Catatan Popular

Sabtu, 18 Julai 2015

SEJERNIH-JERNIH MAKRIFAT TOK KENALI : UPACARA KORBAN SUDAH BERLAKU SEMASA ZAMAN SEBELUM ISLAM LAGI



NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)

UPACARA KORBAN SUDAH BERLAKU SEMASA ZAMAN SEBELUM ISLAM LAGI!

Upacara korban ini, bukan sahaja dizaman kita, semasa zaman Tok Adam pun sudah ada istilah korban. Usah kata kita orang Islam, zaman sebelum Islam, iaitu zaman Firaun lagi, korban ini sudah ada!. Tinggal lagi cara atau kaedah sahaja yang berlainan!. Kalau dulu orang bekorban dengan menjadikan nyawa atau tubuh badan atau jasad manusia sebagai pertaruhan korban. Adapun sekarang ini dipertaruhkan kerbau, lembu, kambng atau unta untuk dijadikan bekorban.

DARI MANA PUNCA BERLAKUNYA HARI RAYA KORBAN?

Untuk memahami pengertian kurban, hendaklah kita hayati terlebih dahulu cerita Nabi Allah Ibrahin dengan anaknya Ismail.

 Pengertian atau maksud korban yang sebenar akan saya ulas kemudian, buat sementara waktu ini saya beri secara umum. Untuk megentahui secara umun bacalah jawapan saya dibawah ini. Maaf belum lengkap sebab kesuntukan masa. Saya terpaksa jawab biar sedikit kerana ramai yang menalipon bertanya akan jawapan korban.


Upacara korban itu, bagi mengajar kita bahawa, yang dikorban itu, hendaklah dari yang bernyawa. bukan dari yang mati!. Ini mengambarkan atau menkhabarkan kpd kita bahawa kiasan korban itu, mengajar kita supaya terlihat nyawa, terpandan nyawa dan tertilik kepada perkara nyawa. Korban itu mengajar kita supaya megambil iktibar atas perkara nyawa!.
Hari raya aidilfitri mengajar kita korban atau “menyerah” tujuh anggota. Fitri ertinya fitrah. Manakala erti fitrah itu pula adalah bermaksud semulajadi, maka hari raya fitri itu, menyedarkan kita supaya kita megembalikan diri ( tujuh anggota) kepada kpd Allah iaitu balik semula diori kita itu kepada yang asal atau kepada fitrah semulajadi.
Hari raya korban pula mengajar kita supaya bekorban atau mengajar supaya kita “menyerah diri sampai kepada tahap nyawa”. Setelah penyerahan kita itu sudah sampai kpd tahap nyawa, bererti itulah sebenar-benar pengertian korban!. Korban itu, megembalikan segala sifat yanng tujuh termasuk “nyawa” kepada Allah. Sehingga sampai kepada tahap tidak adalah apa-apa lagi yg hendak dikembalilkan kepada Allah Taala. Nyawalah tempat kembali yang penghabisan penyerahan, barulah kita itu dikatakan suci zahir dan batin, suci dari di dunia sampai akhirat dan itulah yang disabit atau dikaitkan dengan hari raya haji atau hari raya korban. Korban dan haji tidak boleh bercerai kerana bilamana korban (menyerah) barulah dikatakan ahji (suci). Suci bilamana menyerah diri sehingga sampai kepada tahap nyawa (korban). Itulah baru betul-betul yang dikatakan suci dari sekalian dakwaan dan itulah haji yang sebenar-benar haji yang sebenar mabrur. Suci atau haji sampai kpd tidak ada apa lagi yang hendak dikembalikan kepada Allah dan tidak ada apa lagi yang hendak diserah kepada Allah Taala. Itulah maksud atau pegertian hari raya haji atau hari raya korban!!. Syabas kerana masih melihat blog saya, walaupun larut malam! Drp Hj. Shaari.

Hari raya adil fitri ertinya megembalikan fitrah (sifat semulajadi) atau (sifat asal) kepada Allah Taala. Sifat semulajadi kita itu, adalah sifat tujuh anggota. Iaitu megembalikan tujuh anggota kita kepada fitrah asdal. Fitrah asal atau sifat semulajadi kita adalah Allah, maka kembalikan sifat tujuh itu kepada tuan yang asal, tuan punya yang asli dan balik kita kepada semulajadi kita, iaitu Allah. Itulah hari raya fitri atau hari raya fitrah atau hari raya semula jadi!.Jadi hendaklah megembalikan sifat semulajadi kpd tuannya yang asli, iaitu Allah Taala.
Manakala hari raya korban pula adalah megembalikan bukan sahaja tujuh anggota, tetapi hendaklah megembalilkan sampai kepada tahap nyawa (roh) kepada Allah. Itu sebabnya kita korban binatang yang bernyawa dan tidak yang mati. Sebabnya adalah kerana binatang yang mati tiada nyawa. Kiasan korban binatang yang bernyawa itu, adalah simbolik kepada penyerahan sampai kpd tahap nyawa.
Apa salahnya jika kita belil sahaja daging lembu dari pasar raya dan beli kaki lembu biar sampai 10 batang. Lagi banyak kaki dan lagi banyak daging, semampu yang kita mabu, tetapi kenapa tidak dibolehkan beli dari pasar raya?. Sebabnya adalah kerana lembu dipasar raya itu, tidak ada nyawa!. Korban itu hendaklah berdasarkan kepada yang bernyawa, disitu mengambar dan mengkhabarkan kepada kita bahawa korban itu, adalah simbolik kepada penyerahan sampai kepada tahap nyawa.
Begitu juga Nabi Ibrahim dan Ismail, peristiwa korban atau sembelihnya Nabi Ismail itu, adalah bagi memberi tahu kepada kita bahawa bekeoban atau berserah diri kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa!. Ertinya disini bahawa kita hendaklah menyerah diri sampai kepada tahap nyawa. nanti saya sambung bab hari raya korban dalam bab korban. rujuklah disana kiranya mahu penerangan lanjut.
Teriama kasih tuan yang mengajukan persoalan ini.Amin dr Hj Shaari


Sambungan Bab Hari Raya Korban 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.
Maksud korban adalah bererti sembelih. Manakala maksud sembelih pula, adalah bererti memutuskan nyawa dari badan (jasad). Memutuskan nyawa dari badan pula, apakah maksdunya?. Inilah yang ramai orang tidak faham dan tidak mengerti!. Ramai dikalangan kita hanya faham bahawa erti korban itu adalah upacaya sembelih lembu, kerbau atau unta.Sedangkan maksud atau pengertian sebenar “Korban” itu, tidak ada kene mengena dengan lembu, kerbau atau unta. Lembu, kerbau atau unta itu, hanya sekadar kiasan atau simbolik.
Korban atau sembelih itu, sebenarnya bertujuan bagi mengajar kita erti penyerahan nyawa. Kita hendaklah berserah diri kepada Allah, bukan sahaja setakat anggota tujuh, malahan berserah diri kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa (roh). Itulah sebenar-benar pengertia atau maksud disebalik perkara korban!.
Selama ini, kita terlepas pandang yang bahawasanya roh atau nyawa kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan harta kita dan bukan milik kita. Nyawa itu sendiri, adalah milik Allah Taala. Nyawa atau roh itu, adalah Raja atau  Sultan kepada kita. Biar pun dia selaku Raja atau Sultan, tidak semestinya dia berkuasa. Berkuasanya roh yang memerintah kerajaan diri kita itu, adalah juga milik Allah!. Segala milik Allah itu, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah Taala.
Sifat adalah anggota kita, asma’ adalah nama kepada anggota kita, afaal adalah perbuatan ubuh kita dan “roh” adalah zat kepada kita. Sebagaimana sifat manis yang ada pada gula. Sifat manis yang ada pada gula itu, adalah zat kepada gula. Sebegitulah sifat roh (nyawa) yang dada pada kita. Sifat roh yang ada pada kita itu, adalah zat kepada jasad.
Zat itu  berada pada tahap makhluk bukannya pada tahap Allah. Allah tidak ada zat, Allah itu adalah Allah. Allah tidak bergantung kepada zat. kiranya Allah bergantung kepada zat, bererti zat itu lebih tinggi dari Allah!. Ingat. ingat dan ingatlah bahawa Allah itu, tidak  ada zat. Allah itu adalah Allah yang berdiri dengan sendirinya!. Allah bukan berdiri pada zat, tetapi Allah berdiri dengan sendiri (kiamuhu Binafsih).
Zat bagi tubuh dan zat bagi kita itu, adalah roh. Kita mengakku mengenal diri dan mengaku berserah diri kepada Allah, tetapi tidak ramai yang tahu menyerah roh kepada Allah Taala. Setelah kita berserah roh kepada Allah, itulah baru sebenar-benar berserah diri.
Barang siapa yang mengenal roh, bermakna mengenallah ia akan dirinya. manakala barang siapa yang mengenal diri, maka akan mengenallah ia kepada Allah Taala.   Barang siapa mengenal roh, hancur binasalah jasad dan barang siapa mengenal Allah hancur binasalah roh. Setelah hancurnya roh, barulah dikatakan mengenal Allah  dan berserah diri kepada Allah Taala.  Sempurna atau khatamnya maksud berserah diri itu, setelah menyerah roh (nyawa) kepada Allah Taala. Ituylah pengertian kurban yang sebenar.
Dalam upacara kurban, Allah tidak pandang kepada nyawa lembu, darah lembu atau daging lembu. Yang Allah nak nyataka ndisitu adalah simbolik atau kiasan lembu kerbau itu, hendaklah kita bawa kepada diri kita sendiri. Yang Allah pandang itu, adalah nyawa kita, daginng kita dan darah kita!.
Bukan besar ertinya bila daging korban itu dapat kita ageh-agehkan kepada orang. Sedangkan orang yang kita ageh-agehkan daging korban itu, adalah orang yang boleh beli lebih banyak daging lembu, berbanding pemberian dari daging korban!. Malahan ada orang yang dapat daging korban itu, mereka sendiripun bekorban sehingga tujuh lapan ekor lembu. Apakah mereka terpandang agehan korban kita yang seberat setengah kilogrem?.
Kita dakwa yang daging itu tanda ikhlas kita, apakah hari lain kita tidak ikhlas?. Apakah hari lain tidak boleh kita agehkan daging lembu?. Apakah tanda simpati kepada fakir miskin itu,  hanya pada hari raya sahaja., Apakah hari-hari lain tidak lagi perlu kepada simpati?. Cuba jawab?………………………………..

Tiada ulasan: