SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)
(bermula
fasal) yang ketiga pada menyatakan tauhidus sifat (ya’ni) mengesakan allah
ta’ala pada segala sifat berdiri ia pada zat allah itu
iaitu ‘Ibarat daripada fana’ segala sifat makhluk sama ada sifat
dirinya atau lainnya sekeliannya fana’ ia di dalam sifat allah
(bermula
kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa
engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan ‘itiqadmu
bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat
dan irodat dan ilmu dan hayat dan sami’ dan basar dan kalam sekeliannya itu
sifat allah ta’ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala
sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan allah zat allah ta’ala jua
dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala
sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya
sifat allah ta’la jua
(maka
apabila) tahqiqlah memandangmu dengan
yang demikian itu nescaya fana’lah segala sifat makhluk itu di dalam sifat Allah ta’ala
ya’ni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran Allah dan tiada melihat
ia melainkan dengan penglihat Allah ta’ala dan tiada tahu ia melainkan dengan
tahu Allah ta’ala dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat Allah ta’ala dan
tiada berkata2 ia melainkan dengan kalam Allah ta’ala jua hingga
yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat Allah ta’ala
jua
(bermula)
dalil yang menunjukan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian
sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat allah ta’ala jua iaitu
firman allah
ta’ala didalam hadis qudsi
ertinya ”Tiada menghampirkan olih segala
orangyang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan
barangyang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan diarinya
kepada aku itu dengan mengerjakan segala ‘ibadat yang sunat hingga aku kasih
akan dia maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang
mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan
lidahnya berkata2 ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya
yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia”
Dari Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
" Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman :
Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya
aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang
bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari
ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu
sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku
telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar
dengannya, dan sebagai penglihattannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai
tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan
dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan
sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia”
(shahadan) bermula kifiyat
tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq allah ta’ala itu bahawasanya
hamba mendengar itu dengan allah maka fana’lah daripada segala keadaan
mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang
satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya
hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan ‘atho’ dan mani’ maka
tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya
menerima daripada sifat allah ta’ala jua kemudian daripada sudah hapus segala
sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia
bahawasanya ia jua yang bersifat haiyun maka fana’lah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah
bahawasanya tiada yang hidup hanya allah ta’ala jua maka apabila hasillah
bagimu maqam fana’ ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa’ bi sifat illah
maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah
akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau
pada ketika itu fana’ fi sifat illah dan baqa’ bi sifat illah dan memberi tahu allah ta’ala akan dikau
pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.
(shahadan) pada maqam al baqa’ ya’ni maqam tauhid al sifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia’ dan aulia’ dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia’ dan aulia’ yang dibawah qidamnya
(shahadan) pada maqam al baqa’ ya’ni maqam tauhid al sifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia’ dan aulia’ dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia’ dan aulia’ yang dibawah qidamnya
(shahadan)
faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada
tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula
supaya tamkin dan tetap ia dengan yang
satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah
daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat
kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi
tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu di dalam hati maka apabila
sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah allah ta’ala di dalam bumi ini dan
menjadikan allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala
hambanya seperti nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini
seperti
firman allah ta’ala yang tersebut didalam alquran
ertinya
“Tatkala
berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan
didalam bumi itu akan seorang kholifah”
(ya’ni) yang
menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada
menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala
asma’ sekeliannya
seperti
firman allah ta’ala
ertinya “Dan telah mengajari allah ta’ala
akan nabi allah adam akan segala asma’ sekeliannya”
dan lagi
menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan
segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran
daripada allah ta’ala kerana jadi kholifahnya seperti
kata
setengah ‘ariffin billah
ertinya “Barang siapa mengenal ia akan allah ta’ala
dengan sebenar2 pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun”
dan lagi
menganugerahi allah ta’ala akan dia itu akan ilmu laduni
iaitu ilmu yang diilhamkan allah ta’ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin
daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap
yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan
‘alim yang sebenarnya
seperti kata
Abu Yazid Albustami qadassallahu sirrahu:
“Dan lainnya bukannya orang yang ‘alim itu orang
yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan
itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang ‘alim sebenarnya itu iaitu
orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang
dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang
dinamakan al‘alimu ar rabbani
dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman allah ta’ala (علّمنا من لدنا علما)
ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami”
(ya’ni)
dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah
berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu
laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab
yang menghasilkan akan dia pada khorij
kata Abu Yazid Albustami qadassallahu sirrahu bagi
segala ulama’ zhohir pada khasnya
ertinya “Kamu
ambil akan ilmu kamu hai ulama’ az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat
dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati
intiha’ demikianlah hasil yang disebutkan olih imam alghazali di dalam ihya
ulumuddin”
(adapun)
pada maqam ini melihatlah ia
segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya
segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia allah
ta’ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala
alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan
anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang
tersebut
di dalam
alquran firmannya
ertinya “Sekeliannya kami anugerah ia akan mereka itu
dan mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada
maqam ini”
Mendengar ia
akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin
iaitu ‘ibarat daripada hathir hati
samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya
didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam
ini pada aulia’ allah ta’ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah
allah ta’ala dan rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut
yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia
(dan)
bersungguh2 lah engkau pada memintak doa kepda allah subhanahu wata’ala kerana
allah subhanahu wata’ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti
firman allah ta’ala (أدعوني أستجب لكم)
ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu
(shahadan) bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya
(kata)
ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya
segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan
qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada
zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah allah ta’ala qodirun biqudrotih muridun
bi irodatihi dan alimun biilmihi
haiyun bihayatihi samiun bisam’ihi dan basirun
bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi
(dan) kata ulama’ ahlu Attassawuf ya’ni ‘Ariffin
billah qadassallahu asrarrahum :
”Bahawasanya segala sifat itu diri mausufya’ni diri zat maka
atas qaul ini adalah
allah ta’ala qodirun bizatihi
dan muridun bizatihi
dan alimun bizatihi
dan samiun bizatihi
dan basirun bizatihi
dan mutakallimun bizatihi
tiada lainnya
(dan kata) Syechuna Al’arif billah Maulana as Syech
Siddiq Ibni Umar Khan Talmiz
almarhum Alqutub ar Rabbani Maulana as Syech Muhammad bin Abdul Karim as Saman
almadani rodiallahu anhuma
(bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu
diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah
kerana qaul ini sabit pada mereka itu
ya’ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu
sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah ta’ala akan merekaitu
dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih merekaitu akan sifat
itu berdiri kepada ma’ni yang qoimun ia
kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu
berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal
jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah ta’ala
itu majhul yang berkehendak kepada sifat
yang mengenalkan dia maha suci allah ta’ala daripada yang demikian itu tetapi
adalah ia terlebih ma’rifah daripada segala yang ma’rifah (bermula) qaul yang
mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia
atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan ‘itiqad
iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq
maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu
seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka
tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu
qudrah ya’ni bahawasanya qodirun itu isim fa’il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat
lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu
dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua
(dan lagi)
qaul terupa yang demikian itu pada ‘itiqad kita sebelum lagi sampai kepada
maqam mukafahah ya’ni berhadapan dan
musyahadah ya’ni berpandangan
(adapun)
jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat
disana sifat ini lain daripada saufun
intiha’ dimithalkan seperti seorang orangyang dicari umpamanya dikhabarkan olih
seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya
bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka ‘itiqadkan olih orangyang
belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orangyang
pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu
kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah
pada ‘itiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali2 dirupakan olih
akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka
dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia kenegeri mekah umpamanya
terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua
hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka
hilanglah pada ketika itu ‘itiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada
hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu
tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri kepada kepada lainnya daripada
hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam
(soal) jika
ditanya orang apa perbezaaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab mu’tazillah
(jawab)
bahawasanya mazhab mu’tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat
tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu ‘itiqadkannya
dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka
dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air maha tinggi allah ta’ala
daripada sangka mu’tazillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat
besar
(shahadan)
bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka tatkala sudah habis segala tajalli
sifat itu di dalam hati maka dianugerahkan allah ta’ala akan dia pada ketika
itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki allah
ta’ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang
diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala
maqam ariffin wassalam
KAMUS TAUHID SIFAT
atho’ (عطاء) @
memberi @ menganugerah ( khayalan, fantasia, waham, maya, sangkaan, dualisma
keberadaan)
Bashar (بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2 avatar
baqa’ bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal
Fana’ (فناء) @ binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujud
baqa’ bi sifat illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhanan
haiyun (حىّ) @ hidup @ berfungsi
Ilmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal sesuatu
Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhi
Kalam (كلم) @ berkata @ berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibir
Mani’ (مانع) @ melarang @ menghalang dari memberi
Tajalli (تجلّى) @ menyatakan keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh
Tajrij (تدريج) @ satu demi satu
Bashar (بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2 avatar
baqa’ bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal
Fana’ (فناء) @ binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujud
baqa’ bi sifat illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhanan
haiyun (حىّ) @ hidup @ berfungsi
Ilmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal sesuatu
Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhi
Kalam (كلم) @ berkata @ berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibir
Mani’ (مانع) @ melarang @ menghalang dari memberi
Tajalli (تجلّى) @ menyatakan keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh
Tajrij (تدريج) @ satu demi satu
al‘alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ) memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanan
anbia’ (أنبياء) nabi2 @ pemberita2 @ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agama
aulia’ (أولياء) wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada tuhan
kholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakang
khorij (خارج) luar @ tidak dari dalam
laduni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa menuntut dari mana pihak
masyaih (مشائح) guru2 kerohanian
qidam (قدم) telapak kaki @ dibawah hiraki
tamkin (تمكين) keadaan
talqin (تلقين) ajaran @ pimpinan @tunjuk ajar
wasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah
hathir (حطر)
bisikan @ goyangan @ detak- detik
jabal khof (جبل قاف) bukit khaf
warid (ورد) kehendak @ ya'ni @ dimaksudkan @ tujuan
jabal khof (جبل قاف) bukit khaf
warid (ورد) kehendak @ ya'ni @ dimaksudkan @ tujuan
faifham (فإفهم)
maka fahamkanlah
'itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutan
istiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkan
jazam (جزم) berpegang teguh @ menetap
kasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realiti
majhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kan
masdar (مصدر) nama terbitan @ pronoun
mukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakan
mu'tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu'awiyah bin abu sofyan
musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapi
mushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)
qodim (قدم) dari awalan tanpa awalan
qoimun (قائم) berdiri sendirian
sabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahan
sakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2an
rosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logika
sifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipati
talmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkaji
tanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatu
zat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi
'itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutan
istiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkan
jazam (جزم) berpegang teguh @ menetap
kasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realiti
majhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kan
masdar (مصدر) nama terbitan @ pronoun
mukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakan
mu'tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu'awiyah bin abu sofyan
musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapi
mushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)
qodim (قدم) dari awalan tanpa awalan
qoimun (قائم) berdiri sendirian
sabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahan
sakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2an
rosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logika
sifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipati
talmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkaji
tanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatu
zat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan