah Agama, yang berhubungan dengan hajar aswad di Kaabah. Dua lainnya adalah Imam. Keempatnya bergabung menjadi  autad-autad dunia. Melalui merekalah Allah melindungi dan memelihara kewalian, kenabian dan risalah wahyu, serta kemurnian agama (din). Yang menarik di sini adalah keempat nabi itu diyakini masih hidup, dalam arti belum meninggal secara fisik. Idris dan Isa diangkat oleh Allah ke surga, sedangkan Ilyas dan Khidir masih berada di bumi tetapi tersembunyi dan hanya diketahui oleh orang-orang tertentu. Idris berada di posisi tengah tujuh planet dan menempati maqam Kutub dunia. Dua Imam adalah Isa dan Ilyas. Dan Khidir adalah autad keempat yang berkaitan dengan Kaabah.


Ateis:
Orang yang tidak percaya kepada Wujud Tuhan.


Athar:
Benda-benda yang Tuhan jadikan dan letakkan kesan padanya.


Attakiyah :
1. Menyembunyikan kebenaran dalam jangka waktu tertentu hingga kebenaran tersebut siap untuk diungkapkan. 2) Menyimpan pa-ham kebenaran terhadap keberadaan ilmu yang seharusnya selalu diingat-ingat, dihayati, dan dirasakan oleh hatinuarani, roh dan rasa terhadap Keberadaan DiriNya Dzat Yang Al Ghaib dan Wajib WujudNya, Allah AsmaNya, amat sangat dekat sekali hingga sebenarnya amat sangat nikmat dan indah diingat-ingat dan dihayati dalam rasa hati.


Attaqwa Hahuna :
Hamba yang menyungkur dalam sujudnya selalu bertasbih dan memuji Kebe-saran Tuhannya serta sama sekali tidak menyom-bongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, beristigfar dan bersalawat mejelang qiyamul-laili yang dikerjakannya dengan niatnya, dengan rasa takut dan harapnya dalam berdo’a disertai ikhlasnya dalam menafkahkan pemberian-Nya.
.


A’yan
Bentuk-bentuk fikiran tentang kemungkinannya sendiri dalam ilmu Allah atau bakat-bakat


A’yan Farijah
Alam ajsam (NASUT / alam Mulki)


A’yan ats Sabitah
Al-A’yan ats-Tsabitah secara harfiah berarti entiti-entiti yang tetap . Al-A’yan bentuk jamak dari 'ain berarti entiti dan ats-Tsabitah berarti tetap, tidak berubah-ubah. Disebut entiti-entiti tetap karena keberadaannya masih bersifat potensial dan tersembunyi dalam pengetahuan Tuhan.

Berbeda dengan level alam yang sudah merupakan keberadaan konkret atau aktual. Keberadaan yang terakhir ini tidak lagi disebut entitas tetap karena sudah bersifat aktual dan menerima perubahan. Keberadaan potensi dan keberadaan aktual di sini tidak bisa disamakan dengan konsep Platonisme yang juga mengenal dunia ide dan dunia nyata.

Konsep Al-A’yan ats-Tsabitah mempunyai beberapa tingkatan. Bermula dari ta’ayyun pertama (al-Ta’ayyun al-Awwal) ialah level Wahidiyyah yang merupakan manifestasi dari Ahadiyyah. Dari kesadaran diri Al-Haq di level Ahadiyyah kemudian melahirkan level Wahidiyyah.

Di level inilah dikenal konsep Al-A’yan ats-Tsabitah yang sebenarnya berbicara banyak tentang bentuk Ilmu Tuhan (Ilmiyyah Al-Haq) yang biasa juga disebut dengan Al-Shuwwar al-‘Aqliyyah dan form tentang nama-nama Tuhan (Al-Asma’ Al-Haq). Dengan menguasai konsep Al-A’yan ats-Tsabitah diharapkan memudahkan kita memahami alam dan diri kemanusiaan kita yang dikenal sebagai makhluk termulia (ahsan taqwim).



A’yan Tsalasa
Alam Roh/Alam Arwah/Nur Muhammad


Ayat :
1. Tanda, pengajaran dan urusan yang meng-herankan; 2. Alamat, tanda, sesuatu yang ajaib, mukjizat, teladan dan ayat Al-Qur’an; 3. Tanda-tanda dan kejadian yang terdapat dalam alam ini yang membuktikan bahwa Tuhan itu Ada, Esa, Ku-asa dan Bijaksana; 4. Berkenaan dengan kekuasaan Allah, mempunyai arti: a. Ayat-ayat yang tertuang dalam Al-Qur’an atau teks lafal-lafal Kalamullah, b. Ayat-ayat kawniyat (lih. Ayat Kawniyat).


Ayat Bayyinat :
1. Ayat-ayat terbuka; 2. Ayat yang isinya adalah perintah yang jelas dan setiap orang dapat membaca dan memahaminya.


Ayat Kawniyat :
 tanda-tanda kekuasaan Allah yang ter-wujud dalam hamparan alam semesta dengan segala isinya.


Ayat Mutasyabihat :
 1.Ayat-ayat yang sarat makna, sehingga dapat ditafsirkan menurut cara yang ber-beda.


Ayat Qawliyah :
1. Tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditulis dalam kitabullah lewat para Rasul-Nya.


Ayniyyat
Sama: Seperti ais dengan air , ombak dengan lautan


Azali:
Suasana Pentadbiran Tuhan atau yang berada pada sisi Tuhan, yang tidak ada permulaan.


Tiada ulasan: