Catatan Popular

Sabtu, 18 Julai 2015

SEJERNIH-JERNIH MAKRIFAT TOK KENALI : BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH (NAFI DAN ISBAT)



NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)

BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH (NAFI DAN ISBAT) 

Saya bertolak dari bentong pada jam lebih kurang pukul 2.00 petang, Sampai dikelantan pada kurang lebih jam 8.00 malam. Sesampainya saya diperkarangan rumah kakak (Khadijah) kakak sulung dari 3 adik beradik). Daun pintunya lambat dibuka. Anak saudara yang balik bersama saya, tiga atau empat kali hon kereta Volvo S 40 Turbo (T3) yang pendaftaran 6661 dibunyikan. Namun lambat dibuka.
Hati saya terasa sedikit hairan, namun tidak sangat menjadi ganguan. Mana tahu kekanda Khadijah mungkin sedang mandi atau kemana!. Bilamana pintu dibuka, saya lihat kakak saya terbaring dalam kelambu kecil buatan siam (yang serupa dengan serkob bayi), dengan berselimut agak tebal.
Sangkaan atak detik hati kecil saya, tidak jauh lari dari apa yang sebenar berlaku!. Ternyata kakak saya jatuh sakit. Sebagai seorang janda yang kematian suami yang hanya ditemani cucu yang sebaya 5 tahun. Saya terkejut dan tyerus bertanya khabar.
Dengan nada yang lesu sebagaimana lesi tubuhnya, saya selak kelambu, dan bertanyakan makan, lalu mulut yang sememangnya pahit menerima makana menjawab, bahawa beliau belum makan apa-apa sedari pagi.
Hati mana dan dik mana uyang tidak rasa sebak?.Yang hendak saya sampaikan kepada tuan-tuan disisi, bukan soal sakit atau soal beliau duduk bersendirian. Masih ramai janda yang diluar sana yang lebih teruk sakit dan lebih lama bersendirian.
Yang hendak saya sampaikan atau yang hendak saya kongsikan pengalaman ini dengan tuan-tuan, bukan hal sakit atau demam. Tetapi soal, saya dapaty urut tubuh kakak saya, dapat saya sentuh tubuhnya dengan penuh kasih sayang.
Saya urut tubuhnya, yang sebelum ini, dia sahaja yang selalu urut tubuh saya setiap kali saya balik kelantan. Sebelum ini saya tidak pernah urut tubuh dia, sebab dia tidak pernah mengadu sakit. Tambahan pula beliau adalah seorang tukang urut (mak Bidan) handalam dan ternama di kompong Banggol Tanah Merah Kelantan.
Pada tanggal 11hb Nor, bersamaan hari ahad, saya telah dapat meyentuh tubuh kakak saya yang selama ini tidak pernah saya sentuh. Sentuh tubuh itu satu hal, hal yang hendak dikongsidisini adalah soal kasih sayang. Sentuh (urut) dengan penuh kasih sayang.
Kalau dulu saya selalau urut badan ibunda saya, setelah ketiadaan ibunda tercinta, kini sekali lagi saya dapat merasai seolah-olah kehadiran ibunda saya. Sentuh dan urut dengnan kasih sayang itu, memberi kepuasan dan memberi suatu rasa yang sungguh menjiwai atau sentuhan dengan velue (sentuhan bernilai). Saya rasa bangga dapat urut kakak saya.
Mungkin itulah agaknya kakak saya urut saya semasa saya kacil-kecil dulu. Air mata saya bergenang dan menitis membasahi pipi. Apa yang ada dan berlegar difikiran saya, inilah pegorbanan kaka terhadap saya semasa saya kecil. Digosok, dibelai dan dimanja. Kini sampai masanya saya pula belai, gosok dengan penuh kasih sayang!.
Mungkin tuan-tuan tidak dapat merasai bagai apa yang sata rasai, kerana tuian-tuan tidak duduk tempat mana sdaya duduk. Tapi inilah sentuhan yang tidak dapayt saya lupakan. Mana-mana adi9k yang tidak lagi bertegur sapa dengnan kakak dan mana-mana adik yang tidak pernah mengunjungi dan yang tidak mengnhargai kakak, ayoh, mari kita sekali-kali menghargai dan memberi penghargaan kepada seoranng kakak. Rasanya tidak terbalas dengan ururtan yang saya sentuh berbanding sentuhan kakak dimasa kecil.
Hal lain saya sangat rapat dan saya sangat sayang kepada kakak saya, hubungan saya dengan kakak tidak pernah ada masalah sedari dulu, apa yang hendak saya gambarkan disini, adalah perasaan kasih sayang bilamana kita dapat berbakti kepada kakak, abang, apa lagi kedua ibubapa!.
Apa lagi anak-anak yang menjauhi ibu bapa!.
Habis cerita kakak, mari kita masuk kepada episok merajuk!. Merajuk seorang cikgu, kepada anak muridnya yang tidak memberi komen kedalam laman web sidenya!. Dalam merajuk cikgu itu, sebenarnya tidak sampai kepada hati. Rajuknya itu, cuma pada jarinya sahaja. Jejari cikgu sahaja yang merajuk, jauh dihati seorang cikgu itu, untuk merajuk kepada muridnya. Hanya sekadar ingin tahu setakat mana sayangnyamurid terhadap cikgu!. Rupanya dengan rajuk itu, membuatkan cikgu bertambah ghairah untuk mengajar.
Kini hati cikgu itu, sudak reda dan kembali sejuk. Dengan melihat 263.00 respondent.Bukan setakat 99 orang tetapi 263 orang. Berita terbaru yang baru saya terima sebentar tadi,  memaklumkan bahawa pembaca web saya sudah mencapai sasaran, iaitu sudah melebihi anggka 1000 orang, yang pada mulanya saya janggka hanya 99 orang (itupun munggkin susah). Terima kasih Tuhan, terima kasih Tuhan dan terima kasih Tuhan!……………………….
Jika begitu, boleh cikgu masuk kelas untuk mengajar semula?. Jika boleh masuk mengajar semula, sebagai cikgu, saya minta semua murid-murid buka buku mata hati. Ingat, ingat dan ingat, saya adalah cikgu yang hanya pandai mengajar angka kosong sahaja. Saya cikgu yang tidak pandai mengajar sains, tawarikh, ilmu hisab, sivik atau jawi, apa lagi Quraan. Saya adalah seorang cikgu yang bodoh, yang hanya pandai mengajar anggka kosong. Kelas saya adalah kelas pelajaran kosong, masuk kelas kosong dan balikpun kosong.
Jika sudi masuk kelas cikgu, jangan bawa tangan, kaki, akal, pangkat, jawatan, jangan bawa feqah dan jangan bawa gulungan ijazah Al-Azhar atau Jordan!. Cikgu nak awak bawa telinga untuk dengar sahaja dan bawa mata untuk melihat sahaja!, Itu sahaja pesan cikgu. Bawa mata dan telinga!.
Sebab merajuk dah hampir seminggu, cikgu kena berceloteh panjang sedikit sebelum masuk bab 99 nama Allah. Baiklah, setelah puas saya berjenaka dengan tuan-tuan semua, mari kita ikuti karangan saya.Amin
Tuan-tuan dan puan-puan sekallian. Pada jam 2.36 pagi 12hb,Nov, saya dapati seramai 263 orang yang memberi komen dalam web side saya yang melebihi jangkaan 99 orang!. Saya hanya mengharap 99 orang, sempena nama Allah. Namun yang menjawabnya sudah mencecah seramai 226 orang. Subahanallah! Terharu dan sebak dada saya, mengenangkan betapa diluar sana, walaupun tidak ramai yang menjawab web saya, sesungguhnya membaca dan yang mengikutinya tanpa menjawab, adalah ramai. Itulah tanda dan buktinya ramai diantara kita diluar sana yang begitu dahaga dan rindu kepada ilmu makrifat. Sebagaimana rindu dan dahaganya tuan-tuan kepada ilmu makrifat, begitulah terlebih rindunya saya kepada maklum balas dari tuan-tuan. Kini saya sedar yang saya bukan bertepok sebelah tangan. Amin syukur kepada Allah swt!.
Untuk itu, kepada peminat-peminat saya diluar sana, pada jam 2.58 pagi tanggal 12 Nor, saya akan akhiri rajuk saya. pada hari ini, jam ini dan masa ini juga, saya akan sambung semula berkaria. Tetapi kariya saya hanyalah karya dongeng dan hanya sekadar penyedap telinga, bukannya untuk memberi faham. Yang memberi faham itu Allah Taala.
Sekarang saya tidak lagio mahu meyentuh soal bab 99 nama Allah. 99 nama Allah akan saya buka dan akan saya perkatakan semasa ceramah saya pada 18hb Nov, bertempat di seri gombak, yang bermula pada jam 9.00 dan berakhir 4.30. Untuk megetahuinya, sila datang ya!.
Untuk menghilangkan rindu tuan-tuan terhadap karangan hasil dari air tangan saya yang tidak seberapa ini, disini saya akan bercerita dongeng mengenai tajuk yang tidak kurang hebatnya iaitu, perkara Nafi dan Isbat (iaitu antara Allah dengan Hamba).
Sungguhpun begitu, untuk tidak menghampakan hati para peminat saya, sesungguhnya nama Allah itu sebenarnya sebanyak 3,000 (tiga ribu). Kalau tak silap saya, satu ribu diberi kepada Adam. Satu ribu diberi kepada Muhamad. 300 kepada Taurat, 300 kepada zabur, 300 kepada dan 99 kepada Al-Quraan (nanti saya konform semula).
Jumlah semua nama Allah yang ternama oleh Allah 3,000. Sedangkan yang terzahir hanya 2.999 nama. Kemana hilangnya lagi satu nama Allah?.
Allah itu nyata, wajah Allah itu terlagi nyata dan terang, setelah yang lain terang dan nyta, masakan nama yang satu boleh tersembunyi?. Kenapa satu tersembunyi sedangkan yang lain boleh nyata?. Tidakkah pelik bin hairan?.
Apakah yang bermain dikepala dan difikiran tuan-tuan sekarang?. Apakah ada terlintas secebis jawapan dari benak dada tuan-tuan?.
Ada yang menjawab bahawa nama yang tersembunyi itu didalam diri kita, jika didalam diri kenapa tidak boleh  kita keluarkan untuk dikenal?. Sedangkan isi perut boleh dimuntahkan, usaha ikhtiar boleh diterjemahkan, darah boleh dituang keluar dan daging boleh ditanggal-tanggalkan. Masakan satu nama tidak boleh kita perzahirkan?. Manakah nama yang satu itu?.
Untuk ,menjawab  nama yang satu itu, tunggu saya dimasa dan tempat yang dijanjikan. Akan saya jawab pada hari ceramah itu nanti. Jumpa disana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!……………………………Amin
Sabar,sabar dan sabar, tidakkah sabar itu iman!
Saya KIV jawapan itu, bukan apa, saya nak bagi kejutan dan saya nak lihat seramai mana sambutan ceramah saya itu nanti!………………………………………………………………..
Namun untuk tidak menghampakan peminat-peminat dilaman web ini, ini saya sajikan tajuk yanng tidak kurangn hebatnya, iaitu

BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA?

APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU, BERCERAI ATAU BERSEKUTU?

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita tidak tahu apa itu nafi dan tidak tahu apa itu isbat?. Barang siapa yang tidak tahu nafi dan isbat, tidaklah ia bersyahadah, melainkan seumpama syahadahnya seekor nurung tiong.
Apakah Islam burung tiong itu, bilamana mereka bersyahadah?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya.Sekiranya jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak, bererti sesiapa diantara kita yang bersyahadahnya tanpa megetahui akan nafi dan isbat, mereka-mereka itu tidak ubah bersyahadahnya seperti seekor burung tiong!.
Jika syahadahnya seekor burung tiong itu tidak boleh mengislamkan dirinya, maka sedemikianlah juga syahadah kita yang tidak tahu perkara nafi dan isbat. Barang siapa diantara kita yang tidak tahu nafi dan isbat, ianya belum tentu boleh mengislamkan kita!. Kiranya syahadah kita tidak boleh mengislamkan diri kita, apakah agama bagi kita yang seumpama itu?. Cuba tuan-tuan jawab pertayaan ini?.
Bagi sesiapa yang ingin mendapat barokah guru-guru terdahulu, saya minta kepada semua yang membaca karangan ini, hendaklah sekalian patuh dan ikut saranan saya. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawap segala pertanyaan saya diatas kertas. Samada jawapan itu memihak kepada ia atau tidak, saya mahu tuan-tuan saksikan jawapan tuan-tuan itu, di atas kertas. Sekiranya membaca sekadar hobi, abaikan saja saranan saya!.  Sekali lagi saya bertanya, sekiranya syahadah kita yang tidak tahu nafi dan isbat,
1)      Apakah bezanya dengan burung tiong?.
2)      Kiranya tidak berbeza antara syahadah tiong dengan kita, , apakah kita itu Islam?.
Nafi dan isbat itu, seumpama baju dan warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang. Baiklah sekarang jawab lagi soalan saya. Apakah warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang?. Bagi lelaki yang kebiasaannya tidak pakai baju bilamana dirumah, saya mahu tanya, apakah warna kain yang tuan-tuan pakai sekarang?.
Sekiranya warna baju atau warna kain yang tuan-tuan pakai  sekarang itu, contohnya berwarna merah, saya mahu tuan-tuan cuba tuan-tuan bayangkan bilamana baju warna merah atau kain warna merah itu, kita gunting atau kita koyak dua!. Apakah warna merah pada kain atau warna merah pada baju yang kita koyak itu, boleh bercerai atau berpisah?. Soalan: Bolehkan ianya bercerai atau berpisah?.
Seandainya kain dan warna kain itu, tidak boleh berpisah, sebegitu juga kita dengan Allah!. Kita dengan Allah, tidak boleh berpisah!.
Merah itu, adalah baju dan baju itu pula, adalah juga merah!.(baju adalah merah dan merah itu adalah baju, jadilah ia baju merah). Tetapi harus diingat!,  bahawa merah itu bukan baju dan baju pula bukan merah!. Merah itu, adalah warna, manakala baju itu pula, adalah kain, mana mungkin warna dengan kain itu sama?. Mustahil baju dengan merah itu sama?.
Sekiranya tidak sama, kenapa tidak bercerai dan tidak berpisah?. Bilamana dikoyak atau bilamana digunting, antara kain dengan warna, tidakkah kedua-duanya turut tergunting atau turut terkoyak?.  Bilamana kedua-duanya turut terkoyak atau turut tergunting, apakah boleh ianya dikatakan bersatu dan apakah boleh ianya dikatakan berasing?.  Cuba jawab?…………………………………………………….
Barang siapa yang tahu akan jawapan itu, maka fahamlah ia akan makna nafi dan fahamlah ia akan makna isbat dan dengan sendirinya akan fahamalah ia siapa hamba dan siapa itu Allah!. Inilah yang dilkatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada!.
Setinggi manapun kita, tidak mungkin tingginya kita itu, menjadi Allah dan serendah manapun Allah itu, tidak akan mungkin rendahnya Allah itu, menjadi hamba.
Bilamana kita sebut perkataan hamba Allah, perkataan sifat hamba (kita) itu, tidak sekali-kali memungkinkan kita menjadi Allah. Bilamana kita sebut Allah hamba, ianya juga sekali-kali tidak memungkinkan Allah menjadikan hamba!.
Dalam hal ini, warna tidak memungkin menjadi kain dan kain pula tidak memungkinkan menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain dengan warna!. Oleh itu, sebutlah serendah manapun Allah, seburuk mana atau sejahat manapun Allah, tidak memungkin Allah itu, bertukar menjadi serendah hamba!.
Mari kita sama-sama sebut perkataan hamba Allah. Perkataan hamba Allah yang kita sebut itu, adalah mengambarkan ketinggian Allah. Ketinggian hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan hamba bertukar menjadi Allah.
Mari pula kita sama-sama sebut perkataan Allah hamba. Perkataan Allah hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan atau merubah Allah menjadi hamba!
Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan!. Serendah manapun sesuatu, itulah Allah dan setinggi manapun sesuatu, itulah juga Allah. Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu. Sesungguhnya berpisah itu Allah dan bersatu itu juga, adalah Allah. Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu tiada!. Antara hamba dan Allahpun sedemikian juga adanya!.Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana khalik!. Dan itulah baru benar-benar bersyahadah!. Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!.
Persoalannya disini, bagaimana mempelajarinya?
Apakah mahu tuan-tuan dengar?. Sila jawab

Tiada ulasan: