YAQAZAH [BERJUMPA SECARA
NYATA DENGAN RASULULLAH SAW]
PENGAKUAN
ULAMA TENTANG YAQAZAH SIRI....4
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id
menulis:
“Adalah harus
(khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi
SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul,
semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh
Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab
Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi
menulis:
“Jikalau
seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan
sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan
suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya
mengamalkan perintah itu.”
Imam Al-Allamah An-Nafrawi r.h.l. berkata (di
dalam bukunya (Al-Fawakih Ad-Diwani, jilid 3, m/s 360):
“Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w.
secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis).
Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu
dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran)
sahaja?... Adapun mereka yang mengingkarinya, maka hukumnya Haram, kerana
kalaulah dia mengingkarinya kerana dia seorang yang mengingkari tentang keramat
(perkara-perkara yang luar biasa dari adat) para wali (kekasih Allah s.w.t.),
maka untuk berbahas dengan mereka sememangnya sia-sia, kerana dia sendiri
telahpun mendustai apa yang dithabitkan di dalam sunnah (samada mengenai
karamat para wali atau mengenai bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah)…”
“Apa itu
‘yaqazah’? Ia adalah satu kejadian ajaib yang menemukan antara syeikh tarekat
tertentu dan juga Rasulullah SAW setelah bertahun-tahun malah beratus tahun
selepas kewafatan Baginda.
Barangkali, seseorang yang jahil dalam ilmu mantiq akan terpukau dengan
takrif “yaqazah” yang diberikan oleh saudara penulis tersebut. Tetapi, kalau
kita nilai balik takrif tersebut, ianya tidak bersifat jami’ dan mani’ menurut
ilmu pentakrifan sesuatu.
Ini
kerana, tidak ada satupun dari kalangan para ulama’ dan ahli sufi yang
mengatakan bahawa, yaqazah (atau bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah) tersebut
hanya dikhususkan kepada para sheikh tarekat semata-mata. Silalah kiranya,
saudara penulis ataupun para penggemar si penulis tersebut mengkaji buku-buku
yang menulis mengenainya, hatta dari kalangan ulama’ sufi sendiri, nescaya
saudara tidak akan mendapati satupun tulisan mereka yang mengkhususkan perkara
tersebut berlaku kepada para sheikh tarekat semata-mata.
Bahkan, seluruh ulama’ menerangkan bahawa, ianya boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja yang dimuliakan oleh Allah s.w.t., dari kalangan umat Islam,
bukan sekadar kepada para sheikh tarekat sahaja.
Hal
ini jelas merupakan suatu tuduhan tidak berasas dari saudara pengarang, ataupun
suatu fitnah terhadap golongan tarekat dan sufi itu sendiri.
Sesiapa sahaja yang diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t. untuk bertemu
dengan Nabi s.a.w. secara jaga, maka perkara tersebut akan berlaku kepadanya, samada
dia seorang ahli tarekat mahupun tidak, kerana tidak ada sesiapa yang berhak
mengkhususkan nikmat pemberian Allah s.w.t., apatah lagi berhak menuduh sesuatu
golongan mengkhususkannya kepada mereka sahaja, tanpa sesuatu pihak yang lain.
Marilah kita
nukilkan ulasan-ulasan para ulama’ mengenai perihal “bertemu atau melihat Nabi
s.a.w. secara yaqazah tersebut, kerana kita sememangnya kekurangan ilmu
mengenainya. Jadi, rujuklah kepada mereka yang lebih berilmu sebelum
sewenang-wenangnya mempertikaikan sesuatu.
Imam Al-Nafrawi Al-Maliki dalam
bukunya (yang disebutkan sebelum ini) menyebut:
“Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w.
secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis).
Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu
dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja?
Sebahagian ulama’ berpegang dengan pendapat pertama (di mana seseorang yang
bertemu dengan Nabi s.a.w. secara yaqazah melihat tubuh Baginda s.a.w. secara
hakiki). Sebahagian ulama’ pula berpegang dengan pendapat yang kedua (iaitu:
melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dalam bentuk imej, gambaran seperti pantulan
di cermin dan sebagainya, Wallahu a’lam), di antara mereka (yang berpegang
dengan pendapat kedua adalah): Imam Al-Ghazali, Imam Al-Qarafi, Imam Al-Yafi’e
dan sebagainya.
“Golongan yang berpegang dengan pendapat yang petama berhujah bahawa:
Nabi Muhammad s.a.w. umpama cahaya hidayah dan mentari keilmuan, boleh dilihat
dari jauh seperti orang boleh melihat matahari dan cahaya dari jauh… Tubuh
Baginda s.a.w. tidak meninggalkan kubur, tetapi seseorang yang melihat Nabi
s.a.w. secarayaqazah dibuka oleh Allah s.w.t. hijab (jarak) antaranya dengan
Rasulullah s.a.w. lantaran itu, dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. samada dia
berada di timur mahupun barat…
“Ada
juga yang berpendapat, seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dengan mata
hati, bukan dengan mata kepala, kerana boleh jadi juga, orang yang buta juga
diberi anugerah melihat Baginda s.a.w. secara jaga, dengan mata hatinya…
“Ibn Abi Hamzah dan sebahagian daripada
mereka (para ulama’) menceritakan bahawa mereka pernah melihat Nabi s.a.w.
secara jaga…”
Demikianlah perkataan Imam An-Nafrawi mengenai keadaan melihat Nabi
s.a.w. secara jaga (yaqazah) tersebut, di mana hijab jarak dibuka oleh Allah
s.w.t. kepada seseorang, lantaran itu dia melihat tubuh Nabi s.a.w. dari jauh,
yang mana jasad Nabi s.a.w. tidakpun meninggalkan maqam Baginda s.a.w., bukan
seperti sangkaan penulis dan mereka yang berfikiran seperti beliau, di mana
seseorang berjumpa Nabi s.a.w. di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Hal
ini jelas beliau masih belum faham mengenai keadaan bertemu Nabi s.a.w. secara
yaqazah, boleh jadi keran belum berpengalaman. Tetapi, rujuklah ulasan-ulasan
para ulama’ mengenainya terlebih dahulu, sebelum membuat andaian yang pelbagai,
yang hanya berdasarkan prasangka dan khayalan semata-mata.
Tidak sama melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dengan bertemu penulis di
sekitar Kuala Lumpur…Maka fahamilah.
Al-Allamah Dr. Ali Jum’ah
menerangkan juga dengan maksud yang lebih kurang sama:
“Boleh jadi, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dan hakiki itu, ialah
melihat Nabi s.a.w. di tempat Baginda s.a.w. di Raudhah Baginda s.a.w. yang
mulia, di mana yang melihatnya, melihat Baginda s.a.w. dalam bentuk imej,
gambaran dalam alam gambaran, yang merupakan natijah dari limpahan cinta
terhadap Baginda s.a.w. dan sentiasa memikirkan tentang Nabi s.a.w…”
Keadaan ini tidak ditolak oleh syariat, jadi tidak layak seseorang
mempertikaikannya, kerana Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam mebuka hijab jarak
antara seseorang dengan seseorang yang lain di alam yaqazah jika Dia
menginginkannya.
Contoh tersebut (pembukaan hijab jarak) juga dinukilkan dalam suatu
peristiwa yang berlaku terhadap Saidina Umar r.a., di mana beliau melihat
keadaan kumpulan tentera yang dihantar olehnya sedangkan beliau berada jauh di
tempat lain (di Parsi) dari kumpulan tersebut, lantaran itu melaungkan
perkataan “Ya Sariyah” dan suara itu didengari oleh kumpulan tentera yang
berada jauh dari Saidina Umar tersebut. (riwayat At-Tabrani dalam tarikh beliau
( jilid 2 m/s 553), Ibn Hajar dalam buku Al-Ishobah jilid 3 m/s 6 dan Ibn Abdil
Bar dalam buku Al-Isti’ab jilid 4 m/s 1605)
Jadi, dari sudut akal mahupun syariat, hal tersebut tidak bertentangan.
Jadi, orang-orang yang mengingkarinya samada jahil mahupun sengaja tidak mahu
menerimanya, boleh jadi hasad kerana tidak pernah mengalaminya dan sebagainya.
Lihatlah ulasan Sheikh Ibn Al-Haj (dalam
buku Al-Madkhal, jilid3 m/s 194):
“Sebahagian
orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu
perbahasan yang sempit untuk diperbahaskan (sukar untuk diperbahaskan). Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang
mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini.
Walaubagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah
mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah
s.w.t. zahir dan batin mereka.”
Oleh
yang demikian, pertemuan dengan Nabi s.a.w. secara yaqazah menurut para ulama’
besar adalah bertemuan yang tidak dibatasi oleh jarak, kerana ianya menjangkaui
sempadan tersebut, dengan kuasa dan izin Allah s.w.t., dan tidak ada penafian
mengenainya kepada Saidina Umar r.a. pun pernah mengalami perihal demikian.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud:
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara
yaqazah, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku”
Hadis riwayat Al-Bukhari di dalam kitab
Sahih beliau (6/2567), dan Abu Daud dalam Sunan (4/305).
Adakah ini bukan hadis sahih?
Marilah sama-sama kita lihat perbahasan ulama’ mengenainya:
Berkata Al-Allamah Al-Muhaddith
Al-Musnid Sidi Dr. Sheikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki (Az-Zakho’ir
Al-Muhammadiyah m/s 147):
Tentang hadis tersebut (sahih Al-Bukhari yang dinukilkan sebelum ini),
para ulama’ mengatakan bahawa: yaqazah itu bermaksud, di dunia secara qat’ie
walaupun ketika hendak mati (sakaratul maut).
Al-Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah juga
menjelaskan perihal hadis tersebut:
“…Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang
melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…” (Al-Bayan
m/s161)
Imam
Al-Nafrawi juga menggunakan hadis yang sama sebagai sandaran bahawa, melihat
Nabi s.a.w. secara yaqazah hukumnya MUBAH (harus atau boleh) dari sudut
syariat, dan sesiapa yang mengingkarinya maka hukumnya HARAM.
Bahkan, jumhur ulama’ menjelaskan keharusan melihat Nabi s.a.w. di dunia
ini secara yaqazah terutamanya mereka yang pernah berjumpa dan melihat Nabi
s.a.w. di dalam mimpi berdasarkan hadis Sahih Al-Bukhari tersebut. Bahkan,
menurut An-Nafrawi juga, ianya (keharusan hukum tersebut) disepakati oleh para
huffaz, berdasarkan hadis tersebut.
Begitulah yang dijelaskan juga oleh para ulama’ yang lain seperti As-Suyuti
dan sebagainya, mengenai perkara tersebut.
Para
ulama’ turut membidas ta’wil sebahagian oranag yang mengatakan bahawa, maksud
hadis Al-Bukhari tersebut ialah, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di akhirat
kelak.
Al-Allamah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki
mengatakan bahawa:
“Adapun bagi pihak yang mentakwilkannya sebagai melihat Nabi s.a.w.
secara yaqazah di akhirat, maka jawapan para ulama’ terhadap mereka:
Sesungguhnya di akhirat, setiap orang yang beriman akan melihat Baginda s.a.w.
samada yang pernah mimpi berjumpanya di dunia mahupun yang tidak pernah
bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w, seperti yang dijelaskan dalam banyak
hadis-hadis sahih yang lain”
Hal
ini menyebabkan, tiada pengkhususan antara mereka yang pernah melihat Nabi
s.a.w. di dalam mimpi mahupun tidak, sedangkan di dalam hadis tersebut
menceritakan tentang pengkhususan terhadap mereka yang pernah bermimpi bertemu
Nabi s.a.w. dengan mereka yang tidak pernah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w.,
iaitu:
“…dia akan melihatku secara yaqazah…”
Oleh yang demikian, Al-Allamah Dr.
Ali Jum’ah (Mufti Mesir) menegaskan bahawa:
“Orang yang mengatakan (mengkhususkan) bahawa, maksud yaqazah dalam
hadis tersebut merupakan yaqazah di hari akhirat, amat tersasar dari maksud
sebenar kerana dua perkara:
Pertama: Umat Nabi s.a.w. akan melihat Nabi s.a.w. di Hari Kiamat,
samada mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. dalam mimpi ataupun tidak, (jadi
pengkhususan tersebut kepada mereka yang pernah mimpi berjumpa Nabi s.a.w.
dalam hadis tersebut sia-sia sedangkan hadis Nabi s.a.w. tidak begitu).
Kedua: Tidak ada lafaz taqyiid (yang mengikat) makna yaqazah dalam hadis
tersebut dengan ikatan “hari Kiamat dan sebagainya”. Maka, pengkhususan
(yaqazah hanya di hari akhirat) tanpa yang mengkhususkannya (di dalam hadis
tersebut), dihukum sebagai sebaliknya (iaitu yaqazah itu di dunia).”
Rujuk buku Al-Bayan karangan beliau (m/s
161)
Jadi, dari banyak wujuh (sudut), takwilan
mereka yang mengatakan bahawa, makna: “…dia akan melihatku secara yaqazah”
ialah melihat secara yaqazah di akhirat adalah tertolak dengan hujah-hujah
berikut:
Hadis
tersebut mengkhususkan “melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah” bagi mereka yang
pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi. Jika sekiranya yaqazahbererti,
melihat Nabi s.a.w. di akhirat, maka pengkhususan kepada mereka yang pernah
melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi itu batil, kerana di akhirat, seluruh umat
Islam yang beriman akan melihat Nabi s.a.w. samada pernah bermimpi Nabi s.a.w.
ataupun tidak, berdasarkan hadis-hadis yang lain. Maka, jelaslah bahawa,
yaqazah yang dimaksudkan ialah di dunia.”
Kedua: Takwil tersebut tidak jelas kerana tidak ada “taqyid” dalam hadis
itu yang mengikat perkataa yaqazah dengan bermaksud melihat Nabi s.a.w. di
akhirat. Maka, jika tiada taqyiid, pengkhususan yaqazah dengan yaqazah di
akhirat menjadi batal.
Ketiga: Perkataan yang digunakan oleh Nabi s.a.w. ialah “huruf sin” pada
“sayaroni” bererti akan melihatKu. Huruf sin dalam kaedah Bahasa Arab yang
membawa maksud: “akan”, merujuk kepada suatu tempoh masa yang dekat, sedangkan
hari akhirat dibandingkan dengan tempoh di dunia, amat jauh. Jadi, makna
“sayaroni” (akan melihatku) secara yaqazah di dunia lebih menepati maksud
sebenar berbanding di akhirat.
Keempat: Kalaulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis
tersebut, bahawa seseorang akan melihatku secara yaqazah di akhirat, maka Nabi
s.a.w. tidak perlu menggunakan istilah yaqazah (secara jaga), kerana lawan
yaqazah ialah bermimpi atau tidur, sedangkan di akhirat tidak ada yang tidur
atau bermimpi.
Cukuplah kalau Nabi s.a.w. bermaksud: “akan melihatku di akhirat”, jika
ingin memberi maksud, melihat Nabi s.a.w. di akhirat. Tetapi, Nabi s.a.w
menggunakan lafaz yaqazah (secara jaga) menunjukkan apa yang dimaksudkan oleh
Nabi s.a.w. ialah, melihatnya secara yaqazah (jaga) di dunia, kerana di
dunialah adanya mimpi dan adanya yaqazah, sedangkan di Akhirat tiada lagi mimpi
atau tidur, jadi tidak perlu menggunakan istilah “akan melihatku secara
yaqazah” jika melihat tersebut di akhirat, kerana semua orang tahu, melihat
Nabi s.a.w. di akhirat tersebut sememangnya secara yaqazah. Jadi, perkataan
yaqazah dalam hadis itu sendiri menunjukkan apa yang Nabi s.a.w. maksudkan
ialah, sesiapa yang pernah bermimpi melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi, bererti
akan melihat Baginda s.a.w. secara jaga.
Pada
hakikatnya, golongan yang cuba mentakwilkan hadis ini dengan hari Akhirat tidak
berasas sama sekali dan tertolak dari pelbagai sudut yang disebutkan sebelum
ini.
Apa
yang jelas, ada hadis sahih yang menceritakan tentang “melihat Nabi s.a.w.
secara yaqazah tersebut, dan jawapan kami kepada penulis, ya…memang ada
hadis SAHIH tentang perkara tersebut.
“ Adakah perkara ini merupakan perkara yang
telah diterima oleh para ulama sejak dahulu hingga kini? Adakah anda boleh
mempercayai cerita ini? “
Memang terlalu ramai ulama’ yang menulis mengenainya, dan perkara
tersebut diterima oleh ramai para ulama’ sejak dahulu hingga kini. Cuma,
golongan yang mengingkarinya sahaja yang syaz (terasing atau sedikit).
Imam
As-Suyuti mengatakan (dalam buku At-Tanwir tersebut m/s 10 percetakan Dar
Jawamik Al-Kalim):
“Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat
Nabi s.a.w. secara yaqazah ini. Adapun suatu golongan yang mengingkarinya pada
zaman ini merupakan mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup
dalam bidang agama), sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa
pelik mengenainya sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil. Kini saya mengarang
penulisan ini mengenai perbahasan tersebut yang dinamakan sebagai “Tanwir
Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak”.
Telahpun tertulis di dalam risalah tersebut pelbagai dalil-dalil dan
bukti-bukti tentang keharusan (boleh) melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dan
mendengar suara Baginda s.a.w. dan para malaikat.
Banyak lagi para ulama’ dari dahulu sehingga hari ini menulis mengenai
perkara tersebut, seperti Imam Ibn Hajar dalam syarah beliau terhadap Sahih
Al-Bukhari itu sendiri (Fathul Bari) dalam tajuk berkenaan, Imam An-Nawawi
dalam Syarah Muslim, Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku fatwa beliau, dan
begitu juga dengan ramai para ulama’ masa kini yang turut menulis mengenainya
seperti Mufti Mesir sendiri, Dr. Ali Jum’ah, Sheikh Syed Muhammad Alawi
Al-Maliki, Dr. Umar Abdullah Kamil, dan sebagainya.
Jadi, sudah tentu kami yang tahu mengenainya boleh mempercayai cerita
tentang seseorang bertemu Nabi s.a.w., kerana para ulama’ pun ramai yang
membincangkannya dan mengakuinya. Kalau tidak tahu, lebih baik bertanya dari
mengkritik atau mempertikaikan, apatah lagi mengenai perkara yang mempunyai
sandarannya dari Islam.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup
tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An
Akhbaril Quranil ‘Asyir:
Adalah Imam Al
Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya
itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).
Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh
Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh
sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau
pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti
enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai
kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa:
“Saya telah
berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda
Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:
“Bahawa siapa
yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan
bantuan daripada sesiapa.”
Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti
telah berkata:
“Saya telah
melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka
saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara
hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW:
Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah
kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: “
Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan
seluruhnya.”
Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan
Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.
Al Habib Syeikh
Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai
Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ihya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505
Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh
Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.
Adalah Al Habib
Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama “ Ratibul ‘Athas”
yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072
Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di
tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara
itu:
1. Apabila Al
Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada
kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak
dengan matanya.
2. Kerabatnya
berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al
‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka
kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, “ Bahawa suatu kumpulan
orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz),
dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka
dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut
itu.”
3. Apabila
Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia
maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan
dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar
mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata,
kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya
tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa
terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.
4. Seorang
lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan
dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan
ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap
ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan
itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang
tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat
Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, “
Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.”
Katanya, “ Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana
berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib
itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada
beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan
menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya
berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya
selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu,
dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib
Umar Al ‘Athas itu.
Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas
huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh
Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin
Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342
Hijrah.
Dihikayatkan
oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia
mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi
SAW mengajarkan dia akan suatu doa.
Dari kitab Al
Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mti
tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.
Ketahui olehmu
barangsiapa yang menyebut akan “ Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia
berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba
Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan
roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya
dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada
Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.
Adalah Habib Al
Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib
Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad
bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al
‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan
Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin
Al ‘Athas.
Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad
dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil
Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad
bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib
Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin
Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah
yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh
orang lain.
Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas
itu apabila banyak melihat Rasulullah SA sehingga berulang-ulang kali semalam
hingga tujuh kali.
Adalah Al Habib
Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya
kepada Nabi SAW.
Adalah Al Habib
Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar
daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.
Al Arifbillah
itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis
mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan
ta’asub.
Al Arifbillah
itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli
ilmu.
Adalah guru Al
Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al
Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan
dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “ Akan
datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:
Al Arifbillah
Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada
permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita
bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad
orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu.
Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya ,
dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.
Al Arifbillah
itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan
roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu
perkara berlaku.
Adalah Al
Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil
air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia
membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia
bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia
baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada
cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit
fajar.
Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar
Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk
Al Quran.
Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000
“Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada
membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain,
maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al
Arifbillah itu.
Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung
dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia
baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di
hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak
Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun,
adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu
tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi
dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar
kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.
Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan
“dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan
membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia
balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia
gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.
Dipetik dari Uqudul Almaasi.
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah
berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang
pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki,
melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.
Maka saya
katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab:
“Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: “ Saya Sufyan
As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: “
bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke
dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan
anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: “ Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan
Allah dengan sebenar-benar kenal.”
Saya berkata: “ Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab
pemuda itu: “ Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang
bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu,
dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa
bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”
Saya berkata:
“Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu:
“Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan
ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke
dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam
mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2
tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba
buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba
awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki
memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya
di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda.
Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan
saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari
kesedihan saya?” Jawabnya, “ Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi
selawat ke atasnya.”
Maka kata saya:
Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah
angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat
di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”
Kata saya: “ Adalah orang muda ini dari kalangan
wali-wali yang sampai kepada Allah.”
Saya kata ini
kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh
Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah
dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al
Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun
Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh
maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.
Sedikit masa
yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil
dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid
dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum
sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana
tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin
Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan
Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang
hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.
Maka nyata dari
kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur
atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu
selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada
ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita
berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata “ fadhoilul ‘amal”.
Adapun perkara
halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan
dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana
ini.
Sila baca
kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh
Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin
‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’
karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan
karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.
MIMPI terbahagi dalam tiga kategori utama:-
Pertama: Ahlam Yaqazah (mimpi dalam sedar) di mana orang
yang bermimpi merasakan gambaran-gambaran yang dialami dalam tidurnya itu
seperti satu kenyataan yang benar-benar terjadi dalam realiti.
Mimpi begini kadang-kadang memberikan kesan ke atas
fizikal manusia yang mengalaminya, seolah-olah berlaku transformasi.
Contohnya seperti menangis di dalam mimpi di mana
transformasi berlaku hingga pemimpi benar-benar menangis dan tangisannya
didengar dan dilihat oleh orang lain. Apabila tersedar orang yang bermimpi
melihat curahan air mata mengalir dan membasahi bantalnya.
Contoh yang lain ialah orang yang bermimpi merasakan
berada di satu tempat yang panas atau tercampak ke dalam api. Apabila dia
terjaga didapati badannya mencurah-curah dibasahi peluh.
Semua mimpi jenis ini menggambarkan seolaholah alam
mimpi itu benar-benar wujud dan bukan lagi sekadar mimpi.
Inilah yang dinamakan yaqazah atau sedar.
Kedua: Rukya atau disebut juga Mubassyirat yang
dirujuk pada hadis Rasulullah S.A.W. yang antara lain bermaksud:
"Tidak akan tinggal daripada wahyu kenabianmelainkan
sekadar Al Mubassyirat."
Sahabat bertanya, "Apa dia Al Mubassyirat itu
wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab,
"Al Mubassyirat itu ialah mimpi yang benar (Al
Rukya Al Sadiqah)"
Hadis ini jelas membuktikan kewujudan mimpi yang memberikan
erti atau hidayah pada manusia.
Mimpi benar pula mempunyai banyak kategori dan yang
paling mulia ialah mimpi menemui Rasulullah.
Bagaimanapun mimpi bertemu Rasulullah ini pun masih ada
yang perlu dijelaskan kerana bukan semua orang bermimpi bertemu Rasulullah itu
boleh ditafsir sebagai benar melainkan sekiranya m memenuhi kriteria tertentu.
Setengah orang ambil mudah mimpi tersebut seolah-olah
asal sahaja bermimpi jumpa Rasulullah maka benarlah mimpi itu walaupun yang
ditemui dalam mimpi itu lain gambaran dari sifat-sifat Rasulullah.
Harus diingat kerana syaitan sentiasa memainkan
peranan dan boleh berlakon seolah olah mimpi itu benar.
Mimpi bertemu Rasulullah boleh diseleweng oleh
syaitan. Sebagai contoh saya sering mendengar cerita daripada kenalan-kenalan
antaranya, ada seorang manusia biasa memberitahu, beliau pernah bermimpi
bertemu Rasulullah ketika sedang tidur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan