SYEIKH MUHAMMAD
NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)
(maka) ketika itu hasil padanya makam “fanafillah” ertinya bangsa wujudnya pada wujud allah dan
masuklah ia dalam hadrat yang amat besar kerana belum lagi ia kamal kerana
belum sampai ia kepada maqam “billah”
ertinya. Kekal denagan dia memandang yang demikian ayat yang dikekalkan Allah
taala
(bermula) maqam ini
iaitu mensabitkan akan wujud segala akuan alam ini dengan memandang dan melihat
akan keadaanNya mezohirkan wujud Allah taala
(dan) Iaitu
dua perkara:-
pertama Syuhud Alkasirah filwahdah (شهود
الكثرة فى الوحدة) ertinya memandang yang banyak kepada yang satu
(yakni)
pandangmu akan bahawasanya wujud segala makhluk ini Qiam ia dengan wujud
(بوجود) Allah taala dengan sendirinya misal seperti kita lihat akan pohon kayu
maka kita lihat adalah baginya pohon dan cawangan
(dahan) dan
daun dan barang sebagainya maka kita tilik dan kita bicarakan dengan fikir HATI
bahawa sekelian itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikian lagi
alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu jua iaitu Allah taala
"Fassamal" (فثاءمل) ertinya bicarakan olehmu
(dan keduanya) Syuhud Al wahdah fil kasirah (شهود الوحد
فى الكثره) memandang yang satu dalam yang banyak
(yakni)
pandang olehmu akan bahawasanya Allah taala itu maujud ia pada sekelian
zatulwujud misalnya seperti kita lihat akan satu biji maka kita ibaratkan
dengan zhon (ذهن) /fikiran itu bahawasanya daripada inilah jadi ia dan keluar
segala daun dan cawangnya dan pohon dan barang sebagainya seperti demikianlah
wujud Allah taala yang satu itu daripadanya jua terbit sekelian alam ini
"Fassmal" (فثاءمل) iaitu pandang dengan zuki (ذوقي) / rasa dan tiada
pandang quli (قولى) / perkataan dan lafaz (لفطى) / ungkapan kerana lemah segala
lidah daripada mendapat dia lagi pula Quoli (قولى) dan lafaz (لفطى) itu tiada
memberi feidah sebab itulah
(kata) Syaidi Mustafa Albakri radiollah huanhu
bahawa jalan
penghulu segala Arifin daripada orang yang mempunyai kebenaran itu amat nyata
Radiollah huanhu ajamain iaitu ghaib tiada dapat oleh pacaindera yang lima dan
tiada dipandang oleh mata dan berjalan itu dengan HATI kerana bahawasanya ia
daripada perkerjaan yang ghaib maka wajib atas mereka yang benar membenarkan
akan اَثارث dan menerima bagi itu bersungguh-sungguh ijtihad (اجتهاد)
/ketekunan dan berharap dan bersedia kerana bahawasanya jalan sukar atas nafas
kerana keadaannya itu ilmu zuki itu
tiada dapat disuratkan pada segala suratan ia dan barang siapa mengatakan dapat
mendapat dia itu dengan lafaz dan Quol (قول)/ perkataan dan Taabir (تعبير) /
ungkapan maka orang itu kafir zindik (نعودباالله من ذلك)
(sahadan)
maka tajali Allah taala dengan zatnya daripada daripada tiada dengan wasitah
(واسطة) / perantaraan sifatnya pada sesorang hamba yang dikehendaki akanNya
umpamanya nescaya fanalah disisinya itu dirinya dan segala makhluk yang lainnya
daripadanya dengan segala zat dan sifatnya maka tiadalah dapat ia menghabarkan
akan tajali itu kepada sesorang jua pun
(dan lagi)
pula tiada dapat akan dia dengan talkin daripada maisyeikh
(mursid)
hanya sanya maisyeikh itu menujukkan jalannya dan tempatnya jua kerana ia amar
zuki maka barang siapa tiada merasa zauk nescaya tiada mengetahui seperti kata
hukama (من لم بذق لم بدر) ertinya barang siapa tiada merasai nescaya tiada
mendapat ia (misal) seperti orang jawi (جاوى) / berkhatan yang dijawi umpama
dikhabarkan orang akan dia rasa seperti begian-begian rasanya nescaya tiada
mendapat ia akan rasa (سزجل) / sebenar pada hakikatnya kerana ia belum merasa
maka jika sudah merasa akan dia barulah tahu ia rasanya itu
(demikian
lagi) makrifat akan Allah taala jikalau orang yang sudah merasa akan dia
nescaya tahu sendirinya ia tiada susah ia bercerita
(dan) tiada
dapat segala Arifin itu mentakrifkan akan dia dan mengisyaratkan dia dan
lemahlah mereka itu mengibaratkan dia seperti
sabda (نبي
صل الله عليه وسليم) iaitu (سبحا نك ما عرفنك حق معر فتك)
ertinya “Maha suci engkau ya Allah tiada
kami mengenal akan dikau akan sebenar-benar pengenalan akan dikau (dan) kelu
lidah mereka itu daripada mengatakan dia “
(seperti)
sabda (نبي صل الله عليه وسليم) iaitu (من عرف الله كل لسا نه)
ertinya “Barang siapa mengenal ia akan Allah
taala sebenar-benarnya nescaya kelu lidahnya kerana akan zuki “
(bermula)
makna pandangmu bahawasanya Allah taala itu maujud ia pada tiap-tiap yang wujud
itu syuhudmu akan hakikatnya dan keramahnya jika engkau sampai kepada mengenal
akan zatnya dengan tiada haul (حول) dan tahjid dan kifiat dan syuhudmu akan
Qudratnya dan kebesarannya jika engakau tidak sampai kepada mengenal zatnya dan
hanya sampai kepada sifatnya jua kerana kebanyakkan Aulia sehingga-hingga
sampai makrifat akan Allah taala kepada sifatnya jua dan tiada yang sampai
kepada mengenal zatnya itu melainkan segala Aulia yang dibawah Kadam Nabi Kita
Muhammad صل الله عليه وسليم seperti yang tersebut pada awal pasal yang keempat
ini
(sahadan)
manakala merasa sesorang akan tajli zat itu padanya nescaya lenyaplah ia
didalam "Laut Ahdiat" wujud mutlak yang ليس كمثل شىء dan tiada
melihat ia akan membilang amal yang disandarkannya akan dia pada dirinya dan
tiada kepada sesorang daripada makhluk dan tiada membangsakan ia kepadanya dan
suatu juapun dan tiada berpaling ia kepada segala ibarat seperti bahawa
dibilangkannya perbuatan yang baik itu daripadanya dan tiada berpaling ia
kepada suatu maqam daripada segala maqam barang maqam ada ia yang mengesakan ia
akan dia dengan ithijadnya (اجتهاد) / ketekunannya bagi dirinya dan tiada tahu
ia daripada sebab yang memperolehi akan dia daripada memandang wujud mutlak
yang mendirikan dengan dia dan wujudnya (dan) adalah orang pada maqam ini tiada
merasa akan suatu kerana bahawasanya tajli zat itu menghabisi ia dalam tempat
pandangnya itu akan memandang wujud makhluk yang satu maka dengan sebabnyalah
hilang akal pada yang lainnya dan terlebih ia dapat sangat tajli nur yang dipandang
(kata) Syeikh Huna al Arrif billah Maulana al Sabik
Sidiq bin Umarhan Qudsiallah Sirihu
Bermula
barang siapa ada ia pada maqam ini nescaya tiada hampir ia pegangnya dengan
syariat dan terkadang berkata ia dengan perkatan yang tiada diterima akan dia
oleh segala ulama syariat maka (منو كس) / meletak hukum mereka itu akan dia
dengan zindik kerana bahawasanya orang yang pada maqam ini iaitu orang yang
mempunyai hakikat semata-mata tiada dengan syariat yang zahir intiba
(inilah)
mafhum kata Iman Junaid Radioallahuanhu
ertinya “Tiada jua sampai sesorang kepada darjat
hakikat hingga naik saksi padanya itu satu ribu daripada orang yang Sidiq
dengan mengatakan bahawasanya orang ini zindik”
(kata) Syeikh Abdul Wahab Alsyrani rahmatullah kepada
Syeikh Ali Alkhawas qudsillah Sirihu
apa darjat
hakikat itu?
(maka
jawabnya @ gurunya) radioallahuanhu
darjat hakikat itu yaitu hilang segala wujud yang zohir ini pada pandangan
bukan hilang pada Nafas Alamry (نفس الامر) / pada hal yang sama maka apabila
memandang ia dengan musyahadah ini maka tiada melihat ia dengan hatinya itu
hanya Allah taala jua dan apabila tiada melihat ia melainkan Allah taala jua
maka tiada mengetahui ia akan barang yang dikatanya itu tiada teringat katanya
itu atas qaidah Syariat yang zohir maka tiada membenarkan segala orang yang
Sidiq itu melainkan (منو كس) / meletak hukum mereka itu dengan zindik kerana
memelihara atas Zahir syariat nabi kita Muhammad صل الله عليه وسليم kerana
takut akan ditakuti oleh orang yang lain seperti barang yang jatuh
"Hillaj"
(bermula)
yang dikehendaki dengan Sidiq disini iaitu orang yang menjalani ia akan jalan
Syariat atas perkara yang (تمام) dan (كمال)
(kata) Syeikh Abdul Wahab Alsyrani rohmatullah kepada gurunya (استاذث) / perkara yang tersebut itu
maka adalah tiada dapat tiada sampai bagi tiap-tiap orang yang salik itu kepada
hakikat
(maka kata
gurunya) radoiallahuanhu yakni bahkan sampai mereka itu kepada hakikat tetapi
memelihara akan Allah taala akan orang yang salik itu dengan wasitah Syeikhnya
pada membuka dinding itu atasnya hingga kembali ia kepada darjat ADAB yang dicela akan dia oleh Salaf yang soleh
والله آعلم intiba'
(sahadan)
maka apabila nyata bagimu sekejap mata jua umpamanya rahsia yang engkau
perolehi akan dia dengan musyahadah itu kerana mengekalkan (حضور) / kehadiran
yang demikian itu daripada tiada tersilang-silang (غقلة) itu iaitu tiada daya
melainkan bagi segala افراد / angota seperti anbia dan setengah daripada aulia
yang kamil tiada yang lain daripada mereka itu
(maka)
peliharakan olehmu akan dia dengan menutupi dia dan jangan engkau nyatakan
kepada sesorang juapun kerana bahawasanya yang demikian itu setengah daripada
segala yang diharamkan oleh Allah taala menyatakan dia dan menyuruh Allah taala
itu akan dia dengan menutupi dia dan menegahkan dia daripada membukakanya atas
lisan Nabi Muhammad صل الله عليه وسليم sekira-kira sabda nabi (والله محارم فلا
تمسكوها) ertinya dan bagi Allah itu beberapa rahsia yang diharamkan menyatakan
akan dia maka janganlah kamu buka akan dia maka apabila nyata bagimu rahsia itu
dengan zoki mu maka pelihara olehmu akan dia dengan mengerjakan segala suruhan
dan menjauhi segala larangannya supaya tetap ia padamu kerana bahawasanya
rahsia sir yang amat mulia dan sembunyikan olehmu akan dia daripada orang yang
bukan Ahlinya kerana datang Syarak suruh menyembunyikan akan dia kepada orang
yang bukan ahlinya sperti yang lagi akan datang Insyaalah.
Bermula
orang yang ahlinya itu iaitu segala orang yang sunyi hati mereka daripada
tiap-tiap yang lain daripada Allah Taala dan disediakan mereka itu bagi tempat
menghantarkan akan dia dan kekal mereka itu akan (قبر) /makam baginya oleh
mereka itu didalam dada. Maka tiada membei tahu akan mereka itu atasnya kepada
seorang juapun melainkan kepada orang yang menyuruhkan Allah Taala akan mereka
itu bahawa diberi tahukan mereka itu akan dia atasnya kerana bahawasanya mereka
itu pada maqam adap serta Tuhan mereka maka barang yang menyuruh Allah Taala
akan mereka itu maka memperbuat mereka itu akan dia dan barang yang menegahkan
Allah Taala akan mereka itu daripadanya maka menjauhkan mereka daripadanya.
(Dan lagi) pula maqam "Baqa" ini kembali
kepada zahir Syariat Nabi Kita Muhammad صل الله عليه وسليم dan mengerjakan
barang yang disuruh akan dia oleh syarak dan menjauhkan ia akan barang yang
ditegahkan oleh syarak dan memberi ia akan yang mempunyai bahagian itu baginya
dan menyempurnakan ia akan tiap-tiap yang mempunyai haq itu akan haqnya maka
jadilah pada ketika itu ia ( بقاءالله) itulah yang dituntut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan