SYEIKH MUHAMMAD
NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)
Bermula
fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma’ ertinya
mengesakan allah ta’ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan
(shahadan) bermula kifiyat
mengesakan Allah ta’ala pada segala asma’nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud
dengan matahatimu bahawasanya segala asma’ itu kembali kepada ia kepada esa
allah ta’ala
ya’ni segala yang bernama di dalam alam ini
sekeliannya menzhohir asma’ iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada
yang maujud itu pada haqiqat hanya allah ta’ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua
dengan dinisbahkan kepada allah ta’ala maka sebab itulah kembali segala asma’ itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu
wata’ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma’ dan zhohir ia dengan dia
itu satu jua ya’ni bahawasanya segala asyia’ itu
kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir
dengan segala asyia’ itu satu jua daripada tiada itihad
dan hullul maha tinggi allah ta’ala
daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun
dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir
kepada faham jua
(ada pun) Allah subhanahu wata’ala itu maha suci dan
maha tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu
seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau
maka dihantarkan akan dia di antara bumi dan cahaya benderang matahari maka
betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi
itu dengan warna nama tiap2 sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal
benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada
bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan
segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua
(maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara
yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta’ala akan dikau pada barangyang
engkau dapat akandia muafakat ia bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.
(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau
sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta’ala atasmu menselak2
daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan
dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam
diri ahadiyah Allah ta’ala
apabila tajalli allah ta’ala dengan asma’nya zhohir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini sekeliannya diri haq ta’ala ertinya daripada sekira2 zhohir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalannya dan bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini ertinya daripada sekira2 bahawasanya [color blue] akuan itu sekeliannya makhluk allah ta’ala ya’ni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi memandang ia akan allah ta’ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti

Firman yang maha tinggi
ertinya
“Barang di mana ada kamu maka adalah disana ujud Allah”
(ya'ni) barang kemana engkau
hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu atau akalmu adalah disana
ujud Allah
(shahadan) ketika itulah
keluar satah
daripada lidah hamba itu ya'ni mengeluarkan perkataan yang tiada diredhoi olih syara' maka iaitu bahaya
musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang ujud
allah yang mutlaq
(seperti kata) Syech Abdul
Karim Aljalili qadassallahu sirrahu:”
“Bermula terdinding hamba daripada
memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta’ala
maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud
didalam ujud ini melainkan ujud allah ta’ala bermula yang demikian itu kerana adalah maboknya dan
ghoibnya seperti barangyang jatuh bagi halaj maka perkataan
orangyang mabok itu tiada bolih dipegang intiha’ maka sebab itulah
(kata) Sultan auliya’ Maulana Alsyech Abdul Qadir jailani qadassallahu sirrahu
:
“jikalau
halaj itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku ya’ni aku
tegahkan akan orangyang hendak membunuh dia intiha’
(bermula yang pertama)
daripada dua isim seperti isimnya (jami’) ertinya yang menghimpunkan iaitu
menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu syuhudul kasrah fil wahdah ya’ni
pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekelian alam ini
daripada zat allah ta’ala satu jua tiada daripada yang lainnya (dan yang kedua)
daripada dua isim itu seperti isimnya (mani’) ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi
segala mazharnya iaitu zhohir ia daripada yang lainnya bermula muradnya
itu daripada
zat allah ta’ala jua terbitnya sekelian alam ini
(maka)adalah hasilnya adalah
dalallah
dua isim itu terhimpun
sekelian alam ini kepada allah ta’ala dan tertegah daripada lainnya
ya’ni]permulaan daripada allah ta’ala jua dan
kesudahannya pun kembali kepada allah ta’ala jua
(seperti) firman allah
ta’ala:
ertinya “Dan bagi allah ta’ala jua permulaan segala perkerjaan dan
kepadanya kembali mereka
itu”
(setelah itu) maka apabila engkau pandang bahawasanya yang murah itu daripada allah ta’ala jua dan yang zhohir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada allah ta’ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim allah ta’ala dan seperti demikian itulah tiap2 orangyang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma’ allah ta’ala jua

(shahadan) kata setengah daripada ‘arif billah : “
tiada bagi allah ta’ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia
atasnya seperti segala sifat ma’ani hanyasanya yang ada baginya itu asma’ jua
mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada
datang dalam quran dan hadith mengatakan bahawasanya allah ta’ala itu bersifat
dan hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma’ jua
(seperti) firman allah ta’ala
ertinya “Dan bagi allah ta’ala itu berberapa
nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya”
(maka)
menentukan allah ta’ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat
(dan lagi)
sabda nabi saw:
ertinya “Dan hanyasanya yang
kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2 padahal
serta kamu barang di mana kamu”
(dan
keduanya daripadanya) ‘aqali iaitu pada akal bahawasanya allah ta’ala itu
jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majhul
kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul
(bermula
allah ta’ala) itu terlebih ma’rifah daripada segala ma’rifah tiada berkehendak
ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci allah ta’ala itu daripada
bersifat dengan sebab ma’ani yang demikian itu
(dan lagi
pula) betapa disifatkan allah ta’ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan
dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran dan hadith yang tersebut itu
(shahadan)
maqam inilah ya’ni maqam tauhidul asma’ maqm yang kedua daripada segala maqam
‘ariffin yang dianugerahkan allah ta’ala kepada orang yang salik atau kepada
lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan
samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orangyang sentiasa memandang
wahdatul af’al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu
tauhidus sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam ‘ariffin
KAMUS
TAUHID ASMA
asma' (اسماء) @
nama2
hullul (حلول) @ melingkupi @ mengandungi berlawanan kepada meliputi @ sebatian
itihad (إتحاد) @ didalam
kifiyat (كيفية) @ cara @ kaedah @ jalan2
musamma (مسمى) @ yang dinamai
hullul (حلول) @ melingkupi @ mengandungi berlawanan kepada meliputi @ sebatian
itihad (إتحاد) @ didalam
kifiyat (كيفية) @ cara @ kaedah @ jalan2
musamma (مسمى) @ yang dinamai
mazhar مظهر @
penzhohiran @ penyataan maya @ keseolahan ada/ ujud
qhoyum قيوم @ berdiri @ sifat kedirian awal
satah سطح @ latah @ membebel dengan tuturkata yng tidak mampu difahami orang kebanyakan
qhoyum قيوم @ berdiri @ sifat kedirian awal
satah سطح @ latah @ membebel dengan tuturkata yng tidak mampu difahami orang kebanyakan
dalallah (دلاله)
@ dalil @ bukti @ pertunjuk @ penyataan
jami’ (جامع) @ yang menghimpun @ yang mengumpul
alkasrah (الكثرة) @ banyak @ berbilang2 @ beragam2
mani' (مانع @ menegah @ melarang @ menghalang @ mendindingi
maujud (موجود) @ yang seolah2 ada @ seakan gambaran bersifat dualisma
murad (مرد) @ dikehendaki @ bererti @ kesimpulan
syuhud (شهود) @ penyaksian @ pandang tembus @ melihat dengan daya ketajaman akal
alwahdah (الوحده) @ ujud keesaan @ satu ujud

karim (كريم) @ permurah
majhul (مجهول) @ yang dibodohkan @ diperbudak2kan @ tidak layak di didarjatkan
mazhar (مظهر) @ tempat kezhohiranran @ wadah
kenyataan @ wajah ujud
naqli (نقلي) @ ambil @ kutip @ istinbat
sawwirun (صور) @ melakar @ menggambar @ membentuk @ menyerupa @ melembaga @ memberi susuk... dari khayal dan waham kepada seolah realiti
naqli (نقلي) @ ambil @ kutip @ istinbat
sawwirun (صور) @ melakar @ menggambar @ membentuk @ menyerupa @ melembaga @ memberi susuk... dari khayal dan waham kepada seolah realiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan